Posted by
Leeza
|
Posted in
Makanan
|
Asam Pedas Kekasih |
Hari Ahad sahajalah masa paling santai untuk saya memasak. Hari-hari biasa saya tidak sempat memasak yang istimewa untuk diri sendiri. Bak kata kawan saya, kalau kau dah kahwin mahu atau tidak ,kau terpaksa memasak juga untuk keluarga. Betul katanya, sebab bila saya seorang saya hanya memasak untuk emak dan untuk diri sendiri terkadang makan terkadang tidak. Kalau lapar sangat, telur dadar menjadi pilihan.
Oleh kerana sudah berminggu ayam dalam freezer, maka hari ini saya mencuba resipi dalam Buku RESIPI 6 SAHABAT Norhayati Berahim . Resipi Anita @Balqis Nazid menjadi pilihan pertama kerana semua bahannya ada. Sebenarnya bahan-bahan asalnya hendak memasak sup, dan laksa tetapi saya ingin mencuba kelainan hari ini. Syukur alhamdulilah, sebab ia menjadi , malahan rasanya sangat sedap. Percaya atau tidak saya menghirup kuahnya sehingga licin.
|
Resipi sendiri : Udang Terung Tumis Manis |
Emak pula tidak menyukai ayam. Lantaran tidak mungkin saya memberinya lauk yang pedas sebegini, maka saya memasak Udang Terung Tumis Manis. Saya gunakan terung, udang, dan gula apong /nipah. Ini makanan kegemaran kami berdua. Resipi ini tidak terdapat dalam mana-mana buku.
Jadi jika anda ingin mencuba resipi Asam Pedas Kekasih, dapatkannya segera. Berbaloi sangat untuk kita mmebeli buku resipi kerana memasak itu sinonim dengan kita sebagai wanita. :)
Comments (0)
Post a Comment