Luqman di celah kesibukanku

Posted by Leeza | Posted in


Pernah tak anda merasakan setiap saat yang berlarian terasa ingin dilambatkan? Sejak akhir2 ini saya rasa hidup saya berkait rapat dengan jam. Setiap saat yang berlalu perlukan perancangan agar apa yang hendak dilakukan tidak tercicir. Inilah meja saya di library kerana itulah tempat yang paling aman bagi saya menyiapkan kerja2 saya...tambahan pula selesa dan di bawah kipas angin. Cuaca 2 -3 hari ini agak panas. Awal pagi saya dah call si BERNARD bertanyakan perubahan borang skor markah dan mendengar jawapannya : tidaklah saya tahu cikgu....sayapun tak tengok lagi borang tersebut.....huhuhuhu...rasanya mahu saya terjun ke dalam parit depan rumah saya...hehehe. Dia yang jadi ketua dan pemeriksa dia pulak yang tak tahu.

Inilah telatah si LUQMAN dengan neneknya, Nenek AMOI. Nak tahu kenapa....hahaha baru saya tahu balik dari sekolah tengok dia terhencot2 berjalan ,baru si neneknya ini mengadu bahawa kaki Luqman luka kerana main bola sepak. Bila lukanya? 2 hari lepas...dan luka itu melarat dan bernanah. Mahu saya tidak bising sebab dah saya larang jangan cuai masa bermain. Kasut ada tak digunakan...suka main pinjam kaki ayam. Ayam2 duduk tepi jalan tunggu kakinya dikembalikan dengan selamat. Saya tanya, main bola ke main sungai? Bagaimana sepak bola boleh luka kaki? Takkan sepak batu pulak? Lagipun sepak bola takkan guna bahagian jari kaki.... saya pun terer main bola sepak.... jadi gol keeper lagi. Neneknya ini suka sangat cover cucunya...bila ada masalah yang dia dah tak boleh nak cover lagi baru forward kepada saya.

Kenapa ni lagi? Si Luqman dah menangis sebab kesakitan. Jam sudah pukul 4 petang. Neneknya minta saya bawa ke klinik tetapi waktu ini di kampung, sorrylah ada orang nak stay.....memang liat punya. Saya suruh mak bagi cucunya telan panadol....dan apa yang nenek ni buat? Dia picitkan panadol tu sebab rupa2nya si Luqman tak pandai telan pil....hahaha. Saya bagitahu esok baru saya bawa ke klinik swasta di kota samarahan....so tahan je la dulu sakitnya. Malam ni sebelum dia tidur saya nak buat 'dressing' lukanya itu sendiri. Saya tak nak cakap awal2 sebab saya tahu pasti Luqman akan takut... dan neneknya apa lagi. Saya kan ahli VAD PBSM dan dah dapat sijil advance first aid, home nursing dan sijil bencana alam. Apa yang pasti inilah masa saya akan cuci bersih2 lukanya sebelum lebih melarat.....hehehe pasti budak tu meraung malam ni.

Saya memikirkan masa depan Luqman. Saya rasanya tak mahu serahkan tanggungjawab ini bulat2 kepada ayahnya. Saya tak mahu dia diabaikan . Kebetulan kakak kesayangan saya NB dah bagi cadangan yang bernas dan saya berhasrat mahu memilih jalan ini untuk masa depan Luqman. Bukan saya tak mahu jaga sendiri si Luqman sebab saya sendiri, tahap kesabaran saya terhadap anak buah memang tipis sekali. Sahabat saya kebetulan tinggal di Bintulu dan dia sanggup membantu. Sekurangnya mereka berdua dapat tolong tenggokkan Luqman. Saya berdoa jalan ini adalah jalan terbaik untuknya.....Cuma masalah saya..... si nenek tak sanggup berpisah jauh dengan cucunya.

Semoga diredhaiNYA :

Comments (1)

wah.. akak ahli vad pbsm. tererlah kak.. hehe. saya kurang paham berkenaan hal luqman.. tp takpe nanti saya tanya akak sendiri...
kesian kat dia.. menahan sakit.