Saya Seorang Guru

2

Posted by Leeza | Posted in

Hari ini adalah HARI GURU MALAYSIA. Sekolah saya akan meraikan Hari Guru peringkat sekolah pada 19 Mei 2010, Rabu nanti. Tahun ini genap 20 tahun perkhidmatan saya sebagai guru. Insya-ALLAH jika dizinkan ALLAH, masih ada 15 tahun lagi untuk berkhidmat sebagai guru.

Guru bukanlah cita-cita original saya kerana saya lebih minat dalam urusan kira-mengira. Saya mendapat tawaran ITM Shah Alam tahun 1986 untuk melanjutkan pengajian dalam Diploma Akauntasi tetapi hasrat ini terkubur kerana masalah kewangan. Semasa di tingkatan 6 atas di SMK TUN ABG HJ OPENG, Petrajaya, semua rakan sekelas telah sibuk mengisi borang kemasukan maktab perguruan kecuali saya. Entah kenapa satu kelas itu memaksa saya mengisi maklumat dalam borang maktab dengan dikawal rapi oleh mereka sendiri, malahan urusan menghantar borang itu ke IPG pun mereka yang buat. Bila saya soksek-soksek rupanya ini komplot cikgu Ayob Salleh juga. Murninya seorang guru, sentiasa mendapatkan peluang untuk semua anak muridnya dalam kerjaya masa depan. Hasrat memasuki universiti juga tertunda kerana alasan yang sama, kemiskinan. Ayah merayu saya memasuki maktab perguruan sahaja.

Satu semester di MPBL , Kuching, saya membuai rasa kecewa sehingga keputusan saya merudum dalam peperiksaan. Sehinggalah saya menerima sepucuk surat dari guru saya , Cikgu Mohd Yamin yang memberikan nasihat dan galakan untuk teruskan perjuangan . Pun begitu abang saya yang waktu itu baru mendapat pekerjaan sering mengunjungi saya dan memberi galakan : berjuang dik. Saya bangkit pada semester ke dua dengan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan....malahan pernah mendapat markah 100% dalam Bimbingan dan Kaunseling.

Bila pertama kali berdepan dengan murid, timbul rasa takut dan seram : dapatkah aku mendidik mereka? Waktu itu teori di maktab dengan praktikal secara realiti tidak sama. Segalanya baru dan harus ditanggani secara spontan. Apa lagi di SRB St Andrew , saya diberikan subjek BM ,Maths dan KT. Bm pula kena karangan juga. Wow, subjek ini selalu dielak oleh guru pelatih sehingga kini. Kalau tak buat, tak mencuba kita takkan dapat pengalaman sedangkan pengalaman itu berharga tak ternilai oleh mana-mana RM . Beberapa bulan saya mengambil peluang itu berguru dengan guru-guru cina berpengalaman mengajar Maths, juga guru-guru pakar BM mengajar karangan. Syukur sangat semasa diobserve lecturer Madam Fong ( lecturer kesayangan saya) prestasi saya cemerlang. Kawan-kawan saya bilang saya anak emas Madam Fong, sebab kalau kuliah dia selalu panggil saya ke biliknya masa rehat. Balik saya dari biliknya mesti penuh dengan beberapa bekas makanan.

Kemudian dari tahun ke tahun saya berjuang dalam dunia pendidikan ini. Dari Daro, ke Kuching dan seterusnya kembali ke Asajaya segala jalan telah saya redah. Laut, udara dan darat saya harungi. Nyawa dalam bahaya ketika speed boat rosak di laut juga telah saya hadapi. Bas kemalangan ketika ke sekolah pun juga saya hadapi. Segalanya seperti buih-buih menghiasi perjalanan hidup. Mendidik anak-anak dari yang sihat kepada yang OKU ( autisme, cacat anggota) dan dari yang baik santun kepada murid nakal gangster tidak mematahkan semangat ini. Teringat ketika berada di tengah antara murid gangster dengan bapa murid lain , dalam hati saya berdoa : Ya Allah lindungilah aku. Masa itu si anak sedang menggenggam sebatang kayu untk memukul si bapa , namun demi rasa hormatnya kepada saya dia melepaskan kayu itu dan kembali tenang. Si bapa pula saya nasihatkan jangan bertindak melulu tanpa pengetahuan GB. Saya pernah menyelesaikan kes budak mengamuk dengan tenang dan kemudian GB datang dengan kayu hokinya....dia pernah tanya saya apa ilmu yang saya pakai sehingga budak mengamuk itu menurut saja kata-kata saya. Dan kelas itu tiada guru yang sanggup menjadi guru kelasnya dan saya sukarela menawarkan diri. Pada akhir UPSR semua mereka lulus dengan cemerlang malahan murid-murid nakal itu mendapat B dalam Bahasa Inggeris....hehehe.

