TERBANGLAH SAYANG oleh Aina Emir

0

Posted by Leeza | Posted in


Saya juga membaca novel-novel karya Aina Emir . Terbanglah Sayang merupakan karya terbaru beliau yang saya beli semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 yang lalu. Saya sempat menemui beliau di Booth Karnadya .

Novel ini saya habiskan berminggu-minggu kerana sesungguhnya saya tidak dapat menghayati novel ini sepenuh hati. Alasannya satu....isi ceritanya tidak menepati kehendak saya. Ada pendekatan 'western style 'dalam novel Terbanglah Sayang.

Sinopsis serba ringkasnya :
Kisah cinta tiga segi antara Fiya, Inaz dan Arash. Setelah habis membaca novel ini ia dapat dirungkaikan watak Fiya dan Inaz yang bersaing antara satu sama lain. Mereka sepupu yang punya wajah seiras namun berlainan karekter . Pada mulanya saya tidak suka dengan watak Inaz yang digambarkan serba kurang berbanding Fiya yang bijak, lembut, disukai oleh semua orang. Inaz yang digambarkan gedik, suka bersaing dengan Fiya , emosional . Kemuncak perangai Inaz dikatakan 'jahat' bila perkahwinan Fiya dan Faris terbatal pada saat-saat akhir. Inaz dikatakan penyebabnya! Namun pembaca harus baca hingga ke akhirnya sebelum menghukum Inaz dengan perbuatannya ini. Ini kelebihan Aina Emir untuk men'twist' pemikiran dan penilaian pembaca terhadap watak-wataknya.

Yeap! Fiya telah menang. Dia tetap muncul sebagai juara dalam persaingannya dengan Inaz apabila dia berjaya memiliki Arash, lelaki militer yang hebat. Juruterbang pesawat juang no 1 iaitu SUKHOI. Namun setelah apa yang terjadi kepada Inaz , kekecewaan Inaz menyebabkan Fiya terpukul hebat. Walau mereka umpama musuh dan lawan dalam sesuatu persaingan namun rasa kasih sebagai sepupu dan sahabat sejak kecil mengatasi segalanya. Rasa bersalah menjadi balasan yang sangat mahal bila Fiya dan Arash semakin jauh terpisah oleh rasa ego dan rasa bersalah Fiya. Satu demi satu terungkap segala muslihat Fiya dalam mengatasi Inaz. Dia bijak merancang segalanya namun dia kalah dengan perasaan bersalahnya. Inaz mencari bahagia sendiri dengan bantuan Arash. Di sini kita tahu Inaz berjaya mengalahkan Fiya dalam menanggani perasaannya dan sesungguhnya Fiya tidak mampu menandingi setia kasih Inaz terhadap Fiya. Kerana kasihnya terhadap sepupunya ini menyebabkan dia tidak rela sepupunya memilih Faris yang sudah mempunyai kekasih hati. Sayang , watak indah sebijak Fiya rupanya menjadi watak jahat yang bertopengkan kebijaksanaan dan kelembutan. Dia menjadi isteri yang mengabaikan Arash ,suaminya.

Novel ini lebih kepada orang yang sudah berkahwin. Ia mengungkap masalah sensitif hati dan tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan. Penulis dengan beraninya mengungkapkan isu antara nafsu, tanggungjawab dan cinta. Arash dan Fiya , bersatu di ranjang dengan penuh nafsu namun masih ragu-ragu dalam hati adakah ia kerana cinta atau sekadar tanggungjawab semata-mata. Perempuan masih pertahankan rasa ego dan malu mengungkap kata cinta pada suami sendiri, dan lelaki pula tidak berani mengungkap perasaan bimbang cuma bertepuk sebelah tangan. Namun keduanya umpama pasangan yang baru belajar bercinta, bertemu kerana rindu , bersatu kerana sunyi.

Selain itu, penulis juga dedikasikan novel ini untuk golongan pasukan hadapan yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan keselamatan negara . Dilema pasangan suami isteri yang terpaksa berpisah jauh kerana berlainan kerjaya....isteri tentera kena memahami tugas suami yang terikat dengan kerjayanya. Sejuta hormat buat isteri-isteri tentera yang turut berkorban demi suami dan negara.

