Posted by
Leeza
|
Posted in
Santai
30 april 2011 adalah hari jadi abang saya, Saidi Bujang. Selamat hari jadi kepada abang saya, semoga kehidupan sentiasa diberkati dunia akhirat. Pada hari sabtu ini , saya ke PWTC lagi tetapi sebelah petang. Pada sebelah paginya kami sibuk shopping di Sogo dan saya membeli beg pack bertroli. Kami menginap di Hotel Noble berempat dan ia sangat memuaskan. Berdekatan dengan syurga membeli belah...hahaha.Kebetulan semasa di sana, saya temui ramai kenalan yang kebetulan menginap di sana juga. Apa lagi kami membeli-belah dengan gembiranya...kononnya. Hati saya nak ke PWTC tapi kesian kawan2 yang hendak berjalan-jalan. Masa lunch di Sogo saya ambil peluang makan yong tau fu...dan sambal kerang. alhamdulilah. Tapi kesan makan pedas , saya sakit perut sahaja.
 |
| Stesen LRT yang sesak sampai dikawal oleh polis. Sangat mengejutkan. |
 |
| Nik Fauziah dan anak-anak yang menunggu kedatangan saya. Kesian mereka. |
 |
| Makan serawa durian dan pulut kukus ,juga nasi lemak dengan kak yati dan geng. |
 |
| Anak-anak saudara saya, Afi Faris dan Sabrina Yamin yang datang ke PWTC khas untuk jumpa saya. Kasihan mereka. |
 |
| Tahun lepas tak sempat ke Jemari Seni. Tahun ini saya berjumpa dengan Kak Noor Suraya. |
 |
| Rezeki pertemuan, berjumpa dengan Wan Amalyn, geng buku. |
 |
| Yes...inilah Kak Sri Diah yang saya temui. |
 |
| Jauh-jauh dari Sarawak, berjumpa juga kami dekat sini. |
 |
| Gembira menemui Ojan dan Akim. |
 |
| Manjanya Teta dengan Kak Khamnya... |
 |
| Tapi bila saya peluk dia menangis...huhuhu.Maaflah Teta. |
 |
| Tangan siapa ini? |
 |
| Tangan siapa ini ? |
Kami berpecah bila berjalan. Yati dengan Asmah dan saya dengan Noria. Kami berdua sudah balik ke hotel. Bila saya call Yati tanya di mana dia berada , sebab saya bimbangkan dia balik lewat..rupa-rupanya mereka tengah menconteng tangan masing-masing. Itu yang saya cakap, balik dengan tangan hantu.
Posted by
Leeza
|
Posted in
Santai
Sudah lama kiranya saya tidak menulis dalam blog kesayangan saya ini kerana kekangan kesibukan harian. 29April hingga 2 Mei 2011 saya telah bercuti ke KL untuk menghadiri Pesta Buku KL 2011. Selain daripada itu adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan shopping sakan untuk hari raya aidilfitri 2011.Banyak peristiwa dan pengalaman yang saya kutip semasa PBAKL 2011 kali ini. Kedatangan saya bukan keseorangan tetapi ditemani oleh 3 orang rakan iaitu Noria ,Asmah dan Norhayati Osman dari Brunei. Percutian ini sudah lama dirancang sejak tahun lepas lagi. Biarpun kami tidak sama penerbangan namun diizinkan Allah , kami bertemu juga di KL. Alhamdulilah.