Jika ada yang berkata, semakin lama mengajar, guru semakin malas. Bukannya malas tetapi pengalaman membuatkan segalanya di kepala menjadi mudah. Melihat sahaja masalah pembelajaran kita sudah tahu apa jalan yang perlu diambil untuk menyelesaikannya. Inilah beza guru berpengalaman dengan guru yang baru. Namun sayangnya ada guru baru dan terpaksa memilih perguruan sebagai jalan akhir mencari rezeki mereka buat seadanya sahaja. Malahan mereka membandingkan pula tugas dengan guru lama. Saya dulu ketika menjadi penyapu baru semua tugas saya terima dengan senang hati. Yang penting saya nak dapat pengalaman. Malahan ada guru itu diberi tugas, setahun tugasnya tak dijalankan. Alasannya dia tak ada masa dan tak tahu bagaimana menguruskannya. Dan GB yang tak tegaspun, memberikan tugas itu kepada saya pula. Saya tak kata tidak biarpun tugas sedia ada saya banyak. Saya mencari sumber tentang ilmu pengurusan Pusat Sumber, membaca buku-buku pengurusannya dan sedikit demi sedikit setahun itu saya berjaya mengaktifkan perpustakaan sekolah yang dha bertahun berdebu dan buku-buku hilang. Masa itu susah nak cakap, sakit pinggang, sakit belakang ( kesan kecederaan masa kemalangan) dan bergelumang dengan debu.....it is normal for me. Alhamdulilah, sekarang saya selesa dengan sistem yang saya buat sendiri...then it was really really upset when someone said u are not working ? Dan sedihnya orang yang tak buat kerja setahun itu diberikan anugerah kecemerlangan. Hahaha inilah salah satu cabaran perguruan. Belum lagi kes mengorbankan duit gaji sendiri membayar fotostat untuk anak-anak, mengorbankan masa cuti untuk anak-anak dan sebagainya. Welcome to Year 6 world. Itulah sebab ramai cikgu menolak jika diarah mengajar Tahun 6 , alasan mereka tak tahu. pentadbir pula bila sudah tiap tahun keputusan sekolah meningkat, takut hendak berikan tugas ini kepada guru-guru lain tanpa memikirkan kami yang setiap tahun di Tahun 6 perlukan masa rehat juga....atleast setahun berselang. Bagaimanalah hendak kata tak tahu sedangkan kita hasil Maktab yang sama. Jika tak tahu ,anda memang tidak layak jadi cikgu. Never say don't know. Banyak sumber untuk dipelajari.

Woooo....banyak bebelan saya kan. Inilah rentetan menjadi guru. Namun rasa syahdu dan terharu ialah bila melihat hasil-hasil di serata dunia. Malahan saya sekarang mengajar dua generasi , si mak dan ayah bekas murid saya, si anak kini menjadi anak murid. Rasa puas itu tak dapat nak ungkapkan bila di telinga terdengar , Cikgu LB best mengajar. Saya suka subjek Sains. Pun juga tak hairan jika setiap tahun saya mendapat hadiah hari guru yang paling banyak dari guru-guru yang lain. Yang tak sedapnya jika ada suara sumbang di belakanglah. Biasa manusia kan.....Apapun juga halangan yang mendatang, tugas GURU ini mulia dan saya akan teruskan perjuangan ini sebaiknya. Saya mahu menyambung segala usaha semua guru saya yang telah menjadikan saya yang serba kekurangan menjadi guru . Saya ingin menjadi sehebat mereka. SELAMAT HARI GURU untuk semua GURU di Malaysia .

RESIPI HATI oleh Iejay Zakaria

1

Posted by Leeza | Posted in


cinta itu seperti masakan yang ada macam-macam rasa

Begitulah gambaran ringkas tentang novel RESIPI HATI ini. Penulis muda Iejay Zakaria memperkenalkan trademarknya yang tersendiri dengan novel keduanya ini. Jika Lagu Cinta dipenuhi dengan lirik lagu-lagu cinta, novel ini pula dipenuhi dengan resipi-resipi yang selalu dimasak oleh heroin Andriana . Justeru itu, bonus pertama untuk semua peminat novel ialah memiliki buku 2 dalam 1 iaitu deretan resipi dan episod demi episod pergolakan cinta seorang wanita .

