Posted by
Leeza
|
Posted in
My Village
28 Disember 2011
Hari ini nampaknya air semakin surut. Baru nampak tembok depan pintu.Alhamdulilah. Semalam sekolah sudah menelefon menyuruh saya ke sekolah untuk menandatangani opsyen skim gaji baru iaitu SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) Seawal pagi saya mencuci beberapa baldi pakaian termasuk 12 helai kain batik emak yang baru. Saya mencuci dengan berdiri atas kerusi dan menggunakan tangan sahaja di atas sinki. Setelah 3 hari 3 malam tidak mandi barulah saya mandi hari ini ....:( Apa nak buat...darurat sungguh. Kemudian saya bersiap ke sekolah dengan mengharungi air separah lutut dan betis itu ke tempat kereta diparkir. Pada masa ini si Luqman sibuk mencari gawang dan ikan keli. Saya merasa makan gawang masak kicap hari ini, masakan emak tiri Luqman. Saya terpaksa bertukar seluar dalam kereta. Masa hendak ke sekolah , hampir sahaja saya terkandas kerana ada saatu bahagian jalan digenangi air . Rupa-rupanya Kampung Jemukan yang tidak pernah banjir mengalami banjir tahun ini. Menurut GuruBesar saya , banjir di SK Jemukan agak tinggi , separas lutut tetapi mujurlah sekolah saya bertiang tinggi. Saya memilih pencen 58 tahun....tak sanggup saya bekerja sehingga 60 tahun lagi. Biarlah generasi baru yang akan menyambung perjuangan saya selepas 58 tahun nanti. Balik dari sekolah saya terus ke Asajaya membeli makanan basah. Kakak yang memasak makanan kami. Tentu sahaja kena mengharung air lagi ke rumah dan kena bersalin seluar yang basah semula. Di sepanjang jalan boleh dilihat jelas dalam air cacing-cacing tanah yang mengembang dalam air. Boleh buat spaghetti sedap ni...hahahaha..gurau aje. Kedai-kedai makan ditutup pula. Setiap kedai rata-rata orang datang membeli mop, penyapu, barangan mencuci rumah, penyangkut baju, dan penyepit baju. Saya tidka boleh membeli banyak barang memandangkan terpaksa berjalan jauh masuk ke dalam kampung. Sebenarnya di sepanjang jalan saya sangat susah hati mengenangkan emak saya. Abang saya berjanji hendak menziarahi nya tetapi membatalkan janji tersebut. Saya risau perasaan emak. Dia terlalu lemah. Semalam ketika saya tinggalkannya untuk mengemas tingkat bawah dia menangis atas katil. Katanya saya tinggalkan dia keseorangan di dalam banjir. Ya Allah , emak....saya takkan tinggalkan emak saya....biar nyawa diancam bahaya sekalipun. Banyak cerita kurang enak yang saya dengar pasal orang-orang kampung saya..dalam hati berighstifar...jika benar, patutlah Allah murka sekali.
 |
| Air sudah surut paras betis |
 |
| Luqman mendapat ikan keli |
 |
| Gawang yang diperolehi oleh Luqman dan adiknya Ujang |
 |
| Gawang, spesies yang hanya didapati semasa banjir |
 |
| Alhamdulilah air kian surut |
 |
| Motorsikal diletakkan atas lori cina yang sangkut di jalanraya. |
 |
| Dewan yang baru siap dan belum digunakan |
 |
| Surau |
 |
| Beberapa orang kampung yang balik sekejap dari Pusat Pemindahan Banjir untuk mengemas rumah masing-masing. |
 |
| Melepak sambil bersembang di luar rumah |
 |
| Di sinilah saya memarkir kedua-dua kereta saya, kawasan yang tidak dinaiki air |
 |
| Alhamdulilah, balik dari sekolah, saya diberikan semangkuk lauk gawang masak kicap oleh emak tiri Luqman. |
