Hari ini sekolah saya cuti peristiwa sempena Israk dan mikraj. Saya tak ke mana2 hari ini sebab kerja2 saya belum siap. Tensennya tak terluah dengan kata2. Sampai gastrik dan telinga saya sakit....kepanasan juga. Tak apalah... saya ada seorang sahabat doktor pakar, bolehlah dia bagi saya nasihat percuma. Tapi kata kak NB kalau doktor tu tahu saya suka makan maggie memang percuma saya kena marah. Saya nak tunaikan tepikan amal islam dari Sarnia.
1. copy and paste kat blog. Haa...ini dia :
2. Edarkan kepada 10 orang sahabat anda....huwaaaaa....mau menangis saya sebab saya takde kawan blogger seramai itupun. Kawan2 saya kat sini hanya tahu jalan2 cari makan saja.
Okaylah saya bagi nama yang saya harap mereka sudi terima :
1. Eibujunes
2. Idasm
3. Ahliahnizam
4. Azlizarzain
5. intan zuriyati
6. farah nadwa saidi
7. kak yong
8. Nik fauziah
9. Lily Haslina Nasir
10. Rose harissa
Harap mereka ambik kalau sudi. Jika tak pun okey je. Kamek sik manas.....
Ombak Kehidupan
Sesekali ia datang dengan sempoi...
memukau mata yang mengagumi keindahan panorama
indah di lensa pemuja
sesekali ia datang dengan rakus menyerkup,
tersingkap pasir-pasir yang cuba berpagut erat di gigi pantai
tersentak naluri takut....lalu angkat kaki seribu...
begitulah kehidupan kita
ada kalanya indah terbuai lena
ada kalanya ganas menyingkap segala tabir derita
namun apakah kita...
leka pada keindahan rasa?
benci pada derita jiwa?
Tiadakah kita tahu.....
ALLAH jua yang maha KUASA
Semalam Manchester United vs Malaysia. Bagi yang tinggal dekat Kl dan Selangor tentu best giler dapat tengok. Saya pun minat bola juga. Dulu masa duduk Kuching agaknya tiap kali ada game saya pasti ikut kawan2 ke stadium..mestilah ada kawan lelaki untuk protection....tapi bukan berdua, ramai2. Dah habis tengok rasa seribu batu yang menghempap kepala sudah saya lontarkan ke tengah padang. hahaha.
Semalam ketika saya sibuk memerap diri dalam bilik dengan kerja2 , saya dikejutkan oleh emak tentang jiran saya yang bising2 di bawah bertanyakan siaran astro sport. Dah lama dia bertanyakan pasal tu tapi saya memang tak pilih pakej sport, hanya basic saja sebab saya tak nak anak2 leka dengan tv. Saya sendiri mana ada masa nak tengok astropun. Suami jiran saya ni bising2 , dia gelisah semacam....tensen kelihatannya sebab dia tak dapat tengok game MU vs Malaysia. Menurut isterinya dia driving dari Kuching macam pelesit...tak sabar nak sampai. Call saya banyak kali tak dapat.... saya memang tak guna no lama pun. Dia , wife and anak lelakinya bawa tuala sehelai satu.... saya rumuskan sendiri bahawa mereka memang nak mandi masa tu. Hanya 10 minit lagi nak masuk maghrib.... saya dan seisi rumah sudah mandi dan siap sedia nak solat. Jika adapun siaran sport dan game tu on air.... kami memang tak pasang tv kalau masa maghrib.
Tak cukup dengan marah2nya pada saya, dia call adik beradiknya pula....maki hamun dekat telefon bila merekapun tak tahu keputusan game tersebut. Hehehe.... manusia jenis ini ada juga ke. saya cakaplah dengan jiran saya...pasanglah astro kat rumah....alasannya tv kecik sedangkan tvnya lebih besar skrin dari tv rumah saya......dan apa lagi tv saya takde button, sudah berlubang...kalau nak on tv kena guna pensel cucuk kat lubang tersebut...hahahaa...orang suruh ganti baru saya tak nak sebab tv ini abang Dee punya... tv masa dia masih bujang lagi... dah 20 tahun usianya. Seburuk manapun tv ini , ada siaran astro....keh3. riaknya saya.
