Posted by
Leeza
|
Posted in
Santai
Pada hari Ahad ,25 November 2012 , kami menyewa kereta untuk sehari. Sewanya ialah Rp600,000 untuk sehari. Pemandu kami namanya Amang , berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Isterinya tengah mengandung. Si Aman ini baik, dan mengikut kami di Tangkuban Perahu dan membawa barang-barang kami. Destinasi kami hari ini ialah Tangkuban Perahu, Pasar Baru dan factory outlet.
|
permandangan sepanjang jalan ke Tangkuban Perahu |
|
Sebuah rumah yang sangat cantik ,diperbuat daripada kayu dan dihiasi dengan bunga-bungaan segar |
|
Bunga loceng a.k.a bunga trumpet |
|
Pintu masuk ke Tangkuban Perahu rp 115000 untuk 2 orang |
|
sepanjang jalan orang berjualan dan ada kuda tunggangan |
|
Kayu limo yang bercorak seperti kulit ular sawa...geli saya. |
|
Bekas yang diperbuat daripada kayu limo untuk menghalau ular, serangga. |
|
Kawah Ratu gunung berapi yang telah meletus tetapi masih aktif lagi. |
|
Kawah Ratu |
|
Topi dan mafela berkait |
|
Helikopter yang menjadi mercu tanda sebuah ibupejabat polisi di Bandung. |
|
Factory outlet yang kami kunjungi...hanya sehelai blouse saya beli. |
Pada pagi Isnin 26 November kami mengambil keputusan untuk melepak sahaja di hotel memandangkan hujan dan kami pun kepenatan. Kami bersantai di kawasa kolam renang selepas sarapan pagi. Si Qaisara berenang dan kami berdua kak NB membuat massage di SPa dengan bayaran rp190000 untuk sejam.
|
Kawasan kolam renang tempat bersantai. Kak NB menulis, Teta bermain dan berenang dan saya membaca novel. |
|
Spa tempat kami berurut. |
Petangnya kami berjaya naik angkutan dengan bayaran rp6000 untuk 3 orang ke Kartika sari. Di sana kami membeli ole-ole pisang sale keju, kerepek tempe goreng, mangga jeruk untuk di bawa pulang. Kami juga makan tengahari di situ. Si Qaisara sempat bermain di taman permainan di situ seorang diri.
|
Di hadapan lobi sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Bandung. |
28 November 2012 kami bertolak jam 830 pagi ke airport. Di sana kami duduk di Crown Lounge dengan bayaran rp75000 seorang. Mereka uruskan semua check in,bayaran fiskal dan membalut beg kami. Sementara kami bersantai sambil makan-makan di situ. Syukur alhamdulilah percutian kami dipermudahkan dan kami sihat dna selamat kembali ke Malaysia. Terimakasih kak NB sebab memberi peluang saya mengikuti percutian ini.
Comments (0)
Post a Comment