Sinopsis ringkasnya ialah , secepat itu cinta Andriana dan Erdyzuan sehingga ke jinjang pelamin menganyam bahagia alam rumahtangga. Namun kekuatan cinta Erdyzuan teramat rapuh bila diuji dengan khianat tipu daya si adik kesayangan Ermilza. Lima tahun berlalu pertemuan semula membuka luka di dada ternganga dan ada yang perlu diselesaikan antara keduanya. Mampukah Andriana melupakan dan memaafkan kesalahan si suami yang menghalaunya tanpa memberi ruang untuk penjelasan? Segalanya terjawab jika anda membaca RESIPI HATI sendiri.

Gaya penulisan Iejay santai. Jalan cerita mudah untuk difahami. Pengakhiran yang simple. Cuma struktur ayat masih boleh dielokkan lagi dengan menggunakan lebih banyak dialog . Malahan dialog ini menjimatkan penerangan dan mudah untuk memahami cerita dengan lebih berkesan. Saya tertipu dengan watak Kerol. Saya ingatkan kesalahan typing bila Khairul Batrisya binti Kamarul....rupanya si kerol itu adalah perempuan. Sama pemikiran dengan Erdyzuan. Patutlah sejak awal saya berusaha mencari sebab kenapa si Kerol tidak berusaha untuk memiliki hati Andriana. Berjaya juga novelis ini mengenakan saya ...hahaha. Alangkah bagusnya jika watak Ermilza dikembangkan lagi dan bukan dimatikan terus. Hanya apa yang terjadi kepada nasib Ermilza diceritakan secara ringkas sahaja. Pun begitu, saya juga tidak berpuas hati dengan kematian Myra dan Puan Melissa tanpa merasa sedikit kasih sayang Andriana....jelasnya saya suka andai keluarga ini bersatu semula dan kedua insan ini mati dengan kenangan yang manis : kebahagiaan biarpun secuil cuma.

Beberapa pengajaran yang novelis muda ini sampaikan :
1. Cinta berbagai rasa ,diduga bukan sekali namun bibir yang melafazkan cinta adakah seiring dengan hati dan semangat? Sejauh mana kekuatan iman diri bila diuji dengan dugaan cinta ini? Manusia perlu matang menanggani problema cinta jika mahu kebahagiaan menjadi hakiki.

2. Pergaulan bebas tidak sihat sama sekali. Biarpun menghadapi kepincangan dalam keluarga sendiri ,ia bukan menjadi tiket untuk menghalalkan setiap tindakan yang menjerumus ke lembah dosa dan noda.

3. Ketabahan harus ada untuk menjalani pancaroba kehidupan . Ia memberi kita nafas dan harapan untuk terus memperjuangkan hidup ini.

4. Jadilah pemaaf dan jangan terburu-buru dalam setiap tindakan.

Syabas kepada penulis atas kelahiran novel kedua ini. Semoga terus bersemangat dalam menghasilkan novel-novel terbaru....pasti ada peningkatan lain kali.....kerana practise make perfect. Untuk editor, masih ada kesalahan kecil dalam menaip dan juga struktur ayat.

Warm Up Your Appetite

4

Posted by Leeza | Posted in


Kali ini saya nak masukkan gambar-gambar makanan. Makanan di atas pernah saya siarkan di facebook namun sayangnya tiada yang berjaya menjawab dengan tepat soalan-soalan yang dikemukakan. Makanan yang berharga RM48.90 ini adalah makanan buffet di Hotel Quality ,KL. Kandungan dalamnya ialah, nasi goreng cina, sambal sotong, kari ikan pari, sayur campur, dan grilled lamb with black paper sauce. Bagi yang kuat makan berbaloi makan dengan harga sebegini tetapi jika kita makan cuma sedikit, sangat-sangat mahal.


Makanan kesukaan saya....Jumaat itu, sebaik balik dari sekolah saya terus ke Asajaya untuk membeli makanan. Rezeki yang Allah bagi ialah laka@udang mantis ini yang saya beli dengan harga RM3 untuk 4 ekor laka@udang mantis. Saya rebus dengan serai sahaja. Yummy...sedapnya. Ikan popot goreng dan terubuk goreng saya singkirkan.


