Banjir 2011 part 3

0

Posted by Leeza | Posted in


27 Disember 2011.
Syukur alhamdulilah sebab hujan sudah berhenti dan air juga sudah surut. Naiknya amat mendadaak dan surutnya amat perlahan. Daripada paras pinggang air di ruang tamu sudah surut ke paras paha.  Kakak seawall pagi sudah  balik ke rumahnya mengemas beberapa barang. Saya pula tidak tahu hendak buat apa dalam keadaan kerusi masih terapung. Namun saya tak boleh duduk diam. Kredit telefon bimbit tiada dan line internet juga tiada. Terputus rasanya dengan hubungan luar. Ketika ini kisah ini saya tulis, saya duduk selepas selesai mandikan emak saya. Dia mandi atas tangga dalam rumah. Saya mengangkut air dalam baldi.  Mengangkut air bersih dalam meredah air amat mudah sekali. Letak air dalam baldi dan keadaan terapung memudahkan mengheretnya. Saya kemudian mencari beberapa baju emak yang tenggelam dalam runtuhan almarinya...seperti mencari harta dalam titanic yang tenggelam...hahaha tinggi perumpamaan itu. Titanic tenggelam dalam Laut Pacific, baju emak tenggelam dalam air separas paha. Sesekali bila tersa benda lembut di kaki saya sudah seriau. Kemudian saya mencuci nya mengguna serbuk pencuci dicampur sedikit Clorox. Saya mencuci dalam singki kerana airnya akan keluar rumah terus.Bagaimana mencuci dalam air separas pinggang itu? Tidak takutkah saya dengan binatang  bahaya  seperti ular, lipan dan kala jengking ? TAKUTTTTTT...siapa yang tidak  takut? Saya ambil kerusi makan kayu yang terapung , pijak atasnya dan air atas kerusi itu hanya separas betis saya sahaja.Atas itu boleh nampak apa dalam air jadi selamatlah kaki saya. Jangan sesekali lupa berdoa mohon perlindungan Allah. Mencuci sebesen besar pakaian kotor (baju-baju emak yang tenggelam) membawanya amat mudah sekali. Gunakan besen dan baldi dan isikan pakaian yang lepas dicuci dalamnya . Pastikan jangan berat sangat, biarkan baldi dan besen itu masih terapung kemudian tarik sahaja. Membawanya naik  tangga sahaja yang memerlukan tenaga. Kesimpulannya teori sains kalau soal jisim, jisim ringan dalam gas, kemudian cecair dan berat dalam pepejal. Selebihnya  saya lebih suka duduk dalam bilik kerana sejuk. Pada saata ini 2 hari 3 malam dalam banjir tiadalah bantuan makanan yang tiba. Syukur kerana makanan dalam rumah saya masih ada. Nasi boleh dimasak guna periuk elektrik. Cuma mi segera tidak dapatlah. Makanan tin alhamdulilah saya ada membelinya beberapa buah tin sardin. Bekalan ikan goreng mencukupi untuk emak beberapa hari. Emak beberapa hari tanya pasal beberapa biji pisang tanduknya yang diberi oleh abang tetapi saya diamkan sahaja sebab saya tidak tahu ke mana hanyutnya pisang itu dalam rumah saya. Hari ini ketika saya mengambil beberapa benda yang terapung, saya menjumpai 4 biji pisang  tanduk emak masih bagus dan belum masak..hahaha rezeki emak.Cuma soal keselamatam, saya harus berhati-hati kerana  saya  telah menjumpai anak lipan, dan pasti ibunya mesti ada berdekatan. Jarang lipan tidak  berpasangan. Begitu juga dengan kala jengking. Ular apa tah  lagi. Saya tadi menjumpai dua ekor anak ular tedung