Posted by
Leeza
|
Posted in
Santai
|
Bergambar dalam Pasar Klewer |
Tidak lengkap kiranya percutian ini jika tidak bershopping. Bak kata Ojan, mana nak ingat benda lain jika sudah bershopping.hahaha.Saya, Kak NB , Kak Mijah dan Bibik sendiri pun suka bershopping. Anak Bibik bertanya ibunya apakah tidak penat bershopping.hahaha. Selesai mengisi perut dan bersolat , kami teruskan perjalanan ke Pasar Klewer. Perjalanan ke sana agak macet. Penggunaan hon kereta dimaksimumkan dengan menyelit celah-celah speda motor dan mobil. Juga lorinya tidak mahu mengalah tidak sedar diri badan besar gedabak. Beberapa hari di Solo saya perhatikan majoriti penduduknya menggunakan motorsikal. Semasa melalui perbukitan Sarangan yang berlekok, kami berpapasan sekumpulan mat motorsikal besar . Agaknya mereka ada acara berkumpulan yang disertai ,berkonvoi ramai-ramai. Juga kami saksikan ada beberapa kumpulan anak remaja meminta wang sambil memetik gitar kecil menunggu di tengah jalan berhampiran lampu isyarat. Sesekali pemandu kami menghulurkan sebatang rokok dan disambut oleh mereka dengan gembiranya. Jika tidak berdaya tidak mengapa tetapi rata-rata yang mengemis ini adalah anak remaja. Pun juga saya saksikan seorang lelaki tua duduk di atas tanah tepi jalan sambil menarah rumput-rumput,gigih mencari nafkah hidup.
|
Kesian Kak NB , keletihan |
Pasar Klewer boleh saya umpamakan seperti Pasar Dockyard dan Pasar Gambir, Kuching pada satu masa dahulu. Pun juga boleh diumpamakan dengan Pasar Philipines, Sabah. Namun Pasar Klewer amat sesak dan padat. Jangan harap ada kipas dan aircond di sini. Kita harus tahu menawar harga dengan semurah-murahnya. Di sinilah kami membeli beberapa helai baju kemeja batik dan kain batik sarung. Sudah menjadi kebiasaan jika saya ke mana-mana samada berjalan ke KL atau Sabah, saya pasti membelikan oleh-oleh buat abang-abang dan Boss saya. Di sini saya membeli sepasang seorang kemeja batik yang harganya antara rupiah 35000-rupiah 50000. Saya juga sempat menyambar beberapa helai batik sarung untuk buah tangan untuk ibu tersayang. Kepanasan di sini membuatkan kami tidak dapat berlama-lama dalam Pasar Klewer. Namun begitu, kami teruskan menjelajah kedai-kedai India di hadapan Pasar Klewer pula...hahaha. Kami membeli beberapa pasang telekong dalam harga rupiah 200000-210000 rupiah. Pandai-pandailah minta si Bibik tolong tawarkan harganya. Qaisara dan abang-abangnya membeli aiskrim kerana cuaca sangat panas.
|
Bibik tengah menyusun barang-barang belian kami ke dalam beg..hahaha. |
Oleh kerana tempat parkir sangat jauh maka kami naik becak dua orang sebuah beca. Bayarannya rupiah 5000. Saya naik dengan Kak Yati....
|
Laju juga ni...agaknya mengah penarik becak ini membawa kami yang berat . |
Selesai di Pasar Klewer kami teruskan aktiviti bershopping di Giant Solo. Sebutannya GIAN. Sebelum itu kami membawa anak dara kami Qaisara ke salun milik kawan Bibik. Dia mencuci dan menggunting rambutnya. Sampai tertidur-tidur anak ini...hahaha.
|
Mercu tanda Giant |
|
Giant Solo |
|
Salun kawan Bibik |
|
Seronoknya dia sampai pejam mata |
Di Giant, kami melihat-lihat barang dan membandingkan harga barangan dengan Giant Malaysia. Nampaknya harga agak mahal dan tidak ramai pengunjung. Saya mengikut Qaisara dan Bibik naik keretapi. Apa Kak Yati cakap, nasib baik keretapi dapat bergerak.
|
Keretapi mainan |
|
Tak peduli, nak naik juga..hahaha 2 kali pusingan pula tu. |
|
Harimau untuk kanak-kanak |
Di Giant , Qaisara lebih banyak meluangkan masa bermain di tempat permainan kanak-kanak. Kami pula melihatlihat barangan yang dijual di situ. Menurut Kak Yati, barangan di Giant itu agak mahal. Tidak hairanlah Giant nampak lenggang walaupun hari minggu. Kami membeli sandal massage di Guardian yang harganya dalam RM70 duit Malaysia.
|
Sandal massage |
|
selesa dipakai |
Nampaknya saya lebih banyak shopping sandal...:)
Comments (0)
Post a Comment