Ini adalah makanan kegemaran mak dan kakak saya semasa bulan Ramadhan yang lepas. Minggu lepas kakak saya membuat pais ini sendiri dan masakannya lebih sedap daripada yang dijual di gerai Tambirat.
Bahan-bahan untuk membuat pais lemantak ini ialah tepung lemantak basah, kelapa parut (muda), nasi ,udang dan garam secukup rasa. Semua bahan ini digaul dan dimasukkan ke dalam daun nipah atau apong yang sudah dicantumkan menggunakan lidi kelapa. Pais ini kemudian dibakar atas bara api yang perlahan. Rasanya sangat sedap........
Pernahkah anda mencuba laksa basah dibuat bubur? Sekembali saya dari KL minggu lepas , saya telah membeli dua bungkus laksa basah. Sebungkus saya berikan kepada satu-satunya kakak yang saya ada sekarang iaitu Kak Hamiah. Laksa saya telah saya buatkan laksa asam minggu lepas. Kakak saya bertanya samaada laksa ini boleh dibuat bubur. Saya hanya menyuruhnya mencuba dulu.
Hari ini dia memberikan saya bubur laksa ini. Emak saya menyukainya sehingga tersangkut-sangkut laksa itu di bajunya. Antara bahan yang kakak gunakan untuk membuat bubur laksa ini ialah, santan, gula, laksa, makaroni dan jagung yang ditanamnya sendiri. Rasanya sedap juga. Si Luqman pun suka makan bubur laksa ini. Anda boleh mencubanya....rasai kelainan laksa dibuat bubur.
Inilah selera wajib saya ketika demam. Asyik mengidam spaghetti je. Pagi-pagi lagi , bersamaan 16 Oktober 2010, saya bersilat di dapur ...hahaha.
Bahan-bahannya ialah kerang Kajang. Tengah dok fikir apa lagi resipi kerang saya nak cuba. Masih ada 4 bekas lagi isi kerang dalam freezer.
Kuih ikan goreng...juga dari Kajang.
Bawang Besar yang kenit-kenit dari Ta Kiong, The Spring....(amboi...bawang pun import dari Kuching)
Perencah spaghetto bolognaise yang saya beli dari supermarket Galeria ,Kota Samarahan. Susah hendak mendapatnya sekitar daerah saya.
Tomato Puri, sos cili maggi, spaghetti , lobak merah dan bawang putih dicincang halus. Ini ajelah bahan-bahan yang ada .
Cara membuatnya :
1. Tumis bawang putih dengan minyak sampai garing. Kemudian masukkan bawang besar.
2. Masukkan kerang, kuih ikan.
3. Masukkan lobak merah yang dipotong halus.
4. Masukkan perencah spaghetti maggi, tomato puree dan sos cili.
5. Masukkan air untuk kepekatan yang disukai.
6. Masukkan garam dan gula.
Simple je...mudah macam ABC.
Kali ini saya ingin bercerita tentang manusia yang hatinya sudah dikuasai oleh RM. Sepasang suami isteri ini mempunyai pekerjaan yang bagus . Namun keduanya tidak pernah puas dengan wang gaji yang ada , maka bekerjalah keduanya mencari wang lebihan. Cita-cita keduanya ialah menjadi jutawan dan mempunyai wang simpanan berjuta . Rumah banglo dua tingkat milik mereka diubahsuai secantiknya. Kemudian membina bengkel 'welding besi' depan rumah buruk kakaknya sehingga rumah kakak tersorok dari pandangan. Jika kenduri arwah ibubapanya , akan dibuat dengan menjamu rakan-rakan di sekolah sahaja. Alasannya senang dan mudah. Malas hendak melayan karenah orang kampung. Pendekata , malas nak beri orang kampung makan.
Baru-baru ini mereka mengamuk kerana dinding bengkel diconteng dengan lukisan tengkorak. Kemudian batang paip patah dilanggar dengan basikal. Kumpulan yang dituduh ialah geng basikal Luqman. Setelah disoal siasat ternyata anak mereka sendiri punya kerja. Namun mereka menidakkan kenyataan ini. Dengan suara bising berdegar-degar si isteri hendak memasukkan budak-budak ini ke dalam lokap. Mentang-mentang suami ada jawatan di balai. Saya berpesanlah dengan Luqman yang saya kuncikan setiap malam agar menjauhi kawasan rumah orang kaya tersebut.
