Selera Yang Makin Berkurangan

Posted by Leeza | Posted in


Kita dah memasuki ramadhan ke 17. Selera makan kian berkurangan. Saya lebih suka memasak sendiri di rumah. Hari ini barulah berkesempatan membuat kuih BADAK BERENDAM. Ini Ustaz Mohd Sabri punya hal, takde keje lain asyik menyebut nama menu yang tak terdapat di Sarawak. Bila ditanya camner nak buat kuih ini, dia suruh saya tanya NB. So, saya surf internet dan jumpa kat laman web mesra.net resipi kuih badak berendam. So, jadilah kuih begini. Ada rupa kuih badak berendam tak ? Saya sedekah kiri kanan kuih ini sebab kat rumah saya memang tak banyak makan sekarang ini, selera berkurangan.

Ini pula ayam mayonaise , yang saya belajar dari seorang kawan anak saudara semasa saya menyewa di bandar Kuching dulu. Saya hanya melihat sekali sahaja dia masak kemudian saya cuba sendiri. Saya jarang masak begini sebab emak saya tak makan. Anak-anak saudara saya memang suka sebab ayam ini sedap makan begitu sahaja atau dimakan dengan roti. Namun anak-anak saudara saya mengaku sudah jemu makan ayam. Lain kali masa moreh /kenduri 7 likor, saya mungkin takkan masukkan ayam dalam menu. Saya juga membuat nasi ayam untuk berbuka hari ini dan Luqman nampaknya suka sangat. Namun sebelum itu saya dah marah dengannya sebab balik dengan pakaian yang basah dan kotor. Sempat juga kedua telinganya saya piat dan membebel sahaja. Dia ni kalau seharian tak nampak batang hidungnya ,memang ada sahaja aktiviti lasak yang dilakukannya. Saya marah sangat sebab lusa dia dah nak UPSR, bimbang cedera atau jatuh sakit.

Beberapa hari ini kami bertiga ,saya dengan 2 anak saudara saya suka membeli air ais pong atau blended ice juice . RM1 segelas plastik. Luqman suka coklat, saya suka cuppucino dan si Ridhwan suka vanilla blue. Pada penghujung senja, saya baru sedar bahawa saya tak berikan apa-apa makanan hari ini kepada abang saya yang datang petang tadi. Biasanya saya tak pernah lupa berikan makanan untuknya bawa balik setiap kali dia datang ke rumah.Entah kenapa saya macam berat hati nak berikannya apabila melihat dia memetik sayur cangkuk manis depan rumah kakak. Masa berbuka saya berightifar panjang, jahatnya saya .....dan saya bertanyakan mak kenapa tidak mengingatkan saya tadi. Mak juga terlupa. Rasa menyesal pula sedangkan badak berendam, nasi ayam dan ayam mayonaise masih banyak untuk saya berikan pada mereka. Saya akui saya memang geram dengan perangai kedekut abang saya ini...hehehehe. Saya tak kisah dia tak berikan apa-apa pada kami serumah, tapi sayur cangkuk yang cuma segenggam cukupkah untuknya sekeluarga....beli sahajalah sayur di kedai. huhuhu. Tapikan , ramai orang kedekut menjadi kaya raya. Jahat saya ni kan.....namanya manusia tak semuanya perfect. InsyaAllah saya takkan buat begini lagi pada abang saya ini...kesian pula pada anak2nya.

Comments (2)

He..he...selera makan saya kok,malah makin nambah ya!

Puasa emang kayak githu dvnk!

Arief : asalamualaikum. terimakasih atas kunjungan dari jauh ni.selamat berpuasa.