Asyik Sang Puteri
Penulis : Nurasikin Arsad
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM21.90 / RM24.90
http://www.nbkara.com.my
Asalamualaikum w.b.t...
Novel ini sangat santai untuk dibaca. Bermula kisah dari kecil hingga dewasa dan pengakhiran yang bahagia amat santai untuk dibaca . Sesekali membuat kita tergelak membacanya. Penulis tidak melupakan perjalanan hidup sang Puteri yang penuh ranjau berduri. Biarpun tinggal dengan ibu, dia diseksa dan mengalami banyak kesedihan. Jika terus membacanya , barulah kita dapat jawapan mengapa dan mengapa. Persahabatannya dengan Azrul dan Nani menjadi penawar dan penguat semangat untuknya meniti kedewasaan.
Cinta dan angan-angan menjadikan Puteri keliru dalam memilih hala tuju kehidupannya. Oleh kerana dia sentiasa berangan menjadi seorang puteri , maka dia memilih Tengku Mirza sehinggalah pada ambang peminangan Tengku telah terbongkar rahsia siapa Tengku Mirza sebenarnya. Pada masa itu Puteri sebenarnya telah mempunyai perasaan sayang melebihi seorang kawan terhadap Azrul namun dia menunggu Azrul meluahkan perasaan. Si Azrul pula lelaki Melayu terakhir yang susah untuk berterus terang. Namun itulah kita harus akui bahawa jodoh pertemuan di tangan Allah jua. Dan saya berasa sangat lega dan bersyukur kerana Puteri mengambil keputusan yang bijak antara dua lelaki ini. Siapakah pilihannya? Marilah kita membaca novel ini sendiri. Garapan penulis dalam membuka plot dan tema tentang cinta dan jodoh ini , sangat bagus. Saya berharap semua wanita bujang di luar sana bijak membuat pilihan dalam menentukan pasangan hidup masing-masing. Janganlah kerana nafsu dan materialistik membuatkan kita merampas atau menganggu suami orang. Walau cinta itu seratus persen tetapi menjadi kedua atau ketiga dalam hidup seseorang bukan mudah. Perkahwinan bukan untuk masa suka tetapi masa duka juga.
Dugaan hidup Puteri yang misteri bagi saya, akhirnya terungkap setelah dia temui ayah kandungnya. Rupa-rupanya Mak Cik Rozita bukan ibu kandungnya. Ngeri bila saya dapati apa yang pernah dilakukan oleh Mak Cik Rozita dalam usaha untuk mendapat cinta ayah Puteri. Dan saya tak mampu untuk menahan diri daripada tergelak guling-guling bila yang dijampi lain yang tersangkut pula lain. Anda harus baca ..seronok. Ini pengajaran untuk kita semua . Jangan menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan sesuatu. Berdosa besar sebab ini namanya syirik. Persahabatan yang murni antara mereka bertiga sangat mengharukan. Inila yang semua manusia idamkan...mempunyai sahabat sejati yang sanggup susah dan senang bersama . Sahabat yang tidak mungkin mengkhianati dan berbohong dengan sahabatnya. Ikhlas dan jujur.
Cinta Azrul yang sanggup bahagiakan Puteri sungguh menyentuh hati. Bahagialah Puteri mendapat lelaki sebaik Azrul. Walaupun novel ini santai namun penulis juga menyelitkan beberapa info. Terdapat perdebatan antara Azrul dan Nani tentang dunia mistik dan fakta Sains. Justeru itu, anda tidak rugi membacanya , selain bersantai , bergelak ketawa, berfikir tentang beberapa misteri tentang kehilangan Puteri, Azura , malahan boleh menambah ilmu pengetahuan.
Comments (0)
Post a Comment