Akibat terlalu teruja dan kesibukan tugas , sebelum itu sekolah saya mengadakan sukan tahunan pada 28 April 2011, saya terlupa membawa kad pengenalan .Semasa di kaunter check in ,saya sudah memberitahu Noria untuk dia bertolak terlebih dahulu dan saya bertolak kemudian. Namun seperti saya kata ,perjalanan ini dipermudahkan Allah,atas bantuan pihak imigresen saya dapat berlepas menggunakan lesen memandu. Tak henti saya mengucapkan syukur di dalam kapalterbang...namun ada sedikit emosi yang tercalar. Hati saya dipagut rasa risau....memandangkan emak saya pula baru terjatuh. Semoga dia sihat dalam penjagaan kakak saya. Itukan anaknya juga.
 |
| Dua sahabat saya dari Geng Pizza : Khamisah dan Kusyi Hirdan | |
|
Saya tahu saya akan menemui sahabat-sahabat saya , maka saya bawalah sedikit ole-ole dari Sarawak untuk mereka. Telatah si Kusyi dan Kham ini menggelikan hati sebab bila mereka bertemu mengalahkan budak-budak kecil.
 |
| Novelis kesayangan ramai : Norhayati Berahim. |
Saya takkan pernah berhenti menyayangi dan merinduinya. Saya bersyukur kerana mengenali dan menjadi sahabatnya . Semoga beliau sentiasa sihat walafiat dan terus menulis.
 |
| Hehehe..ini seorang lagi budak kecil dengan peacenya. |
 |
| Noria Rosli, kawan saya. Akhirnya hajatnya tercapai untuk menemui kak NB dan Kusyi Hirdan. |
 |
| Norhayati Osman dari Brunei.Budak kecil dengan peacenyapun senyum sokmo.Kali ini dia tak buat pos pejam mata. |
 |
| Dengan kanak-kanak riang. Promoter terbaru NB Kara PBAKL 2011. Cantik tak t-shirt yangdipakainya? JIka anda nak, anda boleh menempah secara online ke NB Kara. |
|
Hari pertama ini saya cuma sempat membeli novel-novel NB Kara sahaja kerana saya masih keletihan yang amat sangat. Sebaik balik dari PWTC, kami makan di KOPITIAM STATION di Semua House. Saya sukakan air teh apple cinnamonnya. Sedap....tapi tengahmalam kami semua terasa kebuluran. Kak NB ada mengajak kami ke rumahnya makan durian tetapi kerana seorang lagi rakan kami Asmah belum sampai kami membatalkan sahaja hasrat kami kerana tidak mahu menyusahkan Kak NB suami isteri. Mereka kan letih sangat.
Posted by
Leeza
|
Posted in
Santai
Pos saya kali ini tidak mempunyai gambar sebab semalam saya malas sungguh hendak klik-klik. Sebenarnya , petang jumaat 8 April , saya sudah berhasrat hendak ke Kuching seorang diri. Namun hasrat ini tertunggak apabila melihat kesihatan mak saya tidak mengizinkan. Beliau kelihatan lemah sekali. Hasrat ini kemudiannya saya tunaikan pada sabtu. Pada mulanya saya hendak ke Kuching seorang sebab kawan saya , Noria tidak berminat. Namun, saya bimbang pula kalau memandu seorang diri kerana pada malamnya saya langsung tidak dapat tidur . Saya akan mudah mengantuk kalau memandu seorang diri. Saya telefon juga Noria, alhamdulilah dia setuju mengikut kerana salah satu tujuan kami ialah menguruskan tiket kapalterbang kami.
Maka tepat jam 9 pagi kami bertolak. Kami menggunakan feri yang perkhidmatannya berakhir jam 11 pagi. Kami singgah ke Bank Islam di Samarahan terlebih dahulu sebab mendeposit simpanan jiran Nor. Rupa-rupanya jirannya ini menyimpan wang tanpa pengetahuan suaminya...atas alasan untuk masa susah. Bertuah suaminya dapat isteri yang pandai berjimat cermat.
