Posted by
Leeza
|
Posted in
My World
Sangat indah rasanya sebab berpeluang ke pesta buku lagi tahun ini. Syukur alhamdulilah kerana diizinkan Nya untuk bersama-sama semua peminat buku, karyawan buku dan rakan taulan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.
|
Permandangan dari tingkap bilik saya. |
|
Tahun ini saya memilih untuk duduk di Hotel Seri Pacific selama 2 malam. Syukur alhamdulilah kerana pilihan saya ini sangat tepat. Selain amat selesa , dekat dan mudah untuk berulang-alik ke Pesta Buku yang terletak di sebelah hotel, ia juga amat selamat memandangkan BERSIH 3.0 sedang beroperasi pada 28 April yang lalu.
|
Hadiah harijadi yang kecil sahaja untuk kakak tersayang. |
|
Qaisara yang manja. |
|
Bersama keluarga Junaidah daripada Kluang, Johor |
Saya berkesempatan menemui Ibujunes yang sudah lama saya kenal melalui blog Kak NB . Kali ini dia datang membawa semua anak dan ibunya. Saya kagum dengan ibunya yang minat membaca. Saya suka sangat menyakat anak Jun si Hakim yang wajahnya selalu tensen.
|
Bersama penulis Lelaki Tidak Bersalah, Kusyi Hirdan |
|
Bersama penulis Keindahan Cinta Iman, Puan Zuraidah Othman. |
|
Sudah tentu bersama novelis pujaan saya, Roti Canai, Salad Taco. |
|
Gambar beramai-ramai. Bila Singapura dan Sarawak berkumpul di NBKara....maka gamatlah dengan pelbagai cerita. |
|
Jauh nun di Sarawak, di KL juga menjadi tempat pertemuan...hahaha. |
Saya sangat seronok, biarpun kaki saya belum sembuh sepenuhnya. Masa terasa sangat singkat. Amat menyesal pergi hanya sekejap sahaja. Tahun depan saya akan datang lebih lama sedikit. Saya cuma berpeluang shopping buku sehari sahaja iaitu 28 April. Itupun saya kerap berehat kerana kesihatan tidak mengizinkan sangat. Jumpa lagi tahun depan....jom rakan-rakan yang hendak sertai , sila menabung dari sekarang untuk membeli buku-buku. Syurga buku di sana.............
Comments (0)
Post a Comment