Rehat Sebentar

Posted by Leeza | Posted in

Semalam saya tensen tahap maksimum (tak mahu saya guna GABAN sebab saya tak suka Gaban) kerana line network di tempat saya tak berfungsi. Celcom yang ada cuma celcom EDGE ertinya bar network cuma 1-2 je....memang tak cukup power untuk merentas dunia tanpa batas. Email pula banyak saya terima daripada anak saudara saya yang suka send memacam dengan saya....dan saya jenis tak suka inbox saya penuh. Terkadang saya delete mana2 yang saya tak suka nak buka. So, letih dan kepala pula rasanya berbenjol2 dengan stress dan penuhnya otak maka saya terus tidur awal. Sayangnya bahana tidur awal bermakna jam 2-3 pagi mata dah celik semula....betul ke teori mengatakan bahawa semakin lanjut usia semakin kurang masa tidur kita? Di mana teori mengatakan bahawa bila kita semakin lanjut usia kita balik ke tahap budak2 semula? So, subuh ini saya ketawa guling2 kerana email ini.... ada 2 gambar lagi yang lebih mengancam dan saya send kepada orang2 tertentu sahaja.
Hahaha, wanita dengan feminimisme nya sukar dipisahkan. Saya kagum dengan wanita ini sebab kreatif dan hafaz dengan kekunci keyboard. Saya sendiri dengan jari telunjuk sahaja ,terkial2 cari huruf atas keyboard. Jadi, sesiapa yang biasa chat dengan saya, jangan mengeluh kalau saya slow menjawab mesej anda...hehehe.

Fuhhhh! Tahap tensen maksimum. Memang top security sungguh. Keh3...boleh diguna oleh pengguna pc yang sedang mengidap H1N1. Anda yang lainpun boleh guna juga.....satu cara mengelak dari hantu scam.

Salam sejuta sayang,

Comments (1)

hahahah... gambar kedua tu mmg ida gelak guling2... lawaknya. ada jugak mcm tu yea...