Lambatnya masa berlalu

0

Posted by Leeza | Posted in

Kita hanya mampu merancang namun Allah tentukan segalanya. Awal pagi lagi saya merasakan hari ini akan jadi masa yang panjang buat saya. Perhimpunan tidak dijalankan kerana Bos dan 2nd Bos tak ada. Memang jadi rutin saya akan pastikan sama ada perhimpunan dijalankan atau tidak. Untuk mengisi masa yang terluang selama 30 minit itu saya arahkan pengawas membawa buku2 dari perpustakaan untuk program silent reading. Jika silent kenalah senyap dan tiada bunyi bising. Saya terpaksalah meronda setiap kelas dengan rotan di tangan.

Baru saya sedar bahawa hari ini masa saya banyak terluang kerana kelas sains tahun 3 dan tahun 4 diambil alih oleh guru pelatih . Namun kerana saya yang tahu di mana letaknya bahan2 sumber mengajar VCD dan CD , saya terpaksa jugalah membantu anak2 muda itu mendapatkan bahan2 ini untuk praktikum mereka. Guru pelatih saya sendiri MIRZA , nampaknya kebingungan kerana esok adalah pemantauan pertama oleh pensyarahnya. Dia mempunyai dua tajuk untuk digunakan : measuring mass atau measuring time. Kesian dia. Saya berikannya idea dan cara untuk mengendalikan semua aktiviti . Measuring mass senang daripada mengunakan water dropping dari air dalam plastik. Biasanya saya gunakan paip air terus untuk aktiviti ini, sebab ia sekala. Jika guna plastik ,kalau tersalah cucuk dengan jarum bukankah haru biru jika water droplet menjadi water mountain? Whatever , good luck to her. Si Kiew pulak confident.....saya warning dia jangan salah teknik macam hari itu....sebab reaksi budak2 susah dijangka.

Jam 1220 baru saya ada kelas tahun 6 selama 30 minit. Sejak pagi menunggu masa itu, mata saya boleh jadi layu. Lambatnya hari....berulangkali saya check jam saya betul ke tak. Madam pun mengeluh perkara yang sama. RMT pula ditutup kerana tukang masak tak sihat. Jadi menu hari ini hanya pau dan cucur kacang hijau. Menyesal saya tak kunci jam telefon saya untuk berpuasa. Bila kak NB beritahu dia berpuasa baru saya teringat hari ni patutnya puasa.

Bagaimana niat nak tidur dari jam 1 hingga 6 petang? Balik tengahari, mata saya segar bugar. Bagaimana nak tidur ? Saya angkut laptop, novel AAK dan lepak depan TV. Malangnya citer yang ada citer Indon. Manalah seronoknya tengok TV. So, saya ke dapur buat samosa labu untuk mak . Selagi labu belum habis selagi itu ,menu ada kaitan dengan labu. Saya gelihati bila akak tanya bila nak solat asar kalau tidur hingga jam 6 petang. Memang tabiat bukan tidur siangpun....dan bagi saya tidur siang hanya membuang masa sebab banyak benda yang boleh dilakukan. Kita perempuan, buat kerja rumah memang sesuatu yang wajib. Jika wanita berkeluarga ,masanya terisi dengan anak2 dan suami. Bagi saya pula....walau sedikit, kerja sekolah tetap saya bawa balik juga untuk diteliti dan bersedia untuk esok hari....sebab ia lebih baik dari saya mendapat sakit jiwa.....hehehehe.

Happy Monday

1

Posted by Leeza | Posted in

Yahooooo.....Isnin datang lagi. Saya seronok menunggu Isnin. Ahhh tak kisah orang lain tak suka Isnin tetapi bagi saya Isnin sangat menyeronokkan. Saya akan jumpa anak2 itu. Saya telah menyedari bahawa dunia saya di situ, sekolah dan rumah. Apa saya nak buat hari ini ya......

1. perhimpunan - saya nak umumkan perpustakaan dibuka semula untuk pinjaman buku2.

2. Gerak-gempur UPSR untuk tahun 6. Saya nak upgradekan lagi keputusan mereka.

3. menyiapkan dokumen-dokumen PEKA tahun 3,4,5 dan 6.

4. Nak siapkan bacaan novel. Saya mesti habiskan.....

Apa yang pasti saya takkan bawa balik kerja-kerja sekolah ke rumah. Segalanya saya akan siapkan di sekolah sahaja....kerana hanya di situ kosentrasi saya penuh dengan tugas saya. Di rumah saya nak buat tabiat baru....saya nak cuba tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Bolehkah tidur jam 1 sehingga 6 petang ? Ertinya balik sekolah,makan, solat zuhur kemudian salin baju tidur dan terus masuk tidur? Kita tunggu petang ni....apakah saya berjaya untuk tidur petang ni. Ada nasihat tak untuk saya?

Tidur ,Makan dan Laptop

0

Posted by Leeza | Posted in

Seharian ini mata saya asyik layu je nak tidur. Namun tidur siang bukan tabiat saya. Mungkin mata saya dah penat. Mungkin saya dah over stress. Kemudian makan..... saya pula rajin ke dapur hari ni. Saya memang risau. Risau dengan keadaan ini. Jika saya susah hati atau dalam kesedihan yang tak terluah saya akan makan tanpa henti. Apa yang saya risau? Apa yang saya susah hati? Entahlah.. saya sendiri tak tahu apa yang saya susah hati. Sesekali duduk atas lantai dan on laptop. Saya tetiba rasa muak dengan line broadband yang slow. Sebelum wajah laman web yang saya surf muncul saya dah tukar laman lain. Saya tahu saya dah jadi amat sensitif. Kalau ada yang tak kena, mesti angin cepat. Untuk elak mak saya kena tempias, saya mengurung diri dalam bilik. Saya buat keje-keje sekolah. Kemudian chatting dengan orang2 tertentu saja....bukan dengan manusia yang dajal. Rasa benci saya dah sampai maksimum.... Saya dah sampai satu tahap untuk tidak percaya pada CINTA. Menurut cerita 'Syurga Cinta' : Cinta hanya untuk orang yang tulus menyintai. Saat ini saya berdoa untuk tidak keluar dari landasan kemanusiaan. Novel2 cinta yang banyak itu....adakah akan jadi satu hari dalam sejarah tersimpan tanpa saya menyentuhnya? Saya harus refresh semula. Restart semula segalanya. Bila sesorang mengatakan saya tak pandai mengurus satu cintapun...saat itu betapa pedihnya rasa hati saya....dan saya menangis depan komputer. Umpama kura-kura saya kembali dalam cengkerang saya. Hanya satu penawar saya.....kerja dan kerja. Saya tengah memikirkan sesuatu yang hendak saya lakukan......

Jom Breakfast : Samosa Labu

0

Posted by Leeza | Posted in


Hari ini saya malas nak pergi IBOI PELANDOK....sempat sms madam suruh cover. So, saya rajin ke dapur hari ini. Saya buat samosa labu... tiru dari samosa keladi yang saya beli dari kedai hari tu. Mentang2 lah labu banyak....Ini samosa manis. Mak dah suka sangat. So saya buatkannya. Bahan intinya ialah labu dan gula apong. Labu direbus sampai empuk. Kemudian lenyek dan gaul dengan gula apong. Lepas tu ambil kulit popia dan potong panjang. Letak inti dan lipat segitiga. Dah siap boleh goreng. Boleh buat samosa banyak dan simpan dalam peti ais....goreng bila nak makan. Easy ma.....

Ini pula bihun goreng masakan saya. Saya rasa ini bihun goreng pertama yang saya masak selama 41 tahun ini. Selama ini saya lebih suka buat mi goreng, spaghetti bolognaise , mi jawa,kuie tiaw goreng dan nasi goreng. Saya ingat sebungkus bihun sikit sahaja, so saya buatlah 2 bungkus. Bahan2nya yang saya letak ialah sayur sawi,crab meat, fish ball , bawang merah, bawang putih, cili kering, sos cili dan kicap. Oleh kerana banyak, maka saya keluarkan kuali kenduri mak saya..hehehe mahu menjeling mak tu. Alhamdulilah, bihun saya tidak lembik dan sedap..... sapa puji? Tu anak2 bujang saya, luqman. azizi, ridhwan dan hairul serta kawan2nya. Sempat pesan, nanti buat lagi Su....fuh macamlah saya ni duduk rumah memasak je kerjanya.

Oleh kerana aktiviti awal pagi dah siap, saya layan movie ini : Syurga Cinta. Saya beli DVD ini semalam bila tak jadi tengok wayang. Sama juga kan.....Ceritanya best,namun saat penyesalan Ilham saya menangis tersedu sebab begitulah yang saya rasa ketika balik dari airport that day....

Satu Hari Ke Kuching

4

Posted by Leeza | Posted in

Wow ,banyaknya labu kan ? ini baru sepertiga. Ada lagi yang belum siap dipunggah oleh anak2 saudara saya.

