You are okay

Posted by Leeza | Posted in


Hari ini saya memantau si Mirza untuk kali ke2. Saya memilih kelas tahun 3 pula. Nampaknya dia bertambah yakin dan cara pengendalian pengajaran dan pembelajarannya menunjukkan peningkatan yang positif. Namun dia masih tetap kalut juga...sehingga carta terlupa di bilik guru dan dia terpaksa mengambilnya. Kalau pensyarah yang memantau, pasti kena marah sebab ini menunjukkan dia tak bersedia tapi kerana saya ada naluri kemanusiaan maka saya anggap ini kes remeh temeh. Manusia manalah ada yang perfectpun.

Bila pengajaran pembelajaran menarik dan murid-murid faham maka tentulah suasana akan bising sebab mereka berlumba2 hendak menjawab soalan. So, apa lagi yang perlu dikomen? Hanya berikannya galakan dan cadangan yang boleh meningkatkan mutu pengendalian kelasnya. Saya sendiripun terkial2 menulis komen dan suggestion dalam bahasa Inggeris....keh3.

Apa saya nak tulis hari ni ya....budak yang paling cerdik dalam kelas itu ialah muhd fathur rahman al-hakim b. Maharan ....hehehe panjangnya nama. Hakim sendiri mengeluh bila saya kata : write in a full name. Jumaat minggu lepas saya berikan hakim satu borang contest : Save the rhinoceros home anjuran HONDA MALAYSIA. Saya fotostatkan 20 keping dan saya edarkan kepada 20 murid terpilih. Hadiahnya ialah, 1: HP mini laptop. 2: Camera cybershot sony T90 ,3: PSP sony dan 20 consolation : Toy r Us voucher rm100. Lumayan hadiah ini....dan Hakim pada akhir kelas menghampiri saya dan tanya saya sama ada dia boleh menang....tentulah jawapan saya kena tunggu result keluar pada 31 ogos. hahahha...Dulu hakim pendiam sangat tapi sekarang dia dah petah bercakap malahan mampu melontarkan soalan dalam bahasa inggeris .Hari ini dia tanya cikgu trainee : Teacher , what the meaning of yellowish....hahaha ambik kau mirza. Saya dah bagitahu Mirza show the color not tell by mouth.

PPSMI masih menjadi isu hebat. Golongan BI tensen pasal BI ditambah waktu....pagi tadi saya berdebat dengan Madam pasal bilangan waktu mengajar. Apapun kami terima je keputusan pihak atasan sebab melaung sehabis anak tekakpun , takde yang nak dengar pendapat orang kecik macam kami. Apapun jua, pendidikan kena dijalankan dengan saksama, nasib anak2 itu harus dibela. Mereka berhak mendapat ilmu didikan dan bimbingan kita.... Saya bersyukur jika Sains dan Maths diajar dalam Bahasa Melayu sebab ini membolehkan anak2 kita berlari bebas dan gembira dengan bahasa yang mereka boleh guna dan faham dengan senang.



Comments (0)