Novel ini sebenarnya sudah lama saya beli tetapi saya baru sahaja membaca dan menghabiskannya hari ini. Tiga minggu saya membaca novel ini. Novel berkisah percintaan yang diumpamakan uda dan dara antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Mereka berdua kenal sejak kecil tetapi terpisah kerana kejadian penghinaan oleh Izzat Hilman terhadap Siti Mariam yang pada zaman remajanya digambarkan seorang gadis yang gemuk dan tidak menarik. 17 tahun lamanya Siti Mariam menyimpan rasa marah dan dendam tetapi tidak dapat menolak naluri kasih sayang dan cintanya terhadap Izzat Hliman. Si Hilman pula jatuh hati bila bertemu semula dengan gadis yang pernah dicemuhnya itu. Gadis itu berubah menjadi wanita yang mempersonakan. Maka bermulalah cinta mahu tapi malu, sehingga kejar mengejar. Si gadis asyik berdolak dalih dengan hatinya..mulut kata benci tetapi hati kata mahu sangat. Hilman pula cinta membuak-buak dan bernafsu.
Pada peringkat pertama ialah hubungan yang bertarik tali , nampak si Mariam tidak matang. Bagaimana bercinta kemudian berpisah ? Ia umpama bom jangka bagi Hilman yang seikhlasnya sayangkan Mariam. Bagaimanapun kita tidak boleh salahkan Mariam kerana dia tahu dan sedar diri bila secara terangan kakak Hilman ,Kak Yah hendak menjodohkan Hilman dengan sepupunya Khalidah lulusan dari Jordan.Kemudian percintaan ini disenyapkan sementara dengan masalah ayah kandung Mariam berhutang dengan Ah Long. Masalah ini membuat keluarga Mariam dalam bahaya dan berada dalam kestressan. Kemudian Hilman terlibat sama sebab dia rapat dengan Mariam. Bila akhirnya Hilman membantu melunaskan hutang ayah Mariam dan dia dengan tegas meminta ayah Mariam tidak lagi menganggu hidup Mariam. Di kesempatan itu juga dia melamar Mariam menjadi isterinya. Kerana terhutang budi , maka perkahwinan mereka diatur oleh keluarga. Kak Yah pula semakin mengamuklah dia kerana adik kesayangan ingkar dengan kehendaknya. Maka bermulalah episod duka seorang isteri yang terasa diri dikahwini untuk membayar hutang dan tidak disukai oleh kakak ipar.
Banyak juga konflik yang diwujudkan dalam novel ini. Konflik hati Mariam yang berteka- teki samada suaminya sayangkan dia. Sehingga bila mereka dalam saat-saat mengecap bahagia berdua, datang musibah bila rahsia penjualan tanah untuk membayar hutang ayah Mariam dibangkitkan oleh Kak Yah. Kemuncaknya Mariam yang tidak tahu dirinya mengandung terjatuh dari tangga menyebabkannya keguguran. Kak Yah cuba menangguk di air keruh dengan mendesak Hilman mengahwini Khalidah. Hakikatnya Khalidah serba salah dengan tindakan Kak Yah dan masih menghormati perkahwinan Mariam dan Hilman. Namun ada penyelesaian yang menyedarkan Kak Yah dari lena dan sikap obsesnya yang keterlaluan. Pendermaan darah kepada anak lelakinya Jefri yang mengidap demam denggi oleh Mariam yang baru keguguran menyebabkan sengketa dan dendam ini berakhir dengan manis. Maka kebahagiaan itu dilengkapi dengan kelahiran Arif Hilman. Penulis juga tidak melupakan watak Adam Mukhriz dengan Hawani dan Luqman Hakim dengan Farah.
Keseluruhannya penyampaian amat sederhana , cinta yang biasa-biasa sahaja. Malahan kali ini semakin jelas bila penulis amat terhad dalam penceritaan
Comments (0)
Post a Comment