Kemudian kami bertolak ke Batu 7 a.k.a Kota Sentosa untuk breakfast plus lunch di Serapi Corner. Ramai orang Semenanjung makan di situ sebelum bertolak ke Airport. Kami berdua makan nasi campur serta teh tarik, semuanya lebih kurang RM16. Selesai makan , kami terus ke Airport kerana mengejar masa. Saya hendak ke bank sebelum tutup jam 12.30pm. Saya membeli tiket Firefly bertolak ke KL tanpa bayaran bagasi. Kami berdua hendak membeli bagasi 20kg RM30. Noria pula 15kg RM25. Mahal sungguhkan. Menyesal saya tak membeli secara online semasa membuat tempahan dulu. Firefly jika ditimbal balik, lebih mahal daripada Airasia. Jika terlebih muatan, 1 kg dikenakan RM30 berbanding Airasia ,RM15 untuk 1 kg.Sebelum meninggalkan airport , sudah tentu Mc Donald menjadi tujuan. Apple Pie mesti disambar. Saya membeli 5 keping dan Nor pula tidak mahu ketinggalan merasa Apple Pie buat pertama kalinya, 4 keping. Sudah tentulah ia akan sejuk dan kecut disimpan dalam kereta. Saya panaskannya dalam oven....sudahlah harganya mahal RM17.50 untuk 5 keping, rasa intinya pula masam dan tak sedap sangat.jauh beza dengan apple pie yang saya beli dari LCCT dulu. Namun syukur alhamdulilah sebab dapat makan. Ia tetap dihabiskan kerana saya membeli cukup-cukup seorang dapat sekeping, mak, Buntit, Luqman, Azizi dan saya sendiri.
Kemudian saya terus ke Satok untuk berjumpa dengan seorang kawan. Kebetulan bank yang saya hendak pergi itu telah tutup. Maka saya menelefon kawan yang bekerja di bank tersebut untuk menguruskan dokumen saya. Jadi kami melihat-lihat kedai yang berhampiran Wisma Satok. Banyak kasut dan pakaian yang menarik tetapi harganya agak mahal. Seterusnya hala tuju kami ialah RTM kerana ia mengadakan hari mesra rakyat. Pilihanraya ini menyebabkan semua cawangan BN mengadakan hari mesra rakyat. Semasa ke sana hari sangat panas. Tiada apa-apa yang menarikpun. Saya hanya membeli sambal ikan taai, sedap rasanya. Dalam perjalanan pulang, kami menyaksikan perang poster kiri kanan jalan. Apa yang pasti, BN mendahului sebab lebih banyak poster BN daripada pembangkang.
The Spring,Kuching tidak kami lupakan pada setiap perjalanan kami. Nor membeli ink printer sekolah yang sentiasa kehabisan sementara menunggu barang pesanan sampai. Di sanapun ada majlis mesra rakyat. Hari perlancongan Malaysia. Ramai agen-agen perlancongan dan hotel dari Semenanjung datang mengadakan gerai-gerai. Namun kelihatannya brosur-brosur pula tidak luak sedikitpun. Saya ada mengambil beberapa brosur Melaka dan Trengganu tetapi bila balik, ia tertinggal dalam troli supermarket Ta Kiong. Satu yang saya tidak suka dengan Spring ialah perkhidmatan tandasnya, tidka sesuai untuk orang-orang Islam. Hati-hati jangan terberak dalam Spring sebab tandasnya tiada paip air. Jadi semua orang buang air kecil dan besar, guna tisu dan lap sahaja...cehhhh kotor sungguh.Kalau nak buang air kecil, sediakan botol mineral. Ada satu tandas yang terlekat stiker ada nozle , tetapi ia sudha dicabut. Kesimpulannya, pekerja itu malas sungguh hendak mencuci.
Perjalanan diakhiri dengan UNACO menjadi kedai terakhir untuk shopping barangan dapur. Kedai inipun tidak seronok sebab banyak menjual barangan dari China dan Taiwan. Jam sudah menunjukkan 5.30 petang. Mesti balik juga....saya memilih menggunakan feri. Dalam feri itu saya ternampak poster di seberang sungai tertulis....Selamat Datang kewasan .....yang TIDAK dibangunkan oleh BN. Aikkkk...biar betul, berani sungguh....Bila feri berlabuh dipinggiran jeti seberang , saya toleh ke arah papan tanda tersebut. Hahahaha... oh tidakkk, baru seminggu cermin mata ini saya tukar kantanya. Rupa-rupanya ia tertulis : Selamat datang kewasan(ini tetap salah ejaannya)....yang TELAH dibangunkan oleh BN. Saya gelak dalam hati...cehhh. Dan bila sampai di kampung , saya terkejut melihat rumah jiran saya terang benderang dan ramai orang bersongkok. Semasa sampai jam baru 7.30 malam tetapi sudah gelap gelita. Saya terserempak dengan sekumpulan jemaah surau sedang berjalan ke rumah tersebut. Berdebar juga rasa hati...ada orang matikah ? Bila diselidik , rupanya jiran saya sedang mengadakan tahlil arwah adik dan ayahnya.