Posted by
Leeza
|
Posted in
My Village
27 Disember 2011.
Syukur alhamdulilah sebab hujan sudah berhenti dan air juga sudah surut. Naiknya amat mendadaak dan surutnya amat perlahan. Daripada paras pinggang air di ruang tamu sudah surut ke paras paha. Kakak seawall pagi sudah balik ke rumahnya mengemas beberapa barang. Saya pula tidak tahu hendak buat apa dalam keadaan kerusi masih terapung. Namun saya tak boleh duduk diam. Kredit telefon bimbit tiada dan line internet juga tiada. Terputus rasanya dengan hubungan luar. Ketika ini kisah ini saya tulis, saya duduk selepas selesai mandikan emak saya. Dia mandi atas tangga dalam rumah. Saya mengangkut air dalam baldi. Mengangkut air bersih dalam meredah air amat mudah sekali. Letak air dalam baldi dan keadaan terapung memudahkan mengheretnya. Saya kemudian mencari beberapa baju emak yang tenggelam dalam runtuhan almarinya...seperti mencari harta dalam titanic yang tenggelam...hahaha tinggi perumpamaan itu. Titanic tenggelam dalam Laut Pacific, baju emak tenggelam dalam air separas paha. Sesekali bila tersa benda lembut di kaki saya sudah seriau. Kemudian saya mencuci nya mengguna serbuk pencuci dicampur sedikit Clorox. Saya mencuci dalam singki kerana airnya akan keluar rumah terus.Bagaimana mencuci dalam air separas pinggang itu? Tidak takutkah saya dengan binatang bahaya seperti ular, lipan dan kala jengking ? TAKUTTTTTT...siapa yang tidak takut? Saya ambil kerusi makan kayu yang terapung , pijak atasnya dan air atas kerusi itu hanya separas betis saya sahaja.Atas itu boleh nampak apa dalam air jadi selamatlah kaki saya. Jangan sesekali lupa berdoa mohon perlindungan Allah. Mencuci sebesen besar pakaian kotor (baju-baju emak yang tenggelam) membawanya amat mudah sekali. Gunakan besen dan baldi dan isikan pakaian yang lepas dicuci dalamnya . Pastikan jangan berat sangat, biarkan baldi dan besen itu masih terapung kemudian tarik sahaja. Membawanya naik tangga sahaja yang memerlukan tenaga. Kesimpulannya teori sains kalau soal jisim, jisim ringan dalam gas, kemudian cecair dan berat dalam pepejal. Selebihnya saya lebih suka duduk dalam bilik kerana sejuk. Pada saata ini 2 hari 3 malam dalam banjir tiadalah bantuan makanan yang tiba. Syukur kerana makanan dalam rumah saya masih ada. Nasi boleh dimasak guna periuk elektrik. Cuma mi segera tidak dapatlah. Makanan tin alhamdulilah saya ada membelinya beberapa buah tin sardin. Bekalan ikan goreng mencukupi untuk emak beberapa hari. Emak beberapa hari tanya pasal beberapa biji pisang tanduknya yang diberi oleh abang tetapi saya diamkan sahaja sebab saya tidak tahu ke mana hanyutnya pisang itu dalam rumah saya. Hari ini ketika saya mengambil beberapa benda yang terapung, saya menjumpai 4 biji pisang tanduk emak masih bagus dan belum masak..hahaha rezeki emak.Cuma soal keselamatam, saya harus berhati-hati kerana saya telah menjumpai anak lipan, dan pasti ibunya mesti ada berdekatan. Jarang lipan tidak berpasangan. Begitu juga dengan kala jengking. Ular apa tah lagi. Saya tadi menjumpai dua ekor anak ular tedung yang masih kecil di depan rumah kakak tetapi kakak menyatakan itu cacing gila. Saya diamkan sahaja sebab anak ular itu kulitnya keras dan hitam. Minta jauh dari segala bahaya ini. Jika terkena amat bahaya kerana hanya saya dan emak sahaja di rumah dan kakak. Seharian ini kakak sibuk membersihkan rumahnya kerana air sudah surut sehingga buku lali. Saya mengajarnya jika hendak membersihkan rumah guna penyapu panjang dan pencedok sampah supaya pinggang tidak sakit. Selain menimba air, kotoran boleh dibersihkan terus.Tahun ini buat pertama kali rumah kakak dimasuki air. Sebelum rumah baru itu dibina kakak sekeluarga mendiami rumah kayu kampong yang bertiang tinggi. Saya yang setiap tahun mengalami banjir sudah menjadi biasa tetapi tahun ini banjir amat teruk sehingga semua barang tidak dapat diselamatkan lagi.
