AKTIVITI QAISARA DI BANDUNG

0

Posted by Leeza | Posted in

Qaisara Seyit ,6 tahun, adalah anak yang sangat baik budi pekertinya. Dia melucukan, manja dan berfikiran tajam. Selama mengenalinya dan tidur dengannya, dia merupakan anak yang sangat berdikari dan bijak.

Aktiviti pertama : Berenang

peace


Bermain dengan kawan dari Jakarta

bermain seorang diri pun ok.


Model Jayakarta Hotel sedang rock climbing

concert lepas mandi.

berendam di jakuzi


Naik keretapi di trans mall
Naik keretapi Si Bolang dengan uminya.
Berurut spa dengan uminya hahaha..
Paling menyentuh perasaan bila dia yang selalu manja ,memanjakan uminya. membuat facial dengan air jakuzi kepada uminya. Moga tetap menjadi anak yang solehah kepada umi dan baba , Qaisara Seyit.

MAKAN-MAKAN SEMASA CUTI

0

Posted by Leeza | Posted in

Asalamualaikum rakan-rakan pembaca...
Banyak entry hendak saya masukkan tetapi kenalah tunggu satu persatu. Kali ini saya masukkan apa yang saya makan semasa cuti baru-baru ini. Banyak nama makanan yang pelik saya jumpa di Bandung ,Indonesia antaranya tongseng ,soto dan banyak lagi. Tongseng maksudnya sup samada ayam, kambing, lembu dan dicampur dengan sayur capcai (sayur campur) . Ada beberapa gambar makanan yang sempat saya ambil.

Puding Roti
 Tiap hari breakfast di Hotel Jayakarta ,Bandung , saya tidak melupakan puding roti. Ini makanan kegemaran saya dan rasanya tidaklah manis sangat. Antara makanan yang ada di situ ialah lontong, mi ,bihun atau mi pok goreng, nasi goreng, ayam dan banyak lagi makanan cara buffet. Walau bagaimanapun untuk kanak-kanak seperti Qaisara tiada pengecualian seperti hotel-hotel di Malaysia. Dia kena membayar sebanyak 95000 rp untuk breakfastnya. Qaisara pula bukan jenis yang kuat makan. Sarapannya hanyalah kokokrunch sahaja. Nampaknya di Bandung tidak mesra kanak-kanak.
Pisang Sale Keju yang dibeli di Kartikasari.

 Bagi yang hendak membeli ole-ole untuk dibawa pulang, boleh singgah ke Kartikasari , sebuah gedung yang menjual makanan kering dan basah . Di gedung ini ada tempat makan , tempat duduk-duduk, pusat permainan budak dan beberapa gerai menjual barangan seperti pakaian, permainan anak-anak, dan barangan kraftangan.
Set makanan colonel Yakiniku
 Makanan di KFC Bandung rupanya berbeza dengan makanan di KFC Malaysia. Semua set makanannya ada nasi . Contoh kombo kids , ada nasi yang dibungkus, air yang bercawan kemudian dibungkus dalam plastik ( sebab penutup cawan tidak ketat) ayam goreng (kecil aje saiznya) dan permainan. Tapi set makanan colonel yakiniku ada ayam bersos, salad dan nasi serta air. Kak Yati cakap takde rasa apa-apa, makan macam takde perasaan..hahaha.
Soto Bandung
 Malam akhir, terasa nak makan makanan tempahan bilik di hotel . Kak Yati tak mahu makan sebab dia tak sihat. Jadi saya dan Qaisara sahaja yang menempah makanan. Qaisara memesan burger bakar yang besar. Lupa saya ambil gambar. Saya pula mencuba soto bandung. Bila sampai terkejut saya tengok soto bandung ada nasi. Ingatkan ada nasi impit aje dengan supnya. Berkali-kali bertanya dan pekerja yang menghantar berkali-kali juga menyakinkan saya bahawa itu sotonya. Yang cantik berhias itu timun dengan cili padi, cili yang ditumbuk halus. Supnya pula ada kacang tanah dan daging. Banyak sehingga saya tak larat nak habiskan. Nak bangunkan kak Yati yang dah lena tidur sebab dia sakit kepala , tak sampai hati. Pagi barulah dia dapat merasa sup itu. Nasinya nampak keras sangat.
Udang Kelapa di Ta Wan Restaurant, Trans Mall Bandung. Rasanya sedap tetapi pedas sebab dia letak cili api.


