Bengkel Pemantapan Pedagogi Sains Tahun 4

0

Posted by Leeza | Posted in


Pada 6 hingga 8 Oktober 2010, saya telah menghadiri bengkel Pemantapan Pedagogi Sains Tahun 4 di SK Pendidikan Khas , Kota Samarahan. Selama 3 hari ini saya dapat menyaksikan bagaimana pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik , cacat pendengaran dan bisu menimba ilmu. Bilangan mereka hanya beberapa orang saja dalam sebuah kelas. Dua orang guru ditugaskan mengajar mereka di dalam kelas. Tentulah mereka menggunakan bahasa isyarat. Sepanjang tiga hari ini juga saya banyak bermuhasabah diri dengan kekurangan mereka sebab saya juga hampir menjadi sebahagian daripada mereka semasa kecil dulu. Malahan ketika saya dan rakan-rakan saya menumpang solat di surau kecil mereka di asrama, mereka dengan ramah menghampiri kami. Susah juga berkomunikasi dengan mereka jika tidak tahu menggunakan bahasa isyarat. Jadi kami menggunakan pen dan kertas untuk bersoaljawab bertanyakan nama dan kampung mereka.

Ini sebahagian rakan sekumpulan. Yang berdiri di belakang itu salah seorang Jurulatih Utama, Mohd Fadillah, junior sekampung saya...hahaha saya dengan dia sudah seperti adik beradik. Sebab itu bila ada yang bertanya mesra sangat, saya cepat-cepat mengatakan dia ni adik saya. Rata-rata yang lelaki tu sepakat mengusik saya ....isk3.

Bengkel ini memberi pengukuhan tentang 4 jenis pembelajaran dan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan . 4 pembelajaran ini ialah Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Inkuiri Penemuan, Pembelajaran Kontriktivisme dan Pembelajaran Kontekstual. Kami dibahagikan mengikut jenis pembelajaran dan kemudian menyediakan powerpoint tentang tajuk tersebut.Kami juga diarahkan membina Rancangan Pelajaran Harian untuk Sains Tahun 4, kemudian ada sesi Pengajaran Mikro di sekolah yang berlainan. Kumpulan kami ditempatkan Sekolah Kebangsaan Dato Mohd Musa. Selepas mengajar ada sesi mengomen dan mengkritik. Yang paling banyak membebel tentulah pegawai-pegawai atasan...hahaha. Tadah sahajalah telinga.

Sekarang makan time. Ini makanan semasa breakfast jam 10 pagi , hari pertama iaitu bubur dan kuih lapis kukus.

Ini adalah lauk makanan tengahari hari pertama iaitu lobak masin, betik, sayur labu masak lemak dan ayam masak merah.

Lauk makanan tengahari ke dua, salad marsmallow, nasi beriyani, kari ayam, ikan terubuk masin dan honeydew.

Hari-hari lain saya malas nak ambil sebab menyakitkan hati....hahahaha ..sebab saya tak tahu berulam segala.

PAIS LEMANTAK UDANG

0

Posted by Leeza | Posted in


Ini adalah makanan kegemaran mak dan kakak saya semasa bulan Ramadhan yang lepas. Minggu lepas kakak saya membuat pais ini sendiri dan masakannya lebih sedap daripada yang dijual di gerai Tambirat.

Bahan-bahan untuk membuat pais lemantak ini ialah tepung lemantak basah, kelapa parut (muda), nasi ,udang dan garam secukup rasa. Semua bahan ini digaul dan dimasukkan ke dalam daun nipah atau apong yang sudah dicantumkan menggunakan lidi kelapa. Pais ini kemudian dibakar atas bara api yang perlahan. Rasanya sangat sedap........

BUBUR LAKSA

2

Posted by Leeza | Posted in


Pernahkah anda mencuba laksa basah dibuat bubur? Sekembali saya dari KL minggu lepas , saya telah membeli dua bungkus laksa basah. Sebungkus saya berikan kepada satu-satunya kakak yang saya ada sekarang iaitu Kak Hamiah. Laksa saya telah saya buatkan laksa asam minggu lepas. Kakak saya bertanya samaada laksa ini boleh dibuat bubur. Saya hanya menyuruhnya mencuba dulu.