Jam 2pm, saya terima mesej daripada kakak saya di KL mengirim top up rm50 dan ini sangat saya hargai kerana saya kehabisan kredit. Saya terputus hubungan dengan luar sejak kelmarin kerana bukan sahaja kehabisan kredit tetapi juga kerana ketiadaan line internet , satu-satunya cara saya membeli top up secara online. Beliau juga memberikan sejumlah wang untuk bantuan ..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau . Line telefon yang terkadang ada dan tiada, juga menyukarkan untuk berhubungan. Kakak saya menghubungi saya terpaksa terputus talian sebanyak 3-4 kali dan saya dikhabarkan rumah saya masuk dalam berita TV . Waktu ini emak saya mengadu sakit , dan saya berdoa keadaannya bertambah baik sebentar lagi....kaki saya juga berdenyut sakit dan saya hanya menelan pandol untuk mengurangkan rasa sakit. Ketika saya menceritakan apa yang kakak buat dan sampaikan salam, emak menangis kerana anak-anaknya tidak menjenguk dia. Bertanyakan khabarpun tidak dan hanya saya yang menelefon menyatakan khabar dan keadaan sehingga kehabisan kredit . Ada pula yang bertanyakan barang-barangnya. Apa yang dapat saya lakukan lagi jika takdir menghadirkan bencana alam menduga keimanan ini ? Hanya pasrah dan berdoa kepada Allah sahajalah. Apa-apa yang rosak boleh dibeli dan diganti walau mengambil masa . Yang penting keselamatan emak dan saya sendiri.
Jam 3 petang, seorang lagi kakak menelefon dari Kl bertanya khabar. Kedua nya mencadangkan saya memohon bantuan dari pihak berwajib . 3 tahun yang lalu ketika pasukan RELA membuat rondaan dan menghantar makanan ke rumah2 yang dilanda banjir, dan saya meminta juga, mereka menjawab kenapa tidka lari ke pusat permindahan banjir. Malahan ada suara-suara sumbang menyatakan saya kaya maka saya tidak perlu bantuan sedemikian. Jika saya tidak layak, tidak mengapa tetapi emak saya warga emas yang tidak berdaya. Ketika pihak sekolah menelefon untuk menandatangani penerimaan SBPA gaji baru, saya memohon untuk pergi keesokkannya kerana air masih tinggi. Untuk meredahnya saya akan basah sehingga pinggang. Lagipun emak nampak tidak begitu sihat. Saya berdoa hujan tidak turun dan air tidak akan naik lagi.
 |
| Paras air hari kedua. Paras air hari pertama boleh dilihat pada garisan air di dinding rumah. |
 |
| TV ini sangat berat. VCD player di dalamnya tidak smepat saya selamatkan. |
 |
| almari buku yang tenggelam. Syukur almari novel saya letak di atas. |
 |
| Air surut satu anak tangga. |
 |
| Sofa yang telah saya letakkan awal-awal tetapi air naik etrlalu tinggi, terkena juga akhirnya. |
 |
| kerusi roda emak tidak sempat saya selamatkan. |
 |
| Bilik tidur emak...katil kami berdua terapung-apung. |
 |
| Syukur alhamdulilah diapers emak saya letakkan tinggi-tinggi. |
 |
| Dua peti ais yang tenggelam |
 |
| Hari pertama, air sudah mencecah permukaan meja makan. |
Bersambung lagi.....
