Makanan Di Bulan Ramadhan

Posted by Leeza | Posted in

Kita sedia maklum bahawa bulan ramadhan mewah dengan makanan. Alhamdulilah kerana kita sebagai rakyat Malaysia tidak pernah miskin dengan makanan. Mana-mana sahaja ada Bazaar Ramadhan menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa. "Macam-macam ada, duit je yang tak ada..." kata yang sinonim keluar dari sesiapa sahaja. Di tempat saya , pekan terdekat ialah Asajaya dan Sadongjaya. Namun saya tidak berapa suka membeli kuih muih di Asajaya atau Sadongjaya kerana tidak membangkit selera. Anak saudara saya si Luqman hanya berminat dengan air soya buatan sendiri.

Kuih Tako
Malam ke 9 giliran saya untuk menghantar juadah atau moreh ke surau. Saya membeli kuih tako dan bingka labu di gerai menjual kuih di Kampung Semera Masjid. Ketika saya melalui jalan ke kampung tersebut saya mendapati ada banyak gerai di buka di tepi jalan dan kuih muihnya pun pelbagai. Tempat saya membeli kuih-muih ini terkenal dengan kesedapan kuih-muihnya. 4 ketul rm1. Saya membeli sebanyak rm10 kuih tako dan rm10 kuih bingka labu.

Bingka labu
Kuih bingka labu ini cukup lemaknya dan merupakan kegemaran mak saya. Saiznya pun besar dan saya potong dua lagi. Sedikit saya ambil untuk bersedekah kepada jiran dan kakak. Biasanya saya hantar sedekah kepada kawan-kawan mak, Wa Yak dan Mak Temah.

Ini pula kuih-muih yang saya belikan untuk Luqman dan Ujang iaitu roti ayam berkentang (rm0.50 seketul) , kuih pulut manis dan tapai nasi. (rm0.25 seketul)

Ini pula sayur rebung masak lemak campur dengan sayur paku. Rm1 sahaja. Saya beli di gerai Semera Lot. Patutlah abang saya tidak sukar mendapatkan makanan sebab ada gerai menjual lauk-pauk dengan harga yang murah. Sedap rasanya....pasti selepas ini kalau saya hendak mevariasikan juadah berbuka saya sudah tahu di mana mendapatkannya dan tidak perlu ke Asajaya atau Sadongjaya. Hingga ke hari ini, saya lebih suka memasak sendiri kerana makanan yang ringkas lebih menyelerakan.

Comments (0)