Jika tidak kerana menghormati tetamu, sudah pasti saya jawab : suka hati ku pun....duit aku.... suka hati aku la aku nak pasang astro pakej apa....aku pasangpun untuk aku sendiri bukan nak buka free service entertainment...bagi suami orang lepak2 di rumah aku malam2. Hujung2 akupun tak leh tido awal...
Bila cakap dengan mak cam tu, teruk saya kena balun.....nanti tak semena2 gaduh satu kampung.
Apa2pun....saya bangga jadi rakyat Malaysia...saya bangga sebab Harimau Malaya menunjukkan keperkasaannya di padang....kalahpun kalah bermaruah.....seeloknya kita bagilah sokongan padu untuk pasukan kita biarpun MU itu memang buah hati sedunia.
Awal pagi lagi si Luqman sudah menghilangkan dirinya. Ini bererti kakinya dah okay sedikit setelah buat dressing maut semalam. Memula memang saya malas nak pergi Asajaya sebab cuaca panas. Baru saya nak duduk rileks , kakak saya dan Putri sudah bising mengajak berjalan. So, dengan berat hati saya turuti kemahuan mereka. Mak saya tak mahu join sebab matanya sakit kena panas. Dia tak ikut tetapi senarai pesanannya panjang lebar. Mana si Luqman ni? Kakak mencari dekat rumah jiran tak juga nampak bayang. Dia belum mandi lagi, so saya ajak kakak menggunakan jalan belakang dan sambar sepasang pakaiannya. Sampai hujung kampung yakni dekat jalan ke hutan barulah nampak kelibatnya bersama dua orang rakannya. Saya terus paksa dia masuk dalam kereta dan basikalnya minta kawannya jagakan.....Kakak saya dah angin. Si Wan yang sibuk mengikut sama jenis dengan Putri yang suka berjalan pun paksa juga...tetapi si Luqman memang degil tahap gaban. Saya sabar sahaja, kalau tidak mahu saya selamkan dia dalam parit di situ. Tak apalah.....saya bagitahu dia ,okay...nanti time usu balik usu nak kamu ada di rumah. Jika tak Usu tak bagi apa2 makanan yang best.
Saya bagitahu kakak saya hasrat hendak menghantar dia ke sekolah tahfiz tahun depan. kakak saya setuju dan saya buat kesimpulan keengganannya mengikut kerana dia takut dengan doktor.
Ketika saya menggunting rambut, tukang gunting asyik bercakap sahaja.... Apasal semua tukang gunting suka pot pet pot pet? Mahu saya ketawa guling2 bila dia tanya : betulkah kakak awak meninggal , masih hidup dikuburkan orang? Orang cerita kakak awak bangun semula masa dikuburkan.
Eh....bila pula arwah kakak saya hidup balik? Kan saya yang iringkan jenazahnya semasa dikebumikan? Saya jelaskan serba ringkas pada nyonya itu bahawa orang Islam kalau meninggal, orang uruskan jenazahnya bukan sesimple yang disangka. Saya bagitahu kalau arwah kakak saya hidup semula, saya lagi bersyukur amat sangat.....namun kalau beranggapan begini sudah jadi syirik....berdosa besar.
