Cuti oh cuti....setiap kali hendak cuti saya teruja sangat. Kali ini minggu pertama hanya bercuti di rumah sahaja. Pergi ke Kuchingpun ikut macam rutin, pergi awal pagi Sabtu dan balik petang. Itupun shopping barang-barang keperluan harian. Yang tak bestnya ialah, sebelum cuti kali ini kesihatan tak berapa baik. Masa Pesta Buku KL, asyik batuk-batuk. Dah baik batuk sambung dengan selesema sehingga gatal telinga dan tekak. Baik aje, batuk datang balik. Masa sakit telinga , bukan sahaja dah jadi pekak tetapi kepala pun sakit berdenyut-denyut. Saya pula tak suka makan panadol. Dipendekkan cerita sejak sakit kaki macam-macam ubat ditelan sehingga menganggu berat badan. Madang aje rasa lapar. Oleh kerana cuti, rajin jugalah masak,mencuba resipi 6 Sahabat Norhayati Berahim. Bila mengingat berat badan dah 65kg, saya jadi gerun. Malaslah nak masak sedap takut makan bertambah-tambah.
Tiap kali cuti, macam-macam kerja dirancang, konon tidak mahu kebosanan. Maka bawalah berbeg-beg kerja bawa balik rumah. Antaranya kertas exam budak-budak. Alhamdulilah semuanya siap sekelip mata sahaja..hahaha mana sekelip matanya, hari-hari mengadap. Yang lucunya buat soalan tak ada skema jawapan. Maka terkial-kiallah baca nota balik dan cari jawapan sendiri. Kalau objektif senang cerita, tebuk lubang acuan objektif kemudian lekap dan tanda jawapan betul sahaja. Kawan saya lagi kreatif. Dia ambil satu kelas kertas jawapan kemudian guna paku dna tukul tebuk lubang semua. Jadi satu kali one go terus dah tanda...hehehe. Tak mahu saya buat kerja tak semenggah sedemikian , tak suka saya tengok kertas jawapan budak berlubang. Bagaimanapun banyak kerja yang tak siap walau sudah dirancang awal-awal. Tak tahu kenapa , di rumah banyak benar kerja yang nak dibuat. Dari kerja memasak hinggalah mengemop lantai...hesy tak pandai habis-habis. Dah lumrah tak suka rumah berselerak .
TV ? Oh , saya suka menonton siri Master Chef. Suka juga menonton siaran memasak. Ada satu malam saya sanggup bersengkang mata gara-gara hendak menonton 3 Idiots. Jam 1.30 pagi baru ia tamat sehingga mak saya meracau tengah malam. Bukan apa , cerita hindi ini ada unsur pengajaran bagaimana seharusnya cikgu bereaksi di sekolah. Dua cerita lakonan Amir Khan ini yang menyentuh hati saya. 3 Idiots dan satu kisah tentang kanak-kanak dilexia. Kalau ada ISI , baru saya suka menonton sampai habis. Sama jugalah dengan buku. Tapi sedihnya saya ini lambat sungguh membaca buku. Jawapannya sebab facebook. Kahkahkah. Kalau line internet bermasalah, tup tup...habis satu buku saya baca.
Dari celik mata awal subuh, sehingga jam 12 malam, banyak jugalah kerja yang saya lakukan. Ertinya cuti seakan tidak mencukupi bagi saya. Oh minggu kedua ini saya bercuti ke KUALA LUMPUR. Saya suka...tidak sabar hendak terbang esok. KL ..here i come. :)
Ada Yang Tertinggal - Bab 20
-
*“M**ENUNG* aje, Sha? Fikir apa ni?”
Dari kaca TV, Nisha alih pandangan kepada ibu yang baru duduk di sofa
sebelahnya.
“Mana ada menung? Sha kan teng...
3 years ago
Comments (0)
Post a Comment