yang masih kecil di depan rumah kakak tetapi kakak menyatakan itu cacing gila. Saya diamkan sahaja sebab anak ular itu kulitnya keras dan hitam. Minta jauh dari segala bahaya ini. Jika terkena amat bahaya kerana hanya saya dan emak sahaja di rumah dan kakak. Seharian ini kakak sibuk membersihkan rumahnya kerana air sudah surut sehingga buku lali. Saya mengajarnya jika hendak membersihkan rumah guna penyapu panjang dan pencedok sampah supaya pinggang tidak sakit. Selain menimba air, kotoran boleh dibersihkan terus.Tahun ini buat pertama kali rumah kakak dimasuki air. Sebelum rumah baru itu dibina kakak sekeluarga mendiami rumah kayu kampong yang bertiang tinggi. Saya yang setiap tahun mengalami banjir sudah menjadi biasa tetapi tahun ini banjir amat teruk sehingga semua barang tidak dapat diselamatkan lagi.
Jam 2pm, saya terima mesej daripada kakak saya di KL mengirim top up rm50 dan ini sangat saya hargai  kerana saya kehabisan kredit. Saya terputus hubungan dengan luar sejak kelmarin kerana bukan sahaja kehabisan kredit tetapi juga kerana ketiadaan line internet , satu-satunya cara saya membeli top up secara online. Beliau juga memberikan sejumlah wang untuk bantuan ..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau . Line telefon yang terkadang ada dan tiada, juga menyukarkan untuk berhubungan. Kakak saya menghubungi saya terpaksa terputus talian sebanyak 3-4 kali dan saya dikhabarkan rumah saya masuk dalam berita TV . Waktu ini emak saya mengadu sakit , dan saya berdoa keadaannya bertambah baik sebentar lagi....kaki saya juga berdenyut sakit dan saya hanya menelan pandol untuk mengurangkan rasa sakit. Ketika saya menceritakan apa yang kakak buat dan sampaikan salam, emak menangis kerana anak-anaknya tidak menjenguk dia. Bertanyakan khabarpun tidak dan hanya saya yang menelefon menyatakan khabar dan keadaan sehingga kehabisan kredit . Ada pula yang bertanyakan barang-barangnya. Apa yang dapat saya lakukan lagi jika takdir menghadirkan bencana alam menduga keimanan ini ? Hanya pasrah dan berdoa kepada Allah sahajalah. Apa-apa yang rosak boleh dibeli dan diganti walau mengambil masa . Yang penting keselamatan emak dan saya sendiri.
Jam 3 petang, seorang lagi kakak menelefon  dari Kl bertanya khabar. Kedua nya mencadangkan saya memohon bantuan dari pihak berwajib . 3 tahun yang lalu ketika pasukan RELA membuat rondaan dan menghantar makanan ke rumah2 yang dilanda banjir, dan saya meminta juga, mereka menjawab kenapa tidka lari ke pusat permindahan banjir. Malahan ada suara-suara sumbang menyatakan saya kaya maka saya tidak perlu bantuan sedemikian. Jika saya tidak layak, tidak mengapa tetapi emak saya warga emas yang tidak  berdaya. Ketika pihak sekolah menelefon untuk menandatangani penerimaan SBPA gaji baru, saya memohon untuk pergi keesokkannya kerana air masih tinggi. Untuk meredahnya saya akan basah sehingga pinggang. Lagipun emak nampak tidak begitu sihat. Saya berdoa hujan tidak turun dan air tidak akan naik lagi. 
Paras air hari kedua. Paras air hari pertama boleh dilihat pada garisan air di dinding rumah.