Posted by
Leeza
|
Posted in
My Village
26 Disember 2011.
Jam 6 pagi kakak balik ke rumahnya memasak sarapan. Dapur rumah saya yang dimasuki air separas dada menyebabkan saya tidak dapat memasak. Hanya nasi saya panaskan menggunakan dapur elektrik. Dan pagi itu emak saya makan nasi dengan ikan bilis halus sahaja. Saya dan menantu kakak, meredah banjir separas peha di jalan memeriksa kereta kami.Alhamdulilah bukan kami sahaja yang memarkir kereta di situ dan nampaknya kereta berjaga dengan baik. Syukur alhamdulilah tiada yang berniat jahat menganggu kereta kami.Kereta anak mak Temah ditenggelami air, kerana dia terleka menyelamatkan barang-barangnya. Kereta orang kaya kampung kami ketiga-tiganya ditenggelami air. Begitu juga ke dua lori milik satu-satunya cina kedai di kampung kami. Pada saat saya dan anak buah balik meredah air, cucunya memandu lori sarat dengan kelapa tetapi tersangkut di jalan yang airnya paras pinggang saya. Pada masa itu , kebetulan beberapa bot dan perahu penyelamat mengambil orang-orang kampung untuk dipindahkan ke pusat permindahan sementara di SK Hj Kelali, Semera. Saya dan Eiwan menumpang salah satu perahu itu sehingga pertengahan jalan. Cukuplah kerana sesungguhnya kaki saya sakit dan penat. Kami tidak mahu berpindah kerana ada rumah tingkat atas. Lagipun emak saya tidak mahu berpindah. InsyaAllah saya yakin air takkan naik lebih tinggi lagi. Kami menggunakan tampoi untuk kencing dan buang air besar. Tawakal dan hidup dengan penuh redha.Bersyukur saya emak tidak sakit dan tidak demam. Cuma dia mengadu kakinya yang sakit akibat terjatuh sahaja. Rumah kakak yang dimasuki air hanya separas betis, memudahkan kakak memasak makanan kami sekeluarga. Ikan goreg dan ikan tenggiri long, menjadi sedap teramat semasa banjir. Sebenarnya ikan terpaksa digoreng semua sebab peti ais sudah tidak dapat diguna. Syukur sebab bekalan air paip dan elektrik ada. Sesekali kami turun ke bawah , kami menggunakan pakaian yang sama untuk tidak menyusahkan diri sendiri bila terpaksa mencuci pakaian yang banyak. Dalam banjir, mandi tidak lagi dalam fikiran.Sejak semalam saya langsung tidak mandi hanya bertukar pakaian sahaja. Pakaian banjir yang basah , saya guna berulang kali. Masuk dalam air yang sejuk kaki menjadi sakit.Kemudian air berbau minyak gasoline mengapung ke seluruh rumah membuatkan kami membuka tingkap rumah atas. Dari manakah bau minyak ini? Baru saya teringat setengah botol coca cola minyak gasoline yang selalu saya gunakan untuk tujuan pembakaran, Mungkin penjaga mak lupa menutup botol itu dengan kuat menyebabkannya tumpah ke dalam air dan saya sendiri tidak tahu di mana botol tersebut. Pada sebelah petang baru Nampak botol itu terapung dan saya membuangnya di luar rumah. Mujur juga saya tidak dapat memasak dan ini mengurangkan risiko bahaya. Semua suis dan barang elektrik sudah ditutup. Hanya satu dua sahaja lampu dibuka untuk menerangi rumah. Pada masa ini, semua kerusi terapung-apung dalm air. Benda berat mudah dibawa dalam air...teringat dulu arwah bapa selalu menghanyutkan kayu-kayu dan kelapa dalam air.Mudah baginya daripada mengguna tenaga memikulnya. Sebab itu pembalakan sangat perlukan sungai untuk membawa kayu-kayu balak.Teori yang sama untuk saya bekerja membawa tong gas yang berat, begitu juga benda-benda yang berat. Bila hujan turun sentiasa kami sudah risau , risaukan keadaan dua budak kecil, bimbang mereka sakit perut dan demam. Sepakat suara, si Nor dan Eiwan membawa kedua anaknya ke Kuching ,rumah ibubapa Eiwan. Kami menunggu perahu lama sungguh sedangkan cuaca nampak hendak hujan lebat. Akhirnya setelah berpesan dengan emak jangan bergerak dan duduk baik-baik dalam bilik, kerana kami semua sepakat meredah air menghantar meereka ke tempat kereta di hujung kampung. Kakak yang membawa si kecil Alisya , saya suruh ikat dengan kain batik supaya tidak terlepas. Dengan keadaan saya mendahului jalan membawa beberapa beg keperluan , Eiwan membawa si Putri yang seberat 26kg. Dan Nor yang membawa bakul berisi susu dan air anaknya.Syukur bila mereka selamat ke Kuching. Di Jalan Mata Parang, mereka menggunakan jalan singkat ke Tanjung Parang yang tinggi parasnya. Jadi malam itu tinggallah kakak, saya dan emak di rumah.
 |
| Putri bersedia untuk mengharungi air banjir. |