Hari ini dia memberikan saya bubur laksa ini. Emak saya menyukainya sehingga tersangkut-sangkut laksa itu di bajunya. Antara bahan yang kakak gunakan untuk membuat bubur laksa ini ialah, santan, gula, laksa, makaroni dan jagung yang ditanamnya sendiri. Rasanya sedap juga. Si Luqman pun suka makan bubur laksa ini. Anda boleh mencubanya....rasai kelainan laksa dibuat bubur.

SPAGHETTI KERANG

0

Posted by Leeza | Posted in


Inilah selera wajib saya ketika demam. Asyik mengidam spaghetti je. Pagi-pagi lagi , bersamaan 16 Oktober 2010, saya bersilat di dapur ...hahaha.

Bahan-bahannya ialah kerang Kajang. Tengah dok fikir apa lagi resipi kerang saya nak cuba. Masih ada 4 bekas lagi isi kerang dalam freezer.

Kuih ikan goreng...juga dari Kajang.

Bawang Besar yang kenit-kenit dari Ta Kiong, The Spring....(amboi...bawang pun import dari Kuching)

Perencah spaghetto bolognaise yang saya beli dari supermarket Galeria ,Kota Samarahan. Susah hendak mendapatnya sekitar daerah saya.

Tomato Puri, sos cili maggi, spaghetti , lobak merah dan bawang putih dicincang halus. Ini ajelah bahan-bahan yang ada .

Cara membuatnya :
1. Tumis bawang putih dengan minyak sampai garing. Kemudian masukkan bawang besar.
2. Masukkan kerang, kuih ikan.
3. Masukkan lobak merah yang dipotong halus.
4. Masukkan perencah spaghetti maggi, tomato puree dan sos cili.
5. Masukkan air untuk kepekatan yang disukai.
6. Masukkan garam dan gula.

Simple je...mudah macam ABC.

Bila RM Beraja Di Hati

0

Posted by Leeza | Posted in

Kali ini saya ingin bercerita tentang manusia yang hatinya sudah dikuasai oleh RM. Sepasang suami isteri ini mempunyai pekerjaan yang bagus . Namun keduanya tidak pernah puas dengan wang gaji yang ada , maka bekerjalah keduanya mencari wang lebihan. Cita-cita keduanya ialah menjadi jutawan dan mempunyai wang simpanan berjuta . Rumah banglo dua tingkat milik mereka diubahsuai secantiknya. Kemudian membina bengkel 'welding besi' depan rumah buruk kakaknya sehingga rumah kakak tersorok dari pandangan. Jika kenduri arwah ibubapanya , akan dibuat dengan menjamu rakan-rakan di sekolah sahaja. Alasannya senang dan mudah. Malas hendak melayan karenah orang kampung. Pendekata , malas nak beri orang kampung makan.

Baru-baru ini mereka mengamuk kerana dinding bengkel diconteng dengan lukisan tengkorak. Kemudian batang paip patah dilanggar dengan basikal. Kumpulan yang dituduh ialah geng basikal Luqman. Setelah disoal siasat ternyata anak mereka sendiri punya kerja. Namun mereka menidakkan kenyataan ini. Dengan suara bising berdegar-degar si isteri hendak memasukkan budak-budak ini ke dalam lokap. Mentang-mentang suami ada jawatan di balai. Saya berpesanlah dengan Luqman yang saya kuncikan setiap malam agar menjauhi kawasan rumah orang kaya tersebut.

