Semalam keputusan SPM diumumkan. Kawan saya berkongsi perasaannya terhadap keputusan anaknya. Namun bagi saya keputusan anaknya sangat baik kerana bukan calang-calang anak Cina mendapat A dalam BM dan Sejarah. Saya gelakkan kawan saya ini sebab dia selalu mengadu tiada seorangpun anaknya menunjukkan minat dalam sejarah seperti dia. Kami berdua minat sejarah dan selalu mendapat markah tinggi dalam sejarah. Saya pernah mendapat Best Student sejarah sdi SMK Tun Abg Haji Openg dulu. Ternyata si Joanne berjaya membuktikan dia juga bijak dalam Sejarah.
Kemudian saya tanya apa lagi yang hendak dimurungkan sebab Joanne telah berada di jalan yang hendak dikuasainya untuk kerjaya masa depan. Joanne hendak mengambil kursus Perundangan. Untuk itu dia telah menghantar Joanne belajar A Level di Help University ,Kuala Lumpur. Suruh sahaja Joanne fokus dalam apa yang dia ambil sekarang.
Apa yang saya ingin tekankan ialah soal duit. Bila kami berdua bercakap, kami berdua rupanya pernah mengalami keperitan selepas SPM. Saya dulu mendapat tawaran untuk Diploma akaun di UITM Shah Alam. Malangnya ibubapa saya tidak berkemampuan. Maka saya menyambung ke Tingkatan 6. Selesai STPM, saya mengalami masalah serupa bila mendapat tawaran ke UM. Maka tersadailah saya di Maktab mengambil sijil perguruan asas. Setahun saya tenggelam dalam kekecewaan kemudian saya bangkit dan berjuang. Umpama askar yang tercedera saya berusaha untuk membaiki apa yang tercarik. Alhamdulilah keputusan saya bertambah baik. Apa yang membangkitkan saya? Surat daripada Cikgu Yamin...itu yang menyedarkan saya. Dan kawan saya juga mengalami keadaan serupa. Berkorban demi memikirkan ibubapa yang tidak berdaya. Pengalaman ini rupanya menjadi pengajaran untuknya, berusaha menyimpan wang untuk kepentingan anak-anak. Saya sendiri biarpun tiada anak, namun sejak dulu saya tekankan kepada anak-anak saudara saya, jika hendak belajar tinggi-tinggi pergilah, saya akan membantu sedaya mungkin. Namun setakat ini hanya anak-anak perempuan sahaja yang berusaha keras. Si Luqman khayal dengan dunianya dan sudah tidak dapat ditegur. Dia sudah menjadi tanggungjawab ayahnya sepenuhnya. Jadi, saya merasa kecewa jika anak-anak sekarang amat mementingkan diri dan tidak mengenang jasa-jasa dan pengorbanan ibubapa mereka. Insaflah wahai anak-anak, masa depanmu terletak di tanganmu sendiri. Ibubapa berusaha menyediakan tapak yang selesa untukmu. Jangan leka dengan duniamu.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment