Ulasan novel AKU ADA KAMU

Posted by Leeza | Posted in

Tepat jam 20:15 malam ini, akhirnya saya berjaya menamatkan bacaan novel ini. Inilah terapi minda saya di celah2 kesibukan dan amukan emosi dan stress yang berganda. Sesungguhnya novel AKU ADA KAMU saya miliki sebelum pertemuan saya dengan penulisnya. Namun kesibukan membuat saya tak mampu untuk menghayati novel ini ditambah dengan rasa gelisah saya setiap kali membaca novel Lily Haslina Nasir.

Terus terang saya katakan bahawa saya sangat menyukai novel ini daripada novel Lily yang lain. Bahasanya sangat cantik, fantastik dan superb. Penceritaannya sungguh stylo. Hero dan heroinnya serasi bersama. Bukan soal cinta yang diperdebatkan tetapi juga mengangkat martabat agama Islam...bahawa kita seharusnya berserah pada ALLAH S.W.T. Jika minda manusia dikuasai oleh nafsu dan dendam maka manusia boleh hilang pertimbangan. Selagi ada rasa dengki dan hati jahat dalam diri manusia selagi itu ilmu2 yang salah diperluaskan dan diperkembangkan sehingga menjangkau batas kewarasan manusia.

Bahasa Lily bahasa yang memartabatkan keindahan Bahasa Malaysia. Tanpa segan saya mengakui saya tak sepintar Lily bermain dengan bahasa dan kata-kata. Kerana NB pernah menegur tentang kurangnya kaum 'CIKGU' merujuk kamus bahasa maka saya mengangkut ke mana sahaja kamus dewan saya yang dah usang semata-mata untuk mencari makna bahasa yang digunakan oleh Lily...seperti 'sundang'. Perkataan mencapang dengan mencuping seakan satu tanda tanya bagi saya namun saya buat andaian bahawa Lily penulis yang bukan setahun jagung maka dia menggunakan perkataan yang kena pada ketikanya. Jadi andaian saya jika salah, maafkan saya....bahawa mencapang dan mencuping digunakan pada kebesaran saiz cuping telinga untuk difokuskan pada sesuatu perbualan yang didengar secara tersorok2. Bukannya saya berkecil hati dengan teguran kak NB tetapi ia menginsafkan bahawa memang ada golongan cikgu yang kurang menggunakan kamus Dewan sebagai bahan rujukan.

Jalan cerita sangat mudah untuk difahami dan menarik sehingga saya tertanya2 pada satu tahap, Sheila dan Nyai Menur di bawah jambatan , siapa punya angkara. Di sini tanpa sedar saya boleh membuat tekaan bahawa tangan sasa itu milik jin saka Sofi Aidura....keh3....sempat juga saya buat cerita sendiri...penuh dengan cerita kartun .Dan setelah diketahui siapa punya angkara , kita harus sedar bahawa sekuat manapun ilmu Nyai Menur masih kalah di tangan mat2 Gian. Betapa kuatnya bahana dadah sehingga jampi serapah Nyai Menur tak dapat melindungi dirinya dari tikaman pisau. Kenapa Nyai Menur tak sihir saja Mat2 Gian ini ketika nyawanya di hujung tanduk?

Kali ini saya tak gelisah membaca novel Lily sebab dendam tak seberapa, suasana seram juga tak seberapa, mungkin kerana saya merasakan ia sebahagian dari selingan dalam halangan cinta Hisham dan Aidura. Penghujungnya pasti menjanjikan kebahagiaan buat pasangan ini. Obsesnya cinta Sheila memang ketara sangat , seakan Hisham satunya lelaki terakhir dalam dunia ini. Mungkin ada manusia segila itu.....kasihannya Sheila ,mati dalam kemungkaran. Jika ada insan seperti itu, mungkin penghujungnya boleh menambah bilangan pesakit jiwa. Sheila kekurangan sahabat, kekurangan kawan dan jauh dari keluarga . Kesendiriannya membuatkan dia menjadi gila sedemikian. Jika kita redha bahawa memang kita tiada jodoh, kesedihan dan kekcewaan itu akan terubat dengan masa. Apapun juga, kita kena positif menerima apa sahaja dugaan yang datang. Memang itu dah takdirnya....

Lily bukan hanya serius dalam mengadun jalan cerita tetapi pandai menyelitkan beberapa adegan lucu seperti kisah dalam tandas, peristiwa bertembung dengan Hisham dan bagaimana ia bermain dengan monolog ketika dileter ibunya,Puan Anum.

AKU ADA KAMU, memang satu kepuasan dan saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada LILY HASLINA NASIR. Saya menunggu karya terbarunya pula....yang semestinya akan lebih superb dan lebih stylo.

Comments (1)

wah... paanjang lebar ulasan akak..
ida dh bc AAK tp sekerat jalan aje sebab m/s byk yg blank. tgh tunggu kak sue replace ni.. hehe