Cuti Rehat Khas

0

Posted by Leeza | Posted in

Setiap tahun , we all ada Cuti Rehat Khas 7 hari untuk uruskan hal2 personal.Aku malas nak ambik CRK hari ini sebab :
i. aku dah janji dgn tahun 4 dan 5, bagi ujian bulanan sains.
ii. petang ini we all ada co-academic carnival, sekolah aku jadi penganjur action song.Aku jadi ketua bahagian penyelia peserta.
Kelmarin aku dah keluar ke bandar , jam 7 malam baru sampai rumah. Penat sangat2...tapi aku happyla sebab berpeluang pecut di jalan tanpa kereta ....rasanya dunia ini aku yang punya.Tetapi....baru je duduk atas kerusi, mak dah inform pasal esok kena pergi Dewan suarah samarahan , ambik wang ihsan banjir. So, aku just sms anak boss ( no tel boss aku x de)suruh bagitahu ayahnya yang aku minta CRK hari ni.Gara2 penat beberapa hari ni sebab kena bangun awal jam 3 pagi utk key in income tax members...n kena lagi si abang aku yang suka buat last minute punya keje, aku terlewat bersiap g dewan.Sebelum tu aku dah 'angin' dgn banyak masalah org angau dan anak2 buah aku....suruh bangun awal, ambik semua minuman dan makanan yang sudah disediakan sebab aku nak kunci rumah.Anak abang aku yang tinggal dgn aku malam tadi tanya : usu ,esok sekolah sik? aku jawabla : kenapa? Then dia kata bini Tok Uban meninggal....aku terus cakap sepatah....WAJIB SEKOLAH. So, pagi tadi dia g sekolah naik motor kawannya.Haa...aku makin lewat sebab tunggu 3 kali feri baru kereta kancil aku dapat masuk feri untuk ke seberang samarahan. Dah la tu kena lagi bahagian hujung.Nyesal aku pakai feri...baik aku guna jalan jauh....15 minit je pecut ke sana.Dipendekkan citer....sapa datang rasmi majlis? TPM yang datang.Satu rumah mangsa banjir dapat RM300.Mak nak bagi kat aku....aku tak kemaruk duit tu. Biarlah mak guna beli apa saja yang dia suka. Tahu apa dia nak beli?? Dapur baru. Dapur lama dia nak bagi cucunya rumah sebelah....dia nak suruh mereka masak sendiri, berdikari.
Aku sempat sampai rumah jam 1 petang. Si Putri pulak bila aku sampai je ,minta ambik.Aku layan dia kejap...tapi time aku nak pergi sekolah, dia dah meraung nak ikut.iskkk.Memang payah kalau aku takde di sekolah....banyak yang mereka tak tahu nak handle.Nasib aku sempat sms pagi tadi suruh sedia apa2.Namun keletihan aku berpanjangan....bila aku pesan anak2 buahku suruh basuh sendiri lepas makan dan layan sendiri time makan sebab neneknya sakit tangan.Tahu kenapa???? Seorang darinya mengamuk dan sumpah seranah aku.Aku masa tu nak solat maghrib...maka akupun menangissss.......dan paling menyedihkan bila telingaku berdarah..................Tuhanku, adakah saat ajalku makin dekat?

