Sebenarnya novel remaja Zara Misi Mustahil ini telah lama saya habiskan bacaannya. Namun hal-hal semasa yang menuntut masa, tenaga dan memonopoli emosi saya menyebabkan saya tunggakkan review novel ini. Maafkan saya kawan-kawan dan juga Kusyi Hirdan.
Jika anda membaca Mengapa Aku Menjadi Pengetua 1,2 dan 3 anda akan dapat menjiwai watak-watak dalam novel Zara ini dengan lebih efektif . Namun ia tidak menghalang anda membaca Zara tanpa membaca Mengapa Aku menjadi Pengetua sebab ia ditulis dengan kelainan yang berasingan. Ia bukan ulangan kisah Mengapa Aku Menjadi Pengetua tetapi lebih berfokus kepada kelanjutan watak Zara sebagai watak utama.
Zara yang menamatkan pengajian Tingkatan Lima di Kolej Elita dalam usia 21 tahun , akhirnya mengambil keputusan untuk bekerja sementara di Kolej Elita sebagai pengurus Cafe Siber. Hasratnya ini mendapat tentangan ibubapanya yang mahukan anak mereka ke luar negeri samada bercuti atau bekursus di luar negeri mengikut trend anak-anak orang kaya yang lain. Ertinya ibubapa Zara mengikut kehendak sosial dan malu bila anak sendiri bekerja di Kolej Elita. Dalam masa yang sama bila kumpulan seangkatan Zara sudah tamat pengajian muncul satu kumpula generasi baru yang tidak kurang hebatnya dari segi kontroversi perangai, disiplin dan masalah sosial. Di sinilah peranan Zara sebagai senior membantu pihak pentadbiran untuk menyelesaikan masalah anak-anak nakal ini dan berusaha mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat di luar kolej seperti gengsterisme. Wow...buku yang sangat bagus menepati citarasa remaja kini. Saya sebagai orang dewasa pun suka membacanya kerana dalam buku ini kita didedahkan rasahai remaja kini. Mereka hendak kita sebagai kawan dan pemantau yang bijak dan bukannya pendesak atau perosak akhlak anak-anak. Maksudnya anak-anak akan memberontak bila kehendak mereka bertentangan dengan kehendak kita.
Penulis Kusyi Hirdan juga tidak melupakan stail Mengapa Aku Mnejadi Pengetua menerusi watak Ali, Izaz dan watak Ustaz Peter. Seperti bisa watak-watak ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah Kolej yang masih belum terlepas dari khianat dengki golongan tertentu seperti bapa Ellita dan Cikgu Sapiah. Namun novel Zara ini lebih melibatkan persekitaran Zara sendiri, bagaimana ia menyatukan beberapa orang rakan seperti Normawar, Wantu, Titi. Juga muncul watak Benjy ,lelaki yang suatu masa dulu pernah rapat dengannya . Sejauh mana hubungan ini perlukan kita menunggu siri Zara seterusnya.
Dalam novel Zara ini, misi mustahil yang ditekankan ialah misi hendak menyatukan Ali dengan Izaz Noraini. Hanya Zara dan Mak Cik Rohana tahu perasaan Ali kepada Izaz Noraini. Namun halangan Normawar yang mahu menyatukan Izaz dengan ayahnya Johari menjadi pengacau sedikit. Bagaimanapun dalam masa yang sama Ustaz Peter kian rapat dengan Zara. Ia memercikkan harapan seterusnya...hahahha. Iskk saya ini asyik nak mendorong kearah tut tut tut je. Zara kan remaja. Zara sebenarnya perlu menerajui perniagaan keluarganya dan hal ini saya tunggu siri seterusnya. Masih banyak tandatanya belum berjawab terutama dialog antara Ayu dengan Amilia, mama Zara dan ibu saudaranya.
Saya berikan 4 bintang untuk novel remaja ini. Syabas untuk Kusyi Hirdan kerana berjaya mengungkap kehidupan remaja di sebuah kolej swasta. Saya tunggu kelahiran Zara seterusnya.
Comments (0)
Post a Comment