TV ini sangat berat. VCD player di dalamnya tidak smepat saya selamatkan.

almari buku yang tenggelam. Syukur almari novel saya letak di atas.

Air surut satu anak tangga.

Sofa yang telah saya letakkan awal-awal tetapi air naik etrlalu tinggi, terkena juga akhirnya.

kerusi roda emak tidak sempat saya selamatkan.

Bilik tidur emak...katil kami berdua terapung-apung.

Syukur alhamdulilah diapers emak saya letakkan tinggi-tinggi.

Dua peti ais yang tenggelam

Hari pertama, air sudah mencecah permukaan meja makan.
 Bersambung lagi.....

Banjir 2011 part 2

0

Posted by Leeza | Posted in


26 Disember 2011.
Jam 6 pagi kakak balik ke rumahnya memasak sarapan. Dapur rumah saya yang dimasuki air separas dada menyebabkan saya tidak dapat memasak. Hanya nasi saya panaskan menggunakan dapur elektrik. Dan pagi itu emak saya makan nasi dengan ikan bilis halus sahaja. Saya dan menantu kakak, meredah banjir separas peha di jalan memeriksa kereta kami.Alhamdulilah bukan kami sahaja yang memarkir kereta di  situ dan nampaknya kereta berjaga dengan baik. Syukur alhamdulilah tiada yang berniat jahat menganggu kereta kami.Kereta anak mak Temah ditenggelami air, kerana dia terleka menyelamatkan barang-barangnya. Kereta orang kaya kampung kami ketiga-tiganya ditenggelami air. Begitu juga ke dua lori milik satu-satunya cina kedai di kampung kami. Pada saat saya dan anak buah balik meredah air, cucunya memandu lori sarat dengan kelapa tetapi tersangkut di jalan yang airnya paras pinggang saya. Pada masa itu , kebetulan beberapa bot dan  perahu penyelamat mengambil orang-orang kampung untuk dipindahkan ke pusat permindahan sementara di SK Hj Kelali, Semera. Saya dan Eiwan menumpang salah satu perahu itu sehingga pertengahan jalan. Cukuplah  kerana sesungguhnya kaki saya sakit dan penat. Kami tidak  mahu berpindah kerana ada rumah tingkat atas. Lagipun emak saya tidak mahu berpindah. InsyaAllah saya yakin air takkan naik lebih tinggi lagi. Kami menggunakan tampoi untuk kencing dan buang air besar. Tawakal dan hidup dengan penuh redha.Bersyukur saya emak tidak  sakit dan tidak demam. Cuma dia mengadu kakinya yang sakit akibat terjatuh sahaja. Rumah kakak yang dimasuki air hanya separas betis, memudahkan kakak memasak makanan kami sekeluarga. Ikan goreg dan ikan tenggiri long, menjadi sedap teramat semasa banjir.  Sebenarnya ikan terpaksa digoreng semua sebab peti ais sudah tidak dapat diguna. Syukur sebab bekalan air paip dan elektrik ada. Sesekali kami turun ke bawah , kami menggunakan pakaian yang sama untuk tidak menyusahkan diri sendiri bila terpaksa mencuci pakaian yang banyak. Dalam banjir, mandi  tidak lagi dalam fikiran.Sejak semalam saya langsung tidak mandi  hanya bertukar pakaian sahaja. Pakaian banjir  yang basah , saya guna berulang kali. Masuk dalam air yang sejuk kaki menjadi sakit.Kemudian air berbau minyak gasoline  mengapung ke seluruh rumah membuatkan kami membuka tingkap rumah atas. Dari manakah bau minyak ini? Baru saya teringat setengah botol coca cola minyak gasoline yang selalu saya gunakan untuk tujuan pembakaran, Mungkin penjaga mak lupa menutup botol itu dengan kuat menyebabkannya tumpah ke dalam air dan saya sendiri tidak tahu di mana botol tersebut. Pada sebelah petang baru Nampak botol itu terapung dan saya membuangnya di luar rumah. Mujur juga saya tidak dapat memasak dan ini mengurangkan risiko bahaya. Semua suis dan barang elektrik sudah ditutup. Hanya satu dua sahaja lampu dibuka untuk menerangi   rumah. Pada masa ini, semua kerusi terapung-apung  dalm air. Benda berat mudah dibawa dalam air...teringat dulu arwah bapa selalu menghanyutkan kayu-kayu dan kelapa dalam air.Mudah baginya daripada mengguna tenaga memikulnya. Sebab  itu pembalakan sangat perlukan sungai untuk membawa kayu-kayu balak.Teori yang sama untuk saya bekerja membawa tong gas yang berat, begitu juga benda-benda  yang berat. Bila hujan turun sentiasa kami sudah risau , risaukan keadaan dua budak kecil, bimbang mereka sakit perut dan demam. Sepakat suara, si Nor dan Eiwan membawa kedua anaknya ke Kuching ,rumah ibubapa Eiwan.  Kami menunggu perahu lama sungguh sedangkan cuaca nampak hendak hujan lebat. Akhirnya setelah berpesan dengan emak jangan bergerak dan duduk baik-baik dalam bilik, kerana kami semua sepakat meredah air menghantar meereka ke tempat kereta di hujung kampung. Kakak yang membawa si kecil Alisya , saya suruh ikat dengan kain batik supaya tidak terlepas. Dengan keadaan saya mendahului jalan membawa beberapa beg keperluan , Eiwan membawa si Putri yang seberat 26kg. Dan Nor yang membawa bakul berisi susu dan air anaknya.Syukur bila mereka  selamat  ke Kuching. Di Jalan Mata Parang, mereka menggunakan jalan singkat ke Tanjung Parang yang tinggi parasnya. Jadi malam itu tinggallah kakak, saya dan emak di rumah. 
Putri bersedia untuk mengharungi air banjir.

