JOM HEBOH 2010

0

Posted by Leeza | Posted in


Jom Heboh TV3 di Sarawak tahun ini diadakan di Stadium Kuching pada 25-26 September 2010. Saya malas hendak pergi sebenarnya tetapi alang-alang sudah ke bandar , maka singgahlah di sana bersama 3 orang rakan saya, Noria, Siti Zauyah dan Hajjah Aida. Mula-mula kami singgah makan di restoran Selera Asam Payak, Satok biarpun masih awal jam 1030 pagi. Aida mengajak makan di KFC tetapi saya awal-awal berpakat dengan Nor dan Siti untuk makan di Asam Payak, pekena nasi campur dengan lauk yang sedap. Jadi saya menang kali ini. Sudah jadi trademark kawan saya yang seorang ini, tiap kali keluar KFC menjadi pilihannya. Agaknya kerana dia banyak benda yang tak pandai makan. Lepas kenyang, kami singgah di Wisma Satok, shopping dan window shopping. Saya menukar tali jam yang asyik putus sahaja sehingga akhirnya saya membeli jenis besi. Tengok punya tengok saya akhirnya membeli sehelai t-shirt antioni dengan 50% diskaun.

Akhirnya kami sampai ke Stadium dengan susah payahnya. Polis trafik berjaga-jaga di sepanjang jalan dan menutup jalan masuk ke tempat parkir yang bedekatan dengan tapak karnival. Kami berpusing ke belakang dan asyik sesat sahaja. Kami sempat menyaksikan kumpulan Sofaz dan Tomok menyanyi. Tomok dalam majalah langsung tak handsome tetapi bila tengok dekat , handsomenya dia.

Ini kami jumpa di gerai Scott's. 2 botol scotts dan 2 tupperware harga rm10. Alhamdulilah sebab Maria Tunku Sabri peramah dan mesra peminatnya. Saya suka dia mengacarakan program jalan-jalan cari makan....semua makanan kelihatan sedap je dimakannya.

Balik dari Jom Heboh...boleh agak siapa yang paling sakan shopping. Kawan-kawan saya , Ct dan Noria. Si Ct yang jadi supir sehingga saya pening2 lalat sebab dia memandu lajuuuuuuuuu.

Ini pula kawan saya Hajjah Aida. baik tukar namanya : Hajjah KFC...hehehe. Kalau dia baca blog saya, pasti menyumpah-nyumpah.ngeee.

Dalam perjalanan pulang, saya ternampak si pendek ini dengan anaknya. Saya tarik dia sampai terkejut. Inilah Cikgu Rogayah Matsah ,kawan sekelas saya masa di Openg. Si Aida pula lurus je jalan ....kawan baik pun tak nampak. Hahaha...riuhlah bercerita dan sempat ambil no telefon. Tujuannya untuk dihubungi masa hendak buat reunion ke 2 hujung tahun ini. Saya antara AJK penganjur yang terlibat.

Balik dari Jom Heboh kami singgah di Tabuan Jaya dan Unaco Samarahan, shopping barangan keperluan harian sehingga penuh kereta kancil hitam ......

DAMAI oleh Saidatul Saffaa

0

Posted by Leeza | Posted in


Damai adalah ceritera pertama dalam kompilasi novel Jemari Seni yang bertajuk Damai. Buku ini hadiah daripada Kak Noor dari KL.
Damai mengesahkan kembara Naseema yang pergi ke Turki untuk menyiapkan tesisnya tentang pemerintahan Khulafa Uthmaniyyah selama empat bulan. Di sana dia tinggal bersama keluarga Pak Cik Fateh seorang pensyarah di Universiti Istanbul. Semasa kedatangannya , Nas menghadapi kesukaran kerana Pak Cik Fateh tidak dapat menjemputnya dari lapangan terbang. Pada masa itulah dia bertemu dengan Saddiq yang membantunya ke rumah Pak Cik Fateh.
Persahabatan dengan Saddiq tidak disukai oleh Hamdi anak Pak Cik Fateh yang kebetulan rakan sekolah dengan Saddiq sebab cara hidup Saddiq yang luar batasan agama. Suatu malam Nas ternampak dengan matanya sendiri Saddiq balik dalam keadaan mabuk. Dia kemudian menghindar diri ke Konya tempat nenek Zubeyda tinggal untuk menyudahkan tesisnya. Nasibnya baik kerana di sana dia kenal baik dengan Reyhan , Yasmin dan Raudhah yang banyak bercerita mengenai Islam di Turki. Di Konya jugalah dia menemui keinsafan dengan ujian hati dan mengubah cara hidupnya. Tanpa disedari , Saddiq yang ditinggalkan menemui jalan pulang dan dengan bantuan Hamdi dia berubah menjadi musliman sejati. Jika ada jodoh tidak ke mana perginya. Cinta keduanya bertaut di Malaysia ,yang diredhai oleh ibubapa dan agama.

