Tahun ini saya mempunyai seramai 37 orang murid yang bakal menduduki UPSR 2013. 24 orang murid perempuan dan 13 orang murid lelaki. Sehingga saat saya menulis ini saya sebenarnya sangat risau dengan pencapaian anak-anak ini. Dalam peperiksaan pertengahan satu baru-baru ini, hanya 11 orang sahaja yang lulus daripada 37 orang tersebut yang memnghasilkan 29% sahaja lulus. Pencapaian ini snagat rendah, teruk, dan bahaya kerana SPR adalah minima 35%. Jika keputusan sebegini yang dapat, ertinya sekolah saya menjadi SPR (Sekolah Prestasi Rendah). Setiap saat saya memikirkan bagaiman hendak meningkatkan keputusan ini. Ini bererti saya terpaksa bekerja lebih kuat daripada tahun lepas.
Bila Mamat (bukan nama sebenar) mendapat A dalam Sains baru-baru ini, ia bagai titisan air gunung yang sejuk menyirami kepanasan. Damai dan terbitlah harapan. Bagi saya , harapan sangat perlu kerana ia memberi inspirasi dan motivasi kepada individu untuk tidak berputus asa berusaha. Maka saya perlu berkorban terutamanya masa saya untuk membantu mereka.
Walaupun ada program dijalankan untuk membantu anak-anak ini, namun saya kurang setuju. Penglibatan tenaga pengajar yang lain saya khuatiri menganggu fokus anak-anak, bimbang mereka tidak faham dan terkeliru. Tidak baik berprasangka atau prejudis. Baiklah saya benarkan juga, dan ikut arahan. Namun bulan Jun selepas cuti penggal pertama saya akan ambil alih kelas ini untuk dijalankan pemulihan dan bimbingan secara intensif. Setiap usaha memerlukan doa dan harapan. Semoga usaha saya ini mengubah persepsi dan perangai anak-anak ini. Saya mahu mereka ramai yang lulus. Sekurangnya 80% lulus yakni seramai 30 orang untuk lulus.
Saya dikhabarkan bahawa pada cuti penggal pertama bulan Mei dan Jun nanti, pihak sekolah akan membuat kelas tambahan secara intensif. Saya tentu sahaja tidak dapat menyertai program ini kerana saya mempunyai program percutian sendiri. Tiketpun sudah dibeli. Namun tidak mengapa kerana saya membuat kelas tambahan setiap hari sabtu selain program kelas yang biasa setiap petang isnin. Ya harapan sangat perlu agar lebih ramai anak yang lulus. Dengan harapan hidup menjadi lebih bervisi dan kebosanan ternyah jauh dari minda.
Saya akui saya malas mengemaskinikan blog saya ini. Hahaha...rajin di Facebook malas di blog. Sepatutnya tak bolehlah begini kerana sebelum wujudnya facebook, blog inilah menjadi persada untuk menulis dan bercerita apa sahaja.
Baru-baru ini sahabat baik saya yang sudah saya anggap saudara saya , kakak saya pulang ke kampung ke duanya iaitu Ulu Semera. Saya sangat gembira dan teruja. Saya suka mereka datang ke rumah saya. Maka sebelum kedatangan mereka , berkemaslah saya dengan rajinnya. Setiap kali cuti sekolah saya akan buat kerja pembersihan yang agresif. Anak saudara , emak dan cucu saya kata macam nak sambut raya. Saya suka melihat rumah saya bersih, teratur dan selesa. Itulah sebabnya wujud pepatah Inggeris : HOME SWEET HOME. Selama lima hari kakak saya datang , 25hb hingga 29 hb Mac, kami banyak luangkan masa bersama.
25 Mac , saya mengambil mereka di Lapangan Antarabangsa Kuching, di pertengahan jalan saya tukar pemandu sebab si cilik Qaisara sudah merungut bilalah nak sampai. Hahaha..saya memandu dalam 60-80km sahaja. Apa lagi Kak NB yang ambil alih, maka dalam tempoh sejam sudah sampai ke Ulu Semera. Kedatangannya kali ini diiringi Qaisara, Danish dan Bibik Sari.
Saya nak buat surprise kek birthday pada Kak NB yang menyambut harijadinya 26 Mac tetapi surprise tak menjadi sebab si Buntit saya, Putri dah rosakkannya. Petang itu dia hantar kek itu ke rumah (saya mengirim dengan ibunya yang balik kerja) : Umi,ini kek Umi. Nek Usu kirim dengan emak. Isk....budak ini. Hahaha...gelak besar Kak NB.
