DAMAI oleh Saidatul Saffaa

Posted by Leeza | Posted in


Damai adalah ceritera pertama dalam kompilasi novel Jemari Seni yang bertajuk Damai. Buku ini hadiah daripada Kak Noor dari KL.
Damai mengesahkan kembara Naseema yang pergi ke Turki untuk menyiapkan tesisnya tentang pemerintahan Khulafa Uthmaniyyah selama empat bulan. Di sana dia tinggal bersama keluarga Pak Cik Fateh seorang pensyarah di Universiti Istanbul. Semasa kedatangannya , Nas menghadapi kesukaran kerana Pak Cik Fateh tidak dapat menjemputnya dari lapangan terbang. Pada masa itulah dia bertemu dengan Saddiq yang membantunya ke rumah Pak Cik Fateh.
Persahabatan dengan Saddiq tidak disukai oleh Hamdi anak Pak Cik Fateh yang kebetulan rakan sekolah dengan Saddiq sebab cara hidup Saddiq yang luar batasan agama. Suatu malam Nas ternampak dengan matanya sendiri Saddiq balik dalam keadaan mabuk. Dia kemudian menghindar diri ke Konya tempat nenek Zubeyda tinggal untuk menyudahkan tesisnya. Nasibnya baik kerana di sana dia kenal baik dengan Reyhan , Yasmin dan Raudhah yang banyak bercerita mengenai Islam di Turki. Di Konya jugalah dia menemui keinsafan dengan ujian hati dan mengubah cara hidupnya. Tanpa disedari , Saddiq yang ditinggalkan menemui jalan pulang dan dengan bantuan Hamdi dia berubah menjadi musliman sejati. Jika ada jodoh tidak ke mana perginya. Cinta keduanya bertaut di Malaysia ,yang diredhai oleh ibubapa dan agama.

Bahasa yang digunakan sangat ringkas. Jalan cerita juga menarik . Paling menarik ialah perdebatan tentang sejarah Islam di Turki. Isi-isi yang dikupas menarik minat saya. Satu info yang bernas. Juga unsur islamiknya , terutama dalam menanggani ujian hati daripada Allah. Semoga menjadi insan yang tabah menghadapi apa sahaja ujian yang diberikanNya...amiin.

Comments (0)