Catatan Percutian Kuala Lumpur 3

3

Posted by Leeza | Posted in


Misi pertama ke KL ialah hendak mengunjungi READ MALAYSIA. Ketika saya sampai di Mines, saya terpegun dengan banyaknya buku2 dan tawaran harga pun murah.Dan inilah novel2 yang telah saya beli. 12 buah novel dan satu novel daripada kak NOOR.

Walaupun gila buku, saya tetap tidak melupakan kerja saya.Ini pula buku2 rujukan UPSR dan buku2 rujukan untuk anak2 Madam T, Jasmine n Felix. Lucunya bila budak penjual berulangkali memberitahu : Puan, ini buku2 cina. Sapalah yang tak geram dengan harganya rm2 saja senaskah.Saya tidak melupakan anak buah saya Muhd Farid Asyraf yang akan menduduki PMR,saya belikannya pin untuk pembelajaran PMR online dari berita harian. Tiada yang mampu saya berikan hanya ini agar dia beroleh kejayaan.

Cantik tak? Ini baju yang NIK FAUZIAH hadiahkan pada saya. Ketika saya tunjukkan pada Suraya Yaacob, saya tanya dia : Su, cantik tak? Hehehe dan dia menjawab sepatah : Cantik. Terima kasih NIK atas hadiah ini. Terima kasih Su sebab menjawab walaupun awak bz.

Inilah sebahagian tudung2 yang saya shopping sakan dengan kak Aty dan kak Mijah. Sebahagian telah saya berikan kepada kakak dan anak saudara. Harganya rm6 saja sehelai.Saya membeli banyak sebab harga di Kuching untuk semua tudung itu belasan ringgit, ada yang berpuluh ringgit.Yang biru itu special.....saya dah padankan dengan kain special juga.


Saya pening ketika memilih kain . Bukannya apa, saya berkira2 apa yang kawan2 saya pesan....bila dah nak pulang dia kata dia nak kain berjalur sebab ia popular sekarang. Syyyyhhh saya tahu dia takkan jenguk blog saya....yang kuning itulah kain berjalur dan saya sendiri punya.Mak saya warna coklat dah saya berikan.

Hmmm...cantik tak? Saya mendapat hadiah ini daripada kak Aty. Beg itu sama dengannya tapi fesyen lain. Teta kata : beautiful umi. Ketika saya kata , sama juga dengan aunty punya. Dia kata no....umi big and aunty small. hahahaha.... sedangkan saiz beg kami sama saja. Kain itu warna biru serupa tapi tak sama dengan hadiah kak Aty untuk NIK. Camner kak Aty tahu saya suka biru, purple and green?

Yang inilah yang buat saya lama di Sogo sehinggakan saya tak sempat membeli barangan lain.Pakaian anak buah sayapun cuma beberapa helai sahaja. Tapi Putri dapat 2 helai. Inilah beg dokumen. Nasib baik ada NIK. Pesanan madam T. Jika dia tak nak , beg ini saya yang punya. Tapi jika dia nak, saya dah pesan NIK untuk belikan saya dan pos.

Berehat sekejap dengan kak Mijah. Penatla juga.Kak Aty mana? Alahai...dia masih berkeliaran.... sehingga terpaksa telefon untuk tanya dia di mana.

Penat dari shopping kain, kami makan. Saya cuma ambil nasi, ikan goreng dan sup. Kak Aty kata : ko tak makan cili ke Za? Makan tapi sikit.Pertemuan dengan NIK. Banyak celoteh dan cerita NIK ni.....Setelah penat shopping, malamnya saya tidur dengan nyenyaknya. Kak Aty masih juga dengan hobinya hantar ims. Tetapi tepat jam 1 pagi, saya terkejut amat sangat sebab........hahahahaha. Inilah katil ke dua yang saya patahkan. Yang ini memang amat memalukan sebab patahkan katil orang.Balik Sarawak saya mesti pastikan berat saya berkurangan.Sekarang 58 kg....kena turunkan lagilah sebab katil dah tak mampu menampung berat saya.