Saya teringat satu masa dulu ketika masih muda, saya banyak membantu perempuan ini meminjamkan buku-buku rujukan SPM. Kemudian ketika dia memasuki maktab saya juga yang membantu mengisi borang permohonannya. Pernah satu kali dia mengejar kakaknya keliling kampung sehingga kakaknya melarikan diri ke rumah saya. Saya juga yang menenangkan kegilaannya . Akhirnya saya yang mengamuk apabila melihat mak saya menggigil di sudut rumah...kedua-duanya saya halau dari rumah saya. Hahahaha...mahu tercengang-cengang perempuan itu.

Cakapnya berdegar-degar....kononnya ASB nya sudah beribu-riban. Kemudian katanya dia hendak membeli rumah baru sebagai pelaburan....bertahun berlalu, dia tidak membeli rumah baru tetapi saya pula yang telah membeli rumah . Dia juga yang dengan lantangnya di depan orang-orang kampung mengatakan saya bodoh menjaga anak-anak saudara. Katanya tidak guna berbakti kepada anak-anak saudara yang takkan menjaga kita nanti. Marahnya saya masa itu tidak terkata. Saya hanya menyatakan : bagi awak mungkin tidak ada makna, tetapi setakat ini anak-anak saudara saya tidak pernah tidak menyukai dan mendekati saya. Dia terdiam kerana anak-anak saudara itu takut dan tidak menyukainya.

LANGIT TETAP BIRU oleh Syud

1

Posted by Leeza | Posted in


Ceritera ke 3 dalam DAMAI ini ialah Langit Tetap Biru oleh Syud . Ia saya tamatkan hari ini dengan kesungguhan biarpun dalam demam. Bahasanya sangat santai dan mudah difahami. Cuma terkadang saya tidak faham kenapa perlu menulis email menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan watak utama keduanya biasa-biasa sahaja. Adakah penggunaan Bahasa Inggeris dalam novel Melayu hendak menunjukkan betapa standardnya kehidupan generasi masa kini ?
Lainlah kalau berutusan emel dengan bangsa asing.

Jalan cerita keseluruhannya santai. Kisah cinta si Zahra yang menaruh minat kepada Fikri tanpa pengetahuan Fikri sendiri. Dan hasil karyanya yang lama iaitu : Langit Itu Biru, membuka misteri ini kembali dan membuka minat Fikri untuk mengesan siapa penulisnya. kebetulan kisahnya dan nama watak adalah sama dengan kehidupan yang dilalui oleh Fikri. Hubungannya dengan Hana menemui jalan penghujung apabila cinta menjadi semakin tawar. Kemudian hubungan Fikri dan Zahra menjadi kian rapat dengan persahabatan kawan-kawan. Kawan Fikri berkahwin dengan kawan Zahra. Pertemuan yang selalu dirancang oleh sekumpulan ini memutikkan rasa suka Fikri kepada Zahra.

Jalan cerita yang tersangat santai. Tema yang kurang berat dan mencabar. Percintaan yang sempoi.Namun nilai persahabatan ditunjukkan dengan nyata.....berkongsi suka dan duka. Tiada perkhianatan dalam persahabatan di antara mereka.

Pendekata, cerita yang santai.....tak perlu berfikir berat-berat. Bagi saya cerita sebegini tidak menjanjikan kepuasan untuk saya sebab minda saya perlukan suatu terapi yang sihat untuk berfikir.

YANG JAUH DI PULAU oleh Noor Suraya

1

Posted by Leeza | Posted in


Yang Jauh Di Pulau ceritera ke dua dalam DAMAI baru selesai saya baca hari ini. Ia membuat saya tersenyum dan terkadang ketawa sendiri . Kisahnya melucukan dan gaya bahasanya sama dengan gaya bahasa dalam novel Jaja dan Din.