Saya belikan nasi ayam, sate dan ketupat sate , kuih tiga macam, ikan2 fresh dan sayur2an.....dan untuk saya sendiri kuetiaw goreng. Beginilah saya, setiap hujung minggu sudah menjadi kebiasaan memenuhkan peti ais dengan makanan. Bila saya balik, alhamdulilah Luqman ada menunggu .....cuma dia muncung sebab nasi ayam si wan special lagi darinya.....hehehe saya suruh mereka share dan bertukar2 ayam goreng dan ayam roasted. Untuk mengelakkan pergaduhan saya sendiri yang bahagikan ayam2 tu sama rata. Memang....kalau punyai anak2 yang nakal biarpun dah besar, masa makan kena bahagi sama rata, banyak dan sedikit dibahagi sama....jika tak mahunya meja makan boleh roboh...hehehe. Kuetiaw yang saya makanpun saya bahagi tiga sebab saya memang tak habis. Cuma saya bersyukur sebab di rumah saya makanan memang tidak berkurangan....syukur sangat2 pada ALLAH yang berkuasa kerana memberikan saya kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan anak2 ini.

Pernah tak anda merasakan setiap saat yang berlarian terasa ingin dilambatkan? Sejak akhir2 ini saya rasa hidup saya berkait rapat dengan jam. Setiap saat yang berlalu perlukan perancangan agar apa yang hendak dilakukan tidak tercicir. Inilah meja saya di library kerana itulah tempat yang paling aman bagi saya menyiapkan kerja2 saya...tambahan pula selesa dan di bawah kipas angin. Cuaca 2 -3 hari ini agak panas. Awal pagi saya dah call si BERNARD bertanyakan perubahan borang skor markah dan mendengar jawapannya : tidaklah saya tahu cikgu....sayapun tak tengok lagi borang tersebut.....huhuhuhu...rasanya mahu saya terjun ke dalam parit depan rumah saya...hehehe. Dia yang jadi ketua dan pemeriksa dia pulak yang tak tahu.
Inilah telatah si LUQMAN dengan neneknya, Nenek AMOI. Nak tahu kenapa....hahaha baru saya tahu balik dari sekolah tengok dia terhencot2 berjalan ,baru si neneknya ini mengadu bahawa kaki Luqman luka kerana main bola sepak. Bila lukanya? 2 hari lepas...dan luka itu melarat dan bernanah. Mahu saya tidak bising sebab dah saya larang jangan cuai masa bermain. Kasut ada tak digunakan...suka main pinjam kaki ayam. Ayam2 duduk tepi jalan tunggu kakinya dikembalikan dengan selamat. Saya tanya, main bola ke main sungai? Bagaimana sepak bola boleh luka kaki? Takkan sepak batu pulak? Lagipun sepak bola takkan guna bahagian jari kaki.... saya pun terer main bola sepak.... jadi gol keeper lagi. Neneknya ini suka sangat cover cucunya...bila ada masalah yang dia dah tak boleh nak cover lagi baru forward kepada saya.
Kenapa ni lagi? Si Luqman dah menangis sebab kesakitan. Jam sudah pukul 4 petang. Neneknya minta saya bawa ke klinik tetapi waktu ini di kampung, sorrylah ada orang nak stay.....memang liat punya. Saya suruh mak bagi cucunya telan panadol....dan apa yang nenek ni buat? Dia picitkan panadol tu sebab rupa2nya si Luqman tak pandai telan pil....hahaha. Saya bagitahu esok baru saya bawa ke klinik swasta di kota samarahan....so tahan je la dulu sakitnya. Malam ni sebelum dia tidur saya nak buat 'dressing' lukanya itu sendiri. Saya tak nak cakap awal2 sebab saya tahu pasti Luqman akan takut... dan neneknya apa lagi. Saya kan ahli VAD PBSM dan dah dapat sijil advance first aid, home nursing dan sijil bencana alam. Apa yang pasti inilah masa saya akan cuci bersih2 lukanya sebelum lebih melarat.....hehehe pasti budak tu meraung malam ni.