Posted by
Leeza
|
Posted in
Makanan
 |
| Kuie Tiaw Kantonise . Lokasi :Gerai Stutong RM3.50 |
 |
| Botok Udang Lokasi : Asajaya RM1.50 |
 |
| Kebab Ayam .Lokasi: Asajaya . RM2.50 |
 |
| Begedil Kentang dari Kajang. Thanks to Kak NB |
|
Bila tengok makanan, tentu rasa gembira. Tapi kita jangan lupa , ada insan yang tidak bernasib baik...yang makan serba kekurangan untuk meneruskan kehidupan. Bila saya ada rezeki, saya makan sahaja apa yang saya inginkan. Saya paling benci membazir makanan. Jika berlebihan biasanya saya sedekahkan kiri-kanan.
Minggu lepas seorang ibu murid memberikan seplastik ketupat. Jika dilihat bentuk ketupat , ia seperti ketupat lepas, yakni ketupat untuk sedekah dan tolak bala. Saya tak tahu maksud dia berikan saya ketupat itu. Masa itu murid-murid tengah mengerumun saya sebaik saya keluar daripada kereta. Wajah mereka mengharap ketupat tersebut. Saya berikan seketul untuk kongsi dua orang. Alhamdulilah semua dapat merasanya. Bila saya ke Bilik Guru, ramai bertanya , mana ketupat tersebut. Rupa-rupanya mereka telah tahu lebih awal. Saya mohon maaf kerana ketupat tersebut telah saya sedekahkan kepada semua murid kelas Tahun 3. Saya sendiri tak merasa dan saya redha sebab bagi saya, inilah rezeki anak-anak.
Bila saya menjaga ibu saya yang sakit, saya sering mengutamakan makanan beliau daripada saya sendiri. Baru saya merasa bagaimana dulu semasa kita kecil ,mesti emak kita berkorban lebih daripada itu. Mesti emak pernah berlapar demi membeli makanan untuk anak-anaknya. Bilangan anak emak 8 orang, 5 lelaki dan 3 perempuan. Tambahan pula masa kecil saya suka makan ikan sardin. Tentulah mahal baginya waktu itu.Bersyukur sangat kerana saya mampu memberikan emak makanan yang disukainya. Semoga Allah merahmati hidup kita semua, dan jauhkan kita daripada bala bencana.Amiiiin.
Posted by
Leeza
|
Posted in
My World
 |
| Kek Hari Jadi 2011 |
Saya sebenarnya sambut hari ini dengan biasa-biasa sahaja, lalui hari dengan hati lapang dan senyuman. Tak mahulah angin-angin awal pagi ini. Namun tepat jam 9 pagi saya dikejutkan dengan kek harijadi yang diberi oleh kawan saya Madam T. Saya bertanyakan samada dia ke Kuching petang semalam sebab kek harijadi harus ditempah dari Samarahan atau Kuching.Rupa-rupanya dia dibantu oleh rakan sekerja kami , Cikgu Zul yang kerjanya asyik berulang-alik ke Kuching. Riuhlah sekejap bilik guru. Kebetulan masa saya free, ramai cikgu masuk kelas. Jadi memotong kek secara sederhana dan ringkas. Pakaian saya pagi ini tiada istimewapun, pakaian PJK. Cuma tudung itu pemberian Kak Sri Diah..heehehe. Terimakasih kawan saya Madam T atas kejutan ini dan terimakasih kepada semua warga SK Jemukan kerana mengucapkan selamat hari jadi kepada saya dan kesudian merasa sedikit seorang kek tersebut.
