Koleksi buku dan budaya membaca

Posted by Leeza | Posted in

Sebenarnya saya tak tahu apa entry yang hendak saya masukkan kali ini. Saya benar-benar sedih dengan sesuatu hal namun tak apalah. Yang pasti saya sedar diri dan berusaha untuk berubah jadi lebih baik.

Biarlah saya bincangkan tentang koleksi buku. Jika kita minat membaca mesti kita ingin memilikinya dan menjadikannya koleksi buku. Namun ada sesetengah rakan dan saudara kita yang minat membaca dan meminjam koleksi buku yang kita pasti sangat sayangi. Dibuang mati bapa diluah mati emak ( betul ke frasa ini....maafkan saya...)

Ada beberapa buah buku yang saya tengah cari dan jadikan koleksi tetapi buku-buku ini sudah tiada di pasaran . Ini disebabkan cetakannya dihentikan oleh penerbit. Apabila saya menjelajah blog-blog rakan-rakan , saya terjumpa beberapa rakan yang mencari beberapa buku lama milik seorang penulis. Bila mendapati bahawa buku-buku tersebut ada dalam koleksi saya, semakin saya bersyukur kerana memilikinya. Apatah lagi kedai buku di Sarawak sangat terhad. Jika ada buku yang saya jumpa tiada dalam koleksi biarpun mahal saya beli juga kerana saya serik dengan keterhadan stoknya.

Saya masih menyimpan koleksi buku lama saya biarpun mengikut sejarahnya buku-buku itu pernah dibawa seorang anak kampung yang meminjamnya lemas di lautan pesisiran kampung. Beberapa tahun yang lalu, kampung ini dihubungkan dengan jalan laut. Kerana amanah dia sanggup menjemur dan menyelamatkan kotak buku-buku saya yang dipinjamnya itu...dan saya sebenarnya tidak kisahpun jika buku-buku itu tidak dapat diselamatkan....takkanlah kita nak berkira dengan rakan yang ditimpa musibah.

Jika dibandingkan dengan orang lain, koleksi buku saya tidaklah banyak. Malahan keupayaan membaca saya agak lambat berbanding dengan orang lain. Saya pernah menyaksikan rak buku milik Ahliahnizam dalam blognya yang menang tempat ketiga perpustakaan rumah. Wow...mengkagumkan. Kemudian saya melihat rak milik Rose Harissa dalam blognya, pun banyak koleksi bacaannya.

Teringat pertemuan dengan kak Noor , geng ulat buku @kicap di Mines....saya terpaku dengan kearifannya dengan semua novel yang ada....bilalah saya boleh secepat itu menghabiskan sebuah novel? Hari ini saya membawa novel "Selamat pengantin baru isteriku" ,kononnya nak baca masa free..namun sampai balik novel itu tidak terusik. Majalah Muslimah yang saya langgani menjadi tatapan rakan-rakan sekerja sehingga kami ramai-ramai memerah otak mengisi silangkata dalam majalah tersebut. Bagus juga aktiviti ini sebab selain dari sibuk dengan kerja sekolah, kami semua dapat menjana minda bersama secara santai. Apa yang saya suka ialah apabila ada abang pekerja am yang duduk di bilik guru masa rehatnya dan saya memang akan suruh dia baca apa sahaja majalah yang ada di atas meja saya. Gembira saya melihat budaya membaca diamalkan oleh semua rakan sekerja saya. Paling seronok ialah bila ada rakan membaca kuat dan yang lain dengar....hehehe biasanya untuk surat pekeliling semasa dan suratkhabar.

Tetiba saya rasa saya nak habiskan novel-novel koleksi saya sendiri dan kemudian baru mencari stok baru hujung minggu ini.




Comments (1)

cayok2 kak leeza... hehe