Luqman dan 'skinny'nya

Posted by Leeza | Posted in


Luqman menjahit seluar sekolahnya
Fesyen 'skinny' ini sudah lama popular di kalangan remaja. Saya perasan bahawa fesyen skinny ini sudah dipopularkan oleh Hairul abang Luqman yang ke 2 beberapa tahun lepas. Kemudian diturunkan kepada adiknya Azizi. Sehinggalah Luqman mewarisinya. Jika ditanya pendapat saya tentang fesyen ini, tak suka saya menengoknya...sungguh hodoh dan selekeh. Saya pernah bising dengan Azizi bila seluar sekolahnya dikecilkan kakinya.

Tahun lepas, saya pernah naik angin bila keluar shopping dengan Luqman, Azizi dan Redzuan kerana seluar skinny ini. Redzuan pernah bermasam muka dengan saya kerana saya tidak meluluskan seluar pilihannya. Bagaimanalah saya hendak menyetujui jika mata saya sakit melihat seluar jeans yang berconteng ,koyak dan pudar warnanya. Begitu juga dengan Azizi, bila saya membebel dia memilih fesyen seluar yang saiznya lebih besar dari saiz pinggangnya. Ini nak pamerkan punggung dan seluar dalam koyak, leter saya. Dan Luqman pula dialah yang paling saya angin sebab dia hendakkan seluar skinny berpetak lagak orang remaja yang sudah besar. Bukannya saya tidak mahu menunaikan kehendaknya tetapi saiz badannya terlalu kecil sedangkan seluar itu hanya untuk yang berbadan besar dan tinggi. Dia pula bersaiz budak berumur 10 tahun.

Sekarang saya sudah jenuh menegur kegilaan Luqman kepada fesyen skinny ini. Bermula dengan seluar jeans yang dikecilkannya, kemudian seluar baju melayu. Nasib baik baju melayu tidak diskinnykan. Apabila mak saya komplen ketiadaan jarum dan benang , saya sudah tahu siapa punya angkara. Sekarang dia kecilkan seluar sekolahnya. Tiap malam dia menjahit seluar sekolahnya kerana cikgu-cikgunya tidak pernah berhenti mengarahkan jahitan ini dibuka. Sehingga sehelai daripada seluarnya koyak sebab selalu dibuka jahitan dan dijahit tanpa henti. Saya sudah letih menegur dan menasihatinya, maka saya biarkan sahaja. Minggu lepas dia membawa sehelai seluar yang tidak dikecilkan di dalam beg. Dia akan menggunakan masa cikgu lelaki yang selalu mengarahkannya membuka jahitan.

Bila menjadi seorang ibu menjaga anak saudara bukan sedikit dugaannya. Terima kasih kepada kakak NB yang selalu memberi semangat dan nasihat dalam menanggani karenah Luqman. Pada mulanya bila berdepan dengan kenakalan Luqman, saya akui saya hampir berputus asa. Namun saya sedar masa depan Luqman terletak di tangan saya. Bagaimana saya hendak menghalaunya dari hidup saya jika dia sendiri menyerah diri, makan minum di rumah saya. Sedikit demi sedikit saya menanggani kenakalannya. Dia sebenarnya memerlukan perhatian dan kasih sayang. Baru saya faham kenapa neneknya memanjakan dia terlampau. Sejak neneknya sakit saya menumpukan sepenuh perhatian dan masa saya kepada mereka berdua. Bermula awal pagi jam 5 saya sudah membangunkan Luqman. Masa itu dia akan bangun , mandi, bersiap-siap ke sekolah. Namun hampir sejam itu , kena sabar dengan sikap suka bermalas-malasan depan TV . Seusai cerita animasi Jacky Chan baru dia bergerak ke sekolah. Ayahnya saya tugaskan menghantar dengan motosikal. Alhamdulilah ayahnya tidak pernah culas menghantarnya ke sekolah.

Penyakit Luqman ada dua iaitu malas ke sekolah dan selalu keluar malam. Penyakit malas ke sekolahnya saya atasi dengan berbincang bersama guru-gurunya di sekolah. Sekarang jika sehari dia tidak hadir, guru kelasnya sudah menghantar sms kepada saya. Dan penyakit keduanya, saya sudah kunci rumah jam 7 malam. Tiga hari berturut-turut saya buat demikian dan pada hari ke empat dan seterusnya Luqman mengunci sendiri pintu-pintu tersebut. Alhamdulilah senang saya menjaganya sekarang. Saya berdoa agar Luqman tetap senang dijaga dan saya takkan berputus asa terhadapnya. Biarpun apa orang kata bahawa saya sengaja menempah masalah dan beban, bagi saya Luqman sudah ditakdirkan untuk menjadi anak saya. Doakanlah saya untuk terus tabah menanggani anak seperti Luqman ini.

Comments (3)

seluar skinny... adik2 ida pun ada yg sibuk pakai seluar ni. tp ida mmg berbulu mata... mmg tak berkenan betul..

akak mmg seorang mak saudara yg baik.

kak,
sama lah dgn adik bongsu saya.. seluor yg ade semuanya dikecilkan... ni baca n3 kak ni baru saya tahu fesyen 'skinny'.. 'peghak' sungguh saya ni sejak 24 jam di rumah ni..

sama sajer penyakit adik saya dgn lukman.. malas ke sekolah & suka keluar mlm... aduhh... dah tak larat nak bercakap...

Idasm....ini fesyen kata mereka. tak leh nak cakap...biar je lah sampai mereka bosan dgn fesyen ini.

KakYong : sabar Yong....banyak2 berdoa. Nanti tak semena2 kita dapat darah tinggi dan sakit jantung. Sekarang ni, alhamdulilah biarpun dia suka skinny , taklah melampau sangat. Dan perangai jalan malamnya sudha dapat dibendung. Seminggu je saya kunci pintu, lepas tu dia dah tahu jam 7 malam dia stay kat rumah, malahan dia yang tolong kuncikan pintu. Tapi kena ada aktiviti untuk dia waktu malam, buat kerja rumah mahu berteman, baca buku2 pun mahu dipujuk selalu. Tunjuk kita care dengan dia....pasla sekolah, dah takde masalah lagi sudah....moga ia berkekalan.cuma awal pagi kena layan dia , keperluan makan minumnya, dia minta roti belikan je...