Ainnatul Suffiah Syuhada anak gadis tunggal Tuan Burhan dan Puan Wahidah ditugaskan oleh mama dan babahnya ke rumah neneknya Tok Cik Nah di Langkawi. Di sana Suffiah belajar kehidupan di kampung, menghiris asam gelugor dan belajar memasak daripada Tok nya yang pakar memasak ayam golek di sana. Pertemuannya dengan Sophan Supiyan membuahkan cinta pertama namun dia sedar akan mendapat tentangan daripada Tok Mamanya yang kaya raya. Semestinya peristiwa Tuan Burhan meminang Puan Wahidah menyedarkan Supiyan kedudukan diri. Dalam masa yang sama rakan baik Piyan, si Busu juga menaruh hati kepada Piyah sehingga dia menimbulkan fitnah untuk memisahkan mereka. Kekeliruan tentang nama abang supiyan , Robby Sugara yang menggunakan nama 'Abang Piyan' dan perkahwinannya menyebabkan Sufiyah membawa diri dan patah hati . Salah faham ini kemudiannya terlerai dua tahun kemudian apabila Sufiyah balik ke Langkawi untuk menemani Toknya yang sakit sambil mencari dia semula. Namun hasrat Sufiyah terhalang lagi bila Busu membawa cerita bahawa Sufiyan mempunyai kekasih baru. Sementara Sufiyan pula beranggapan bahawa Sufiyah tidak mencintainya sehinggalah setelah dia membaca buku resipi yang ditulis oleh Syuhada. Catatan anekdot dalam setiap resipi masakan itu membongkar rahsia hati Suffiyah dan Sufiyan terus balik untuk meleraikan segalanya. Atas restu keluarga dan wasiat arwah Tok Cik Nah menyatukan mereka berdua ke alam rumahtangga.

Apa yang menarik dalam cerita ini ialah bagaimana percintaan membangkitkan semangat juang dalam watak Sufiyan untuk menaikkan status ekonominya agar dia tidak dipandang rendah oleh Tok Mama gadis idamannya. Hantaran rm20k yang diminta oleh Tok Mama diberi oleh ayah Sufiyah sendiri, kerana baginya kebahagiaan anaknya adalah segala-galanya. Kebaikan peri laku Sufiyan menawan hati keluarga Sufiyah . Begitu juga perwatakan Sufiyah yang rapat dengan Tok Cik Nah nya mengharukan hati kita bila pada saat-saat akhir arwah Tok menemui kebahagiaan dengan ditemani oleh cucu kesayangannya. Benar, bahawa biarpun kaya raya seseorang itu jika nafsu tamak haloba menguasai diri terkadang harta pusaka yang sedikit cuma menjadi rebutan.

Perkaitan watak dengan Abang Hadi dan Kak Aliya dari novel Tanah Andriana juga dinyatakan dalam ceritera ini. Bacaan yang sungguh santai untuk dibaca oleh semua pihak.

Menjejak Cheese Nan

1

Posted by Leeza | Posted in


Sudah lama saya berhasrat hendak ke restoran ini iaitu Restoran RSMY di Jalan Medan Tuanku. Pengurusnya Idasm merupakan rakan blogger dan kami berkongsi minat yang sama iaitu die hard fan of Norhayati Berahim. Cuma minat kepada Siti Nurhaliza tidaklah saya mengikutnya...hahaha.

Selepas penat shopping di SOGO , Kak NB membawa saya ke restoran RSMY ini tanpa memberitahu Idasm terlebih dahulu. Sahaja nak kejutkan dia. Duduk di tengah itulah Idasm. Nampak langsing dia kali ini. Pertama kali menemuinya di PBKL pada bulan Mac lepas.Masa itu saya sudah menyusuri jalan ke restoran Idasm tetapi entah kenapa saya berpatah balik pula.

Kami dihidangkan dengan resipi baru ini iaitu Jus Kedondong asam boi. Sedap sangat...sampai saya berkira nak buat sendiri kat rumah....hahaha. Tak sangka pula kedondong boleh dijadikan jus.

Taaa daaa...inilah cheese nan yang popular kepada NB dan peminat-peminatnya. Juga digemari oleh Anuar Kamaruddin dan Azim. Sedap dan saya tak mampu nak habiskannya. Banyak sangat . Patutnya sepinggan cheese nan boleh kongsi dua orang.

Ini pula kuah untuk cheese nan iaitu dhal fry. Pedas untuk saya tetapi dikalahkan oleh si Qaisara berumur 4 tahun.