Bahasa yang digunakan sangat ringkas. Jalan cerita juga menarik . Paling menarik ialah perdebatan tentang sejarah Islam di Turki. Isi-isi yang dikupas menarik minat saya. Satu info yang bernas. Juga unsur islamiknya , terutama dalam menanggani ujian hati daripada Allah. Semoga menjadi insan yang tabah menghadapi apa sahaja ujian yang diberikanNya...amiin.

Demam Korea

0

Posted by Leeza | Posted in


Bila mood tak menentu biasanya saya layan cerita korea. Sejak melihat lakonan Lee Byung Jun dalam drama Beautiful Days, saya dan kawan-kawan saya menyukainya. Dia tidak handsome tetapi lakonannya sangat mantap. Bila ditanya mana best wataknya dalam Beautuful Days atau All In? Ternyata wataknya dalam All In sangat mencabar. Pengajaran yang paling berkesan dalam drama All In ini ialah persahabatan yang mengatasi segalanya. Jika persahabatan dikhianati seseorang boleh hilang nilai murni dalam diri malahan ketenangan dan kebahagiaan itu sedikit demi sedikit akan terhapus dalam diri.

You are beautiful pula banyak dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru. Watak hero dalam drama ini menurut rakan saya, handsome gila dan lucu. Bila saya amati, rupanya dia watak putera jahat dalam drama sejarah korea . Mimik bibirnya yang memuncung itu dilihat cute...tapi kalau selalu sangat , menyampah juga saya melihatnya. Ketawa pun tak keluar.

Sekali lagi watak Lee Byung Jun menjadi hero dalam drama IRIS ini. Wataknya dalam drama ini sesuai dengan watak lelaki yang sengsara dan selalu dianiayai. Namun tak mampu menandingi wataknya dalam All In. Kesetiaan dalam persahabatan menjadi satu igauan buruk bila sahabat yang dianggap saudara mengkhianati dirinya dan sanggup membunuhnya. Namun pengakhir cerita ini masih dalam tandatanya. Mungkin IRIS akan disambung ceritanya sebab itu akhirannya tergantung.

Selepas IRIS, saya menonton DVD drama pendek Lee Byung Jun bersama watak Choi Jin Woo ( Yu Jin) iaitu Everybody's have secret. Tak mahu saya tayangkan cover drama ini sebab seksi gila. Cerita inipun lebih kelucahannya. Kisah seorang lelaki yang ada hubungan intim dengan tiga perempuan bersaudara dan seorang yang diambil menjadi tunang. Pertunangan ini terputus sebab perempuan tersebut kembali kepada kekasih lamanya. Dan ketiga-tiga perempuan ini hanya merahsiakan perihal lelaki ini. Terkejut tengok watak agresif si Choi Jin Woo dalam drama ini...ganas semacam je. Nak tahu, tengok sendiri tetapi awal-awal saya bagitahu 18SX ...jadi tengok dalam bilik tidur dengan pasangan anda sahajalah....ngeeee.