Saya teringat satu masa dulu ketika masih muda, saya banyak membantu perempuan ini meminjamkan buku-buku rujukan SPM. Kemudian ketika dia memasuki maktab saya juga yang membantu mengisi borang permohonannya. Pernah satu kali dia mengejar kakaknya keliling kampung sehingga kakaknya melarikan diri ke rumah saya. Saya juga yang menenangkan kegilaannya . Akhirnya saya yang mengamuk apabila melihat mak saya menggigil di sudut rumah...kedua-duanya saya halau dari rumah saya. Hahahaha...mahu tercengang-cengang perempuan itu.
Cakapnya berdegar-degar....kononnya ASB nya sudah beribu-riban. Kemudian katanya dia hendak membeli rumah baru sebagai pelaburan....bertahun berlalu, dia tidak membeli rumah baru tetapi saya pula yang telah membeli rumah . Dia juga yang dengan lantangnya di depan orang-orang kampung mengatakan saya bodoh menjaga anak-anak saudara. Katanya tidak guna berbakti kepada anak-anak saudara yang takkan menjaga kita nanti. Marahnya saya masa itu tidak terkata. Saya hanya menyatakan : bagi awak mungkin tidak ada makna, tetapi setakat ini anak-anak saudara saya tidak pernah tidak menyukai dan mendekati saya. Dia terdiam kerana anak-anak saudara itu takut dan tidak menyukainya.

Ceritera ke 3 dalam DAMAI ini ialah Langit Tetap Biru oleh Syud . Ia saya tamatkan hari ini dengan kesungguhan biarpun dalam demam. Bahasanya sangat santai dan mudah difahami. Cuma terkadang saya tidak faham kenapa perlu menulis email menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan watak utama keduanya biasa-biasa sahaja. Adakah penggunaan Bahasa Inggeris dalam novel Melayu hendak menunjukkan betapa standardnya kehidupan generasi masa kini ?
Lainlah kalau berutusan emel dengan bangsa asing.
Jalan cerita keseluruhannya santai. Kisah cinta si Zahra yang menaruh minat kepada Fikri tanpa pengetahuan Fikri sendiri. Dan hasil karyanya yang lama iaitu : Langit Itu Biru, membuka misteri ini kembali dan membuka minat Fikri untuk mengesan siapa penulisnya. kebetulan kisahnya dan nama watak adalah sama dengan kehidupan yang dilalui oleh Fikri. Hubungannya dengan Hana menemui jalan penghujung apabila cinta menjadi semakin tawar. Kemudian hubungan Fikri dan Zahra menjadi kian rapat dengan persahabatan kawan-kawan. Kawan Fikri berkahwin dengan kawan Zahra. Pertemuan yang selalu dirancang oleh sekumpulan ini memutikkan rasa suka Fikri kepada Zahra.
Jalan cerita yang tersangat santai. Tema yang kurang berat dan mencabar. Percintaan yang sempoi.Namun nilai persahabatan ditunjukkan dengan nyata.....berkongsi suka dan duka. Tiada perkhianatan dalam persahabatan di antara mereka.
Pendekata, cerita yang santai.....tak perlu berfikir berat-berat. Bagi saya cerita sebegini tidak menjanjikan kepuasan untuk saya sebab minda saya perlukan suatu terapi yang sihat untuk berfikir.

Yang Jauh Di Pulau ceritera ke dua dalam DAMAI baru selesai saya baca hari ini. Ia membuat saya tersenyum dan terkadang ketawa sendiri . Kisahnya melucukan dan gaya bahasanya sama dengan gaya bahasa dalam novel Jaja dan Din.