26 Mac , kami bertolak ke Santubong, menginap di Damai Beach Resort. Kami menyewa chalet semalam RM270. Dalam chalet tersebut ada 2 buah katil queen size.Cukup besar malah bilik menyerika yang besar kami gunakan sebagai tempat bersolat. Sebelum ke Damai, kami singgah di Muzium Kucing Si Qaisara tidak puas melihat replika dan pameran kucing-kucing yang ada di situ.
Tidak dapat diduga semasa kek birthday kak Yati tiba di meja semasa kami dinner, Bibik Sari mendapat berita bahawa ayahnya meninggal di Solo. Selesai dinner kami balik ke chalet dan berbincang untuk membuat majlis tahlil dan baca yassin untuk arwah ayah Bibik. Tolong sedekahkan al fatihah untuk arwah Pak Kasan Rejo. Kesian pada Bibik yang tidak sempat melihat arwah ayahnya, namun kami berharap Bibik tetap tabah dan sentiasa rajin mendoakan untuk arwah ayahnya.
27 Mac , kami check out awal dan membawa anak-anak ke Kampung Budaya , Sarawak. Mahal tiket masuknya, dewasa RM60 dan kanak-kanak RM30. Namun kami gembira melihat keseronokan Qaisara dan Danish terutama semasa persembahan jam 11.30 itu. Kemudian kami bertolak balik ke Ulu Semera untuk bersiap-siap dengan majlis tahlil dan baca yassin.Alhamdulilah dan terimakasih kepada penduduk Ulu Semera terutamanya kumpulan zikir darul Ikhlas yang sedia membantu menjayakan majlis ini. Ustaz Mohd Sabri juga turut meluangkan masa mengimamkan solat Isyak berjemaah.
28 Mac dan 29 Mac sebelum balik, kami berjalan-jalan dan shopping di Merdeka Plaza. Medan Satok dan The Spring. Tentu sahaja terubuk masin dan kek lapis menjadi pilihan sebagai ole-ole.
![]() |
| Permandangan ke Santubong |
![]() |
| Di depan replika rumah melayu sarawak depan muzium Kuching |
![]() |
| Hahaha..macam-macam gaya mereka ini |
![]() |
| Di hadapan air terjun di Persada Alam |
![]() |
| Tidur keletihan |
Salam tahun baru untuk semua pembaca blog yang dikasihi....semoga setiap hari anda penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan. Bahagia dalam meniti apa jua dugaan baik susah ataupun senang dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini.
AZAM BARU : bagi saya tiada titik tolaknya berazam dalam kehidupan ini. Bila kita sentiasa menginginkan yang terbaik dalam kehidupan, maka kita akan berusaha untuk mencapainya. Usaha walau secuil cuma , tetap adalah satu azam. Suatu masa ketika melihat seekor ikan begitu statik dan muncungnya menjunam ke bawah, kak NB menyatakan ikan itu seperti membunuh diri. Si kecil Qaisara dengan spontan menjawab, buat apa bunuh diri,jangan stress, duduk rumah rehat-rehat, tengok TV , makan-makan. Hahahaa, walau itu keluar daripada mulut seorang kanak-kanak berusia 7 tahun namun jika direnung kembali betapa mudahnya hidup positif di minda anak-anak. Kita yang mempunyai akal yang komplikated ( rumit) mempunyai jalan fikir yang terkadang sesat dalam pemikiran itu sendiri dan jadilah kita payah mencari jalan keluar yang mudah. Justeru itu sahabatku, walau sesukar apapun masalah yang dihadapi, kita duduk, tenang dan berdoa dengan pertolongan Allah supaya masalah ini dapat kita selesaikan dengan mudah. Jangan sesekali lupa pada ALLAH.
Bersyukur kepada ALLAH kerana memanjang usia kami dan keadaan ibupun sihat walafiat dan panjang usia meniti hari-hari mendatang. Saya berdoa agar saya lebih tabah dalam menanggani kerenahnya yang semakin menjurus ke fasa kanak-kanak. Suatu hari nanti kitapun akan menjadi tua. Kalau boleh setiap hari kita baja hati kita dengan nilai positif dan berkawan seikhlas mungkin. Jangan menyekat sempadan persahabatan kerana ia tanpa syarat. Sahabat-sahabat kita ikhlas berkawan dengan sesiapa juga. Kita terima sahabat kita dan sahabat-sahabatnya dengan redha dan keikhlasan. Usia yang menjejaki ke arah kematangan harusnya ada kematangan dalam menanggani apa juga masalah mendatang. Anggap ujian Allah bukan sekadar dalam keadaan senang tetapi juga dalam keadaan susah. Maafkan saya jika pernah menyinggung mana-mana sahabat yang saya kenali. Saya hanya manusia biasa yang terkadang lupa dan lalai. Maafkanlah sahabat yang terasa dirinya terabai, terkadang kekangan waktu membataskan peluang untuk kita bersapa.
