Saya sangat bahagia dan gembira....hahaha. Syukur alhamdulilah kerana saya berpeluang untuk pertama kalinya ke luar negara . Solo menjadi destinasi pertama percutian saya ke luar negara. Percutian ini ditemani oleh Kak Norhayati Berahim, Qaisara Seyit, Bibik Sariyanti , Kak Mijah Berahim, Afnan Fauzan dan Fauzul Hakim. Saya bertolak ke KL dan bermalam di rumah Kak NB pada petang 8 Mac 2012. Kami bertolak ke Solo pada 9 Mac 2012 dan 10 Mac 2012. Ada sesuatu yang berlaku namun saya anggap ada hikmah yang kita tidak ketahui atas ujian daripada Allah ini. Namun bertitik tolak dari tarikh ini saya sudah berpatah hati dengan Airasia. Apakan daya sebelum kejadian ini saya telah siap menempah tiket untuk ke Pesta Buku penghujung April dan percutian bersama rakan-rakan pada bukan Jun nanti. Selepas ini, tolong ingatkan saya bahawa saya sudah membenci Lanun Merah ini.
|
Hendak terbang ke Solo |
Solo yang letaknya di Surakarta adalah tempat yang sangat menarik. Ketibaan kami disambut oleh anak teruna Bibik ,Bayu dan dengan menaiki Kijang kami sampai ke rumah Bibik lebih kurang jam 8 malam. Terpegun melihat istana hinggap kami kepunyaan Bibik Sariyanti..cantik dan comel. Memasuki istana kecil ini saya melihat ketekunan Bayu menyediakan tempat penginapan yang selesa untuk kami. Terimakasih buat Bibik, Bayu dan keluarganya. Saya pula yang sudah sedia demam, menjadi makin demam kerana pening kepala yang melampau. Kami dihidangkan dengan makanan yang enak iaitu Bebek goreng. Sayang sekali saya tak mampu menikmatinya akibat pening yang sangat. Jadi malam pertama itu, saya menelan ubat dan terus tidur. Saya berkongsi bilik dengan Kak Mijah.
|
Rumah Bibik Sariyanti di Grompol Sragen |
Keesokannya, pening saya sudah reda dan kami mengelilingi kampung Bibik. Menyelusuri lorong-lorong kami disambut dengan kemesraan penduduk kampung dan suasana yang aman damai. Rata-rata saya melihat penggunaan buluh yang maksimum seperti digunakan untuk membuat gelegar bumbung, balkoni luar rumah, kerusi, pagar, dinding yang beranyam cantik dan tempat menyidai pakaian. Di mata saya , indahnya dan kreatifnya bila buluh digunakan sepenuhnya.
|
Lorong di kampung Bibik |
|
Buluh yang dianyam dijadikan pagar rumah |
Sarapan ringan kami dihidangkan dengan bubur tepung ghomak. Buat pertama kalinya saya merasa bubur tersebut. Saya tak sempat mengambil gambar...tunggu Kak NB menayangkannya. Isinya berwarna putih, pink dan coklat muda. Ditaburkan gula merah sebagai pemanisnya. Disusuli juga beberapa cucuk telur burung puyuh. Ini makanan kesukaan Hakim. Lebih kurang jam 10 pagi kami dihidangkan dengan makanan yang agak berat untuk menjadi alas perut sebelum perjalanan yang panjang.
Perjalanan kami teruskan dengan mengunjungi Perbukitan Sarangan . Sepanjang jalan menaiki bukit yang tinggi terasa amat sejuk dan nyaman. Tambahan dihidangkan dengan permandangan yang amat cantik . SubhanaAllah..maha suci Allah atas anugerah ini. Jika duduk di tepi jalan mengadap permandangan menghijau cantik, saya tahan!. Sungguh..sangat cantik dan polos.
|
Permandangan di Bukit Sarangan |
Kami akhirnya sampai di Tasik Lawu , taman rekreasi . Oleh kerana hari minggu, maka ramailah pengunjungnya. Terdapat banyak deretan kedai dan tempat penginapan yang disediakan untuk pengunjung. Kami berempat Kak NB, Qaisara , Bibik dan saya menaiki sebuah bot laju untuk mengelilingi tasik tersebut. Air tasik berombak secara semulajadi. Ketika pemandu bot mengambil gambar kami , saya merasa ngeri kerana dalam hati saya jika pemandu itu jatuh ke dalam tasik, siapa yang akan membawa kami ke tepian ? Hahaha...dalam hati tanpa henti berdoa untuk keselamatan kami semua.Bayaran untuk menaiki bot laju tersebut ialah rupiah 40,000. Kemudian mengambil gambar pula rupiah 10,000.
|
Menaiki bot laju |
|
Keadaan tasik Lawu yang berombak |
Saya berpeluang menunggang kuda dengan bayaran rupiah 35,000 satu pusingan selama 25 minit. Sesekali kuda itu berlari bila menaiki bukit. Terasa seram jugalah. Saya berasa kasihan memikirkan kuda yang terpaksa membawa saya yang seberat 60kg. Ketika berbual dengan pengendali kuda tersebut, sebanyak 120 ekor kuda digunakan untuk rekreasi ini. Seekor kuda dimaksimakan membuat 7 kali pusingan sehari. Setelah turun dari kuda tersebut, saya menukar pakaian kerana merasakan pakaian saya berbau kuda. Sepanjang tepian tasik saya perhatikan ada rumah lesehan untuk menjamu selera. Rata-rata menu utama ialah sate kelinci, ayam, bebek dan sate landak. Mereka gunakan meja rendah dan duduk di atas lantai yang sudah dihampar tikar. Saya berpeluang melihat rangka pesawat jepang.
|
Kuda yang digunakan, rupiah 35,000 |
|
Menaiki kuda untuk pertama kalinya |
|
Selesai menunggang kuda saya mencari Kak Yati dan Kak Jah yang sedang bershopping di gerai-gerai yang berhampiran . Kami melihat banyak barangan yang dijual dengan harga yang murah.
|
memborong sandal kulit rupiah 50,000 sepasang |
|
Bergambar untuk kenangan. |
Kami singgah makan tengahari lewat petang itu di Rumah Lesehan Mbak Dwi. Saya tertarik dengan reka bentuk rumah lesehan ini . Dindingnya rata-rata diperbuat menggunakan buluh yang dianyam cantik.Menu pilihan kami ialah ayam kampung penyet, lalapan , tempeh penyek , Kakap asam asin dan saya memesan jus apulkat. Semuanya sangat sedap. Sembilan orang makan lebih kurang RM85.
|
Rumah Makan Lesehan Mbak Dwi. Kebanyakan dinding diperbuat daripada buluh |
|
Jus Apulkat |
|
Lalapan
|
|
Ayam Kampung Penyet |
|
Tempeh Penyek |
|
Kakap asam asin |
Comments (0)
Post a Comment