Makanan kesukaan mak saya, emping beras pulut. Kak Sri Diah yang memberinya kepada saya. Untuk memakannya kita kena gaulkan emping itu dengan gula nipah@apong dan kelapa parut. Juga boleh masukkan susu pekat manis.


Tada....ini hasilnya. Jika anda tak bergigi jangan memakannya. Saya sendiri terkial-kial juga memakannya. Hairan dengan mak saya yang selamba je makan emping ini.

Bila Qaisara dan Dyg Putri Erwin bertemu

1

Posted by Leeza | Posted in


Pada 9 mei 2010, hari Ahad saya membawa keluarga NB ke kampung saya, Kampung Ulu Semera, Asajaya , Sarawak. Saat itulah berlaku pertemuan di antara dua kanak-kanak yang jauh beribu batu jaraknya, Qaisara Kara Seyit Kara dan Dayang Putri Erwin. Qaisara berusia 4 tahun sementara Putri berusia 3 tahun pada bulan Jun nanti. Pada mulanya Putri sangat malu-malu, asyik menyorok di dapur bersama neneknya, kakak saya yang sulung. Namun lama-kelamaan dia merapati Qaisara di ruang depan menonton TV. Mata Putri melihat kamera, tapi mata si Qaisara menjeling TV...siaran kegemarannya.


Pandai anak kak NB ni posing....mengukir senyuman tetapi anak mata ke arah TV. Mereka mampu mencipta persahabatan dalam sekelip mata. Juga seterusnya tanpa diduga sekelip mata Si Putri ini bertindak di luar dugaan, mencakar Qaisara. Nasib baik wajah Qaisara tak scracth....kalau tak angin kak NB dan Pak Seyit. Saya terkejut mendengar raungan tangis Qaisara. Akhirnya sehingga balik Qaisara buat dek je dengan Putri...iskkk....mesti dia kata dalam hati, jahatnya budak kecik ini. Inilah anak-anak, tanpa diduga sama sekali perangai mereka.Suatu hari nanti jika mereka sudah dewasa dan dipertemukan semula , akankah wujud rasa persahabatan ini? Apa yang pasti keduanya buah hati saya, Putri cucu saudara dan Qaisara anak saudara kesayangan.

Hari Ini Dalam Sejarah

2

Posted by Leeza | Posted in

Selamat datang ke Sarawak untuk Kak Norhayati Berahim sekeluarga. Mereka tiba dengan penerbangan MAS jam 12 tengahari tadi. Saya sebenarnya tidak pernah memandu sendiri ke Airport atau mana-mana bahagian ke Kuching. Dua orang sahabat saya, Madam T dan Cikgu Dolhan melukis peta ke Airport dan ke Hotel Harbour View. Tentu ramai yang gelak sebab selama ini saya ke Kuching kalau bersendirian saya menaiki van sewa dan kancil hitam itu saya tinggalkan di Desa Ilmu Samarahan. Seharian ini saya menjadi sangat yakin untuk memandu sendiri. Terima kasih kerana kehadiran kalian memberi ruang untuk saya menjadi lebih berani. Jadi, mari layan gambar-gambar ini.

Aksi orang demam. Yang di atas itu posing maut dia. Sebaik dia keluar dari Balai ketibaan Airport, saya sudah melompat gembira melihatnya. Saya dakap dan peluk cium dia kemudian mendukungnya.

Anak dan umi yang demam masih sempat dengan simbol keamanan sedunianya.

Keluarga bahagia , Kara's.

Kesian orang demam, longlai je. Suarapun serak basah.

Masa kami menunggu di lobi hotel ,tiba-tiba seorang peminat NB dari Kl datang menyapa. Dia ni menunggu penerbangan balik jam 3 petang.

Setelah selesai segala urusan hari ini, kami mengisi perut di Hartz Chicken Buffet ,Satok. Pada mulanya saya hendak membawa mereka makan di Restoren Selera Asam Payak tetapi restoren itu ditutup.

Kami merayau di Pasar Malam. Ini pula tuan punya gerai buku dan majalah di Pasar Malam, Mr Francis Lim. Dia pernah menemui Nb semasa pesta buku tahun lepas.

Eh ini siapa pula? Inilah budak nakal saya, Luqman. Gaya dia mengira roti yang kak NB bagi, ada 30 keping semuanya. Dia dan neneknya yang seronok membongkar barangan yang Kak Nb bagi kepada saya...sebeg penuh. Saya dah pesan tak perlu bawa apa-apa untuk saya. Cukuplah datang dengan tubuh badan sahaja.