Kari kambing atau mutton kerayi. Bunyi macam kelaieee je (kelahi).Hahaha saya tak suka sangat dengan kambing.

Salad dan chatni. Chatni rasanya masam.

Sayur campur iaitu campuran bunga kobis, sengkuang dan kentang. Sedap. Yang hijau itu bukan kacang tetapi cili padi berwarna hijau.

Perut dah kenyang, duduk sahaja . Air pun dah habis dan licin. Terimakasih Idasm kerana belanja kami makan. Satu lagi hidangan yang lupa diambil gambar iaitu sup daging. Sup daging ini sedap dan dimasak khas oleh Idasm.Terimakasih kepada kak NB sebab belanja saya makan cheese nan.

Shopping di Pasar Tani Kajang dan Sogo

0

Posted by Leeza | Posted in


Pada 2 Oktober 2010, sabtu saya dibawa ke pasar tani Kajang. Saya suka sangat sebab saya tahu banyak benda eksotik yang lain dari yang lain akan kelihatan di sana. Sebelum bertolak , Kak NB menunjukkan dua pokok mangga nya. Pokok mangga sayang sangat rendah dan kecil ini menarik minat saya. Senang sahaja buahnya diambil dan dipetik orang.

Inilah Pasar Tani Kajang yang tidak jauh dari rumah kak NB. Beberapa kali bertanya, jauh ke tak ? Boleh jalan kaki tak? Hahaha....saya cuma guna seluar track dan tshirt untuk ke sana.

Selesai shopping kami singgah di pejabat baru NB Kara sdn bhd. Saiz pejabatnya amat besar dan seperti yang diduga , warna dindingnya adalah warna kegemaran kak NB , hijau .

Saya membeli 10 kg kerang kerana harganya murah iaiatu rm3 berbanding rm7-8 sekilo di Kuching. Sampai di rumah Bibik membantu saya merebus kerang. Pada mulanya saya meletakkan air dan Bibik mengajar saya bahawa kerang tidak perlu diletakkan air. Kak NB yang mengajarnya ilmu ini. Lantas Kak NB juga mengajar saya cara mematikan air sotong sebelum sotong digoreng bertepung.Rupa-rupanya selama ini cara saya adalah salah sama sekali.

Setelah masak maka saya mula mengopek isi kerang tersebut. Betullah apa yang mereka katakan bahawa isi kerang direbus tanpa air rasanya amat sedap berbanding kerang yang direbus dengan air.Nasib baik Kak NB dan Bibik membantu mengopek kerang.Terimakasihlah ya...

Ketika inilah buat pertama kalinya saya melihat rupa buah delima. Saya membeli 3 biji dengan harga rm10. Menurut kak NB ia bagus untuk kesihatan.

Saya juga membeli laksa basah, kuew tiaw dan kuih ikan.

Ini pula ole-ole untuk mak saya iaitu ikan goreng. Hahaha jauh membawanya. Patutlah pegawai yang scan barangan saya tersenyum-senyum melihat kandungan barang-barang saya.



Pada waktu petang pula, saya dibawa ke Sogo. Destinasi kegemaran saya. Kebetulan Qaisara tidur dan bila dia dibangunkan dia merenggek kerana tidak puas tidur. Tiba di Sogo dia meminta dibelikan donut. Menurut Bibik tidak dimakannya pun. hahaha

Dia memilih sendiri donut yang dia mahukan.

Ini pula pertemuan yang tidak dirancang. Semasa dalam perjalanan ke Sogo, saya bersms dengan kakak Noor yang saya kenali semasa pesta buku di Mines tahun lepas. Dia memberitahu bahawa dia ada di sekitar Sogo. Maka dengan diizinkan Allah, kami akhirnya dapat bertemu. Borak-borak dengan Kak Noor menyedarkan saya tentang pentingnya kesabaran menjaga orang tua...terimakasih kak Noor dan semua yang mendoakan saya dan mak saya.