Ringkasnya, novel ini banyak memainkan dilema dan konflik dalaman. Ia banyak bermain teka-teki. Cinta jadi hambar bila tidak dilafazkan. Masing-masing lebih banyak buang masa dengan berteka-teki dalam hati. Nasib baik dah kahwin...jika tidak Arash sudah lama menjadi milik wanita lain.

Kenduri Aqiqah Putri

2

Posted by Leeza | Posted in

Kenduri Aqiqah Putri diadakan pada 30 Mei 2010. Gotong-royong persiapan kenduri diadakan pada 29 Mei 2010. Abang saya , Sabri Bujang menjadi tukang masak utama dibantu oleh kakak saya Hamiah dan saya . Tugas saya ialah memasak nasi, 25 kg. Jam 4 pagi emak sudah membangunkan kami berdua....huhuhu.


Kumpulan yang memotong keladi untuk dibuat sayur keladi masak lemak.

Kumpulan yang menggoreng ayam@manok untuk dibuat ayam masak kicap.Biasanya tugas ini menjadi tugas rasmi saya setiap kenduri keluarga tetapi kali ini saya tak perlu menggorengnya.

Kumpulan yang memotong nanas untuk dibuat sambal.

Kumpulan yang memotong cili kering. Saya yang mengisarnya, sebesen besar cili kering yang saya kisar sehingga abang Rie berkata : wow ,banyaknya. Untuk apa banyak sangat, Su ? Selamba sahaja saya mengarahkannya masak pedas-pedas terutamanya kari kambing. Pada awal subuh ketika masakan sudah siap kecuali ayam masak kicap, saya menjadi orang pertama mencicip semua lauk ini. Apa lagi, dia masak kow-kow pedas. Saya akhirnya berpesan , ayam masak kicap jangan pedas sangat sebab ramai orang tua dan kanak-kanak nak makan. (Bagitahu sajalah yang LB sendiri tak tahan pedas...hahaha)

Bahagian paling penting, 2 ekor kambing. Satu milik Putri dan satu lagi milik mak cik sebelah abahnya. Seekor kambing berharga RM700.

Mereka melenyekkan getah batang pisang untuk membuang bau hanyir dan bulu kambing. Petua orang kampung. Betullah sebab ketika saya makan kari kambing langsung tiada bau hanyir dan rasanya sangat sedap.

Sebahagian tetamu perempuan yang hadir.

Sebahagian tetamu lelaki yang hadir.

Insan-insan yang diraikan. Mereka ini ditepung-tawarkan. Luqman juga digesa terlibat sama tetapi dia tidak mahu walaupun dipaksa. Alasannya , malu dengan kawan-kawan.

Kumpulan yang mencuci pinggan-mangkuk yang kotor. Bersedia menunggu tugas. Kasihan mereka berjemur sehingga akhirnya dibuat khemah untuk mereka berlindung.

Puding pelangi yang diberikan oleh kakak ipar saya .

Tembikai tanaman datuk Putri sendiri. Masih belum masak. Hari ini datuk Putri menuai hampir 200 biji tembikai. Sayang masa Kak NB ke kampung, tembikai belum masak.

Sayur keladi masak lemak...yummy.

Ikan Terubuk masin sedekah daripada abang Hamdan.

Sambal nanas , pembuka selera.

Manok masak kicap.

Kari kambing yang sedap.

Ramainya tetamu yang hadir menyebabkan sebahagiannya lari ke rumah saya sebab kepanasan. Emak saya risau makanan tidka mencukupi. Alhamdulilah sebab akhirnya makanan bukan sahaja mencukupi tetapi juga boleh menjadi 'rampang'@berkat untuk dibawa balik oleh tetamu.
Namun sebelum majlis bermula , saya dan keluarga dikejutkan dengan berita pulangnya arwah Ayah Chik, adik arwah bapa saya ke rahmatullah. Al Fatihah untuk beliau semoga rohnya berada dikalangan orang mukmin.

Nasi Arab di Spring Food Bazaar, Kuching.