Sebahagian barangan yang kak NB bagi.

Roti, roti dan roti....sedapppppp...yummy.

Baju raya tahun ni...dan tudung glamor sebab ada 'benyin-benyin'(lip lap).

Ha....ini hobi kami berdua yang sama. Saya dapat hadiah jam lagi....hadiah hari guru. Terima kasih kak NB. Saya takde apa nak beri sebab kesibukan saya menghadkan saya mencari barangan untuk akak.

IBUBAPA dan DADAH

1

Posted by Leeza | Posted in

Malam ini ketika saya mengemas fail-fail lama, saya terjumpa satu risalah hasil daripada kursus anti dadah anjuran PEMADAM Sarawak dan PBSMM Sarawak pada tahun 1997 yang lalu. Saya tertarik dengan apa yang boleh ibubapa buat mengenai penggunaan dadah. Satu cara yang paling mudah untuk ibubapa lakukan ialah memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya. Kasih sayang mengikat erat hubungan ibubapa dan anak. Antara yang boleh kita lakukan sebagai ibubapa ialah :

1. Beri dia bimbingan- tekun dan berterusan.Ini penting sekali bagi kesuburan pertumbuhan mentalnya.

2. Beri dia masa anda. Masa yang digunakan bersamanya adalah lebih bermakna dari apa yang anda jangkakan.

3. Beri dia peluang mempelajari dan mengalami hal-hal baru. Ini memperkayakan pemikirannya.

4. Beri dia galakan bekerja dan bermain. Jangan dihadkan percubaannya untuk meneroka, mencontohi, merekacipta, membina dan sebagainya.

5. Beri dia tanggungjawab , bermula dengan kerja-kerja mudah. Latihan begini bertujuan membentuk keyakinan diri.

6. Beri dia hak mempunyai watak berbeza . Dia unik -jangan bandingkan dia dengan adik-beradiknya.

7. Beri dia pujian atas segala pencapaiannya. Lebih-lebih lagi kerana usahanya mencuba, walaupun dia kandas.

8. Beri dia kebebasan bersuara . Timbangkan umur dan tabiat perangainya bila anda tidak menyetujuinya. Anda boleh singkirkan kelakuannya , tetapi jangan sekali-kali mengutuknya.

9. Beri dia keyakinan serta ketenteraman - sentiasa jangan menjauhi diri daripadanya atau mengugut untuk menarik balik kasih sayang anda atau mengancam menyerahkannya kepada orang lain.

10. Beri dia segala yang diperlunya tanpa mengharapkan balasan. Bukan kehendaknya untuk dilahirkan tetapi adalah kehendak anda. Oleh itu , asuhilah dia menghormati orang tua dan taat kepada ibubapa.

Saya terjeda sekejap dengan 10 langkah menyemai kasih sayang yang disyorkan dalam risalah tersebut....ada langkah pincang yang saya telah lakukan. Rasanya belum terlewat untuk mengubah setiap langkah kasih sayang. Secara tidak diduga , saya ditakdirkan menjadi ibu kepada anak-anak arwah kakak saya . Kakak saya NB berulang kali memberi nasihat : sayangi dan peluk dia , Za. Saya berusaha.....kerana sejujurnya saya akui yang saya kekok dalam menunjukkan belaian kepada anak-anak saudara saya yang nakal ini. Mungkinkah saya bias? Namun syukur alhamdulilah kerana tiada anak saudara yang jauh terpesong kearah dadah.... semoga Allah melindungi dan menjauhkan mereka dari DADAH.

Semalam Di Shah Alam

0

Posted by Leeza | Posted in


Pada 1 Mei saya ke Shah Alam untuk menghantar Aisah ke rumah keluarga barunya. Kami menaiki penerbangan 9.40 malam . Sepanjang penerbangan, saya seronok tidur kerana siangnya saya sangat keletihan, lagipun pergelangan tangan saya tercedera selepas terjatuh di bilik air siangnya.

Haa...inilah majikan Aisah. Saya sempat lagi menggunakan Acer Mininya untuk melayari facebook. Awal saya bangun pagi itu....hehehe dah biasa. Rupa-rupanya Kak Sri Diah dan Aisah sudah sibuk di dapur membuat sarapan , nasi goreng pedas , pekasam sepat, karipap dan samosa kentang. Inilah pertama kali saya makan pekasam sepat....yummmy. Rupanya sedap pekasam ini, jadi don't judge a food with its fragrance.


