Aku dan Buku 1

Posted by Leeza | Posted in

Menurut rakan saya yang mengikuti program forum buku di tv sempena pesta buku KL, rakyat Malaysia malas membaca buku. Atas saranan inilah pihak Income tax memberi kemudahan rebat buku dalam cukai tahunan sehingga rm1000.Menyentuh soal buku, saya lebih suka membaca novel sama ada novel thriller, cinta atau kemasyarakatan.Sejak akhir-akhir ini saya suka melepak dalam blog NB, Rose Harissa. Namun dalam sejarah saya sebagai pembaca novel,novel pertama yang saya baca ialah novel SAGA oleh Abdul Talib Hassan.Novel ini menjadi modal saya semasa ujian temuduga ulasan buku untuk memasuki maktab perguruan. SAGA adalah novel kegemaran saya kerana di dalamnya penuh dengan nilai perjuangan, politik, kemasyarakatan, pembangunan dan pendidikan. Cukup menyedarkan kita orang Melayu terhadap nilai kemanusiaan.Sehinggalah SAGA 2 lahir, menyingkap pula kisah anak-anak watak Hisyam dan Munirah dan konflik paling pedih sekali ialah percintaan terlarang anak perempuan mereka dengan Rahmat ,bekas suami Munirah. Dan SAGA3, tidak dapat saya tatapi kerana saya belum menemuinya di pasaran Sarawak.Dulu, novel-novel jarang di pasaran. Yang ada novel keluaran DBP.Sehinggalah novel indonesia karya Fredy S membanjiri pasaran. Harganya rm5 sebuah.Kisah cinta dalam novel-novel Fredy S,memang superb seiring dengan adegan-adegan panasnya. Namun mungkin ramai yang tidak tahu bahawa novel-novel ini dicedok daripada novel-novel MILLS&BOON. Pernah saya memiliki novel M&B dan dalam masa yang sama novel FS, sama isi cerita hanya latar tempat diindonkan. Saya masih menyimpan semua koleksi novel-novel ini namun tiada yang suka membacanya dan meminjamnya kerana bahasa yang digunakan dalam bahasa indonesia. Begitu juga novel berat dari DBP dan novel-novel Inggeris. Masih cantik dan baru.Kemudian, studio21 menerbitkan novel-novel cinta namun tidak lari dari thriller, hujung-hujungnya cerita pembunuhan. Saya masih ingat saya membaca buku tanpa mengira had umur. Agaknya yang 'sensor'pun baca juga. Justeru itulah, harusnya ada tanda had umur untuk setiap buku seperti program TV. Namun adakah orang sekarang malas membaca? Mungkin, kerana ramai yang tidak suka membaca disebabkan lebih minat kepada elektronik. Satu hari nanti saya ingin bertanya kepada NB dan Rose Harissa , adakah mereka juga ulat buku sebelum menjadi novelis?

Comments (3)

Salam liza...
hmmm... menjawab soalan liza tu... sejujurnya saya ni bukan ulat buku sebelum jadi penulis... saya lebih suka baca komik dn melihat telatah orang... darimelihat telatah org dan mendengar cerita, pengalaman sekeliling itulah yang saya curah ke dalam penulisan saya...
membaca itu perlu bila saya memerlukan fakta yang kukuh dalam novel jadi google tu tool's penting untuk saya sebagai penulis...

sekian...

salam liza..
akhirnya jmpa jgk blog liza.. hari tu cuma ibu junes sempat sampaikan salam liza pada saya tru ym.. apapun salam perkenalan.
ps..buatlah shout box..senang kita nak jerit2 hehehe

Liza
salam baca aje blog akak..dalam usia 9 tahun akak da baca buku falsafah..sampai sekarang tapi kerana mata yg kurang nampak da tua..aktiviti membaca menjadi kurang...he.he..za buat shoutmixla
senang tinggal pesan...