Malam di Kajang , sempat makan ini . Kak Yati belanja. Syukur alhamdulilah saya mewah dengan makanan sedap-sedap. Teringat gelandangan saya insaf, dan makan biarla berpada-pada bimbang memudaratkan diri. In Sha Allah , saya berusaha mengasingkan sedikit wang gaji saya untuk memberi kepada yang memerlukan seperti gelandangan. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki saya dan kawan-kawan untuk membantu yang susah..amin ya rabbal al amin.
Sotong Kangkung

kerang rebus

Sate Kajang


Roti Tisu di Kedai Mamak di Kajang
Balik rumah sendiri di Ulu Semera, saya buat ini. hahahaha.
Bingka Durian

Percutian Bandung 2

0

Posted by Leeza | Posted in

Pada hari Ahad ,25 November 2012 , kami menyewa kereta untuk sehari. Sewanya ialah Rp600,000 untuk sehari. Pemandu kami namanya Amang , berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Isterinya tengah mengandung. Si Aman ini baik, dan mengikut kami di Tangkuban Perahu dan membawa barang-barang kami. Destinasi kami hari ini ialah Tangkuban Perahu, Pasar Baru dan factory outlet.

permandangan sepanjang jalan ke Tangkuban Perahu

Sebuah rumah yang sangat cantik ,diperbuat daripada kayu dan dihiasi dengan bunga-bungaan segar


Bunga loceng a.k.a bunga trumpet

Pintu masuk ke Tangkuban Perahu rp 115000 untuk 2 orang

sepanjang jalan orang berjualan dan ada kuda tunggangan
Kayu limo yang bercorak seperti kulit ular sawa...geli saya.


Bekas yang diperbuat daripada kayu limo untuk menghalau ular, serangga.

Kawah Ratu gunung berapi yang telah meletus tetapi masih aktif lagi.

Kawah Ratu

Topi dan mafela berkait

Helikopter yang menjadi mercu tanda sebuah ibupejabat polisi di Bandung.

Factory outlet yang kami kunjungi...hanya sehelai blouse saya beli.
Pada pagi Isnin 26 November kami mengambil keputusan untuk melepak sahaja di hotel memandangkan hujan dan kami pun kepenatan. Kami bersantai di kawasa kolam renang selepas sarapan pagi. Si Qaisara berenang dan kami berdua kak NB membuat massage di SPa dengan bayaran rp190000 untuk sejam.
Kawasan kolam renang tempat bersantai. Kak NB menulis, Teta bermain dan berenang dan saya membaca novel.

Spa tempat kami berurut.
Petangnya kami berjaya naik angkutan dengan bayaran rp6000 untuk 3 orang ke Kartika sari. Di sana kami membeli ole-ole pisang sale keju, kerepek tempe goreng, mangga jeruk untuk di bawa pulang. Kami juga makan tengahari di situ. Si Qaisara sempat bermain di taman permainan di situ seorang diri.
Di hadapan lobi sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Bandung.
28 November 2012 kami bertolak jam 830 pagi ke airport. Di sana kami duduk di Crown Lounge dengan bayaran rp75000 seorang. Mereka uruskan semua check in,bayaran fiskal dan membalut beg kami. Sementara kami bersantai sambil makan-makan di situ. Syukur alhamdulilah percutian kami dipermudahkan dan kami sihat dna selamat kembali ke Malaysia. Terimakasih kak NB sebab memberi peluang saya mengikuti percutian ini.

Percutian Bandung 2012

4

Posted by Leeza | Posted in

Syukur alhamdulilah kerana dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan keadaan yang mengizinkan dapatlah saya menyertai kak Norhayati Berahim dan anaknya Qaisara Seyit bercuti ke Bandung 23 November hingga 27 November 2012. Saya bertolak dari Kuching seawal jam 9.50 dan tiba di LCCT jam 11.50. Saya bersarapan berat Kuew Tiaw Sup di Taste of Asia sementara menunggu Kak Nb sampai. Penerbangan kami ke Bandung ialah jam 3.50 petang.

