Strategi Terbaru-Pecah dan perintah

Posted by Leeza | Posted in

Pecah dan perintah adalah strategi yang digunakan oleh penjajah semasa menjajah Malaysia. Mereka tak mahu rakyat Malaysia bersatu dan kemudian bangkit menentang mereka. Namun strategi ini saya gunakan untuk tahun 6 bukan untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan mereka, jauh dari sifat untuk menentang dan membrutal. Jiwa saya gelisah , minda saya risau dengan prestasi tahun 6. Guru2 subjek lain sudah mengeluh dengan prestasi mereka....dan saya pula masih dengan prinsip selagi UPSR belum tiba selagi itu saya akan bawa anak2 ini berjuang sehingga ke titik terakhir.

Kami sepakat menggunakan buku Didik yang saya beli di READ MALAYSIA sebagai latih tubi menilai pencapaian mereka. Awal pagi madam senyum dengan seorang murid yang dapat highest dalam bi untuk paper I. Saya pula baru nak bagi mereka ujian set 1. Saya bagitahu jika dapat A saya bagi sesuatu. Dalam tempoh sejam saya menyemak jawapan mereka, saya dah berdesing telinga sebab semuanya teruk..............mahu saya meraung. Saya diskusi dengan member2 tentang cara bagaimana nak atasi kelemahan ini. Saya tahu dua je jalan yang saya harus ambil iaitu pecah dan perintah. Dua program dalam kepala saya .

So, pertama sekali semasa nak gerak ke kelas, saya keluarkan rotan saya. Dah lama saya tak guna rotan untuk kelas ini. Mereka senyap je bila nampak saya bawa kertas ujian dan rotan. Pertama sekali saya membebel dulu. Kemudian saya bagitahu : i gave u chance to aim your own target. Now i want to do this myself, force u to get the target . Mereka senyap je.....kemudian saya pilih 10 terbaik. Saya tetapkan target mereka mesti dapat 20 betul daripada 30 soalan objektif. Below that, saya berikan hadiah rotan. Hanya dua yang selamat : Ismail dan Trisya. Yang lain termasuk star kena rotan . Kemudian kumpulan ke 2 , 14 orang saya targetkan 15 ke atas....dan nampaknya ramai juga yang selamat. Dan kumpulan ke3 masih juga 15 ke atas....yang ini istimewa sebab saya janjikan ganjaran selepas UPSR nanti.

Petangnya ketika saya berikan ujian Set 2 ,ternyata mereka semuanya berhati2 dan menjawab dengan lebih baik. Tidak seperti yang pertama, mereka nampak gopoh dan cincai sahaja tetapi kali ini mereka berusaha sedaya upaya. Anak2 ini jika tidak diberi perhatian dan tentukan targetnya, mereka takkan berusaha untuk membaiki diri sendiri. Yang pastinya kelas satu jam waktu petang berlarutan kepada 2 jam dan mereka nampaknya tidak menunjukkan keghairahan mahu balik awal.....Saya takkan biarkan mereka terus hanyut. Hasrat yang disuarakan oleh ibu2 yang datang awal pagi menyedarkan saya bahawa besarnya harapan ibu2 ini terhadap kejayaan anak2 mereka dalam pelajaran.

Tension? Saya akui memang mood saya tak menentu sejak akhir ini. Syukur alhamdulilah kerana ke 4 anak2 yang saya jaga tidak nakal terutamanya waktu malam. Kalau tidak, mahu saya meninggalkan mereka tanpa apa2 kat rumah......Saya dah bagi amaran awal2 bahawa jangan sampai saya kena cari mereka di malam hari sebab saya tak suka anak2 ini merayau2 waktu malam. Tension macamanapun, saya mempunyai terapi minda yang sihat....:) Terima kasih untuk seseorang kerana sedia ada melayan celoteh saya. Terima kasih pada semua kawan2 yang ada untuk memberi galakan dan sokongan moral.

Comments (4)

wah.. bunyi macam garang aje cikgu ni yea.. hehe.
tp bagus jugak cara akak tu.. nampak berkesan aje..
akak anak sedara yg 4 org tu besar mana umur diorang...

salam ida...
hehehe...baru tahu akak garang ke? bekas mafia masa kecik mana tak garangnya. anak saudara akak, 23,17 tahun 2 orang dan 12 tahun. semua lelaki....nakal tahap gaban....keh3.

ya allah lelaki semua ke.. ishk... mesti akak pening kepala jugak dgn diorang kan.. hehehe.. remaja!

salam za....:)
za lelaki nakal dia berbeza dengan perempuan...ibujunes jaga anak buah lelaki sorang dah pening kepala sebab kuat berjalan....mintak2 Hakim tidak begitu besar nanti...insyaAllah ^__^