BANJIR 2011

0

Posted by Leeza | Posted in

26 Disember 2011

Pada waktu ini saya sudah tidak tahu hendak buat apa-apa. Jam menunjukkan 12.14 pm , hari ke dua banjir berlaku di kampung saya. Saya tidak mahu berendam dalam air dalam rumah saya yang setinggi punggung di ruang tamu dan paras perut di ruang dapur. Lagipun kaki saya masih belum sembuh sepenuhnya. Beberapa hari berendam dan meredah banjir dari hujung kampung (lokasi rumah saya) ke hujung kampung  sangat memenatkan dan menyakitkan kaki . Maka saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman bagaimana berada dalam keadaan banjir.
25 Disember 2011
Pagi itu, saya ,kakak dan Putri pergi menghadiri kenduri di Kampung Semera Masjid dan Kampung Semera Lot. Emak saya ditinggalkan bersendirian di kerusinya setelah selesai memberinya makan dan meninggalkannya dengan meja yang lengkap dengan air dan ubat. Selesai kenduri ,kakak mengajak saya ke Asajaya membeli  beberapa barang keperluan.  Balik itulah, hujan turun tanpa henti sehingga menyebabkan banjir besar berlaku. Petang, bila saya melihat parit sudah penuh, saya terus mengemas beberapa barang. Sofa yang berat saya minta tolong Loqman dan Ujang angkat atas kerusi  supaya  tinggi. Saya bimbang dimarahi dan dipersalahkan jika sofa kesayangan orang itu rosak. Dan saya menghantar Kodok ke surau kerana itu kawasan yang tinggi. Malamnya air naik menyebabkan saya melarikan Kancil pula sehingga ke jalan besar di belakang kampung. (jalan cina). Selepas itu saya meredah air separas betis  mengambil si Kodok pula. Kami berdua orang terawal memarkir kereta  di tempat tersebut. Hanya tawakal kepada Allah sahaja.Dalam gelap dan hujan lebat serta petir berdentum, rasa seriau dengan ular tedung dan gelap malam tidak mampu ditakuti lagi , hanya berzikir memohon perlindungan ALLAH sepanjang jalan ke rumah. Syukur kerana saya baru membeli lampu  suluh baru. Balik ke rumah saya membawa emak ke atas kerana biliknya sudah dimasuki air. Tetapi malangnya tenaga emak terlalu lemah. Tergelincir mengheret saya turut terjatuh. Saya berusaha tidak menimpa tubuhnya sehingga tangan terseliuh sakit. Mengalah saya sebentar dan hati tak putus-putus berdoa agar keadaan air tidak terus naik. Saya menyalin pakaian emak yang basah . Tetapi hanya beberapa minit kemudian  air mendadak naik, saya terus mengajak emak  pindah ke atas. Saya tahu kakinya sudah sakit akibat terjatuh. Sedikit demi  sedikit saya memeluknya kuat dan dia tidak  berkain ,hanya menggunakan diaper(TENA), sambil memimpinnya berjalan dalam air separas lutut dengan perlahan  naik ke atas. Doa pada ALLAH menguatkan tenaga saya sebab jika emak tidak kuat dan terjatuh dari tangga, pastinya ia turut membahayakan saya juga sebab saya pasti akan jatuh sama.Bila sampai ke dalam bilik , syukur alhamdulilah. Sebaik dia selesai baring di bilik atas, saya bergegas turun menyelamatkan tilam kami berdua. Malangnya tilam saya sudah basah kena air. Almari emak  yang jatuh hanya satu laci sahaja sempat saya selamatkan. Termasuk tong gas yang terapong dalam air saya tutup dan letak di tempat tinggi. Maka malam itu, jadilah malam yang penuh pasrah melihat dua peti ais , mesin basuh ,sofa dan almari-almari serta semua harta benda di dalamnya ditenggelami air. Saya lupa dalam almari ada jag , toaster , sandwich maker, pemutar telur dan barang elektrik dalam satu almari juga rosak dalam air. Syukur hartan benda sekolah seperti sekotak buku library dan dokumen dan fail penting sempat saya bawa ke atas. Masa itu sengal dan sakit badan tidak  terucap. Bila duduk di tingkas atas, saya tidak dapat melelapkan mata . Hanya berdoa dan solat hajat memohon perlindungan  Allah. Saya teringat malam Krismas , kisah ribut Greg menakutkan saya. Hujan lebat tidak berhenti dan air semakin naik. Saya menelefon kakak di rumah depan , meminta mereka anak beranak lari ke rumah saya di tingkat atas tetapi telefon tidak diangkat. Jam 2.30 pagi anak menantu kakak menelefon menyatakan hendak lari ke rumah saya. Saya mengemas bilik yang awalnya saya simpan kusyen-kusyen  untuk diduduki oleh mereka anak beranak. Saya membuka pintu dan menunggu kakak di situ kerana bimbang dia yang membawa bayi kecil si Alisya 3 bulan  , bimbang terjatuh dalam air kerana  lantai rumah yang licin. Maka ramailah kami di rumah malam itu. 
pandangan dari jendela bilik saya di tingkat atas