Loves always,

Catatan Percutian Kuala Lumpur 2

4

Posted by Leeza | Posted in


Saya tahu ramai rakan blogger saya ingin mengetahui cerita dan gambar percutian saya bersama kakak Norhayati Berahim, novelis pujaan seantero Malaysia. Semua ulat buku mengenalinya. Saya sebenarnya tidak pandai dalam hal teknologi ,apa tah lagi dengan kamera dan komputer. Biarpun cikgu, segalanya kita balik ke pusat realiti bahawa cikgupun manusia biasa. Jika anda melihat blog saya ini meningkat dari hari pertama ia ditubuhkan, maka kemajuan ini harus diberikan kepada kakak Norhayati Berahim. Blog ini terbina atas saranan beliau dan sedikit demi sedikit saya belajar daripadanya. Bukan belajar menulis novel tetapi mengejar kemajuan teknologi yang jauh ke depan. Mungkin kak Aty dah banyak kali sakit perut ketawa dan banyak kali mengeluh bila saya gagal mengikuti arahannya. Malam tadi barulah saya meneroka badan komputer ini untuk mencari slot MMC. Dan saya berjaya juga akhirnya....biarpun jam sudah 1 pagi.
Percutian ini dimulai dengan pertemuan dengan artis Sarawak : Anding AF. Dia budak yang baik, hormat pada orang tua dan peramah. Semoga kau berjaya dalam bidang kau, dik.


Bersama kak Zara Aluwi , novelis Belahan Jiwa, kak NOOR HALIJAH , geng ulat buku dan seorang customer. Kak Noor ini memang banyak membaca dan saya kagum. Atlast, saya tidak merasa diri saya pelik kerana menjadi ulat buku di Sarawak. Kak Zara pula sedia menemani saya biarpun beliau tak larat berjalan.Terima kasih.Terimakasih juga pada kak Noor sebab hadiahkan saya novel : TELUKI ITU UNTUK AKU karya Nazawati. Saya terkejut sebab biarpun itu pertama kali kami bertemu, Kak Noor begitu baik dan mesra. Rupanya panadol mengenalkan saya padanya. Kak Aty kata: panadol popularkan kau ,Za.

Yes.Yes. Akhirnya saya berjumpa dengan novelis NOOR SURAYA. Saya meminati karyanya terutama novel Nyanyian di Tanjung Sepi dan Surat Unggu untuk Nuha.
Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan ia keruh
Jika HATI seputih AWAN,jangan biarkan ia mendung
Jika HATI seindah BULAN, hiasilah dengan IMAN


Inilah saat-saat yang ditunggu. Pertemuan dengan kak Aty. Degupan jantung seperti berlari pecut seratus meter. Isi perut rasa bergelodak. Pada saat saya melihat Tuan Seyitt di NB Kara, saya tak mampu bersuara hanya senyum dan angguk2 apabila ditanya ...this is Liza Bujang? Dan saya lama berdiri di luar rumahnya....sehingga kak Aty menarik masuk ke dalam. Dia berpeluh....saya rasa dia sibuk memasak mi goreng kerang. Atau Bibik yang masak? Saya ingin nak makan mi goreng kerang masakannya. Dan saya merasanya dengan seribu syukur atas nikmat Allah yang mengabulkan hasrat saya. Tapi...baru sesuap saya makan, rasanya api dan asap keluar dari telinga saya......pedassssssssssssss. sehingga saya minta air kosong dari bibik.

Inilah sate kajang. Sorry to say, tak sedappun sate kajang. Dagingnya pun liat. Kak Aty bekalkan saya sate kajang ini tetapi saya tak larat nak makan sebab saya penat.....selepas sholat saya terus tidur.Mesej Kak Aty pun saya tak layan.....ambik kau Liza...sapa suruh ligat berjalan?



Jangan cemburu Ibujunes..... inilah buah ceri. Saya merasa buah ceri ini dengan sepenuh jiwa raga. Alhamdulilah, saya tak ke Turki dapat juga merasa ceri Turki. Rasanya manis sangat. Saya juga merasa olive hitam dan olive hijau. Saya suka olive hitam tapi olive hijau....masam. Takde gambar.....kita sibuk makan.

Inilah Turkish Delight. Rasanya manis dan ada kacang. Sedap tahu. dan satu lagi yang kak Aty hidangkan ......jemput2 ntah apa namanya, lupa. Sedap sangat sampai saya bawa balik dan ke mana2 . Itulah kak Aty kata ....si Liza ni suka manis.

Ini pula air rose hips. Rasanya macam rozelle. Kalau nak tahu , rujuk blog kak NB. Sedap sangat... dan manisnya pun sedang-sedang. Bibik Kak Aty ni suka bancuh air teh manis2 untuk saya.....saya kena tambah air sejuk lagi...suka teh cair.