Namanya POCOT

0

Posted by Leeza | Posted in

Biarlah hari ini aku menceritakan kisah anak-anak muridku.Kerenah mereka memang pelbagai,bermacam ragam dan perisanya.Awal pagi tadi, rakan sekerja aku menceritakan tentang POCOT. Dia kata POCOT dah terer dalam Maths...aku blur sebab aku tak kenal siapa POCOT. Yang aku kenal ialah si POCOT tahun 2 dan aku tak tahupun rakanku itu mengajar maths di kelas tersebut. Aku tanyalah sapa POCOT ? Dia kata si Z kelas tahun 4. Aku ingatkan si POCOT perempuan, rupanya POCOT lelaki. Kenapa namanya POCOT ? Entahlah ,budak2 bermacam nama panggilan. Ada yang namanya LETONG ( cacing ), Dugong, Gondol, Ketam,Konces dan bermacam lagi.Namun nama sebenar mereka indah sangat.Ada yang namanya 3 perkataan dan ayahnya satu perkataan, sehingga budak itu merayu untuk menulis nama panggilan sahaja kerana dia penat menulis namanya.Lagipun ruang nama tidak mencukupi.
Berbalik kisah POCOT, aku teringat minggu lepas si POCOT perempuan kena panggil ke pejabat kerana semua buku teks dan buku aktivitinya diwarnakan. Bukan mewarna seni tapi semua mukasurat diwarnakan habis.Aku malas nak tanya waktu itu memandangkan aku sibuk sangat.So, hari ini aku berpeluang masuk kelasnya , masa pendidikan seni visual. POCOT seorang yang kreatif dan sangat pandai melukis walaupun dia murid pemulihan.Aku tanyalah pasal buku2nya. Sayangnya POCOT hanya senyum sahaja. Dan rakan2 sekelasnya terutama Solehin,Ikmal dan Hamizan membuka cerita bahawa bukan POCOT yang mewarna tetapi ibunya. Ha....kalau orang dewasa lebih sudu dari kuah kita tahu sendiri apa maksudnya....something wrong on her mind. Kesian....dan paling ngerinya si POCOT ini pernah korek mata kucing.Namun POCOT tetap POCOT. Aku tidak mahu menyakiti hatinya, dan sentiasa menggalakkannya mencurah minat dalam lukisan.Dan apa yang aku tahu , dia sentiasa menyediakan buku lukisan dan warnanya.Itu maknanya dia meminati kelasku.....Bagaimana dengan POCOT lelaki? Aduiii...mulutnya sentiasa berciap dalam kelas. Ustaz menceritakan kisah si POCOT ini ketika disuruh mengeja jawi....dia menjawab : Kamek sik ndei cikgu.( Saya Tak pandai,cikgu)Dalam kelas aku, sentiasa ada saja lawaknya....terkadang aku suruh berdiri bila dia tanpa henti bercakap.Namun dalam latihan dan menulis dia akan sentiasa siapkan tugasan.
KONCES pula adalah anak DIALEXIA, entah betul ejaannya.Akupun dah blurr. Aku masih ingat semasa sukan 2 tahun lepas, ketika murid berbaris elok semasa perbarisan sukan, tetiba di tengah padang si Konces ini boleh keluar baris menuju khemah untuk minum. Huhuhuhu, tahun itu aku tidak mampu mempertahankan kejuaraan pasukanku dalam perbarisan. Namun tak apalah....dia masih dapat juara untuk acara memancing botol, itupun setelah tiap petang dilatih.Sekarang Konces sudah tahun 2. Satu yang paling best ialah dia tidak pernah ponteng dari menghantar lukisannya. Walaupun lukisannya tidak cantik dan sebarangan namun dia tetap hantar dan menghabiskannya.Tambahan pula dia penunggu setiaku setiap pagi.....rajin membawa barang-barangku. Biasalah aku , bawa sampai 3 beg,beg buku, laptop dan beg kertas2 latihan murid.Konces sudah mula menunjukkan kemajuannya dalam bacaan biarpun lambat. Jika Cikgu Maimunah membaca blog ini, aku ingin menyampaikan bahawa selepas seminggu persekolahan si Konces bertanyakan aku : Kenapa cikgu Maimunah tak datang sekolah ? Aku sedih bila melihat wajah kecewanya bila kukatakan yang cikgu Maimunah telah berpindah sekolah.Kehilanganmu amat dirasai terutamanya aku dan Madam T.Kami sekarang bergelak berdua sahaja...tidak lagi bertiga seperti dulu.Dan aku kehilangan tangan kananku dalam jabatan sains.....huhuhu...boring aku bila kena buat sorang2.Apa yang pasti aku rindukan spaghettinya....