Suatu masa nanti seandainya kita mampu hidup lebih lama, semoga persahabatan antara kita tetap erat terjalin dan kita akan duduk bersama-sama , bercerita sambil makan dan minum.
![]() |
| Gambar yang dihadiahkan oelh sahabat yang jauh di mata, Heike Backer sempena anniversary kami ke 25 tahun. |
Asalamualaikum semua sahabat pembaca ,
Bila diingat kembali tahun 2012 , saya amat bersyukur kerana banyak yang manis daripada kedukaan. Biarpun di awal 2012 saya diduga dengan banjir dan keadaan kesihatan emak dan diri sendiri. Sesungguhnya Allah uji kita kerana menyayangi kita dan ujian ini bila kita mampu menghadapi dengan redha dan tabah seakan dosa-dosa kita terhapus satu persatu.
SAKIT yang datang tiada siapa mahu memintanya. Ia mengajar kita untuk lebih menghargai diri sendiri . Apa sahaja yang kita lakukan ia bertitik tolak daripada kesihatan diri. Syukurlah , walau perit dan sakit dirasa dengan keadaan kaki yang bermasalah, namun emak tidak saya abaikan. Pun begitu juga tugasan di sekolah mampu saya lakukan. Malahan saya mampu mengembara jauh. Kaki ini masih mampu berdiri gagah dan diseret. Ya, kerana kaki yang sakit ini menyebabkan pilihan kasut dan sandal sangat terhad. Saya setiap kali melewati kedai-kedai kasut mengambil masa yang lama membelek kasut . Bukan saya seorang yang cerewet atau seorang yang tidak menghargai masa , tetapi terpaksa . Jika tersalah pilih, diri sendiri merana. Kadang kala berjam-jam di kedai kasut , sepasangpun tidak dibeli. Kawan saya Noria dah mengangkut dua tiga pasang , saya hanya menggaru kepala yang tidak gatal...hahaha. Namun saya amat bersyukur kerana sakit ini membuat saya mengawal pemakanan saya. Berhati-hati dengan diet yang ada.
KAPAL TERBANG yang acap kali menjadi kenderaan yang saya naiki dalam tahun 2012. Tujuh kali sudah saya turun naik kapalterbang. Jika anggaran RM400 darab 7 , bererti saya sudah membelanjakan hampir RM3000 untuk menaiki kapalterbang. Syukur alhamdulilah. Bak kata Cikgu Fizi, dia sudah ketagih melancong. Begitulah yang saya buat...saya sangat gembira kerana berpeluang bercuti . Paling bahagia dengan kakak kesayangan saya , Norhayati Berahim. Air Asia sakitnya kerana caj bagasi melampau. Malaysia Airlines juga yang terbaik. Selepas ini saya memilih Malaysia Airlines kerana senang, mudah dan murah. Air Asia dengan caj teresembunyi terkadang harganya lebih mahal daripada Malaysia Airlines.
Pada setiap awal tahun saya menanam tekad yang ampuh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi sekolah saya dalam mata pelajaran yang saya ajar. Syukur alhamdulilah dan sangat-sangat gembira kerana keputusan UPSR Sains di luar jangkaan. Target saya hanya 70% tetapi berjaya menggapai 85%. Malahan seorang murid menumpang yang selalu ponteng setelah dimotivasikan oleh saya menjadi kerap ke sekolah dan keputusannya ialah dia lulus Sains. Walau kelulusannya menambah peratusan sekolahnya tetapi saya sangat gembira , dia daripada zero telah lulus dengan jayanya. Semangat ini akan dibawa ke tahun hadapan dengan mengatur strategi yang lebih baik lagi.
Kerja-kerja amal, biarlah sahabat-sahabat tahu apa yang telah saya lakukan bersama kawan-kawan. Kejayaan semuanya akan diteruskan ke masa hadapan. Saya berasa rezeki saya berkat bila memperuntukkan sebahagian kecil gaji saya untuk tujuan ini. Jangan takut untuk memberi dan membantu kerana Allah ada janjikan yang lebih untuk kita. Berusahalah membantu mereka yang memerlukan bantuan kita.
Kejayaan yang sangat manis...bahagia berterusan . Terimakasih kepada semua sahabat di mana jua berada. Hati tetap mendoakan kalian moga terus bahagia, sihat walafiat dan sukses dalam jua yang diceburi. Moga ikatan ukhuwah kita terjalin erat dan berpanjangan. amiin.