Rumah kakak yang pertama kali mengalami banjir

Rumah Luqman

bersambung lagi......

PERCUTIAN DENGAN KAK NB SEKELUARGA 2

2

Posted by Leeza | Posted in

Perjalanan yang jauh menggunakan Jalan PAN BORNEO amat mencabar kerana sepanjang jalan dari Mukah ke Tatau ,Bintulu ,jalannya sangat teruk dan  berlubang . Keadaan cuaca sentiasa hujan menyukarkan lagi perjalanan kami. Namun saya sangat kagum dengan kecekapan Pak Seyit memandu. Beliau dapat mengelak lubang dengan bersilat di jalanraya dengan bergaya...hahaha. Kemahirannya merempit di KL digunakan di Borneo. Di pertengahan jalan beliau terpaksa menghentikan kereta kerana si Comel hendak membuang air kecil. Saya yang membantunya tetapi saya terlepas pandang dia tertinggal sandalnya di situ. Bila sampai di Bintulu baru dia perasan sandalnya tidak ada di bawah kerusi. Saya pula rasa bersalah kerana kecuaian saya ini. Di Bintulu kami hanya meraon sepanjang jalan dan ketika keluar ke Miri kami terpaksa bertanya dengan penduduk tempatan. Alhamdulilah kami dapat teruskan perjalanan ke Miri biarpun terlupa mengisi minyak di Miri. Saya risau dengan cuaca dan keadaan yang gelap. Dengan jalan yang belum tentu baik, hati terasa berdetup-detap. Apa lagi hendak ke tandas....hahaha. sangat mencabar sekali. Pada satu cafe , kami berhenti seketika untuk ke tandas..tetapi tandasnya memualkan. Kak NB sampai tidak mahu makan dan minum setelah pergi ke tandas tersebut. Tetapi saya, Teta dan Pak Seyit masih selamba minum air ....hahaha. Dalam kereta penuh dengan makanan yang kami beli, ada keropok, kacang, kuaci biji matahari dan biji labu, sotong kering dan gula-gula.Terdapat juga buah-buahan seperti rambutan yang dibekalkan oleh Norhayati Sulaiman dan Kertina. Terimakasih banyak-banyak kepada mereka. Apa lagi dari mula enjin sampai berhenti mulut tak henti-henti mengunyah.
Kami singgah di stesen minyak Batu Niah dan sempatlah ke tandas. Kami shopping di kedai Super Save yang baru dibuka di sana. Jam waktu itu sudah sekitar 630 malam dan keadaan seperti sudah 8 malam...gelap. Di kedai itulah saya membeli stokin lutut kerana kaki saya sakit. Si Teta pula membeli sandal angry bird warna pink. Seterusnya perjalanan diteruskan dengan mengikut driver lori yang menghantar barangan ke kedai tersebut. Dia juga hendak ke Miri. Kami menggunalan jalan baru ke Miri yang lebih elok dan lebih dekat. Alhamdulilah kami tiba di Miri dalam sekitar jam 830 malam. Tempat pertama dituju ialah kedai makan dan kemudian baru mencari hotel. Berada di Miri banyak juga tempat yang kami tuju, antaranya Boulevard shopping mall, The Imperial Mall (bersebelahan hotel menginap kami) dan beberapa kedai. Di Bella, kami tertarik dengan reka bentuk beberapa telefon rumah seperti tandas, bibir, kasut high heel...tetapi kak NB tak dapat mengambil gambarnya kerana pekerja asyik memandang sahaja. Apa yang dapat kami saksikan ialah suasana orang ramai bershopping untuk Krismas sudah terasa.