Kemudian drama LOVING YOU lakonan Park Yeong Ha , hero no 2 winter sonata yang telah membunuh diri. Bila tengok drama ini, saya berkali-kali menyumpah : bodoh betul kau bunuh diri. Dia kan handsome. Macam cerita Duyung pula....sedikit mirip. Watak antagonis hidup, bijak memain peranan menjadi perosak hubungan. Dan Eugene watak heroin dalam drama ini, wajah yang tidak cantik dengan dahi 'lugu' , bila diamati seperti ditepek dengan makeup yang menjadikan dahinya membonjol ke depan. Mungkin hendak memperlihatkan watak yang naif dan polos. Namun watak-watak ini semuanya berwajah muda.....yang kini jika diamati semakin matang dan menawan. Saya tak tunjukkan cover drama ini sebab dalam google ,yang dtunjukkan gambar pasangan bercium. Haram saya nak letak dalam blog saya ini gambar seksa seperti itu.

Apa jadi dengan aktiviti membaca saya ? Sejujurnya saya akui novel yang sedang saya baca menjadikan mood saya kian merudum sebab membosankan. Jika cinta-cintun menjadi tema utama , terasa meluat dan membosankan. Bilalah idola saya hendak terbitkan novel terbarunya ? Saya perlukan novelnya untuk membangkitkan semula semangat membaca saya yang kian merudum ini.

Cerita Raya 2010

0

Posted by Leeza | Posted in


Syawal 1431H disambut dalam keadaan tergesa-gesa. Raya tahun ini tidak begitu menyeronokkan saya sebab mungkin saya keletihan dan begitu risaukan dengan prestasi anak-anak murid saya yang menghadapi UPSR selepas raya. Siapalah yang tak risau jika hanya 12 orang daripada 27 orang yang datang kelas tambahan. Nak buat macam mana jika ibubapa tidak bekerjasama. Lagipun raya VS UPSR ,tentulah raya yang menang.

Inilah sebahagian daripada keluarga besar saya. Tahun ini abang Hamdan sekeluarga beraya dengan saya dan mak. Yang pakai baju melayu hitam depan sekali itulah Luqman anak saudara yang dalam jagaan saya. Nampak putih pula dia di sini. Kalau realitinya dia sentiasa hitam sebab tak p[ernah lekat di rumah waktu siang.

Ini sebahagian kek lapis raya tahun ini. Saya cuma beli dua jenis sahaja iaitu kek lapis puncak kasih dan kek lapis evergreen. Yang lain-lain diberi oleh abang-abang saya.

Ini pula isi dulang rumah saya untuk hidangan di surau petang raya ke dua. Hidangan ini akan bertukar dengan hidangan orang lain. Ada stail baru tahun ini iaitu menggunakan pakej beg kertas dan tidak perlu menggunakan dulang lagi. Nampaknya adat lama akan sedikit demi sedikit akan pupus.

Tetamu yang datang ramai datang pada hari pertama ,ke dua dan ketiga. Selepas itu rumah kembali sunyi dan seperti biasa sahaja. Syukur alhamdulilah sebab makanan banyak yang habis. Cuma kek masih ada lagi. InsyaAllah ia akan habis juga. Duit raya pula hanya hari pertama sahaja sudah habis diagihkan kepada kanak-kanak dan warga emas. Alhamdulilah mak saya masih ada untuk meraikan syawal tahun ini.

TERZAHIR DI SANUBARI oleh Adra Adlina

0

Posted by Leeza | Posted in


Terimakasih kepada penulis novel 'Terzahir Di Sanubari' , Adra Adlina atas hadiah novel ini sebagai kenangan. Semoga akan terus menulis dan menghasilkan novel yang lain pula.