Hahaha...ini jam yang saya berkenan. Adik Nurul Intissar yang menemani saya membelinya. Kak NB sibuk menyopping barang-barangnya sendiri.

Begitu juga dengan ini yang saya sangat perlukan dalam kerja saya. kebetulan beberapa pendrive saya rosak .

Syukur alhamdulilah kerana Allah permudahkan segala urusan saya dan memberikan saya nikmat yang tidak terhingga ini. Terimakasih ALLAH.

Raya di Kajang

0

Posted by Leeza | Posted in


Pada petang Jumaat, 1 Oktober 2010, saya terbang ke Kuala Lumpur untuk mengikut rombongan terjah raya ke rumah Kak Norhayati Berahim di Kajang. Rancangan kami dimulakan oleh Kusyi Hirdan , novelis terkenal dan disertai oleh Khamisah Nazri dan Ridzuan Jaafar ( Atan ). Cuaca petang itu tidak berapa elok dengan turunnya hujan lebat dan berangin. Penerbangan yang dijadualkan pada jam 3.05 petang dilewatkan kepada 4.00 petang. Saya diambil oleh Pak Seyit Kara dan tiba lebih kurang jam 8.00 malam di rumah. Semasa saya tiba, saya dapati semua rakan sudahpun ada di rumah. Segan rasanya....hehehe.

Kami sepakat membuat tema baju berwarna kodok a.k.a purple. Nasib baik saya ada baju kurung berwarna kodok. Jadilah majlis makan bercahayakan lilin sebagai majlis berkodok. Rasa segan begitu cepat menghilang bila kemesraan terjalin antara kami biarpun Kham, Atan, feeza dan Kak Imah baru pertama kali dijumpai.

Antara peminat Kak NB termasuk Sharif dan gengnya.

Puas menjamu selera saya mengajak Kham untuk bermain jongkang-jongket. Jika semua permainan kami cuba, mesti keesokannya ada peralatan yang dirosakkan oleh kami. Bukankah semua kemudahan itu milik anak-anak...Qaisara and geng ? Bukannya orang yang terlebih umur dan terlebih nakal macam kami.

Inilah Kak Imah dan anak gadisnya Farhana. Dia membuat surprise....kedatangannya mengejutkan kak NB . Beliau datang bersama suami dengan dua orang anaknya. Terimakasih kepada suami kak Imah yang berbesar hati untuk membawa isteri tercinta ke Kajang bersama kami.

Empat orang memegang lilin dalam bekas yang cantik. Bukannya apa untuk terangkan lagi keadaan yang sedia gelap.

Ta da...inilah makanan masakan kak NB. Sayur lodeh berisi udang yang sedap.

Rendang ayam kampung, juga hasil tangan kak NB. Kesukaan Qaisara dan babanya.

Serunding kerang yang pertama kali saya lihat dan rasa. Tentu jenuh menggorengnya sehingga kering. Maklumlah kerang kan murah di Semenanjung berbanding kerang di Kuching yang mahal, rm7 -8 sekilo. Itupun kalau nasib tidak baik jumpa kerang yang buruk.

Kuah spaghetti meatballs. Sedap sehingga kucing hitam pun sanggup menjadi pencuri spaghetti.

Spaghetti yang cantik....terlepas rindu saya mengidamkan spaghetti kak NB.

Nasi Impit yang menjadi teman rendang atau kuah sate. Lupa pula saya mengambil gambar sate kajang. Menu lain yang dihidangkan ialah pulasah , kek lapis sarawak kiriman Norhayati Sulaiman, biskut-biskut, sambal goreng dan banyak lagi. Sayangnya perut tidak larat hendak merasa kesemuanya.

Terimakasih Kak Norhayati Berahim atas layanan dan makanan yang sedap malam itu. Terimakasih kepada semua rakan yang hadir malam itu yang membuat majlis berkodok sangat happening.InsyaAllah panjang umur dan rezeki ada, kita beraya lagi tahun depan.Amiinnn.