Pada 13 Disember 2012 hingga 20 Disember 2012 , saya bercuti lagi bersama kak Norhayati Berahim. Kali ini saya menghadiri majlis perkahwinan Nurul Intisar adik bongsunya dengan Imran Yusof. Banyak perbezaan majlis perkahwinan di Melaka dengan majlis perkahwinan di Sarawak. Pengalaman yang sangat berharga ialah ketika sama-sama membungkus bunga telur untuk diberikan kepada tetamu. Tetamu yang terdiri daripada sanak keluarga dibekalkan makanan dan acar buah. Saya gembira berada bersama ahli keluarga Pak Berahim Hitam. Keletah anak-anak saudara yang kecil membuat saya gelihati.
![]() |
| Majlis pernikahan malam 14 Disember 2012 |
![]() |
| sempat bergambar dengan pengantin |
![]() | |
| Bergambar ramai-ramai dengan pengantin |
![]() |
| Dengan AD Rahman di Kampung Jawa |
![]() |
| Dengan BFF Kak Norhayati Berahim |
![]() |
| Menyusuri Sungai Melaka..best sangat. |
![]() |
| Depan Famosa |
![]() |
| Kawasan bangunan Merah |
![]() |
| Rojak di Kampung Jawa yang sangat sedap. |
![]() |
| Malam 13 Disember sempat makan di Medan Ikan Bakar , Umbai. |
![]() |
| Umbai Melaka...menarik. |
![]() |
| Mandi manda bersama anak-anak di Tanjung Bidara Melaka |
![]() |
| Rehat sekejap makan longan yang kemudiannya dilarikan oleh beruk..hahaha |
![]() |
| Berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul ,N. Sembilan dengan Kak Aidah dan Kak Wati dari Singapura |
![]() |
| hahahaha geli hati dengan anak2 di belakang kami |
![]() |
| singgah di Butik Noor Arfa sebelum balik ke Kajang |
Qaisara Seyit ,6 tahun, adalah anak yang sangat baik budi pekertinya. Dia melucukan, manja dan berfikiran tajam. Selama mengenalinya dan tidur dengannya, dia merupakan anak yang sangat berdikari dan bijak.
![]() |
| Aktiviti pertama : Berenang |
![]() |
| peace |
![]() |
| Bermain dengan kawan dari Jakarta |
![]() |
| bermain seorang diri pun ok. |
![]() |
| Model Jayakarta Hotel sedang rock climbing |
![]() |
| concert lepas mandi. |
![]() |
| berendam di jakuzi |
![]() |
| Naik keretapi di trans mall |
| Naik keretapi Si Bolang dengan uminya. |
![]() |
| Berurut spa dengan uminya hahaha.. |
![]() |
| Paling menyentuh perasaan bila dia yang selalu manja ,memanjakan uminya. membuat facial dengan air jakuzi kepada uminya. Moga tetap menjadi anak yang solehah kepada umi dan baba , Qaisara Seyit. |
Asalamualaikum rakan-rakan pembaca...
Banyak entry hendak saya masukkan tetapi kenalah tunggu satu persatu. Kali ini saya masukkan apa yang saya makan semasa cuti baru-baru ini. Banyak nama makanan yang pelik saya jumpa di Bandung ,Indonesia antaranya tongseng ,soto dan banyak lagi. Tongseng maksudnya sup samada ayam, kambing, lembu dan dicampur dengan sayur capcai (sayur campur) . Ada beberapa gambar makanan yang sempat saya ambil.
![]() |
| Puding Roti |
![]() | ||
| Pisang Sale Keju yang dibeli di Kartikasari. |
| Set makanan colonel Yakiniku |
| Soto Bandung |
![]() |
| Udang Kelapa di Ta Wan Restaurant, Trans Mall Bandung. Rasanya sedap tetapi pedas sebab dia letak cili api. |
Malam di Kajang , sempat makan ini . Kak Yati belanja. Syukur alhamdulilah saya mewah dengan makanan sedap-sedap. Teringat gelandangan saya insaf, dan makan biarla berpada-pada bimbang memudaratkan diri. In Sha Allah , saya berusaha mengasingkan sedikit wang gaji saya untuk memberi kepada yang memerlukan seperti gelandangan. Moga Allah sentiasa murahkan rezeki saya dan kawan-kawan untuk membantu yang susah..amin ya rabbal al amin.
| Sotong Kangkung |
| kerang rebus |
| Sate Kajang |
| Roti Tisu di Kedai Mamak di Kajang |
![]() |
| Bingka Durian |


















.jpg)


