1

Posted by Leeza | Posted in


Inilah rupa Nasi Arab yang kawan saya war-warkan sedap. Nasi Arab dengan Ayam Cheese. Saya yang tertanya-tanya bagaimana rasanya Nasi Arab sejak melihat sedapnya Nasi Arab di Blog Kak NB . Nasinya keras dan rasa bagai tak bersih dicuci. Ayam cheese pula rasa seperti masak ayam putih. Sedap lagi ayam mayonaise yang saya masak sendiri. Tak sedap langsung. Portion kecil RM 7.50. Portion besar RM 9.50.



Ini pula ialah seorang kawan dan kakak, Cikgu Jacquelyn Patrick. Kami berjumpa kerana saya berjanji hendak menyerahkan novel Anis Ayuni yang dipesannya. Biasalah bila dua guru bertemu, asyik cerita sekolah sahaja yang dibualkan, hehehe.

FACEBOOK : Menghulur Salam Di Alam Maya

0

Posted by Leeza | Posted in


"Usu, masuk facebook !" Acap kali anak-anak saudara menyuruh saya menyertai Facebook. Namun saya tidak berminat. Pernah saya membuka akaun Friendster tetapi tidak aktif. Begitu juga dengan Tagged . Saya suka melayan blog peribadi saya, belajar sedikit demi sedikit bagaimana berblogging.

"Za, kau takde facebook Za?" itu soalan yang ajukan oleh Kak NB suatu hari. "Apa benda facebook ni?" hahaha...canggih jawapan saya kepadanya. Dia gelak guling-guling. Bingung si Liza ni. Dia pun seperti biasa memberi ceramah percumanya ,apakah facebook itu.

Maka, bermulalah saya merangkak-rangkak membuka akaun facebook. Siap tanya dengan cara lurus nak pakai nama samaran ke atau nama sebenar. Kalau nak cari kawan lama, gunalah nama sebenar.

Jeng, jeng, jeng....ikan gonjeng . Facebook memainkan peranannya sekelip mata. Tetiba dunia saya dibuka seluasnya dan setiap yang menyapa adalah kawan-kawan lama. Tak cukup itu, si mak takde facebook, si anak digunakan untuk menyapa. Gembira teramat sangat sebab semua yang pernah hadir dalam hidup saya muncul kembali. Rasanya semua kawan-kawan saya. Adakah musuh saya masuk dalam kategori friends ? Rasanya tak ada sebab orang yang tidak sukakan saya akan melancarkan perang sebelum sempat saya hulurkan bunga. Apa susahkan...kalau tak sudi saya pun tak rugi. Jika kau sudi menyentuh hatiku aku kan selalu dekat denganmu. Suka lagu ni....lagu lama bukan lagu indie. ( Afi dan Nana...aunty akan belajar dengar lagu indie ni )

Antara SK HJ Kelali ,Semera sehingga USM,Penang...saya tidak melupakan SMK TUN ABG HJ OPENG sebab dunia Openg sungguh istimewa. Cikgu Ayub, Cikgu Yamin, Cikgu Masduki, Cikgu Mahmud, Cikgu Julaihi, Cikgu Rosini, Cikgu Jasmin , Madam Camelia, Cikgu Sossamah dan ramai lagi begitu dekat dengan hidup saya. Sayangnya tapak Openg lama telah tiada untuk kita selusuri jalan kenangan.