Dan inilah dia kak Aty.....tengok tu sempat paut tangan lagi. Ada sesiapa yang jealouse tak? Maaflah ye.....semua orang ada hak sayangkan dan suka dia. Bagaimanapun sendiri mau ingat, dia adalah hak mutlak Tuan Seyit Kara dan Qaisara. Dia juga hak mutlak keluarganya, keluarga pak Berahim. Hehehe jangan marah , sayang.....jom ah g shopping.
Dan inilah tandatangan yang saya buat malam tadi sampai meniarap.....percubaannya lebih seratus kali sampai berpeluh dan terhasillah tandatangan ini. Ini kak Aty ajar juga.Agaknya dia gelak guling2 tengok tandatangan ini.

Catatan Percutian Kuala Lumpur 1

0

Posted by Leeza | Posted in


Seandainya hati ini dapat dibaca pasti semua tahu betapa bersyukurnya saya pada pertemuan ini. Anak ini sering mencuit hati-hati yang melihat blog uminya. Dia kesayangan uminya.....sekaligus menjadi kesayangan orang ramai juga.Bohonglah jika tiada yang tidak menyukai anak ini. Pada malam sebelum saya bertolak ke Kuala Lumpur, saya sempat bersembang dengan uminya, NB. Saya dapat tahu yang Teta sedang demam, muntah2. Saya mengingatkan kak NB andai Teta masih demam, jangan tinggalkannya dan tak payahlah jumpa saya di READ MALAYSIA. Semasa saya datang ke rumah petangnya, setelah berbasa-basi dengan kakak NB saya terus ke bilik melihat anak ini yang sedang tidur. Dialah yang menggamit rindu saya ke KL selain uminya. Pada mula pertemuan memang Teta tidak mahu mendekati saya sebab asing baginya.Ini normal untuk kanak2. Namun semakin masa berlalu, sedikit demi sedikit dia menghampiri saya....dengan hanya duduk di sebelah, kemudian saya hulurkan tangan padanya. Atlast , Teta menyambut tangan saya.Malahan saya mendukungnya ketika Bibik sibuk sekejap.


Ini gambar yang diambil menggunakan handphone saya. Kamera yang saya pinjam dari abang entah kenapa problem. Kak Aty pun mengamuk...hehehe.Tunggu ketika saya sedia mendaownload gambar2 tersebut saya akan ceritakan apa yang berlaku semasa 3 hari saya di Kuala Lumpur. Sekarang lihat betapa cerianya Teta .Dia cuba buat 2 jari tanda peace tapi asyik keluar 3 jari. ini percubaan ketiga saya asyik cuba membetulkan jarinya....sampai diapun gelak gelihati.Agaknya tiga means i love you .

Dan ini.......hahahah, posing maut seksi si Teta.Saya tak tahu samada kak Aty mengucap panjang dengan gayanya ini.Sebelum ini saya betulkan ia dari terselak sehingga nampak seluar dalam hello kittynya.Baju yang ini baju ana muslim. Dia tunjukkan satu jari....entah apa maknanya. Mungkin itu ertinya satu for her.Kak Aty....Teta dah pandai menggoda ni.
Selepas kami bergambar, dia mengajak saya menari dengan cara pegang tangan....hahaha. saya just pegang tangan dia dan dia menari kemudian saya pusing tangannya.....terkejut saya, she know well the tempo and the steps. Agaknya uminya ajar kot. Tapi kami tak buat lama sebab selepas itu ramai ada di ruangan tersebut. Jika anda berdua dengannya anda akan rasa keseronokan bermesra dengannya. Sekarang saya sudah merinduinya.....namun saya sempat mengucup pipinya sebelum saya bertolak.....namun dia menangis kerana hendak mengikut mak usu Nurulnya yang menghantar saya ke KLIA.

Belum penat shopping

1

Posted by Leeza | Posted in

Kelmarin saya sampai ke KL jam 10 pagi. Semasa menunggu KLExpress untuk ke KL Sentral saya terserempak dengan Anding Putera , artis dari Sarawak. Sempat juga berborak dengan Anding malahan saya memang kuat mengusiknya.

Jam 11 saya sampai ke Mines shopping complex. Kak Zara hendak menemui saya tetapi kami tersalah maklumat. Saya menunggu dan kak Zara pula berpusing jauh,kesian.