Gelagat Dayang Putri Erwin

0

Posted by Leeza | Posted in

inilah PUTRI,gelagatnya masa kenduri tak pernah duduk diam.
Kelahirannya umpama permata dalam keluarga kami. Mengenalinya sejak lahir menjadikan saya tidak mampu berjauhan dengannya walau seharipun.Yang pasti saat paling indah dalam hidup saya ialah mengajar dia mula berjalan dan saya juga orang pertama menyaksikan dia berjalan dan berlari.Mungkin kerana dia paling kecil, perempuan dan satu-satunya yang tinggal paling dekat dengan kami maka ia menjadi kesayangan semua.

Kenakalannya dari hari ke hari sukar diduga.Tanpa amaran dia boleh menggigit kita kalau hatinya geram dan marah.Kalau dulu dia boleh melambai jika saya mengatakan , Nek Su nak pergi kerja ,tetapi sejak dua hari ini dia akan menangis jika saya meninggalkannya. Kononnya saya hendak pergi berjalan.Terpaksalah saya mengubah rutin harian saya setiap pagi,tanpa mencium selamat tinggal.Namun kebiasaan setiap petang,dia mesti pergi ke rumah saya jika saya tidak menjenguknya.Dia paling suka mengacau atuknya yang tengah berehat di ruang tamu.Manjanya dia tak tahu nak kata apa....yang pastinya setiap nampak kelibat saya dia pasti minta didukung.

Jika Rindu Itu Kian Pudar

2

Posted by Leeza | Posted in

April akan meninggalkan kita beberapa hari lagi.Dan semestinya 30 April sesuatu yang membuatkan semua rakyat Malaysia kelam-kabut untuk melengkapkan borang penyata cukai pendapatan. Pelbagai kerenah yang ditemui.Jangan lupa denda RM200 jika gagal melengkapkan borang cukup menakutkan mereka.Ada yang baru hendak berjinak dengan e-filing,mudah ,tepat dan ringkas.Yang melucukan ialah bila kali kedua membuat e-filing, ada yang sudah lupa 'password' nya.Kerana saya menjadi kerani tidak rasmi untuk mengisi e-filing mereka, saya memberikan cara termudah iaitu menggunakan nama pasangan masing-masing sebagai kata kunci.Bagi yang single macam saya, tentulah bulan bintang menjadi saksinya.

30 April adalah hari lahir abang saya, HAPPY BIRTHDAY MY BRO. Kalau orang tanya ke berapa jangan sibuk nak bagitahu ,younger than me. Siapa yang bongsu, saya ke awak?Tentulah hadiah yang paling bererti buatnya ialah apabila anak dara sulungnya berjaya memasuki IPTA.

Seiring 30 April juga, saya berjaya menghabiskan sylabus sains tahun 6. Ertinya ,bermula dari 30 April ,saya memulakan latihan 'komando' buat mereka. Hari-hari buat gerak gempur.Merekalah buah hati saya. Kita terus berlari menuju puncak bersama.Sekarang sudah 68% lulus. Sedikit lagi untuk memecah peratusan tahun lepas. Untuk mencapai 100% memang payah apabila si telinga astro dan mamat blur selalu tidak hadir ke kelas semasa saya membuat kelas bimbingan setiap hari sabtu dan hari cuti.Namun saya bertekad untuk memujuk mereka agar rajin menghadiri kelas bimbingan.Sains dalam Bahasa Inggeris....memang satu keluhan buat anak-anak. Dengar khabar tahun hadapan akan dikembalikan ke Bahasa Melayu....bermula tahun 1.Jika demikian, senang untuk saya mencapai peratusan lulus 90 ke atas.Anak-anak ini aneh. Jika diberikan soalan Sains dalam BI, mereka akan terkial-kial menjawabnya. Jika diberikan Sains dalam BM, mereka terkulat-kulat menatap maksud istilahnya.Namun jika diberikan dalam DWIBAHASA, dan disuruh menjawab dalam bahasa yang mereka faham, masih ramai yang memilih bahasa inggeris. Syukur alhamdulilah, kerana semua anak-anak saya ini berjaya menjawab soalan-soalan struktur section B iaitu, aim of investigation, controlling variables, trend, observation , hypothesis ,predicting and conclussion. Ertinya 80% sudah berjaya dikuasai. Sekarang hanya langkah untuk memantapkannya. Saya tidak akan mengenal putus asa....sehingga hari terakhir. Bagi saya, tiada jalan u-turn dalam hidup ini. Dalam semua hal kena teruskan perjalanan. Bercakap soal anak murid, saya dikejutkan dengan pesanan bekas murid saya....syukur bila ilmu internet yang saya turunkan berjaya dia gunakan apabila dia berjaya mengesan saya melalui friendster.Sesuatu yang mengusik sayu ialah bila dia katakan dia rindukan pengajaran saya. Namun saya sudah berpesan, biar di manapun berada, dengan siapapun guru mereka, saya mahukan mereka buat yang terbaik demi masa depan mereka. Sebab hidup muda cuma sekali. Seperti kata kakak kesayangan saya NB, hidup ini adalah untuk dinikmati bukan untuk ditangisi.