Siapakah jejaka di atas ini ? Dia adalah antara anak kecil yang selalu saya sayang dan saya ingati. Banyak kisah sebenarnya menyingkap kelahiran dia, dan saya adalah orang yang paling gembira bila papanya mengkhabarkan kelahiran dia sewaktu saya sedang menunggu keputusan STPM. Percaya atau tidak, saya masih menyimpan gambar-gambarnya semasa kecil. Bukan tidak pernah saya melayari maklumat tentangnya di internet, pernah namun saya tidak percaya itu adalah dia, anak saudara saya yang pendiam dan pemalu. Bumi bukankah berputar pada paksinya? 360 darjah dia berubah. Ketika hari ini saya menerima sms papanya tentang dia, saya terkejut amat sangat. Dalam hati berkata : Afi jadi pelakon ? Termenung sejenak, siapa yang dia warisi? Papa ke mamanya? Sesungguhnya saya banyak kehilangan peluang untuk melihat Afi membesar ,begitu juga dengan adik-adiknya. Dulu saya rajin tulis surat, bila dah meningkat umur malas pula saya menulis. Apa lagi penglibatan dia dalam dunia lakonan. Sekarang dah tahu, saya mengintai peluang untuk menyaksikan lakonannya. Dan seperti review novel yang saya baca , saya juga akan buat review drama lakonannya. Hanya dia....sebab dia anak saudara kesayangan saya. Saya mendoakan dia tidak larut seperti garam di lautan . Kalau boleh mahukan dia seperti ikan, isinya lemak manis biarpun berenang dalam lautan garam. Doa saya, Afi berjaya dalam hidup, tidak mengabaikan pelajarannya, bekerjaya profesyional dan seni ini biarlah sebagai sambilan sahaja. Semoga Afi tidak mengabaikan solatnya.....begitu juga dengan adik-adiknya , Nana dan Ami.

Inilah facebook...menemukan kembali yang terpisah jauh, mentautkan semula hati yang terlerai, menghimpunkan persahabatan ukhuwah .Pergunakan ia sebaiknya...jadikan medannya penyebar ilmu dan tazkirah . Saya terima setiap persahabatan lama dan baru yang dihulurkan....cuma bekas2 itu tidaklah diterima....tak mahu memercikkan kembali bara yang telah padam. Buka kamus baru edisi 2010..hahaha.

BORIA : GURU OH GURU

0

Posted by Leeza | Posted in


Boria Tahun 4 punya persembahan
untuk tontonan warga Jemukan
kalau terkena jangan terkilan
kerana ini hanyalah gurauan (ramai)

Cikgu Seria jalannya laju
bagai dikejar jembalang dan hantu
berpeluh-peluh sampai ke sepatu
rupanya Nazir yang ditunggu

Cikgulah Liza suaranya lantang
hatinya baik mukanya masam
pantang dicabar terus menyerang
buat hati rasa tidak tenteram

Cikgulah Adil anaknya dua
mengajar matematik sampai ke tua
merotan kami tak kiralah masa
asalkan kami lulus semua

Berkaca mata pandai berkelakar
rambutnya tiada tanda dah tua
orangnya kecil berjiwa besar
itulah dia Cikgu Zolkifli Mola

Badannya tegap kacak sekali
selalu senyum walau marah di hati
mengajar muzik, seni dan tari
itulah dia Cikgu Sejeli

Ustaz Sabri panggilan diberi
suara merdu bila mengaji
tengok sekali nampak macam happy
sebenarnya sedih teringatkan isteri

Mukanya bengis hatinya lembut
suaranya macam suruh kawad
kamipun lari begitu ligat
itulah dia Cikgu Aziz yang smart

Playboy Asajaya gelaran diberi
perutnya buncit bagai dah berisi
bila nak beranak belum tentu lagi
itulah dia Cikgu Seruji

Cikgu Abdul Rahman PK sekolah kami
berkaca mata hitam suka bertopi
suka melaram jelas sekali
lagaknya macam mahu tambah isteri

Orangnya kecil badan tak berisi
asyik mengail setiap hari
di Sungai Moyan sudahlah pasti
itulah dia cikgu Taib Salbi

Sekian sudah persembahan kami
semoga semua terhiburlah hati
salah dan silap mohon dimaafi
jangan disimpan di dalam hati

Begitulah dia Boria Hari Guru yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 4 dengan korusnya disampaikan secara solo oleh Muhd Fathurrahman Al Hakim bin Maharan. Ibunya ustazah di sekolah kami. Penulis lirik lagu ini ialah guru kelasnya Ustaz Mohd Sabri Abdul Hamid.

HARI GURU 2010

1

Posted by Leeza | Posted in


Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada 19 Mei 2010. Ini imej saya menyambut Hari Guru tahun ini. Bila tengok dan tenung2, didapati berat badan saya bertambah-tambah dan saya gemuk. Uwaaaaaa... ini kes makan spiriluna Eiken. Saya berhenti makan tablet ini.