Teta bergaya di depan rumah roti , rumah ini dibuat daripada biskut  ginger yang sebenarnya. Di luar rumah ini ada untaian  roti ginger. Kami berdua leka membelek dan mencium roti tersebut sedangkan sudah ditulis "DON'T TOUCH AND DON'T EAT" Rumah ini mengingatkan saya dengan kisah dongeng Hansel and Gretel.

Berehat sebentar kedua beranak ini melihat barang-barang permainan.

Kak NB terduduk menunggu Teta memilih barang mainannya.

Hahaha...saya gelak melihat gambar ini. Gaya si Teta comel sahaja bila diukur oleh uminya.
Sebelum check out dari Hotel Imperial, Miri, Teta sempat mengambil gambar di sudut krismas ini.

Si Teta nampak tinggi je duduk kan? Sebenarnya dia duduk atas badan Babanya yang sedang berbaring keletihan. Sewaktu ini, Kak NB sedang memandu.

Tak tahu adakah Pak Seyit benar-benar nyenyak memandangkan si Teta sekejap-sekejap duduk dan berbaring atas badan Babanya.
Teta dan Putri sedang meluangkan masa bersama menonton Upin dan Ipin dari laptop umi Teta.

Sempat bermanja si Comel dengan uminya di Pasar Stutong, Tabuan Laru.

Bergaya di depan Snowman ,The Spring Kuching. Waktu ini, uminya tengah shopping di Butik Elle.

Teta buat muka camni masih nampak comel...hahaha. ini dekat pentas The Spring.

Dan......malamnya, dia keletihan . Seperti biasa dia tidur di dalam kelambu depan TV bersama uminya.

5 Disember 2011, kami bertolak balik seawal jam 7 pagi . Kali ini kami tidak berhenti dan terus ke Ulu Semera Asajaya. Kak NB bergilir dengan Pak Seyit memandu.Syukurlah kerana cuaca sangat baik dan jalan yang kami gunakan darri Sibu ke Sri Aman merupakan jalan baru.  Kami berhenti di Perhentian Rehat Sri Aman untuk solat, makan tengahari dan makan durian. Hahaha..acara makan durian wajib untuk peminat tegar durian seperti Pak Seyit. Saya dan Kak NB membeli dabai untuk dibawa balik. Kami tiba di Ulu Semera dalam lingkungan jam 9 malam. Apa yang dapat saya katakan , saya sangat kagum dengan kecekapan Pak Seyit memandu dan kasihan melihatnya keletihan. Malam itu sedikit sahaja dia makan malam. Teta dan kak NB juga keletihan. Malam itu kami tidur awal.
Keesokkannya 6 Disember 2011, kami pergi ke Kuching, ke Pasar Stutong , Tabuan Laru , The Spring dan membeli kek dan ikan terubok masin untuk kakak bawa balik ke Kajang. Kami balik ke Ulu Semera malam juga...hahahaha...seakan masa tidak cukup . Saya pula tak kesempatan masakkan kak NB pajeri kedondong sehingga kedondong itu masak sendiri dalam peti ais. Walaupun berlaku peristiwa yang sangat mencemaskan pada pagi 7 Disember 2011, namun saya berharap Kak NB sekeluarga tidak serik datang ke Ulu Semera lagi. InsyaAllah , jika umur kita panjang dan ada rezeki kita akan berjumpa lagi.