Jika rindu itu kian pudar, maka kehidupan seakan menemui layar putihnya semula. Ibarat warna pelangi tujuh spektrum warna - mamat jual kacang hijau budak itu untung nimonic untuk pelangi, apabila cahaya tujuh ini diputar dengan lajunya dan yang terlayar hanyalah warna putih...terang, kosong. Jika buta maka yang ada hanyalah warna hitam dan gelap. Tidak mungkin saya berpaling kepada warna hitam kerana semalam yang kelam hanya menjanjikan tangisan dan trajedi ngeri. Tuhan lebih tahu. Biarlah segalanya berlaku mengikut putarannya.Esok-esok kita tidak tahu kesudahannya. Semoga dia mengerti hati ini.Mengasihimu, aku lebih mengasihi Tuhanku.Kerana Dia lebih menyayangi dan lebih berkuasa dari segalaNya.

Aku dan Buku 1

3

Posted by Leeza | Posted in

Menurut rakan saya yang mengikuti program forum buku di tv sempena pesta buku KL, rakyat Malaysia malas membaca buku. Atas saranan inilah pihak Income tax memberi kemudahan rebat buku dalam cukai tahunan sehingga rm1000.Menyentuh soal buku, saya lebih suka membaca novel sama ada novel thriller, cinta atau kemasyarakatan.Sejak akhir-akhir ini saya suka melepak dalam blog NB, Rose Harissa. Namun dalam sejarah saya sebagai pembaca novel,novel pertama yang saya baca ialah novel SAGA oleh Abdul Talib Hassan.Novel ini menjadi modal saya semasa ujian temuduga ulasan buku untuk memasuki maktab perguruan. SAGA adalah novel kegemaran saya kerana di dalamnya penuh dengan nilai perjuangan, politik, kemasyarakatan, pembangunan dan pendidikan. Cukup menyedarkan kita orang Melayu terhadap nilai kemanusiaan.Sehinggalah SAGA 2 lahir, menyingkap pula kisah anak-anak watak Hisyam dan Munirah dan konflik paling pedih sekali ialah percintaan terlarang anak perempuan mereka dengan Rahmat ,bekas suami Munirah. Dan SAGA3, tidak dapat saya tatapi kerana saya belum menemuinya di pasaran Sarawak.Dulu, novel-novel jarang di pasaran. Yang ada novel keluaran DBP.Sehinggalah novel indonesia karya Fredy S membanjiri pasaran. Harganya rm5 sebuah.Kisah cinta dalam novel-novel Fredy S,memang superb seiring dengan adegan-adegan panasnya. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa novel-novel ini dicedok daripada novel-novel MILLS&BOON. Pernah saya memiliki novel M&B dan dalam masa yang sama novel FS, sama isi cerita hanya latar tempat diindonkan. Saya masih menyimpan semua koleksi novel-novel ini namun tiada yang suka membacanya dan meminjamnya kerana bahasa yang digunakan dalam bahasa indonesia. Begitu juga novel berat dari DBP dan novel-novel Inggeris. Masih cantik dan baru.Kemudian, studio21 menerbitkan novel-novel cinta namun tidak lari dari thriller, hujung-hujungnya cerita pembunuhan. Saya masih ingat saya membaca buku tanpa mengira had umur. Agaknya yang 'sensor'pun baca juga. Justeru itulah, harusnya ada tanda had umur untuk setiap buku seperti program TV. Namun adakah orang sekarang malas membaca? Mungkin, kerana ramai yang tidak suka membaca disebabkan lebih minat kepada elektronik. Satu hari nanti saya ingin bertanya kepada NB dan Rose Harissa , adakah mereka juga ulat buku sebelum menjadi novelis?