Kek rasmi Hari Guru SK Jemukan.Menurut Felix anak madam, kek ini sayang sekali tulisannya tak cantik.

Jagung Bakar @Jagung tunok. Dibakar sendiri oleh staf SK Jemukan.

Pencuci mulut, agar-agar dan kuih tako. Saya suka.

Ketupat dan kuahnya .....makan sedikit sahaja sebab saya ada makanan yang nak di'aim'.

Ini salad orang melayu....rojak. Saya suka sebab sedap sangat.

Sate ayam dan udang goreng bersalut tepung kentucky. Saya suka sangat-sangat udang ini. Ramai yang tak suka takutkan kolestrol. Sate saya bawa balik untuk mak saya.

Ini favourite saya , ayam panggang. Ada ayam panggang tak pedas dna ada yang pedas....yummy sedapnya. Ini panggang sendiri. Aromanya buat saya keluar masuk dewan. Malam baru saya rasa, kaki saya lenguh dan sakit.

Dua pinggan sekali ambil...dan kedua pinggan ini saya bawa balik dengan penuh berisi. Rezeki yang lebih dibahagi-bahagikan .Alhamdulilah.....RM 20 je untuk seorang. Kami tak makan di restoren-restoren atau di hotel-hotel memandangkan jemputan kami adalah AJKK kampung yang sudah berusia dan ramai yang susah hendak makan di tempat yang jauh.

Memotong kek untuk diagih-agihkan kepada semua guru.

Saya mendapat hadiah daripada Ustaz Awg Salleh , guru kelas KAFA hasil cabutan undi .Beliau merupakan guru mengaji saya.

Hadiah saya pula diterima oleh Cikgu Mariani ,guru Prasekolah 1.

Hadiah saya ialah yang bernombor 12.Kecil sahaja dibandingkan dengan hadiah orang lain.

Sebahagian hadiah yang saya terima daripada anak-anak murid saya.

Dan inilah isikandungannya. Orang yang paling seronok membuka dan melihat hadiah ini ialah , Mak saya, Luqman dan Putri. Hadiah bekas sabun warna merah itu diambil oleh Putri. Pasu kecil itu saya suka, boleh menambah koleksi pasu kecil yang sedia ada.

Meraikan Hari Guru 2010

2

Posted by Leeza | Posted in


Pagi-pagi lagi kawan saya mengajak saya keluar ke Kuching kerana dia hendak mencari hadiah Hari Guru sekolahnya. Saya lantas mengajaknya meraikan Hari Guru di Spring, Kuching. Bungkusan merah yang tergantung di pokok-pokok ini pernah diajukan soalannya oleh Kak NB minggu lepas. Saya pun tak tahu, mungkin lampu mungkin sekadar penghiasan sahaja kerana saya tidak pernah pergi ke kawasan ini pada waktu malam.


Ini kawan saya, Cikgu Maryam ,guru Sains di SMK Asajaya.


Semasa memasuki Restoran Secret Recipe, saya disapa oleh gadis manis ini . Bila saya amati wajahnya, rupanya dia adalah bekas murid saya di ST ANDREW belasan tahun yang lalu. Saya mengenali ahli keluarganya dengan baik. Dia sekarang merupakan guru juga di Simunjan dan bersamanya ialah rakan sejawatnya.

Nuryusrina Haji Abdul Rahman ,anak kecil yang pernah saya latih sehingga memenangi pertandingan bercerita peringkat daerah Kuching. Dia juga mengikuti jejak saya sebagai guru Sains. Alhamdulilah kerana ada juga anak murid yang mewarisi kerjaya pendidikan ini.


Air yang dipesan Ice Lemon Tea dan Green Apple Kasturi.


Set makanan yang saya pesan, Grilled Chicken Mushroom sauce. Tak sedaplah....sedap lagi black pepper sauce.


Set makanan yang Maryam pesan iaitu Singapore Fried Rice Breakfast.


Yang ini best, TIRAMISU. Sedapnya.......yummy.