PERCUTIAN DENGAN KAK NB SEKELUARGA 1

0

Posted by Leeza | Posted in

Pada 30 November 2011 hingga 8 Disember 2011 , Kak  Norhayati Berahim bersama suami dan anak datang bercuti di Sarawak. Mereka menginap di rumah saya. Sebelum tarikh ini, hari-hari kami menghitung masa kerana saya sudah terlalu rindukan Kak NB dan Teta. Lagipun kami sama-sama merancang untuk merealisikan impian lama kami untuk menjelajah Sarawak menggunakan jalan darat.

Cucu saudara saya ,Putri mengikut saya menjemput Kakak Tetanya dari Airport Kuching.

Sebahagian makanan yang Kak NB bawakan..sate kajang...kesukaan saya. Emakpun suka.
 Banyak makanan yang kak NB bawakan untuk saya, antaranya sate kajang, popia , fishcake, laksa basah, kuie tiaw, keropok lekor, dodol Melaka,ikan goreng (hahaha) dan TAKOYAKI....Saya mengidam Takoyaki ini ,alhamdulilah atas rezeki yang Allah bagi. Terimakasih Kak NB dan Pak Seyit.

Keesokan harinya , kami meneruskan perjalanan menjelajah Sarawak seawal jam 7 pagi. Kami terlewat di Pengkalan Feri yang sibuk dengan warga Samarahan pergi kerja.Lebih kurang jam 10 pagi, kami tiba di Sri Aman. Kami berhenti rehat di Perhentian Rehat Sriaman untuk membeli dabai dan buah-buahan.
Kak NB sudah jatuh hati dengan Dabai...RM10 sekilo di Perhentian Rehat SriAman.

Pak Seyit dan Teta sedang menjamu durian . Barulah saya benar-benar percaya kesukaan Pak Seyit terhadap durian.
 Kami tiba di Sibu lebih kurang jam 5 petang dan di sana saya berkesempatam menemui kawan baik saya , Lucy yang pernah sama mengajar di Daro. Saya dibawa ke rumah dan bersiar-siar di bandar Sibu. Anak-anaknya sudah besar. Walaupun jauh, persahabatan ini masih tetap baik. Atas bantuannya kami keluar dari Sibu dengan lega.
Bersama sahabat saya, Cikgu Lucy Tiong yang menetap di Sibu.



Kami sempat shopping di Parkson Sibu. Terus-terang saya katakan , Parkson Sibu berbeza dengan Parkson Kuching sebab barang-barangnya lebih lengkap dan berlainan. Banyak pilihan yang menarik. Kasut jenama POLO ada di sini. Begitu juga dengan Mug Meja jenama Thermos, dijual dengan murah .
Ibu dan anak , tidak berenggang walau sesaatpun.

Bergambar kenangan dengan Si Comel, Qaisaya Seyit

Teta dapat belon parkson percuma

Auntie pun dapat belon juga...hahaha. (Si Teta mengambil gambar ini maka saya pegangkan belonnya sekejap)
 Oleh kerana kami telah tersesat semasa keluar dari Sibu maka kami bermalam di Mukah dan sempatlah menemui sahabat kami, Norhayati Sulaiman. Terimakasih Nor kerana belanja kami makanan yang sedap.
Gambar ramai-ramai bersama dua orang makcik Norhayati Sulaiman, kak Delima , kak Ramlah dan adik Norhayati Sulaiman.

Malam itu, kami dihiburkan oleh show 7 lagu oleh si Comel ini. Dia sangat cute, berbakat dan sungguh....saya sendiripun tak ingat lirik yang panjang lebar lagu BEAR HUNT tersebut.
Permandangan masjid Mukah  dari bilik hotel . Kami sempat bersolat di sini sebelum bertolak ke Bintulu.

Biskut Raya di hotel Kingswood Inn, Mukah antara sajian sarapan kami pagi itu,3 Disember 2011.

Kak Nb bersama Kertina Naim rakan Norhayati Sulaiman bersama anaknya. Ibu-ibu dan anak dara masing-masing.

Si Teta bergaya dengan kasut high heelnya di depan hotel Mukah.
Sebelum kami bertolak ke Bintulu, kami sempat dibawa oleh Nor ke Dalat untuk menyaksikan Pesta Balau. Saya perasan saya tidak mengambil gambar ketika berada di sana . Beberapa hari keadaan cuaca tidak menentu, hujan sepanjang perjalanan.