Penerbit : Nb Kara sdn bhd. | Harga : RM32.90/ RM35.90 |
Akhirnya untuk kesekian kalinya saya kembali membuat ulasan tentang novel yang saya baca. Novel yang setebal 1029 mukasurat telah saya tamatkan bacaannya tepat jam 8.45 malam 7 April 2011 , hanya beberapa jam sebelum usia saya menganjak ke 44 tahun. (Saya sering lupa berapa usia saya sekarang..terkadang saya kata usia saya 43 terkadang 45....hahaha. )
Saya akui saya malas membaca . Memasuki bulan April , 4 bulan pertama tahun 2012, hanya novel ini yang berjaya saya habiskan. Teruknya saya. Walau saya sering menerima senyuman dan tawa sinis bila saya memuji novel kak Norhayati Berahim namun apa saya peduli kerana sejujurnya novel beliau tidak pernah menghampakan. Jika dicabar sekalipun saya rela lambakkan novel beliau untuk dikaji dan dihayati.
Dari Milan ke Maran adalah jauh bezanya daripada novel-novel beliau yang sudah. Siapa dia yang menyatakan beliau mengungkapkan isu yang sama ? Saya akhirnya ketemu novel kemasyarakatan yang mengupas dunia politik dan perjuangan dalam pemasalahan masyarakat semasa....alangkah rindunya saya dengan novel SAGA 1 dan inilah novel yang saya inginkan , mengupas dunia politik dengan santai. Jika anda ingin bercinta , hayati cinta Ismail dan Sharmin yang luar biasa.
Biar seringkasnya saya buat ulasan sinopsis novel ini dalam dua situasi. Pertama : Dunia Ismail dan Sharmin. Kak NB telah berjaya menulis dan menyelami dunia seorang lelaki yang terperangkap dalam jiwa perempuan. Secara alaminya Ismail adalah lelaki yang bukan khunsa, tetapi entah mengapa keliru dengan keinginan menjadi perempuan.Pertemuan mereka untuk kali pertama semasa majlis BBQ di rumah Sharmin , masing-masing tidak menyukai pada pandangan pertama. Kenekadan Sharmin membuang kasut tumit tinggi milik Ismail a.k.a Moon menimbulkan kemarahan kepada Moon. Namun bila hari demi hari dan kebaikan Sharmin terserlah di sebalik kelaseran bicaranya yang tanpa berselindung menegur sikap Moon membuka ruang persahabatan antara mereka. Persahabatan ini terus terjalin sehingga ke tanahair dan Moon ternyata mulai berubah dari segi fizikal sedikit demi sedikit. Kehadiran watak antagonis Johan yang rakus menyebabkan Sharmin melamar Ismail untuk berkahwin. Dalam masa yang sama tekanan ayah Ismail, Datuk Rahmat menyebabkan Ismail menerima lamaran dan bersetuju untuk berkahwin dengan Sharmin. Hakikatnya Sharmin ingin membantu Ismail berubah secara total dan bila sudah berkahwin bukan sedikit dugaan untuk pasangan ini mempertahankan keharmonian dan mencari keserasian di antara mereka. Sayang ? Rasa sayang dan kasih sedikit demi sedikit berkembang dan antara keduanya CINTA hadir tanpa diduga . Namun saya tahu ia terpercik dari rasa cemburu Sharmin bila panggilan adik iparnya Azie disangka daripada perempuan lain. Ismail akhirnya meluahkan rasa cinta namun terhalang dengan tragedi yang menimpa isteri kesayangannya sehingga terlantar di wad ICU. Saya tertiba buruk sangka dengan Johan yang menyebabkan Sharmin sedemikian. Dalam hati berdoa agar Sharmin tidak diperkosa. Pada saat Ismail merasa berat meninggalkan Sharmin, saya sudah berdebar-debar...janganlah apa-apa terjadi dengan dua watak ini. Tapi terus-terang saya akui, di minda saya bayangan Ismail yang lembut menganggu kemachoannya...hahaha. Dan tertanya-tanya bagaimana dan bila mereka berdua akan bersatu , agaknya kak Yati susah hendak buat babak ini, hendak menyampaikan peristiwa yang sangat penting sebegini. Namun keromantisan menjadi kelucuan bagi saya bila selanjutnya si Ismail ini kalut hendak mendapat anak....hahaha. PITAM.
