Selagi bulan Syawal belum tamat selagi itu , raya masih ada auranya. Bila masing-masing sudah kembali ke sekolah, raya masih diteruskan dengan membawa juadah masing-masing. Setiap hari meja kecil depan meja Ustaz Muhd Sabri penuh dengan makanan. Tidak hairan jika mejanya semut-semut sudah mula bersarang..hahaha. Namun dengan kekuatan semangat, saya berpuasa sekurang-kurangnya dua hari seminggu. :) Saya berazam hendak berpuasa enam dan sekaligus mengganti cuti puasa saya. Sejak rapat dengan kak NB , dia banyak mengubah perangai saya...terimakasih.
Pagi tadi sekolah saya mengadakan Merdeka Raya peringkat sekolah. Saya ditugaskan menjadi jurugambar memandangkan blog sekolah saya yang kendalikan. Namun pagi tadi , kami berempat terpaksa berkurung di bilik guru untuk membetulkan slip jawapan OMR untuk subjek masing-masing yang salah dicetak. Sakit mata dan tangan dibuatnya. Sebelum itu, seorang murid telah memanggil saya yang sibuk makan di bilik RMT. Saya sukakan popia basah yang dibawa oleh kawan. Menurut mereka abang Bujang (PRA) yang bawa. Saya bawalah seketul popia untuk diberikan kepada Madam T tetapi dia menolak sebab kenyang. Maka saya yang sudah kenyang memberikan popia itu kepada Noria, kerani sekolah saya. Saya beritahunya yang popia itu sedap , abang Bujang yang bawakan. Dia menerima juga tetapi wajahnya berkerut . Saya fikirkan dia tidak menyukainya tetapi kemudian saya ketawa besar bila dia lambat-lambat memberitahu yang popia itu dia yang bawa. Hahahaha...sampai sekarang saya ketawa mengenang raut wajahnya tadi.
Antara acara yang kami suka ialah melawat kelas ke kelas. Ini pula wajah anak-anak murid kesayangan saya, kelas Tahun 3. Yang pakai baju hijau depan itu ialah 'I DON'T KNOW'...hahaha.
Sedondon...hahaha pinjam anak orang sekejap. Mohd Firdaus murid tahun 5.
Saya lupa siapa punya kasut merah ini. Hahaha tadi semasa di kelas Tahun 4 , saya ternampak murid ini memakai kasut. yang lain rata-ratanya memakai sandal. Saya usik kasutnya dan dia pun suruh ambil gambar kasut kami berdua. Layan sahajalah.
Wow..banyaknya kuih-muih. Saya sukakan popia halus, coklat yang dibawa Madam dan Puding Cendol. Saya pula dalam membelek kuih-muih , saya ternampak satu bekas yang menarik minat saya, nampak biasa di mata saya. Bila saya belek bekasnya, saya ketawa sendiri...itukan kuih-muih yang saya bawa sendiri. Sengal sungguh...hahaha.Awal pagi sudah hilang ingatan.
Ini pula ketupat sate yang saya tempah. Dalam satu bungkus itu ada 5 cucuk sate dan dua ketupat. Harganya RM3.50. Ini sahajalah yang mampu saya belanja rakan-rakan satu sekolah kerana mendapat lantikan ke DG44 baru-baru ini. Syukur alhamdulilah kerana atas limpahan rezekiNya dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan sekerja.
STEPPER : Slim and twist. |
Comments (0)
Post a Comment