Posted by
Leeza
|
Posted in
My World
|
sebelum operasi |
Ya...sudah lama menghidapi sakit kaki ini sehingga kaki kanan sudah membengkok. Saya melipat kaki tak sakit tetapi hendak meluruskannya , seksa. Lantaran itu saya pergilah ke KPJ Kuching Specialist Hospital untuk membuat xray dan MRI. Doktor yang saya jumpa ialah Dr Lee Wee Guan . Ketika dia menekan lutut bahagian betis, sakit sangat. Terus dia arahkan buat scanning. Berjam saya dalam bilik MRI tersebut sampai kaki saya kebas. Bila diketahui daripada MRI dan Xray, didapati tulang saya sudah terkeluar dari soketnya. Doktor nasihatkan saya buat pembedahan. Dia yakinkan pembedahan hanya ambil masa 20 minit dan selepas itu sudah boleh berjalan...pandai dia psiko saya. Yang pastinya saya teruja sungguh terus setuju untuk dioperasi. Saya lupa pesan adik saya Hayati Baharom untuk tanya pendapatnya dahulu. Sebab di minda saya kalau 20 minit ia adalah operasi yang sangat-sangat minor. Maka kalutlah saya bila mengetahui ia bukan semudah yang disangka. Maka beberapa tindakan saya ambil.
1. Call kakak saya minta dia jaga emak malam ini.
2. Call abang ,minta ambil kereta saya.
3. Call kak Yati bagitahu saya nak operate....minta doakan.
|
Ejen medical card Prudential saya. Afif Salleh |
Maka operasilah saya dengan bius separuh badan. Sakit susah nak cakap. Saya kan takut injeksi. Jam 4 operasi jam 6 keluar dewan bedah. 20 minit menjadi 2 jam. Penipukan...hahahaha jangan percaya doktor anda sepenuhnya. Petang itu anak saudara saya Fakhry menunggu saya . Malamnya saya ditemani oleh anak saudara saya Faziyanni. Syukurlah ada anak saudara ini, alhamdulilah.
Kos operasi ini semuanya RM10,000 dan saya menggunakan Medical Card Prudential untuk menampung pembelanjaannya. Kita tak minta sakit tetapi siapa sangka hanya kerana jatuh , tulang saya beralih dan terpaksa dibedah ? Dugaan ini....syukur alhamdulilah.
|
Selepas operasi...sakit jugalah. |
Sepatutnya emak dijaga oleh kakak di rumahnya selama saya bercuti sakit selama 2 minggu. Namun dia cuma dapat bertahan sehari sahaja. Terpaksalah kakak menghantarnya balik. Masa inilah dugaan paling hebat bagi saya kerana sudahlah kaki sakit dan tidak kuat , kena menguruskan emak. Hendak tak hendak saya terpaksa banyak bergerak. Pada mulanya saya tak makan painkiller , bila bekerja keras terpaksa juga saya telan. Tak apalah..itu mak saya. Moga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran..amin.
Comments (0)
Post a Comment