Dunia politik yang menjadi latar peristiwa dengan watak Muin, Datuk Rahmat dan Pak Lah. Tokoh politik muda Muin menghadapi bukan sedikit cabaran dan dugaan dalam memperjuangkan prinsip politik yang jujur, bebas dari rasuah dan segala hal kotor yang dianggap halal untuk menang. Lantaran usia mudanya ,bukan mudah untuk menegakkan prinsipnya, kerana politik sudah disinonimkan dengan kepincangan sepak terajang pemain-pemain yang sedia ada. Tambahan pula Muin dibantu oleh Pak Lah yang sudah lali dengan cara kotor. Bersyukur Ya Allah sebab Muin teguh dan kuat pada keimanannya . Syukur alhamdulilah kerana anak Mak Cik Kuntum ini anak yang soleh dan mendengar kata. Datuk Rahmat yang berubah menjadi lelaki yang materialistik akhirnya sedar bila terjadi musibah dengan ketelanjuran anaknya Ayu dan Ismail. Ayu yang dipuja menconteng arang kepada keluarganya namun tindakan ahli keluarganya menjadi contoh untuk menyelesaikan masalah sebegini. Sokongan keluarga , kasih sayang dan doa menjadikan Ayu berubah ke arah kebaikan. Doa mustajab ibu dan nenek juga membuat Ismail berubah...dan kita yang membaca , walau pahit bagaimanapun masalah keluarga dan pincang sekalipun, jangan berputus asa. Penyelesaian yang terbaik. Syukur kerana Datuk Rahmat sanggup berubah dan insaf. Hubungannya yang mulai rapat dengan Muin menjadikan keduanya tokoh politik yang sangat berpotensi. Gabungan keduanya ini berjaya menyelesaikan masalah Bukit Terung sehingga tertangkapnya Datuk Dasuki. Cuma sedihnya cinta Muin dan Siti Rahimah berakhir dengan airmata. Namun kesedihan ini tidak lama bila Doktor June menjadi isteri Muin dan bersama mereka berbakti kepada masyarakat asli Bukit Terung. Penulis tidak pro kepada satu-satu parti namun kelahiran watak Muin menjadi harapan kita semua . Jika semua ahli politik sekarang bersikap seperti Muin...pasti negara kita cemerlang gemilang dan terbilang. KECEWA sebab kenapa watak Muin tidak bertahan lama dan digugurkan di arena politik ? Jika dikaji betul-betul...ia seakan tergantung, sebab bagi saya kedudukan ahli politik seperti Muin adalah di tangan kita. Jika kita sebagai rakyat mahukan 'MUIN' menjadi pemimpin kita, maka kita harus pertahankannya. Jika kita mahu kepentingan kita bersama terbela, maka seeloknya kita pilih orang yang jujur dan beragama memimpin kita . Buat apa kita pilih orang yang sudah kita sedia tahu pincang menjadi pemimpin dan membuncitkan temboloknya. Jangan harap tembolok orang itu pecah....sebab temboloknya seperti beg Doraemon..sentiasa ada ruang untuk menambah kekayaan tanpa sempadan.
Sangat menarik dengan kerjaya veterina. Baru saya tahu kenapa kucing tidak boleh diberi susu lembu dan panadol. Baru saya tahu bahawa kucing jantan juga perlu dimandulkan. Bila lelaki dipadankan dengan warna pink, seakan betapa kroniknya kegilaan Moon terhadap feminim. Saya gelak guling-guling bila membaca satu babak dia dan Sharmin bershopping pakaian...hahaha. Saya juga tidak suka dengan watak Johan, lagi tidak suka bila kerjaya Johan ialah cikgu....bagus kak Yati buat pengakhir watak Johan ini dengan berita dia dihadapkan ke mahkamah sebab cuba mencabul anak muridnya. Benci saya dengan lelaki gatal sebegini, tak menyempat-nyempat. Elok Sharmin buat pemandulan kepadanya. Saya ingatkan Chong Heng akan berkahwin dengan Saripah. Walau dia gelakkan Sharmin kahwin dengan Ismail tetapi mungkin dia risaukan kehidupan Sharmin. Namun sangat bersyukur kerana Ayu berkahwin dengan Chong Heng. Alhamdulilah.
Cukuplah apa yang telah saya ulaskan . Ia hanya sebahagian daripada keseluruhan novel. Banyak sirah dan hadis dijadikan bahan rujukan . Malahan perdebatan juga memberi kita ruang untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Jangan buntu bila menghadapi masalah, gunakan pendekatan yang sesuai. Semoga kehidupan kita menjadi lebih baik dari semalam. Syabas untuk Kak Norhayati Berahim kerana menjadikan dunia politik yang panas ini sesuatu yang menarik untuk diketahui. Seluas angkasa saya berikan kepada novel ini. Tiada had jangka waktu dan tiada istilah terlewat untuk sesiapa juapun jika ingin berubah dan bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka luas dan jika anda terlajak , undurkan langkah dan berpaling ke pangkal jalan. Allah SWT amat pengampun dan maha pemurah......
Apa lagi ? Dapatkan novel ini di pasaran dan anda boleh order online http://www.nbkara.com.my
Merupakan hak istimewa untuk membagikan kesaksian ajaib ini kepada dunia. Ini Beth Walters dari Inggris. Suami saya menceraikan saya 4 bulan yang lalu dan saya penuh penyesalan karena saya tidak tahu harus berbuat apa untuk mengubah masalah suami saya. Saya mencari bantuan di internet tentang bagaimana saya bisa mendapatkan bantuan dalam pernikahan saya dan menemukan saksi yang luar biasa untuk Mantra cinta berat yang progresif dengan mantranya. Saya menghubungi dia dan Dr. Wight mengatakan kepada saya bahwa dia akan menyiapkan mantra bagi saya untuk membawa suami saya kembali. Saya skeptis, tetapi saya tidak punya pilihan selain bekerja dengannya. 2 hari kemudian, suami saya menelepon saya untuk pulang dari hari itu dan sampai sekarang, saya hidup damai. Dia kembali sekarang dengan begitu banyak cinta dan perhatian. hari ini saya dengan senang hati mengumumkan kepada Anda semua bahwa pemain mantra ini memiliki kekuatan untuk membawa kembali kekasih dan yang paling mengejutkan adalah cinta kita sangat kuat sekarang, setiap hari adalah kebahagiaan dan kegembiraan. dan Tidak ada yang seperti bersama pria yang Anda cintai. Saya akan merekomendasikan Dr.Wight kepada siapa saja yang membutuhkan bantuan. Jika Anda memiliki masalah, hubungi Dr.Wight, saya jamin 100% dia akan membantu Anda !!.
Email: wightmagicmaster@gmail.com
WhatsApp:+17168691327