Saya memikirkan masa depan Luqman. Saya rasanya tak mahu serahkan tanggungjawab ini bulat2 kepada ayahnya. Saya tak mahu dia diabaikan . Kebetulan kakak kesayangan saya NB dah bagi cadangan yang bernas dan saya berhasrat mahu memilih jalan ini untuk masa depan Luqman. Bukan saya tak mahu jaga sendiri si Luqman sebab saya sendiri, tahap kesabaran saya terhadap anak buah memang tipis sekali. Sahabat saya kebetulan tinggal di Bintulu dan dia sanggup membantu. Sekurangnya mereka berdua dapat tolong tenggokkan Luqman. Saya berdoa jalan ini adalah jalan terbaik untuknya.....Cuma masalah saya..... si nenek tak sanggup berpisah jauh dengan cucunya.
Bila tiba di sekolah, saya dapati bukan saya sahaja yang tak mampu nak senyum sebab selain saya, madam dan cikgu S pun sama juga, tengah bz nak siapkan data PLBS dan PEKA. Oleh kerana saya suka buat kerja senyap2 maka saya memerapkan diri dalam library sekolah. Saya tak mampu nak buat kerja bila Cikgu2 lain bercakap dengan kuat dan gelak besar2....apa lagi penyakat juga. Alhamdulilah banyak yang mampu saya siapkan dan ini memudahkan saya....hanya perlukan beberapa fail untuk dokumentasi borang2 dan key in data dalam komputer. Sedihnya sekolah takde fail rasmi dan takde failpun....maka terpaksalah saya beli sendiri di kedai samarahan...guna duit sendiri.
Bila penat saya berhenti sekejap dan berjalan2 ke pejabat am....time itulah saya gelak guling2 sebab si abang pekerja am buat lawak antarabangsa. Dia mengusik cikgu S....gara2 tensen, balik Semera berjalan kaki dan bila jenguk luar, terlupa kereta tertinggal di sekolah di kampung J. Itu maknanya bukan tensen tahap maksimum lagi tetapi peringkat bahaya. Saya gelak sebab kalaulah saya seperti itu.....mahu jadi trajedi dalam keluarga saya. Saya bagitahu abang tu, takkanlah tensen sampai lupa tahap sadis seperti itu. Namun ketawa ini buat saya rasa hilang terbang segala kedukaan saya.
Petangnya saya sibuk bersama 57 orang wakil sekolah untuk taklimat NILAM. Dalam 57 hanya 7 orang guru lelaki....bermakna dalam kerja yang leceh dengan data dan sibuk sepanjang masa ini dipegang oleh wanita. Apa yang pasti saya buat satu kesilapan dalam data program NILAM...dan terasa berasap kepala saya......kerana selepas ini maknanya kerja kian bertambah. Betul juga kata madam tadi. Tak apa bagi saya kerana memang sudah tugas saya....pandai2 lah mengatur jadual kerja. Sempat saya mengatur agenda dan perancangan kerja saya untuk program NILAM ini. Apa yang pasti , minggu ini saya mesti siapkan PEKA ....berkorbanlah dulu segala yang menyenangkan.
Saya risau dengan mak saya.....nampaknya penyakit pelupanya menjadi2. Ada 2 pesanan untuk saya tetapi dia gagal sampaikan pesanan itu selengkapnya sehingga saya tak dapat nak ambik tindakan. Pesanan pertama saya dapat kesan setelah menelefon abang pekerja am sekolah....rupanya Luqman dapat bantuan KWAPM e-kasih. Pihak sekolahnya hendak menyerahkan wang itu kepada saya sebab dia di bawah jagaan saya. Wang bantuan luqman masih saya simpan dalam akaunnya untuk kegunaannya masa di sekolah menengah nanti. Itupun saya tak pasti lagi......rasanya saya nak serahkan dia balik kepada ayahnya sendiri. Saya rasa dia perlukan ayahnya lebih dari saya......
