Pada 30 November 2011 hingga 8 Disember 2011 , Kak Norhayati Berahim bersama suami dan anak datang bercuti di Sarawak. Mereka menginap di rumah saya. Sebelum tarikh ini, hari-hari kami menghitung masa kerana saya sudah terlalu rindukan Kak NB dan Teta. Lagipun kami sama-sama merancang untuk merealisikan impian lama kami untuk menjelajah Sarawak menggunakan jalan darat.
|
Cucu saudara saya ,Putri mengikut saya menjemput Kakak Tetanya dari Airport Kuching. |
|
Sebahagian makanan yang Kak NB bawakan..sate kajang...kesukaan saya. Emakpun suka. |
Banyak makanan yang kak NB bawakan untuk saya, antaranya sate kajang, popia , fishcake, laksa basah, kuie tiaw, keropok lekor, dodol Melaka,ikan goreng (hahaha) dan TAKOYAKI....Saya mengidam Takoyaki ini ,alhamdulilah atas rezeki yang Allah bagi. Terimakasih Kak NB dan Pak Seyit.
Keesokan harinya , kami meneruskan perjalanan menjelajah Sarawak seawal jam 7 pagi. Kami terlewat di Pengkalan Feri yang sibuk dengan warga Samarahan pergi kerja.Lebih kurang jam 10 pagi, kami tiba di Sri Aman. Kami berhenti rehat di Perhentian Rehat Sriaman untuk membeli dabai dan buah-buahan.
|
Kak NB sudah jatuh hati dengan Dabai...RM10 sekilo di Perhentian Rehat SriAman. |
|
Pak Seyit dan Teta sedang menjamu durian . Barulah saya benar-benar percaya kesukaan Pak Seyit terhadap durian. |
Kami tiba di Sibu lebih kurang jam 5 petang dan di sana saya berkesempatam menemui kawan baik saya , Lucy yang pernah sama mengajar di Daro. Saya dibawa ke rumah dan bersiar-siar di bandar Sibu. Anak-anaknya sudah besar. Walaupun jauh, persahabatan ini masih tetap baik. Atas bantuannya kami keluar dari Sibu dengan lega.
|
Bersama sahabat saya, Cikgu Lucy Tiong yang menetap di Sibu. |
|
|
|
|
Kami sempat shopping di Parkson Sibu. Terus-terang saya katakan , Parkson Sibu berbeza dengan Parkson Kuching sebab barang-barangnya lebih lengkap dan berlainan. Banyak pilihan yang menarik. Kasut jenama POLO ada di sini. Begitu juga dengan Mug Meja jenama Thermos, dijual dengan murah .
|
Ibu dan anak , tidak berenggang walau sesaatpun. |
|
Bergambar kenangan dengan Si Comel, Qaisaya Seyit |
|
Teta dapat belon parkson percuma |
|
Auntie pun dapat belon juga...hahaha. (Si Teta mengambil gambar ini maka saya pegangkan belonnya sekejap) |
Oleh kerana kami telah tersesat semasa keluar dari Sibu maka kami bermalam di Mukah dan sempatlah menemui sahabat kami, Norhayati Sulaiman. Terimakasih Nor kerana belanja kami makanan yang sedap.
|
Gambar ramai-ramai bersama dua orang makcik Norhayati Sulaiman, kak Delima , kak Ramlah dan adik Norhayati Sulaiman. |
|
Malam itu, kami dihiburkan oleh show 7 lagu oleh si Comel ini. Dia sangat cute, berbakat dan sungguh....saya sendiripun tak ingat lirik yang panjang lebar lagu BEAR HUNT tersebut. |
|
Permandangan masjid Mukah dari bilik hotel . Kami sempat bersolat di sini sebelum bertolak ke Bintulu. |
|
Biskut Raya di hotel Kingswood Inn, Mukah antara sajian sarapan kami pagi itu,3 Disember 2011. |
|
Kak Nb bersama Kertina Naim rakan Norhayati Sulaiman bersama anaknya. Ibu-ibu dan anak dara masing-masing. |
|
Si Teta bergaya dengan kasut high heelnya di depan hotel Mukah. |
|
Sebelum kami bertolak ke Bintulu, kami sempat dibawa oleh Nor ke Dalat untuk menyaksikan Pesta Balau. Saya perasan saya tidak mengambil gambar ketika berada di sana . Beberapa hari keadaan cuaca tidak menentu, hujan sepanjang perjalanan.
Comments (0)
Post a Comment