Secara ringkasnya , novel ini mengisahkan tentang Analia yang menghadapi liku-liku hidup sebagai remaja , kemudian berdepan dengan segala konflik hidup dalam persahabatan dan percintaan. Novel ini mengungkap kisah cinta pertama. Selalunya yang pertama tak bersatu di jinjang pelamin. Hanya yang bertuah sahaja yang menjadikan cinta pertama menjadi cinta terakhir hingga hujung nyawa. Persahabatan yang tulus di antara Analia dengan Ejal bermula dengan pelbagai insiden pergaduhan. Pun begitu , rasa cinta sebenarnya sudah berputik antara mereka. Cuma kekeliruan Ejal yang obses dengan daya tarikan kecantikan milik Natasya menjadikan buta terhadap rasa hati sebenar. Secara mudah Ejal meletakkan Analia menjadi sahabat teristimewa dalam hatinya. Dalam masa yang sama , pertemuan Analia dengan bintang pelajar kolej, Nafiz menjadikan hati si gadis yang merasa terpinggir oleh Ejal sedikit demi sedikit tersentuh dengan perasaan halus. Maka bermulalah bibit-bibit cinta antara ke duanya namun Analia ego mengakui sehingga dia menolak lamaran cinta Nafiz sebanyak tiga kali. Watak antagonis, Natasya yang sakit hati bila Ejal meletakkan Analia istimewa membalas dendam dengan memfitnah Analia dan Ejal. Nafiz yang cemburu akhirnya memutuskan hubungan cinta yang baru bermula. Bila hubungan mereka kembali bertaut, Nafiz pula ke luar negeri untuk memujuk abang kembarnya kembali ke tanahair. Trajedi kemalangan yang meragut nyawa Nafiz menjadikan abang kembarnya Nadhif balik menyamar sebagai Nafiz. Segala keinginan Nafiz ditunaikan kecuali menyintai Analia. Benar, cinta itu tidak boleh dipaksa. Ejal yang putus hubungan dengan Natasya setelah rahsia terbongkar pengkhianatannya terhadap Analia dan Nafiz, kembali merapatkan diri dengan Analia. Maka setelah segalanya terlerai dan apa yang tersurat dan tersirat disingkap kebenarannya , maka dua hati yang telah lama bertemu kembali bertaut. Akhirnya cinta Analia menjadi milik Ejal.

Bagaimana saya hendak menghuraikan ulasan saya secara peribadi? Apa yang pernah seseorang katakan kepada saya, si Liza Bujang kalau membuat ulasan sampai esok haripun belum habis. Jalan cerita menarik, dan lebih kepada remaja. Mungkin kerana saya bukan remaja lagi maka kisah sebegini tidak menyeronokkan saya. Sebenarnya lama saya mengambil masa membaca novel ini. Naluri saya kuat menyatakan cerita novel ini ada unsur-unsur drama korea. Saya menonton drama 'Boys Over Flowers' dan kemudian membuat perbandingan. Ada beberapa unsur yang dicedok oleh Adra dalam drama ini yang kemudian diubah suai ke dalam novel. Antaranya wujud kumpulan pelajar : FAN sehingga notis segala aktiviti kolej mesti ada label FAN (Fahmi, Azil dan Nafiz) .Ia mirip dengan F4 dalam BOF. Kemudian bekalan makanan yang Analia siapkan untuk Nafiz, terukir indah seperti hidangan bekalan makanan Geum Jan Di untuk Gu Jun Pyo dalam BOF. Ada lagi, iaitu saat Analia menjadi orang gaji di rumah Nadhif untuk membuktikan cintanya pada Nafiz .

Walau bagaimanapun, kematangan penulis dalam pengolahan ayat ternyata amat memberangsangkan. Struktur ayatnya cantik dan sesuai dengan dunia remaja. Kemudian ada info yang ditulis tentang keadaan orang yang cacat pendengaran. Walau cacat, namun nasib Nafiz bertuah kerana berjaya menjalani pembedahan untuknya hidup dengan sempurna. Walau dia tidak mendapat kasih sayang ke dua ibubapanya. Hubungan percintaan walau remaja terpelihara dan tidak melampau-lampau. Semua watak ternyata dari keluarga yang baik-baik, melimpah dengan kasih sayang. Persahabatan yang terjalin pun tulus ikhlas dan kerana dasar persahabatan inilah maka unsur negatif dan dengki khianat seperti Natasya berjaya disedarkan .
Ibubapa yang terpesong dan khayal dengan dunia sendiri akhirnya beroleh nur keinsafan dengan usaha dan doa seorang anak. Benarlah bahawa doa senjata kita yang paling ampuh. Suka- duka remaja akhirnya berakhir dengan kebahagiaan untuk semua orang. Kaum ibubapa sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan remaja agar gejala sosial seperti pembuangan bayi, hubungan seks haram dan maksiat dapat dihindari.

Satu cubaan yang baik dari penulis remaja....tahniah .