Di READ Malaysia saya membeli banyak novel dan buku2 rujukan untuk UPSR. Saya menemui geng kaki buku yang lain terutamanya Kak NOOR. Saya juga menemui novelis NOOR SURAYA. Best dan teruja sangat.

Petangnya saya ke rumah Kak NB....saat2 pertemuan itu akan saya ceritakan kemudian.Saat ini saya penat sangat. Sekarang ini saya berada di rumah kak NB menggunakan laptop dia. Saya perlukan masa yang tenang untuk menceritakan segala kenangan di sini.

Hari ini seharian kami shopping, saya dengan Kak NB, Kakak Mijah dan anak2nya OJAN dan AKIM. Teta tak dapat ikut sebab masih tidak sihat. Sempat juga menemui NIK FAUZIAH. Banyaklah barangan yang saya beli.....dan kakak2 NB n MIJAH pun sama juga. Itulah, perempuan dan shopping satu sinonim.

Teta dah mula sembuh dan memang ,mulutnya sentiasa ada saja celotehnya. Dia juga rapat dengan saya...mahu bermanja, bercerita dan bermain.....Cute sangat dia....dan memang dia boleh mencuri hati sesiapa sahaja yang melihat dan mengenalinya.

Saya rasa belum penat lagi untuk shopping........jumpa lagi bila saya balik ke Sarawak nanti bersama catatan perjalanan dan percutian saya.Anda akan kenal siapa kakak NB di mata saya.

Berdebar-debar dan teruja

2

Posted by Leeza | Posted in

Setelah memastikan rumah dan kereta diuruskan, maka saya mulai sibuk mengemas barang2 untuk dibawa pergi bercuti.Saya serba salah dengan beg yang ingin saya bawa, nak pilih maskulin atau feminin. Jadi saya suka beg yang lasak ,saya pilih feminin. maskulin tak sesuai.Bila packing punya packing, penuh pula beg, makpun menegur: banyaknya barang kamu? kan pergi sekejap sahaja. Hahaha...takkan saya nak pakai semua yang baru di sana? Biasanya kalau saya travelling, seterikapun saya bawa sebab saya tak suka pakai pakaian yang berkedut.

Hati ini sangat teruja hendak menemui kakak NB , idola saya. Saya juga berdebar-debar kerana banyak perkara yang baru akan saya temui. InsyaAllah, semoga saya selamat pergi dan selamat pulang.

Malam ini , cucu saya PUTRI akan menyambut harijadi ke2. Menu yang disediakan ialah, nasi impit, kuah sate, tomyam , bihun goreng dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Selamat hari jadi ,cucuku. Nek Su akan belikan hadiah semasa di KL nanti.

Esok saya akan bertolak jam 5 pagi dari rumah, memandu sendiri sehingga Samarahan untuk mengambil kawan saya ,CT. Dia akan bawa kereta balik .Jumpa anda semua selepas 10 Jun.Salam hormat...dan jaga diri baik2. Jika menziarahi, buatlah macam rumah sendiri......

Shopping dan misi khas

0

Posted by Leeza | Posted in

Someone special said to me : Ko dalam blog beria2 sakit, tapi boleh pulak berjalan-jalan.....lepas tu dia buat kartun gelak berguling2 yang memang saya tak suka langsung.

Saya mempunyai beberapa misi sebelum saya ke Kuala Lumpur.

1. Menziarahi Makcik dan Ariza sekeluarga.
Terkejut saya dengan cucu2 makcik yang ramai. Dulu masa masih sekolah, rumah makcik memang selalu dikunjungi oleh kawan2 anak makcik termasuk saya. Jadi bagi saya mereka ini adalah keluarga saya juga.Dalam hati saya berjanji yang saya akan selalu mengunjungi rumah makcik biarpun mereka semua tiada balik bercuti. Nasib saya tak jumpa kak Madzalina....hehehe, dalam entry saya yang dulu saya ada mengata beliau dan Riza dah bagitahu kak Ina...aduhhhh mahu telinga ini kena piat kang....hahaha.Ala kak Ina...akak memang cantikpun tetapi kalah dengan makcik sebab makcik masa muda sangat cantik..huhuhu.

2. Melawat abang D saya .
Namun abang D dan kakak Nurul tiada di rumah....maybe abang D kena pergi hospital untuk treatment kakinya. Saya cuma jumpa Farid Asyraf dan Faris Danial.