Tiba di Lapangan Terbang Bandung Hussein Sasteranegara

Permandangan dari bilik kami di hotel Jayakarta.
Kami menaiki teksi dari lapangan terbang dengan ongkosnya 100000 rupiah. Pada mulanya pihak lapangan terbang  menyatakan sewanya hanya 50 000 rupiah sahaja. Kami mendapat bilik di Presiden Suite yang mengadap permandangan di Bandung. Balkoni luarnya sangat luas. Bilik kami juga besar. Anak comel Si Teta suka berendam dalam bathtub dan saya selepas membersihkan diri dan solat terus tidur awal. Turun naik kapalterbang buat saya letih.
Keesokan harinya kami ke Trans Studio selepas sarapan dan Qaisara berpeluang berenang di kolam renang yang terletak bersebelahan tempat makan kami.Tambang menaiki kenderaan dari hotel ialah rp 75000. Ramai orang yang mengunjungi Trans Studio pada hari sabtu . Kebetulan beberapa buah syarikat dan bank membuat family day di situ antaranya OCBC bank dan Astra. Jadi penuh sesak dan tempat itu nampak pengap. Saya sudah mula berdenyut kepala. Walau bagaimanapun banyak yang dapat kami tengok. Antaranya pusat Bolang, Pusat Sains dan permainan kanak-kanak untuk Qaisara. Banyak lagi  permainan tetapi nampak scary untuk kanak-kanak.Tambahan pula kena bersesak dengan ramai pengunjung .
Taman Bolang.

Magnet menari di Pusat Sains

Bagaimana terjadinya tornado.

Roda segiempat


Si Teta main keretapi di Trans mall yang terletak bersebelahan dengan Trans studio.
Menjamu selera di Trans Mall.

Permandangan luar Trans Studio.

Trans Studio Mall.

Kami balik menggunakan teksi yang bermeter. Tambang dari Trans Studio ke hotel ialah 42000 rupiah.

LANGSIR BIJI REMIA oleh Noor Suraya

0

Posted by Leeza | Posted in

Saya berjaya khatam dua buku dalam seminggu...yes, yes. Alhamdulilah buku yang saya beli semasa PBAKL 2010 ini berjaya juga saya khatam. Ceritanya sangat menarik, menyayat hati dan memberi keinsafan di hati pembacanya. Bak kata Kak Noor Suraya di mukasurat pertama bukunya : Cantik itu letaknya di hati, sayang. Ya, kisah bagaimana dua sahabat sejak kecil dan Umair si teruna yang menaruh hati kepada Duha Hafa, anak jiran sebelah. Namun bertahun berlalu dia melihat perubahan pada Duha Hafa apabila tidak lagi semesra dulu padanya. Malahan gadis itu sudah berhijap. Tertanya juga hati ini mengapa wajah Duha sangat hodoh dan tidak hairanlah dia merasa amat rendah diri. Malahan kekurangannya ini membuatkan dia tidak suka bergaul dengan orang lain. Syukur alhamdulilah bila dia bekerja sementara di sebuah kedai buku Ceritalah Lagi, milik Kak Hada dan Kak Ain , dia merasa sangat gembira dan amat meminati kerjanya di kedai tersebut. Pada suatu hari, dia terlihat keadaan abang Adam suami Kak Ain yang sakit, benar-benar menginsafkannya bahawa ada orang lain lebih menderita daripadanya. Ini menimbulkan keyakinannya untuk berjuang dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

Teruna yang asyik masyuk si Umair pula terusan menganyam mimpi untuk menyunting Duha sebagai permaisuri hati. Sehingga Duha mengambil keputusan untuk mempamerkan wajah sebenarnya di sebalik hijap untuk dilihat oleh Umair . Dia yakin Umair tidak semulia lelaki yang sanggup menerima kekurangannya kerana dia kenal Umair yang mementingkan kesempurnaan. Dan ketika terhempas pinggan antik nenek Gujerati , umpama sekeping hati Duha yang hancur berkecai kerana seperti dugaannya, Umair terkejut. Sejak itu Umair tidak lagi seperti Umair yang kemaruk dengan Duha. Dia ternyata tidak mampu menjadi kawan baik yang memahami Duha. Duha pula gadis yang tabah walau hatinya luka dengan tindakan Umair.