Haaa....inilah tauke labu2 tu. Saya sampai tak mahu lagi makan sayur labu, pengat labu dan cucur labu kerana muaknya tengok labu. Awal pagi sebelum saya bertolak ke Kuching dengan Nor rakan sekerja saya, saya mesti melayan si kecil ini dulu.

Beberapa hari tensen dan trauma, rasanya saya mesti ke Kuching membuang semua kekalutan minda. Namun awal pagi saya dah naik angin dengan anak buah saya , Luqman sebab dia tak mahu pergi program motivasi upsr di sekolah lain....maunya saya nak belasah dia dengan batang penyapu. Saya dah heret dia ke bilik mandi, bagi mandi dan paksa dia pakai baju sekolah.....berdesing jugalah bila mak saya marah2kan saya. Namun bila saya tinggalkan nya untuk mandi, dia lesap...mesti ini kerja neneknya suruh lari.....mau dia takut saya bantai cucunya dengan penyapu.

Ke mana destinasi kami? Jam 8 pagi dah bertolak ke Kuching....destinasi pertama ialah rumah kak Munah di Desa Ilmu sebab saya hendak menghantar dua helai baju untuk buat kerawang atau embroidery....yang berukir2. Bila jumpa kak Munah dan keluarganya memang riuh dan banayk cerita.Hehehe sampai Nor dah mencuit untuk gerak. Seterusnya kami tukar kereta dengan kereta MYVY sebab si CT jadi supir. Destinasi kami seterusnya ialah "pasar" Jalan India ,Kuching. Nor beli barangan dapur, CT beli bunga telur kawannya dan saya pula....saya beli buku : Doa amalan sepanjang hayat :RM13.50. Dan saya dengan Nor beli gambir sarawak untuk kegunaan perubatan gigi. Saya belikan ubat ini sebab anak2 bujang saya yang 4 orang kat rumah tu selalu mengadu sakit gigi.Saya plan nak tengok wayang tetapi bila tengok suratkhabar, takde pula citer menarik....

Jam 12 tengahari ,Nor dah tanya mana tempat lepak? Sayalah tempat merujuk....saya teringat Chicken Rice Shop...tapi Kuching tak tahu mana letaknya. Fikir punya fikir, saya ajak kedua rakan saya ke restoren Selera Asam Payak di satok. Memang berselera makan dengan berbagai menu yang disediakan. Saya memilih nasi, sambal tempe goreng, fish fillet sweet sour dan sayur keladi masak lemak....fuhh mahu berasap telinga sebab rupanya makanan yang saya pilih pedas2 rasanya. Jadi saya terpaksa minum 2 gelas air laici...hehehe kena gelak dek rakan2 saya.
Selepas itu kami merayap di Pasar Minggu Satok. Macam2 ada kat sana. Saya sempat menjenguk gerai buku dan majalah milik bekas cikgu sekolah rendah saya : CIKGU BUKU. Namanya pun saya tak ingat sebab semua orang panggil dia Cikgu Buku. Saya melihat banyak juga novel2 terbaru termasuk novel2 NB Kara. Nor ingatkan saya pasal sekotak novel yang belum saya baca lagi, maka saya teruskan hajat ke gerai buah-buahan. Antara buah pilihan adalah kesukaan mak saya iaitu buah pear, epal, dan pisang kaki @buah kasmak. Pilihan saya sendiri ialah oren sunkist.

Jam 4 petang kami bertolak ke Tabuan Jaya...pusat beli belah kesukaan ramai di sarawak sebab harga yang murah dan pilihan yang banyak. Kedai yang selalu mendapat kunjungan ramai ialah Kedai Teck Kong, Kedai Top Point dan Wisma Wan. Tempat parkingpun penuh sentiasa, namun kami selalu bernasib baik kerana mendapat tempat kebiasaan kami.....parking di tepi jalan....Siapa yang paling banyak shopping? Tentulah si Nor sebab dia baru je keluar membeli-belah stok sebulan. Hehehe....selagi kereta tak penuh selagi itu shopping tak habis. Saya pula dengan misi penuhkan peti ais dengan makanan... daripada yang basah sehingga kering dan makanan dalam tin. Kalau mak saya tak sihat dan saya pula tak balik tengahari, pandai2 lah anak2 bujang saya tu cari makanan... samaada goreng sosej, telur , masak mi segera atau buka makanan tin.

Shopping rupanya bukan setakat Tabuan Jaya saja....singgah lagi di Kota Samarahan. Kami lepak minum petang di KFC Samarahan. Ramai student UNIMAS dan UITM serta IPGM lepak dalam KFC. Kemudian saya dan Nor ke kedai UNACO, rasanya macam TESCO jugalah, beli sayur-sayuran. Lebih murah dan segar daripada yang dijual di kampung...terbalikkan? Seikat sayur Kailan di Unaco rm 1 boleh jadi rm3 di Asajaya. Saya penuhkan bakul dengan semua jenis sayur, jadi mak tak ada alasan tak makan sayur.. sebab dia dan cucu2nya memang tak suka makan sayur. Tak apalah saya sendiri yang masak dan dia akan makan juga nanti.

Jam 5 petang, masa untuk balik...kami bekejar ke feri sebab feri tamat jam 6 petang. Sementara menunggu giliran, saya shopping lagi...iaitu ikan2. Saya beli ikan bawal kecil, ikan lumek (jelly),ikan bulu dan ikan sardin . Dan nasib kami malang sebab feri tamat jam 545 sehingga kami terpaksa berpatah balik menggunakan jalan darat yang jauh. Saya sempat bertanya pada Nor : apa sal negara kita tak keluarkan kereta yang ada pelampung....bolehlah kita terus menyeberang sungai tanpa perlukan feri. Hahahaha....Nor ketawa guling2 : Ko ni..jangan buat lawak antarabangsa pulak.

Perjalanan berakhir sebelum maghrib dan saya angin lagi bila melihat si Luqman masih bermain di jalanraya sedangkan masa itu dia seharusnya sudah mandi dan berada di rumah. Bila dia tengok saya cekak pinggang sebelah kereta ,cepat2 dia balik dan punggahkan semua barang2 saya. Inilah padah bila anak2 diabaikan oleh bapanya.... dia takkan dengar cakap saya.


Sajak untuk Tuhanku

1

Posted by Leeza | Posted in

ALLAH kurniakan aku AKAL
kenapa aku tak gunakannya
keistimewaan aku ada
kerana aku manusia sebaik2 makhluk ALLAH
kenapa aku menidakkan anugerah ALLAH
di mana kewarasan aku?

ALLAH kurniakan aku HATI,
kenapa aku hancurkan hatiku
kebahagiaan aku ada
kerana aku disayangi ALLAH
kenapa aku menjauhi ALLAH
di mana keimanan aku?

ALLAH kurniakan aku KELUARGA,
kenapa aku melupakan keluargaku
kasih sayang aku ada
kerana aku diredhai ALLAH
kenapa aku menolak kasih ALLAH
di mana kemanusiaan aku?

ALLAH tak pernah putus asa,
menyintaiku,
menyayangiku,
melindungiku,
biarpun aku berkali-kali melukai ALLAH,
Apakah aku akan terus begini,
melupakanNYA
melukaiNYA
melanggar perintahNYA,
TIDAK
JANGAN BERHENTI MEREDHAIKU
YA ALLAH TUHANKU



Trainees dan praktikum

0

Posted by Leeza | Posted in

Semalam Kiew call bertanyakan kertas litmus untuk eksperimennya esok. Kebetulan hari ini saya dah bagitahu nak observe mereka berdua. Awal pagi lagi saya dah minta porfotlio dan persediaan mengajar mereka. Kelihatan mereka berdua nampak kalut. Dalam hati saya tersenyum gelihati.....takutnya mereka dengan saya. Alhamdulilah setelah beberapa kali teguran ,mereka nampaknya meningkatkan cara penulisan persediaan mengajar mereka. Jadi saya berikan markah 4. Saya nervous memantau mereka dan mereka pula nervous dipantau.
Keduanya boleh menyampaikan isi pelajaran dengan baik . Cuma seorang nampak cepat dan tidak jelas . Seorang pula nampak confident tetapi kawalan kelas dan time management kurang.
Biasalah mereka kan baru....apa yang saya dapat dari hal ini ialah, saya begitu seronok pula memberikan idea, membetulkan kesilapan mereka dan membimbing mereka. Agaknya minat saya ke arah penaziran dah ada kot.

Sekumpulan pelatih matematik pula nampak mesra. Dan mereka mengkhabarkan tentang anak murid saya Lodi Bryner. Lodi sekarang sama badge mereka tetapi dia major sains. Harap dia dapat sekolah saya pula tahun depan. Apa yang pasti saya rindukan kelas Lodi sebab anak2 ini begitu cemerlang dalam serba serbi. Kelas ini juga mampu menghasilkan karangan yang buat bulu roma saya meremang dengan gaya bahasa yang standard.

Namun hidup harus diteruskan. Semalam terlalu banyak meninggalkan kenangan dalam lipatan sejarah. Cukuplah semalam itu berlagu dengan nada sendunya.