Ainnatul Suffiah Syuhada anak gadis tunggal Tuan Burhan dan Puan Wahidah ditugaskan oleh mama dan babahnya ke rumah neneknya Tok Cik Nah di Langkawi. Di sana Suffiah belajar kehidupan di kampung, menghiris asam gelugor dan belajar memasak daripada Tok nya yang pakar memasak ayam golek di sana. Pertemuannya dengan Sophan Supiyan membuahkan cinta pertama namun dia sedar akan mendapat tentangan daripada Tok Mamanya yang kaya raya. Semestinya peristiwa Tuan Burhan meminang Puan Wahidah menyedarkan Supiyan kedudukan diri. Dalam masa yang sama rakan baik Piyan, si Busu juga menaruh hati kepada Piyah sehingga dia menimbulkan fitnah untuk memisahkan mereka. Kekeliruan tentang nama abang supiyan , Robby Sugara yang menggunakan nama 'Abang Piyan' dan perkahwinannya menyebabkan Sufiyah membawa diri dan patah hati . Salah faham ini kemudiannya terlerai dua tahun kemudian apabila Sufiyah balik ke Langkawi untuk menemani Toknya yang sakit sambil mencari dia semula. Namun hasrat Sufiyah terhalang lagi bila Busu membawa cerita bahawa Sufiyan mempunyai kekasih baru. Sementara Sufiyan pula beranggapan bahawa Sufiyah tidak mencintainya sehinggalah setelah dia membaca buku resipi yang ditulis oleh Syuhada. Catatan anekdot dalam setiap resipi masakan itu membongkar rahsia hati Suffiyah dan Sufiyan terus balik untuk meleraikan segalanya. Atas restu keluarga dan wasiat arwah Tok Cik Nah menyatukan mereka berdua ke alam rumahtangga.
Apa yang menarik dalam cerita ini ialah bagaimana percintaan membangkitkan semangat juang dalam watak Sufiyan untuk menaikkan status ekonominya agar dia tidak dipandang rendah oleh Tok Mama gadis idamannya. Hantaran rm20k yang diminta oleh Tok Mama diberi oleh ayah Sufiyah sendiri, kerana baginya kebahagiaan anaknya adalah segala-galanya. Kebaikan peri laku Sufiyan menawan hati keluarga Sufiyah . Begitu juga perwatakan Sufiyah yang rapat dengan Tok Cik Nah nya mengharukan hati kita bila pada saat-saat akhir arwah Tok menemui kebahagiaan dengan ditemani oleh cucu kesayangannya. Benar, bahawa biarpun kaya raya seseorang itu jika nafsu tamak haloba menguasai diri terkadang harta pusaka yang sedikit cuma menjadi rebutan.
Perkaitan watak dengan Abang Hadi dan Kak Aliya dari novel Tanah Andriana juga dinyatakan dalam ceritera ini. Bacaan yang sungguh santai untuk dibaca oleh semua pihak.
Sudah lama saya berhasrat hendak ke restoran ini iaitu Restoran RSMY di Jalan Medan Tuanku. Pengurusnya Idasm merupakan rakan blogger dan kami berkongsi minat yang sama iaitu die hard fan of Norhayati Berahim. Cuma minat kepada Siti Nurhaliza tidaklah saya mengikutnya...hahaha.
Selepas penat shopping di SOGO , Kak NB membawa saya ke restoran RSMY ini tanpa memberitahu Idasm terlebih dahulu. Sahaja nak kejutkan dia. Duduk di tengah itulah Idasm. Nampak langsing dia kali ini. Pertama kali menemuinya di PBKL pada bulan Mac lepas.Masa itu saya sudah menyusuri jalan ke restoran Idasm tetapi entah kenapa saya berpatah balik pula.
Kami dihidangkan dengan resipi baru ini iaitu Jus Kedondong asam boi. Sedap sangat...sampai saya berkira nak buat sendiri kat rumah....hahaha. Tak sangka pula kedondong boleh dijadikan jus.
Taaa daaa...inilah cheese nan yang popular kepada NB dan peminat-peminatnya. Juga digemari oleh Anuar Kamaruddin dan Azim. Sedap dan saya tak mampu nak habiskannya. Banyak sangat . Patutnya sepinggan cheese nan boleh kongsi dua orang.
Ini pula kuah untuk cheese nan iaitu dhal fry. Pedas untuk saya tetapi dikalahkan oleh si Qaisara berumur 4 tahun.
Kari kambing atau mutton kerayi. Bunyi macam kelaieee je (kelahi).Hahaha saya tak suka sangat dengan kambing.
Salad dan chatni. Chatni rasanya masam.
Sayur campur iaitu campuran bunga kobis, sengkuang dan kentang. Sedap. Yang hijau itu bukan kacang tetapi cili padi berwarna hijau.
Perut dah kenyang, duduk sahaja . Air pun dah habis dan licin. Terimakasih Idasm kerana belanja kami makan. Satu lagi hidangan yang lupa diambil gambar iaitu sup daging. Sup daging ini sedap dan dimasak khas oleh Idasm.Terimakasih kepada kak NB sebab belanja saya makan cheese nan.