3. Pergi ke Klinik.
Saya pergi ke klinik untuk gastrik saya. Menurut doktor , mungkin sebab saya pernah keracunan makanan semasa jamuan hari guru lepas menyebab urat perut saya masih lemah. Sebab itu saya tak boleh makan pedas...namun dasar orang degil....maggi kari itu juga yang disukai.So, rasalah...

4. Keluar dengan geng bujang saya : YOM dan Mak Haji.
Kalau keluar dengan mereka kena banyak bersabar sebab mereka ini cerewet kalau membeli barang2. Biasanya kami kalau di pekan berpecah ,bawa haluan masing2 sebab pilihan dan tujuan tidak sama. Selalunya si YOM selalu jadi supir dan saya jadi tourist guide. Tapi selalunya saya selalu bagi petunjuk salah......marah supir bila kena banyak kali tawaf jalan. Kalau dengan geng ustazah2 dari Semenanjung, saya yang kena perli sebab bukan saya bawa jalan tapi mereka lebih arif dari saya sendiri. Buat apa nak marah...memang saya blurr pasal jalan.

5. Misi mengisi stok makanan, ubatan dan keperluan rumah
Saya kan pergi bercuti.Bunyinya jahat sebab pergi seorang diri tanpa membawa mak saya. Mak saya taklah sihat sangat ....tetapi dia rela tinggal daripada mengikut saya berjalan. Dia kenangkan cucu2nya yang ada terutama si Luqman. Jadi saya memastikan semua stok makanan , ubatan dan keperluan rumah lengkap semasa ketiadaan saya. Belum lagi dengan barangan yang perlu saya bawa termasuk sabun mandi....hehehhe kat KL takde sabun ke? Susah saya nak berjalan kat sana....sebab KL besar.

Dan lawaknya saya mendapat 2 tandan pisang daripada ayah mak Haji. Bukannya apa , saya tengah mencari pisang masak untuk dibuat kuih lepat pisang. Anak saudara saya si Angah kelmarin call kata teringin...agaknya dia pregnant lagi kot? Dapat cucu saudara ke 11 kah saya nanti?

Setelah menghantar mak haji dan Yom....saya sampai di rumah jam 9 malam. Jalan kampung tahu sajalah....terangkat kaki saya melihat besarnya ular tebu melingkar di jalan tanpa menyedari yang diri sendiri tengah memandu. Meremang bulu tengkuk saya sebab abang saya pernah nampak benda pelik2 kat situ.....jadi...saya memasang CD ayat AlQuran di dalam kereta.

Tak sihat.....

2

Posted by Leeza | Posted in


Saya tak berapa sihat hari ini sebab gastrik saya menyerang lagi. Nak kata tension dan tak makan tak jugalah....tetapi mungkin kerana makan sesuatu yang pedas. Sepanjang pagi saya menghabiskan masa di sekolah. Alhamdulilah tahun 6 ramai yang hadir untuk kelas tambahan. 9 murid yang tak hadir ialah kumpulan yang lemah dan selalu gagal. Jadi, salah siapa kalau mereka gagal jika masa kelas tambahan mereka tidak hadir. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menukar aktiviti yang dirancang sebab ia memerlukan kehadiran semua. Jadi saya memberikan latih tubi menjawab soalan2 sains UPSR sahaja. Lantaran itu saya melayan si kecil inilah. Hobinya suka berjalan. Di belakang rumah warna pink itu rumah saya......kalau kaler pink memanglah penghuninya feminin. Tahun ini nak cat hitam, boleh ke.....hahaha mahu orang tak nampak rumah saya waktu malam.

Si kecil ini setiap pagi memang akan menjenguk rumah saya. Saya sentiasa berpesan dengan kakak saya untuk sentiasa berhati-hati , bimbang dia berlari meluru ke jalan raya sebab budak2 kampung suka merempit. Saya sendiripun masa bertolak atau balik ke rumah mesti sentiasa awas sebab dia suka melompat-lompat jika nampak kereta saya. Mungkin 2 tahun lagi, dia boleh saya bawa ke sekolah pada waktu petang.

Saya patutnya nak masukkan 'sesuatu' di sini namun saya belum sedia berkongsi dengan semua tentang hal ini. Lagipun kakak saya dah komen awal.....jadi tak payahlah saya siarkan.