Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatu'
Syukur alhamdulilah kerana atas izin Allah SWT maka hari ini genaplah usia saya ke 44 tahun. Tiada rancangan hendak meraikan hari ulang tahun melainkan memanjatkan doa kepadaNya moga dipermudahkan segala urusan saya seharian. Saya sangat PENAT dari segi fizikal dan mental. Kudrat saya tidak seberapa kerana kaki saya belum sembuh sepenuhnya. Namun apakan daya saya harus bertahan dan sakit itu terpaksa diketepikan. Namun sejak akhir-akhir ini biarpun saya sedar emak tidak sihat namun segala kata-katanya amat melukakan hati saya. Namun siapa saya sebagai anak untuk membalasnya? Dia ibuku..syurga di tapak kakinya. Jadi, seminit sahaja cukuplah saya menangis ketika mengacau bubur nasi emak di dapur. Ya Allah tabahkan hati hamba mu ini. Saya tahu allah memberi dugaan ini kerana bagi Allah saya mampu menangganinya. Setiap kali terjadi setiap kali itulah saya berighstifar dan mengingatkan bahawa emak sakit.
Terimakasih kerana begitu banyak ucapan selamat dan doa dititipkan oleh rakan-rakan lewat FB saya. Terimakasih kepada kakak kesayangan saya yang seawal subuh mengucapkan selamat hari lahir dan doakan saya. Saya tahu beliau sentiasa mendoakan saya dan keluarga. Saya sebenarnya sudah mendapat hadiah hari lahir dengan penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2011 pada minggu lepas. Dan APC ini adalah untuk kali yang ke 3. Syukur alhamdulilah atas rezeki yang Allah bagi kepada saya. Ia menjadi pendorong semangat untuk berusaha lebih baik lagi demi kejayaan anak-anak didik dan sekolah.
Kita berhak untuk merasa bahagia dan saya sangat bahagia dengan semua yang ada di sekeliling saya. Saya bahagia melihat emak makan dengan berselera, tidur dengan nyenyak walau malamnya dia berjaga...hahaha. Saya bahagia dengan apa yang saya ada , semoga ia terus berkekalan. Ketabahan ini kerana dorongan semangat yang kawan-kawan berikan. Juga doanya ...dia yang selalu mendengar rintihan hati saya...terimakasih tidak terhingga. Hanya Allah yang dapat membalas semuanya.
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment