Asalamualaikum rakan-rakan pembaca...
Banyak entry hendak saya masukkan tetapi kenalah tunggu satu persatu. Kali ini saya masukkan apa yang saya makan semasa cuti baru-baru ini. Banyak nama makanan yang pelik saya jumpa di Bandung ,Indonesia antaranya tongseng ,soto dan banyak lagi. Tongseng maksudnya sup samada ayam, kambing, lembu dan dicampur dengan sayur capcai (sayur campur) . Ada beberapa gambar makanan yang sempat saya ambil.
|
Puding Roti |
Tiap hari breakfast di Hotel Jayakarta ,Bandung , saya tidak melupakan puding roti. Ini makanan kegemaran saya dan rasanya tidaklah manis sangat. Antara makanan yang ada di situ ialah lontong, mi ,bihun atau mi pok goreng, nasi goreng, ayam dan banyak lagi makanan cara buffet. Walau bagaimanapun untuk kanak-kanak seperti Qaisara tiada pengecualian seperti hotel-hotel di Malaysia. Dia kena membayar sebanyak 95000 rp untuk breakfastnya. Qaisara pula bukan jenis yang kuat makan. Sarapannya hanyalah kokokrunch sahaja. Nampaknya di Bandung tidak mesra kanak-kanak.
|
Pisang Sale Keju yang dibeli di Kartikasari. |
|
|
Bagi yang hendak membeli ole-ole untuk dibawa pulang, boleh singgah ke Kartikasari , sebuah gedung yang menjual makanan kering dan basah . Di gedung ini ada tempat makan , tempat duduk-duduk, pusat permainan budak dan beberapa gerai menjual barangan seperti pakaian, permainan anak-anak, dan barangan kraftangan.
|
Set makanan colonel Yakiniku |
|
Makanan di KFC Bandung rupanya berbeza dengan makanan di KFC Malaysia. Semua set makanannya ada nasi . Contoh kombo kids , ada nasi yang dibungkus, air yang bercawan kemudian dibungkus dalam plastik ( sebab penutup cawan tidak ketat) ayam goreng (kecil aje saiznya) dan permainan. Tapi set makanan colonel yakiniku ada ayam bersos, salad dan nasi serta air. Kak Yati cakap takde rasa apa-apa, makan macam takde perasaan..hahaha.
|
Soto Bandung |
Malam akhir, terasa nak makan makanan tempahan bilik di hotel . Kak Yati tak mahu makan sebab dia tak sihat. Jadi saya dan Qaisara sahaja yang menempah makanan. Qaisara memesan burger bakar yang besar. Lupa saya ambil gambar. Saya pula mencuba soto bandung. Bila sampai terkejut saya tengok soto bandung ada nasi. Ingatkan ada nasi impit aje dengan supnya. Berkali-kali bertanya dan pekerja yang menghantar berkali-kali juga menyakinkan saya bahawa itu sotonya. Yang cantik berhias itu timun dengan cili padi, cili yang ditumbuk halus. Supnya pula ada kacang tanah dan daging. Banyak sehingga saya tak larat nak habiskan. Nak bangunkan kak Yati yang dah lena tidur sebab dia sakit kepala , tak sampai hati. Pagi barulah dia dapat merasa sup itu. Nasinya nampak keras sangat.
|
Udang Kelapa di Ta Wan Restaurant, Trans Mall Bandung. Rasanya sedap tetapi pedas sebab dia letak cili api. |
Malam di Kajang , sempat makan ini . Kak Yati belanja. Syukur alhamdulilah saya mewah dengan makanan sedap-sedap. Teringat gelandangan saya insaf, dan makan biarla berpada-pada bimbang memudaratkan diri. In Sha Allah , saya berusaha mengasingkan sedikit wang gaji saya untuk memberi kepada yang memerlukan seperti gelandangan. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki saya dan kawan-kawan untuk membantu yang susah..amin ya rabbal al amin.
|
Sotong Kangkung |
|
kerang rebus |
|
Sate Kajang |
|
Roti Tisu di Kedai Mamak di Kajang |
Balik rumah sendiri di Ulu Semera, saya buat ini. hahahaha.
|
Bingka Durian |
Comments (0)
Post a Comment