Marah dan kecewa

Posted by Leeza | Posted in


Memang lumrah hidup bahawa suka duka seiring mewarnai siang dan malam kita. Pagi tadi memang saya hendak ke Pejabat Pos atas urusan peribadi yang sangat penting. Pejabat Pos dibuka sabtu ini dan ia lenggang. Saya diberitahu bahawa parcel saya dah sampai....dan saya terima ini daripada NB Kara sdn bhd. Inilah hadiah tempat ke tiga yang saya menangi dalam Kuiz Setiap Jumaat. Cantiknya kata mak saya. Terasa sayang nak pakai.....tunggu raya nanti baru pakai. Selepas itu saya menemani anak saudara yang baru lulus lesen memandu ke klinik di Kota samarahan kerana anaknya Putri demam. Bolehlah , dia memang boleh memandu biarpun seringkali brek mengejut.

Namun petangnya saya menyedari sesuatu barang saya hilang.....mengamuk saya dengan kehilangan barang ini. Saya marah sangat dan bercampur baur dengan rasa kecewa. Bila kawasan peribadi sudah tidak selamat, rasanya kehidupan hari2 menjadi sangat tawar dan hambar. Saya tak sangka bahawa 'dia' sanggup mengambil barang saya....berani sungguh. Keinginan saya untuk tinggal jauh dan lari jauh2 semakin membuak2.......

Comments (1)

kak .. hadiah drpd NB KARA tu cantik.. patutlah akak sayang nak pakai... bertuah akak.
akak.. simpati ngan trajedi kehilangan akak tu. tp mcm akak tau aje sapa yg punya angkara..
sabar ye kak.