My First Try- Roti Jala

Posted by Leeza | Posted in

Saya suka memasak tetapi tidak pandai memasak. Jika saya cuti atau masa free, saya memang suka mencuba sesuatu yang baru . Sejak minggu lepas saya berniat nak cuba buat roti jala tetapi saya tak yakin. Atas bimbingan seseorang, saya cuba juga membuatnya.
Mula sekali , saya buat kari ayam yang tidak terlalu pedas. Semua orang rumah saya terutama mak saya memang tidak suka makan pedas. Saya cuma letak ayam dan kentang yang dipotong dadu kecil2.Masak je kari ini, si Luqman dengan mak saya dah menceduk untuk makan dengan nasi.
Saya buat sedikit sahaja, bimbang tak jadi. Dengan melafazkan BISMILLAH, saya cuba mengirai adunan pertama. Hahaha, yang keluar ialah dot,dot,dot sahaja. Anak buah saya si Wan dan Luqman dah menenggek kiri kanan tengok macamana rupa roti jala.....keh keh keh, Luqman ketawa guling-guling bila tengok dot...dot...dot yang keluar.
Kali kedua mengirai lagi. Alamak terlebih pula....jadilah macam lempeng. Tebal....bising mulut budak2 itu. Saya suruh main jauh-jauh dan tengok TV.


Banyak kali mencuba , saya asyik tambah air....maka terhasillah 3 keping ini yang nampak macam rupa roti jala.

Semuanya menjadi bermacam rupa, namun namanya rezeki dan makanan saya tetap letak dalam pinggan. Saya ingatkan budak2 tu tak mahu makan, tetapi mereka berebut pula.....tanya sedap tak? Angguk-angguk sahaja kepala, siap pesan suruh buat lagi. Membuat sesuatu yang susah kena dilatihtubi maka kemahiran akan lebih efektif dan produktif. InsyaAllah, lain kali akan buat lagi. Tambahan pula Ramadhan semakin hampir......

Comments (2)

kak leeza, tahniah sebab mencuba. adunan tepung kalau nak senang, guna blender. lepas tu tapis. saje bgthu kot2 kak leeza belum guna blender.lain kali cuba lagi yea.. nampaknya peminat ramai tu..

salam za...
ciayok...ciayok...malaysia boleh dan za pon boleh...
tak pe tak jadi za...rasa dia tetap tak lari...sbb tu anak2 buah za suruh buat lagi...