Namanya POCOT

Posted by Leeza | Posted in

Biarlah hari ini aku menceritakan kisah anak-anak muridku.Kerenah mereka memang pelbagai,bermacam ragam dan perisanya.Awal pagi tadi, rakan sekerja aku menceritakan tentang POCOT. Dia kata POCOT dah terer dalam Maths...aku blur sebab aku tak kenal siapa POCOT. Yang aku kenal ialah si POCOT tahun 2 dan aku tak tahupun rakanku itu mengajar maths di kelas tersebut. Aku tanyalah sapa POCOT ? Dia kata si Z kelas tahun 4. Aku ingatkan si POCOT perempuan, rupanya POCOT lelaki. Kenapa namanya POCOT ? Entahlah ,budak2 bermacam nama panggilan. Ada yang namanya LETONG ( cacing ), Dugong, Gondol, Ketam,Konces dan bermacam lagi.Namun nama sebenar mereka indah sangat.Ada yang namanya 3 perkataan dan ayahnya satu perkataan, sehingga budak itu merayu untuk menulis nama panggilan sahaja kerana dia penat menulis namanya.Lagipun ruang nama tidak mencukupi.
Berbalik kisah POCOT, aku teringat minggu lepas si POCOT perempuan kena panggil ke pejabat kerana semua buku teks dan buku aktivitinya diwarnakan. Bukan mewarna seni tapi semua mukasurat diwarnakan habis.Aku malas nak tanya waktu itu memandangkan aku sibuk sangat.So, hari ini aku berpeluang masuk kelasnya , masa pendidikan seni visual. POCOT seorang yang kreatif dan sangat pandai melukis walaupun dia murid pemulihan.Aku tanyalah pasal buku2nya. Sayangnya POCOT hanya senyum sahaja. Dan rakan2 sekelasnya terutama Solehin,Ikmal dan Hamizan membuka cerita bahawa bukan POCOT yang mewarna tetapi ibunya. Ha....kalau orang dewasa lebih sudu dari kuah kita tahu sendiri apa maksudnya....something wrong on her mind. Kesian....dan paling ngerinya si POCOT ini pernah korek mata kucing.Namun POCOT tetap POCOT. Aku tidak mahu menyakiti hatinya, dan sentiasa menggalakkannya mencurah minat dalam lukisan.Dan apa yang aku tahu , dia sentiasa menyediakan buku lukisan dan warnanya.Itu maknanya dia meminati kelasku.....Bagaimana dengan POCOT lelaki? Aduiii...mulutnya sentiasa berciap dalam kelas. Ustaz menceritakan kisah si POCOT ini ketika disuruh mengeja jawi....dia menjawab : Kamek sik ndei cikgu.( Saya Tak pandai,cikgu)Dalam kelas aku, sentiasa ada saja lawaknya....terkadang aku suruh berdiri bila dia tanpa henti bercakap.Namun dalam latihan dan menulis dia akan sentiasa siapkan tugasan.
KONCES pula adalah anak DIALEXIA, entah betul ejaannya.Akupun dah blurr. Aku masih ingat semasa sukan 2 tahun lepas, ketika murid berbaris elok semasa perbarisan sukan, tetiba di tengah padang si Konces ini boleh keluar baris menuju khemah untuk minum. Huhuhuhu, tahun itu aku tidak mampu mempertahankan kejuaraan pasukanku dalam perbarisan. Namun tak apalah....dia masih dapat juara untuk acara memancing botol, itupun setelah tiap petang dilatih.Sekarang Konces sudah tahun 2. Satu yang paling best ialah dia tidak pernah ponteng dari menghantar lukisannya. Walaupun lukisannya tidak cantik dan sebarangan namun dia tetap hantar dan menghabiskannya.Tambahan pula dia penunggu setiaku setiap pagi.....rajin membawa barang-barangku. Biasalah aku , bawa sampai 3 beg,beg buku, laptop dan beg kertas2 latihan murid.Konces sudah mula menunjukkan kemajuannya dalam bacaan biarpun lambat. Jika Cikgu Maimunah membaca blog ini, aku ingin menyampaikan bahawa selepas seminggu persekolahan si Konces bertanyakan aku : Kenapa cikgu Maimunah tak datang sekolah ? Aku sedih bila melihat wajah kecewanya bila kukatakan yang cikgu Maimunah telah berpindah sekolah.Kehilanganmu amat dirasai terutamanya aku dan Madam T.Kami sekarang bergelak berdua sahaja...tidak lagi bertiga seperti dulu.Dan aku kehilangan tangan kananku dalam jabatan sains.....huhuhu...boring aku bila kena buat sorang2.Apa yang pasti aku rindukan spaghettinya....

Comments (0)