Penerbit : NB Kara Sdn.Bhd Harga : RM14.90 /RM17.90 |
Novel kedua dalam Siri Sekolah Menengah Budi ini mengetengahkan penggunaan pantun. Banyak pantun yang menarik diutarakan dan kita mampu tertawa apabila enam sekawan berbalas pantun dalam gurau senda mereka. Kumpulan Aneesa bertambah dengan kehadiran Puteri Vidad. Kali ini mereka mengamalkan satu lagi misi membantu insan lain iaitu Nurul yang menghadapi masalah perebutan hak jagaannya oleh kedua ibubapanya. Habibah yang mengenali Nurul menjadi sangat prihatin dan masalah ini kemudiannya diselesaikan oleh rakan-rakannya yang lain. Puteri Vidad telah meminta bantuan ibubapanya dan menggunakan pengaruh Datuk Ahmad dalam dunia perniagaan. Perkenalan dengan Hamidi seorang wartawan juga membantu mereka menyelesaikan masalah ini. Syukurlah ayah Nurul telah sedar dan menarik balik tuntutan hak penjagaan Nurul daripada ibunya ,Puan Nadia.
Kisah kelakar mengenai Johaini , Sarip dan Adli juga menghiburkan kita. Terkadang saya kasihan melihat watak Johaini yang kasar dan memburu cinta remaja. Si Adli pula menjadi terseksa bila Johaini menghadiahkannya sebuah anak patung Pooh Bear yang besar. Mana mungkin seorang remaja lelaki memiliki anak patung di asrama..hahaha. Sebenarnya semua ini terkesan daripada sebuah pantun yang dihadiahkan oleh seseorang yang misteri kepada Johaini. Siapakah yang memberi Johaini pantun tersebut ? Pada tekaan saya , ia dihadiahkan oleh Aneesa....dan saya sendiri tidak pasti adakah tekaan saya ini betul. Saya berharap penulis tidak lupa mendedahkannya kepada kita dalam bukunya yang akan datang.
Habibah pula telah memasuki pertandingan mencipta dan mereka kad ucapan anjuran sebuah majalah dan hadiahnya ialah 6 keping tiket wayang. Pada akhir cerita , Habibah telah menerima sepucuk surat daripada majalah tersebut tetapi kita tidak tahu keputusannya. Kejayaan Azura juga membanggakan pihak sekolah dan negara. Inilah harapan kita terhadap generasi remaja sekarang, maju seiring akademik dan kokurikulum.
Saya juga kagum dengan peranan guru-guru yang prihatin dan dedikasi dengan tugas mereka. Ini menjadikan anak-anak tidak segan mengadu masalah dan berkongsi idea dengan mereka. Tahniah kepada Cikgu Maznah, Cikgu Hamid, Cikgu Ranjit dan Puan Khairunisak.
Apakah itu coklat penyek ? Sila membeli buku ini dan baca sendiri. Ia makanan yang sangat mudah dibuat....hasil perniagaan Pie Pie yang sentiasa tidak cukup makan. Pie Pie berpantun pun tidak boleh lari daripada menyentuh soal makanan ..hahaha.
Comments (0)
Post a Comment