My Dear Baby

2

Posted by Leeza | Posted in


Saya tengah memikirkan bilakah saya bersedia untuk menjemput baby saya pulang? Saya harus menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuknya.Tambahan pula saya harus berhati-hati agar baby si cyborg tidak mengintai lalu membahamnya.Saya seorang penggeli....dan baby cukup mengajar saya erti ketabahan....betapa saya sangat mengkagumi orang yang biasa membedah manusia, mayat etc. Mengingati baby, saya seakan diburu rasa sangat berdosa seperti rasa bersalahnya saya ketika melanggar mati seekor burung kuak.

Hasta Manana

1

Posted by Leeza | Posted in

Semasa dalam perjalanan balik dari staff meeting, kepala yang bengang dan perut yang lapar terasa sejuk dan damai bila mendengar lagu 'viva forever'.Hasta manana adalah bahasa perancis yang bermaksud : until tomorrow. Someone sweet, beautiful n glamour bagi tahu saya makna lagu ini. Ahakzzz , bukan lelaki tetapi wanita yang istimewa. Entah di mana dia sekarang...sama ada di Malaysia atau di Perancis.

My friend bagi satu slot fasal perbezaan boss dengan staff.Betul. Saya tetap menghormati boss saya kerana dia menjalankan tugas-tugasnya.Ehhh...malaslah nak cakap pasal kerja.Menyemak kepala otak je.Namun buat pertama kalinya saya jadi ahli undangan negeri semasa membentangkan usul di kabinet. Sebiji macam itulah keadaannya, panas membara.

Pesta Buku KL masih berjalan. Lily dah bagitahu pasal banyak stok habis....so if saya datang ke sana, saya dapat apa?Pasti saya dapat 'buah hujung'. Huaaaa uuuuaaa.Setelah berfikir banyak kali, saya ambil keputusan untuk tidak terbang ke sana. Hari ini saya patahkan sayap saya, ikat kaki tangan saya...untuk tidak ke sana. One fine day , saya akan ke sana menemui mereka dan mencari buku yang saya inginkan.

