Novel ini hasil nukilan Zuraidah Othman yang terbaru setelah lama beliau menyepi diri. Dan hasil tulisannya tidak mengecewakan kita untuk membacanya. Saya membaca novel ini hanya beberapa hari sahaja dan saya puas hati dengan garapan yang cantik daripada beliau.
Saya mengkategorikan novel ini sebagai novel keluarga kerana ia bertemakan kekeluargaan . Kasih-sayang yang terjalin di dalamnya mengundang empati kita untuk turut merasainya.Ketika mengenali watak Indah Balqish , terdetik perasaan belas kasihan kepadanya yang yatim , dan sebatang kara. Namun kehadirannya dalam keluarga tiri mendapat kasih sayang daripada abang-abangnya dan ibu tirinya. Cuma bila kian dewasa, dia disogokkan dengan pelbagai masalah sehinggalah kehadiran kakak iparnya Nadiah mengucar-kacirkan keadaan. Dia akhirnya dituduh menjadi penyebab kematian ibu tirinya.
Nadiah ,watak yang menjadi penjahat dalam novel ini kemudian dikembangkan menjadi penyebab kepada semua masalah yang timbul termasuk mengahwinkan Indah dengan lelaki yang mempunyai tanggungjawab terhadap 4 orang bersaudara. Pada saat menjelang hari pernikahan, muncullah abangnya Zaidi yang membongkar rahsia kematian ibunya. Namun jika jodoh takkan ke mana perginya, melihat wajah anak kecil yang comel Mia Anshara , membantutkan niat Indah untuk membatalkan perkahwinannya. Selepas itu bermulalah cinta selepas perkahwinan antara keduanya. Seawalnya Badriz Iman telah lama jatuh hati kepada Indah Balqis. Saya suka dengan suasana keluarga baru Indah ini. Bagaimana Indah berusaha sedaya upayanya membahagiakan rumahtangga barunya dan menanggani kerenah 4 bersaudara yang nakal-nakal. Haaa...saya pening sebenarnya dengan pergaduhan Izat dan Aishah yang tiada hentinya berbalas-balas perang mulut. Saya merasanya otak saya pening dan telinga saya bingit. Sampai ke tahap itu saya menghayati novel ini. Kemuncak muslihat Along , anak remaja yang jatuh hati kepada bapa saudara sendiri (yang dia sudah tahu bukan mahramnya) adalah bila Iman menghalau Indah keluar dari rumah untuk mencari Along. Kemudian dikesali pula tindakannya ini. Keadaan Indah yang pengsan kenapa tidak penulis kaitkan kemungkinan Indah mengandung ? Namun pembaca dapat buat andaian , keadaan Indah yang jatuh pengsan disebabkan dirinya yang keletihan dan kelaparan. Konflik keluarga bagaimana seorang wanita muda menanggani masalah anak-anak ini meninggalkan rasa kagum dan kelucuan . Ya, novel ini juga novel komedi. Kita bergelak ketawa membaca telatah Indah Balqis pada ketika dia melarikan diri daripada majlis merisiknya. Penggunaan ayat juga ringkas dan bersahaja, mudah untuk difahami. Cuma pembaca sudah biasa dengan gaya penulisan Zuraidah , yang boleh mengesan siapa penutur dialognya.
Ada dua kali teknik pengulangan digunakan oleh penulis dalam novel ini. Seeloknya beliau tidak perlu mengulang peristiwa yang sama walaupun menggunakan watak yang berlainan. Walau bagaimanapun pengulangan ini hanya berlaku di awal cerita sahaja kerana selepas itu perjalanan ceritanya sangat menarik. Penghujung novel kita diwujudkan dengan suasana yang bahagia sebagai penyelesaian cerita. Perpindahan ke rumah baru yang lebih besar seakan melambangkan kebahagiaan keluarga ini. Perubahan Aishah adalah menjadi penawar kepada semua masalah yang ditimbulkannya. Kehadiran watak Fitrah Najwa dan Afif Jauhari pada hujung novel membuat ia seakan bergantung kerana hanya diperkenalkan kepada pembaca pada hujung cerita sahaja. Kenapa semasa keluarga ini menghadapi kemelut sebegini, mereka tidak dimunculkan sebagai watak keluarga Iman yang amat memahami dan memberi sokongan kepada Iman dan Indah? Lagipun saya dapati Iman begitu rapat dengan Afif Jauhari ini. Jika penulis menggambarkan kegembiraan gurau senda empat abang Indah pada penghujung novel ini , mungkin tidak timbul kejanggalan pada penghujung cerita. Saya sebenarnya berharap ke empat-empat abang Indah dikumpulkan dan mereka boleh bergurau senda bersama. Bukankah hakikatnya mereka amat menyayangi Indah Balqis ? Saya kasihan pada watak Zahari yang mendapat isteri yang sangat teruk dan terlalu dominan. Watak paling menyampah ialah watak Ros Glamour....hehehehe teruklah. Jom sahabat, milikilah buku ini dan anda tidak akan berhenti ketawa ketika membacanya.Sangat lucu sehingga menyorokkan pinggan mangkuk dan peralatan memasak di bawah katil...hahahaha.
Dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran anda kecuali POPULAR . Anda boleh melanggan terus daripada NB Kara Sdn Bhd. http://www.nbkara.com.my atau http//www.norhayatiberahim.blogspot.com.
Comments (0)
Post a Comment