1. Malam tadi ketika saya hendak menjamu mi segera tomyam , saya dikejutkan dengan kekecohan kebakaran pada pokok sebelah rumah. Ada 2 kemungkinan, pokok hangus atau wayar letrik kena api....Saya terus keluar selepas off main switch dan melihat keadaan yang dikecohkan. Cuma yang dilihat cuma percikan api tapi pokok ok. Masa itu azan isyak kedengaran. Mereka buat kesimpulan 'something out there'. Saya pula buat kesimpulan itu ada adalah 'bulung' dan ia hangus kerana azan isyak. Saya nasihatkan anak2 saya supaya selalu membaca ayat2 yang mudah untuk penjaga diri.
2.Saya memang sibuk hari ini. Kesihatan pula tak ok...suara dah serak. Namun tugas mengajar tetap maintain macam biasa. Tahun 6 menunjukkan kemajuan setelah strategi baru. Saya sangat gembira sebab murid2 yang paling lemah dah mula lulus dengan baik. Peratusan lulus kian meningkat menyebabkan saya mula memasang angan2 untuk dapatkan 100% lulus sains. Pagi tadi bapa Farish datang ke sekolah sebab dia nak Farish balik awal kerana anaknya berjaya memasuki UITM . Anaknya itu bekas murid saya juga. Apa yang melucukan bila bapa Farish menyuruh saya menggunakan rotan untuk mengawal kenakalan Farish. Jika takde rotan bagitahu dia ,nanti dia sediakan untuk saya.....hehehe tidak dia tahu yang saya ada sebatang rotan yang kalau saya guna buat budak tu insaf nak buat silap lagi. Saya memang tak suka gunakan rotan, namun tahun 6 dah janji dengan mereka. Untuk kelas Farish Tahun 2, saya rasa takde masalah sebab mereka semuanya menurut kata dan tiada ruang untuk mereka bermainpun sebab aktiviti seni yang saya sediakan penuh dan membuat mereka fokus. Takdelah saya garang sebab kalau saya garang, takdenya murid2 yang lemah tu datang bertanyakan sesuatu.
3. My Boss suruh saya hadiri seminar pagi sabtu ini. Saya tahu kenapa saya terpilih sebab kawan2 bujang saya memang ada plan sesuatu....lepas seminar kemudian merewang. Tetapi demi kerana tugasan PEKA yang belum siap lagi, saya terpaksa menolak. My Boss akhirnya menerima alasan saya . Kawan2 pula asyik mencuit dan memujuk saya ikut mereka sabtu ini....namun saya terpaksa menolak. Weekend ini masa saya memerap dalam rumah membuat tugasan saya. Selagi kerja ini tidak siap, selagi itu jiwa saya tidak tenang, tidurpun sekejap2 sahaja.
4. Sabtu ini anak saudara kesayangan saya Farah Nadwa balik bercuti dari matrikulasi Labuan. Saya tahu yang saya dah berjanji nak pergi ke rumah abang Dee di Kuching. Saya pula dah lama tak pantau perkembangan pelajaran Farid dan Danial. Hadiah anak saudara saya, Najmi kerana dapat no 1 , belum lagi saya belikan. Baju2 cucu saya , Asmara belum saya serahkan. Eeeeeeiii mahu saya menangis guling2.....kena siapkan keje saya cepat.
Esok memang sibuk sangat. Lepas kelas kena rushing pergi ke Bahagian Teknologi Negeri di Samarahan sebab seminar NILAM. Ini mesti kena leter dan marah sebab NILAM not very active.....alahai mereka tak tahu saya ni banyak kerja nak dilakukan. Kalau ikut prosedur biasa, jawatan saya sebagai GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA hanya perlu 18 waktu seminggu....kalau camtu sapa nak ajar sains, sapa nak jadi ketua panitia sains, sapa nak buat PEKA Sains.....sapa nak ajar tahun 6? Hahahaha....Bos pun senyap bila saya kata berikan tahun 6 sentuhan baru tahun depan.
Terimakasih pada kak NOOR HALIJAH dan Kak ZARA ALUWI sebab kirimkan saya bunga ros merah. Gembiranya saya.......dapat juga saya senyum sekejap.