Kerja, computer dan family

1

Posted by Leeza | Posted in

Bila bercakap tentang kerja, semua pasti mengeluh kerana hari ini adalah hari minggu,hari yang sepatutnya untuk bersantai bersama insan-insan tersayang.Mungkin semua orang setuju untuk tidak memikirkan soal kerja apabila berada di rumah. Bagi wanita mana mungkin mengelakkan tentang kerja sebab di rumahpun ada kerja iaitu kerja rumah.Hari ini saya telah bertekad untuk menyiapkan satu-persatu kerja yang telah saya gariskan mengikut keutamaan.Yang pastinya hari esok saya ingin bangun dengan senyuman kepuasan dan semangat yang tinggi.Tidak ingin saya menjunjung istilah 'monday mood'.Tugas saya memanglah berat kerana anak-anak itu adalah tanggungjawab saya. Dengan ilmu inilah yang dapat membantu saya di akhirat nanti.
Dan komputer???? Apakah kaitannya. Hanya sejak akhir-akhir ini saya kembali berjinak untuk menerokai dunia IT sejak berpindah ke daerah kelahiran saya, 2001 yang lalu. Ertinya 9 tahun saya hanya menyentuh komputer secara tangkap muat saja, malahan seorang senior pernah menegur apabila laptop sekolah yang ada di tangan saya dihinggapi banyak virus akibat terbiar tanpa sentuhan.Dan bermulalah seorang nenek kembali mengejar kemajuan IT yang sudah jauh ke depan. Nasib ada anak saudara untuk mendapatkan maklumat ,malahan dia juga banyak membantu.Bila ada orang yang pandai, mulalah terasa malas hendak meneroka sendiri. Kelmarin adalah satu sejarah kerana saya berjaya juga menghasilkan laman blog sendiri, belajar dari panduan yang disediakan, itupun kena baca banyak kali untuk memahami.
Family....siapa kata orang bujang tak perlu risau pasal family? Setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan soalan yang selalu ditanya ialah berapa orang anak? bila dengar masih bujang terus spontan keluar : ooo banyaklah duit simpanan.kaya nih...Wahai rakan-rakanku.....adakah hidupmu susah kerana sudah berkeluarga?Apakah ini kenyataannya apabila pernah saya baca sebuah buku motivasi mengatakan jika ingin kaya maka berkahwinlah.Saya tak sempat sambar buku itu.....Saya punya family besar....24 orang anak saudara dan 9 orang cucu saudara.Untuk anak-anak ini, saya tidak boleh pejam mata daripada mengikuti perkembangan hidup mereka biarpun mereka jauh dan sudah berkeluarga. Setiap ada rasa 'sakit' dalam keluarga saya juga rasa sakitnya.Anak-anak harus dipantau selalu.Biarpun sering jugalah saya 'naik angin' bila ada yang degil dan ikut hati degil sendiri.Bagi yang remaja i make deal n promises.....u can do what u want but never never involve in criminal n dosa.Because....kalau mak ayah mereka tak pukul, saya yang akan belasah tanpa warning.Saya tak kisah jika ada dendam or sakit hati...one fine day mereka akan berfikir mengapa mak usu buat camtu.Selalu saya cabar mereka untuk lawan result akademik saya..... so far masih ada yang lom lawan......hehehe i'm still the great. Bila cakap hal perhatian tentulah ada kaitan dengan duit...takkan u tak keluar duit untuk beli makanan? Time yang paling baik ialah masa makan bersama kerana masa itulah kita berpeluang untuk mendengar cerita keluh kesah anak-anak remaja ini. Semoga anak-anak ini sentiasa selamat menjalani hidup remaja mereka....amiinnn.

PERSAHABATAN 1987-2009

0

Posted by Leeza | Posted in

Jika ditanya padaku siapakah sahabatmu....pasti aku membayangkan wajah dia yang jauh di Germany.Sukar aku jelaskan kenapa aku terlalu menyayanginya.Aku tak tahu jika doa kami diterima tetapi kami saling mendoakan. Biarpun jauh, naluriku dapat merasakan dia dalam kedukaan sekarang. Kami pernah membayangkan jika kami tua bagaimana kami akan habiskan masa-masa bersama....satu impian yang mustahil.Setiap kali aku berada dalam tahap yang sangat rendah, dalam kedukaan yang amat sangat aku mesti mencarinya untuk bercerita tentang segala suka dukaku. Dialah sahabatku MRS. HEIKE BACKER

Pesta Buku Kuala Lumpur

0

Posted by Leeza | Posted in

Andai kata saya punya sayap sudah lama saya berada di sana menyaksikan spesies insan-insan yang punya minat yang sama iaitu: membaca.Beberapa hari ini minda saya asyik memikirkan PBAKL, melihat dengan mata sendiri penulis-penulis yang luarannya nampak biasa tetapi bakatnya mampu meneroka seribu emosi dan dunia tanpa batas.Saya sendiri seperti kebanyakan insan lain ingin mencuba bidang itu tetapi setiap kali tinta ini mencecah halaman kertas setiap kali itulah terasa tak mampu meneruskannya.
Dalam saya terkial-kial merancang tiket penerbangan terus ke KL dengan senyap-senyap,saya terpaksa kembali ke bumi nyata apabila tugas dan tanggungjawab mengikat pergerakan kaki saya....menyintaimu wahai penulis-penulis kesayangan, saya lebih menyintai anak-anak murid saya.