Jika Rindu Itu Kian Pudar

Posted by Leeza | Posted in

April akan meninggalkan kita beberapa hari lagi.Dan semestinya 30 April sesuatu yang membuatkan semua rakyat Malaysia kelam-kabut untuk melengkapkan borang penyata cukai pendapatan. Pelbagai kerenah yang ditemui.Jangan lupa denda RM200 jika gagal melengkapkan borang cukup menakutkan mereka.Ada yang baru hendak berjinak dengan e-filing,mudah ,tepat dan ringkas.Yang melucukan ialah bila kali kedua membuat e-filing, ada yang sudah lupa 'password' nya.Kerana saya menjadi kerani tidak rasmi untuk mengisi e-filing mereka, saya memberikan cara termudah iaitu menggunakan nama pasangan masing-masing sebagai kata kunci.Bagi yang single macam saya, tentulah bulan bintang menjadi saksinya.

30 April adalah hari lahir abang saya, HAPPY BIRTHDAY MY BRO. Kalau orang tanya ke berapa jangan sibuk nak bagitahu ,younger than me. Siapa yang bongsu, saya ke awak?Tentulah hadiah yang paling bererti buatnya ialah apabila anak dara sulungnya berjaya memasuki IPTA.

Seiring 30 April juga, saya berjaya menghabiskan sylabus sains tahun 6. Ertinya ,bermula dari 30 April ,saya memulakan latihan 'komando' buat mereka. Hari-hari buat gerak gempur.Merekalah buah hati saya. Kita terus berlari menuju puncak bersama.Sekarang sudah 68% lulus. Sedikit lagi untuk memecah peratusan tahun lepas. Untuk mencapai 100% memang payah apabila si telinga astro dan mamat blur selalu tidak hadir ke kelas semasa saya membuat kelas bimbingan setiap hari sabtu dan hari cuti.Namun saya bertekad untuk memujuk mereka agar rajin menghadiri kelas bimbingan.Sains dalam Bahasa Inggeris....memang satu keluhan buat anak-anak. Dengar khabar tahun hadapan akan dikembalikan ke Bahasa Melayu....bermula tahun 1.Jika demikian, senang untuk saya mencapai peratusan lulus 90 ke atas.Anak-anak ini aneh. Jika diberikan soalan Sains dalam BI, mereka akan terkial-kial menjawabnya. Jika diberikan Sains dalam BM, mereka terkulat-kulat menatap maksud istilahnya.Namun jika diberikan dalam DWIBAHASA, dan disuruh menjawab dalam bahasa yang mereka faham, masih ramai yang memilih bahasa inggeris. Syukur alhamdulilah, kerana semua anak-anak saya ini berjaya menjawab soalan-soalan struktur section B iaitu, aim of investigation, controlling variables, trend, observation , hypothesis ,predicting and conclussion. Ertinya 80% sudah berjaya dikuasai. Sekarang hanya langkah untuk memantapkannya. Saya tidak akan mengenal putus asa....sehingga hari terakhir. Bagi saya, tiada jalan u-turn dalam hidup ini. Dalam semua hal kena teruskan perjalanan. Bercakap soal anak murid, saya dikejutkan dengan pesanan bekas murid saya....syukur bila ilmu internet yang saya turunkan berjaya dia gunakan apabila dia berjaya mengesan saya melalui friendster.Sesuatu yang mengusik sayu ialah bila dia katakan dia rindukan pengajaran saya. Namun saya sudah berpesan, biar di manapun berada, dengan siapapun guru mereka, saya mahukan mereka buat yang terbaik demi masa depan mereka. Sebab hidup muda cuma sekali. Seperti kata kakak kesayangan saya NB, hidup ini adalah untuk dinikmati bukan untuk ditangisi.

Jika rindu itu kian pudar, maka kehidupan seakan menemui layar putihnya semula. Ibarat warna pelangi tujuh spektrum warna - mamat jual kacang hijau budak itu untung nimonic untuk pelangi, apabila cahaya tujuh ini diputar dengan lajunya dan yang terlayar hanyalah warna putih...terang, kosong. Jika buta maka yang ada hanyalah warna hitam dan gelap. Tidak mungkin saya berpaling kepada warna hitam kerana semalam yang kelam hanya menjanjikan tangisan dan trajedi ngeri. Tuhan lebih tahu. Biarlah segalanya berlaku mengikut putarannya.Esok-esok kita tidak tahu kesudahannya. Semoga dia mengerti hati ini.Mengasihimu, aku lebih mengasihi Tuhanku.Kerana Dia lebih menyayangi dan lebih berkuasa dari segalaNya.

Comments (2)

salam za...wa pagi2 lagi dah berjalan.. apapun jgn mengantuk kat kelas!

Terharu baca entry ni.. liza seorang guru yang dedikasi dan sangat mengambil berat pada murid. Alhamdulillah, beruntung ibu bapa yang anak-anak mereka belajar di bawah liza..
Guru yang penuh iltizam dan bukan semata2 mengharap ganjaran duniawi.

Doa nik semoga za terus istiqamah mendidik anak-anak bangsa.

salam za..
akak memang pemalas nak isi borang incometax ni tapi sbb ada company sec jadi dia orang yang isikan borangnya.
Blog Za ni serius sangatlah..he.he..letaklah gambar banyak2, gambar anak buah ke..macam2 gambarlah..
Blog nik fauziah skrg tak bergambar sebab kamera dia dah padam..ha.ha.jgn marah nik..