At last...saya bersua empat mata dengan DUSTY , salah seekor daripada 13 ekor kucing milik pasangan SRI DIAH dan AHMAD SHAABUN. Montel-montel kesemua kucing tersebut. Ketika memasuki rumah ini saya sudah disambut dengan mesra oleh anak-anak Kak Sri termasuk 13 babies nya ini.

Jelingan mengancam Dato' Karim. Ia tak suka didukung dan dipeluk oleh saya....dalam hati dia mesti cakap begini : apa tengok-tengok ha? Di Kuching takde kucing ke? Hahaha...ileks Dato' K ha...bukannya luakpun tengok kamu.


Selain kucing, rumah ini juga banyak tanaman yang menyegarkan pandangan...tak payah pergi hutan belantara sebab di lamannya sudah ada taman hijau. Yang menarik minat saya ialah pokok Periuk Kera arau nama inggerisnya Picther Plant. Saya ambil gambarnya untuk ditunjukkan dalam kelas Sains saya. Niat hati hendak buat power point untuk tumbuhan sebegini.

Orkid yang banyak terdapat di laman ini. Suka saya melihat kembangan di taman larangan ini. cewahhh...

Kolam ikan yang dipenuhi dengan ikan Koi...besar-besar dan cantik. Kak Sri ada nama juga untuk ikan-ikan ini...entah sayapun tak ingat. Yang mengkagumkan saya ialah Dato' K dan semua anak buahnya tak hairan dengan ikan ini. Seekor daripadanya setiap hari makan vitamin chimp.....wah, kucing pun makan vitamin.


Aisah bersama Kak Longnya....Puteri Lindungan Bulan di Shah Alam. Gambar ini diambil semasa kami semua makan tengahari di Restoran Thai dekat Wisma Giant ,Shah Alam pada 2 Mei 2010.


Keluarga baru Aisah, Kak Sri Diah, puterinya Anis, Abang Mad , Abi dan Anas. Gambar tak terang sangat, lupa ambil 2 kali...huhuhu.


Abi yang ambil gambar...saya bersama keluarga Sri Diah. Abi ini berbakat dalam muzik dan fotografi....dalam bilik Anas ,ada gitar yang canggih-canggih. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki dan panjang umur, saya ingin mendengar Abi membuat persembahan. Terima kasih kak Sri dan Abang Mad sebab belanja makan tengahari yang sedap....kenyang saya sampai ke malam.


Ole-ole dari Shah Alam. Kak Sri berikan saya, pekasam sepat dan haruan ( kena tanya betul-betul bagaimana memasaknya) , kuah Pecal, serunding, colek buah, ikan masin yang saya suka tengok susunannya...dan kesukaan saya, emping pulut....lama dah tak makan. Makanan ini sedap dimakan dengan kelapa parut dan gula apong. Kak Sri suruh tambah susu manis....wahhh yummy. Masa sampai mak pun kesukaan....lama dah tak makan ini. Soalan saya dalam hati : dapatkah mak makan...dia kan takde gigi ? hehehe...dalam hati je tahu, kalau cakap kuat-kuat nanti dia merajuk pulak.

Saya juga mendapat beberapa majalah keluaran Karangkraf percuma...bestnya. hehehe. Saya nak belek i Luv Islam, jika okay saya nak melanggannya.


Lastly, saya tak mungkin melupakan ole-ole ini, roti Gardenia dan High 5. Dua beg saya beli dan untuk membawanya saya beli beg recycle polisyter rm 4.99 di Giant. Saya beli banyak untuk diagihkan kepada keluarga Aisah, kawan baik saya Kak Munah , Madam T dan anak-anak buah serta cucu saya. Cashier sempat bertanya : banyaknya kak....berniaga roti ke kak? Saya jawab selamba : tak. untuk makan dan bawa balik ke Sarawak. Di LCCT saya menyaksikan ramai penumpang berbaris di kedai WAFADA untuk membeli roti-roti Gardenia....kan....kan , dah jadi trend membeli roti ini sebagai ole-ole dari KL.

Saya mendoakan agar Aisah dan keluarga barunya serasi bersama. Terima kasih atas layanan yang baik.....insyaAllah moga bertemu di lain masa.