Tak Pernah Menyesal

Posted by Leeza | Posted in

Saya masih ingat suatu masa dulu, ketika seluruh rakan sekelas saya(tingkatan 6 atas) sibuk mengisi borang kemasukan ke maktab perguruan, saya satu2nya yang tidak beria-ia. Sehinggalah seorang rakan saya telah mengambil borang tersebut dan semua mereka sekelas memaksa saya melengkapkan borang dengan akwalan yang ketat. Kira macam tahananlah...hehehe. Hari ini saya bersyukur dan berhutang budi kepada mereka. Kenapa saya tidak berminat menjadi cikgu? Pertama kerana saya sudah mempunyai cita-cita, ia dah hampir tercapai apabila menerima tawaran ke ITM Shah Alam mengambil bidang yang saya minat itu selepas SPM tetapi kerana saya tak ada duit maka saya terpaksa melepaskan peluang itu.....sedihnya. Kedua, saya ini kasar dan tak pandai nak handle kanak2, jadi bagaimana nak jadi cikgu? huhuhuhu.

Namun siapalah kita yang mampu menolak takdirNya. Sebaik sahaja tamat menduduki peperiksaan STPM hari Jumaat, saya terus disuruh oleh guru saya melapor diri ke Sekolah Menengah di kampung saya sebagai guru sandaran tidak terlatih. Sebenarnya saya sudah mengisi borang memohon kerja sambilan ini semasa saya ditugaskan oleh Pengetua saya menemuduga pegawai pendidikan tentang sejarah sekolah saya. Beliau sendiri yang offer saya mengisi borang kerja tersebut. Hmm....saya tak tahu bagaimana saya boleh mengajar Bahasa Inggeris tingkatan 1 dan 2, Sejarah Peralihan hingga tingkatan 2 dan Bahasa Malaysia peralihan. Rasanya masa tu semangat memang tinggi, darah muda tak takut pada cabaran. Lupa terus dengan minat dengan tak minat. Pengalaman yang saya tak lupakan ialah memasak untuk rombongan penceramah dari Semenanjung seramai 6 orang untuk program motivasi islamiah....bayangkanlah, saya tak pandai memasak....terpaksalah saya bawa balik daging dan ayam dan minta kak ngah saya masak. hehehe. Bila fikir balik...saya selalu tanya diri saya, bagaimana saya mampu lakukan kerja dan tugasan itu. Mana cikgu tetap yang lain???? Ntahlah......masa tu saya memang tak membantah arahan Boss.

Hari ini saya tak menyesal jadi cikgu. Semakin rasa bangga bila usaha membuahkan kejayaan. Strategi saya semakin menampakkan hasilnya. Hari ini rasanya saya nak kongsi perasaan bangga dan bahagia di hati ini bila murid-murid tahun 6 saya mencapai 100 peratus lulus....semuanya lulus. Awal2 saya sediakan rotan dan nak kenakan mereka yang tidak mencapai target yang ditetapkan....namun sehingga akhir, semuanya melonjak naik. Syukur alhamdulilah......bilang skor A pun bertambah. Hanya sebulan lagi nak UPSR....rasanya keputusan ini akan makin meningkat. Saya dah kenal apa masalah mereka dan sedikit demi sedikit saya akan membantu mereka mengatasinya. Bayangkanlah budak yang selalu blur ,lemah...hari ini dengan wajah gembira dan yakin menjawab soalan saya dengan lantang. Semua terkejut.....hehehe.Ertinya saya dah boleh simpan rotan saya untuk tahun depan pula.

Marilah kita layan lukisan2 anak2 murid saya yang di tahun 2. Kita pasti ceria melihat hasil lukisan mereka ini.


Pemenang lukisan minggu ini. Saya berikan rm1 sebagai galakan. Minggu ini rajin pula dia siapkan lukisannya.




So, bagaimanalah saya berubah secara totally mengendalikan anak2 yang memang kita tahu mempunyai sifat nakal dan karenah pelbagai ? Saya jatuh cinta dengan kerjaya ini bila berdepan dengan wajah anak2 yang begitu mengharap ilmu yang kita sampaikan. Mereka ini mengajar saya erti ketabahan dan keyakinan yang padu. Saya gembira mencelikkan sesuatu yang tertutup dan mengubah peribadi anak2 ini. Bakat mereka jika kita berjaya mencungkilnya dan bimbing dengan betul, kita sendiri akan takjub dengan hasilnya. Jangan pukul, jangan marah, jangan jentik namun bimbing mereka dengan bijaksana. Saya gunakan rotan bila anak2 itu tidak berubah namun selain rotan, satu asas yang saya tekankan ialah kesedaran mereka tentang keupayaan mereka.Rotan bukan satu penyelesaian yang bijak....hanya guna sebagai jalan terakhir. merotan kena tahu cara....jangan sakiti anak2 itu melampau. Inilah peranan kita sebagai guru dan ibu bapa untuk memastikan mereka mencapai tahap yang mereka boleh dapat.Jika anak2 kurang motivasi di rumah, maka di sekolah tempat mereka meluahkan segalanya dan saya tahu inilah peranan saya , bukan hanya sebagai guru tetapi juga sebagai ibu dan kawan mereka.

Comments (1)

salam za...
betul tu,..guru umpama ibubapa sbb kalau kita melawan guru apa yang kita belajar tak berkat ilmu yang kita dapat tak lekat...

betapa besarnya pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang gemilang dan terbilang....