Namun kehendak Allah telah mengatur pertemuan jodoh sebenar Duha dengan anak Haji Amiruddin ketika mengerjakan umrah. Pertemuan yang manis dan penerimaan Ahmad Muhsin terhadap Duha Hafa sangat bermakna. Ya , cantiknya letak di hati bukan pada wajah . Wajah akan dimamah usia dan hati yang cantik akan semakin cantik walau usia semakin menginjak senja. Pada akhirnya , betapa bahagianya hidup Duha dengan suami dan tiga orang anaknya. Sementara Umair sentiasa menjeling jendela rumah sebelah dan keluarganya yang tidak seperti idamannya. Dia seakan menyesali pilihannya. Ternyata lelaki ini masih gagal menjadi ketua keluarga. Dia seakan didominasi oleh isteri kerana apa sahaja keputusan di rumah terletak kepada keputusan isteri. Peristiwa jendela antara dia dan Duha diulangi oleh Zara anak Duha dan Amar anak sulung Umair. Apakah Amar akan mengulangi kesilapan ayahnya Umair? Semoga tidak sedemikian.

Gaya penulisan Kak Noor Suraya telah dapat saya cam dengan lenggok dan dialeknya. Ia membuat kita seakan dekat dengan watak-watak dalam cerita ini. Ketabahan dan kesabaran watak Duha bila diduga menjadi iktibar buat kita. Watak Haji Amiruddin mengingatkan saya kepada arwah Pak Idris , ayah kawan baik saya. Al fatihah untuk beliau yang pernah mengasihi dan mengasihani saya.....

Saya syorkan rakan-rakan membaca novel ini walau ia dikategorikan novel si manis 17.

BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT oleh Syud

0

Posted by Leeza | Posted in

Novel ini saya beli pada tahun 2010 tetapi baru saya baca beberapa hari lepas. Saya sekarang sedang giat menghabiskan stok buku saya yang banyak. Mana tidaknya setiap kali ke kedai buku saya pasti memborong buku. Begitu juga bila berkesempatan ke KL.

Saya  menggemari novel santai ini. Gelihati dengan cerita yang disampaikan.Ringan dan gaya bahasa yang ringkas . Apa yang saya suka ialah penulis memaparkan kehidupan hero Firas dan heroin Wardah yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik-baik dan mengamalkan kehidupan beragama. Benarlah bahawa anak-anak yang lahir dalam kehidupan keluarga yang terurus dan kuat pegangan agamanya pasti terjaga kelakuan dan sopan santunnya.

Wardah yang tersepit dengan kehendak mamanya menyebabkan dia meminta tolong daripada Firas a.k.a Pacai. Daripada pertemuan yang kerap kali terjadi menyebabkan Firas jatuh hati kepada Wardah. Begitu juga Wardah yang lambat menyedari perasaannya sehinggalah dia terlihat Firas duduk dengan seorang gadis cantik di sebuah restoran. Firas yang nakal dan selalu tidak serius telah menempah seutas rantai untuk diberikan kepada Wardah jika dia menyambut hasrat hatinya. Wardah pula beranggapan bahawa Firas membeli rantai untuk seseorang yang istimewa tanpa menyedari bahawa rantai itu adalah untuknya.

Entah bagaimana bermulanya pergaduhan antara keduanya sehingga mereka berpisah untuk sementara waktu. Sayangnya Wardah menganggap Firas mempermainkannya pada saat dia meluahkan isi hatinya. Namun kejadian kemalangan jalan raya yang teruk yang melibatkan sebuah kereta hitam seakan kereta kepunyaan Firas menyebabkan Wardah sangat menyesali tindakannya yang memarahi Firas. Pada hal pada saat itu Firas diserang demam denggi yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Ini menyebabkan Wardah menangis kerana Firas tidak dapat dihubungi. Kalau dah jodoh tidak akan ke mana. Bagaimanapun, setelah berusaha, akhirnya Wardah dapat menghubungi Firas dan mengetahui bahawa lelaki itu dimasukkan ke hospital  daripada adiknya. Dan seterusnya, cinta mereka bertaut hingga ke jinjang pelamin.

Begitulah indahnya dugaan dalam percintaan pasangan Firas dan Wardah. Restu keluarga dan sokongan kawan-kawan memperlengkapkan hubungan kedua-duanya. Jadi dapatkan di pasaran novel yang mampu mencuit hati ini. Apa yang pasti saya teringat Intan MGM bila membaca novel ini, perwatakan Wardah yang snagat manis seperti manisnya Intan di hati saya setiap kali membaca statusnya di FB. Saya berdoa Intan dan semua gadis-gadis mendapat pasangan yang baik seperti Firas. Selamat membaca....