 |
| Meniup Lilin. Ada 4 besar dan 3 kecil. |
 |
| Memotong kek. |
 |
| Saya gelihati dengan gambar ini. Aksi adik Praktikal ,YUSRI menyuap kakaknya yang kepoh.hahaha. Dan ini disaksikan oleh ramai murid yang juga kepochi.hahaha. |
 |
| Surprise ke dua, hadiah daripada dua anak gadis Guru Besar, Tim dan Affi. Thanks sangat-sangat. |
 |
| Ta Da....inilah hadiahnya, sepasang sandal yang cantik. Hairan sungguh, bagaimana mereka tahu saiz kaki saya ya? |
Dan juga saya tak melupakan rakan-rakan yang mengucapkan Selamat Hari Lahir dan banyak doa untuk saya melalui Facebook. Terkejut sungguh saya apabila buka fb pada tengahari terdapat berpuluh ucapan hari lahir. Terimakasih banyak-banyak wahai sahabat dan taulan semua tidak kira yang dekat mahupun jauh di mata namun dekat di hati selalu. Hanya Allah yang dapat membalas kegembiraan yang kalian berikan pada saya hari ini....semoga saya sentiasa tabah selalu.
Posted by
Leeza
|
Posted in
Soal Hati
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatu'.
Sejuta syukur ke hadrat ALLAH SWT, kerana dengan izinNYA , maka usia saya sudah mencapai 43 tahun sekarang. Saya tidak pernah meraikan hari lahir saya ,malahan pernah banyak kali melupakan hari ini. Bukan sengaja melupakan tetapi TERLUPA.
Saya bersyukur sangat-sangat kerana masih mampu bertahan ke saat ini menjaga mak yang tidak menentu kesihatannya. Apa lagi sering menguji kesabaran dengan karenahnya . Syukurlah kerana saya antara yang terpilih menjaga ibu sendiri. Bila saya sudah ketiadaan pembantu. saya sering berat hati hendak meninggalkannya. Namun segala keperluan beliau telah saya sediakan awal-awal. Hanya mengharap pada anak saudara yang bujang dan sering menimbulkan masalah. DOA....itulah senjata saya kini untuk menghadapi segala dugaan .
Apabila meniti ketuaan ini, saya sedar semakin mendekatnya saat kematian. Saya banyak memikirkan betapa saya banyak kekurangan. Betapa saya mengharapkan rakan-rakan yang memahami takkan pernah berputus asa untuk membantu dan menasihati saya. Saya mempunyai satu hasrat , dan hasrat ini saya usahakan juga sedaya upaya. Saya harus mencari jalan untuk mencapai hasrat ini dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan mak saya. Allah will show me the way, InsyaAllah.
Semoga saya semakin penyabar dan tabah menghadapi kehidupan ini. Semoga saya tidak akan mengamalkan sikap negatif dan dijauhi penyakit hati . Semoga saya tidak menjadi seorang yang pelupa dan takbur dengan nikmat Allah.....dan saya berusaha untuk menjadi sebaik-baik insan yang ada. Syukur alhamdulilah, saya mempunyai persahabatan yang setia menemani dalam suka dan duka. Saya teringin persahabatan ini berpanjangan hingga ke akhirat.....di sana saya mahu menjadi sahabatnya . Lantaran sahabat-sahabat saya ini begitu hebat dalam ilmu agama , saya takut saya ketinggalan di sana. Saya takut ini akan menjauhkan saya dengan mereka. Maka atas kesedaran ini, diri sendiri yang serba jahil, kenalah berusaha keras untuk menyaingi langkah mereka ke Syurga. InsyaAllah. Hanya saya minta, jangan pernah berhenti doakan saya.
Terimakasih Ya Allah, kerana memberiku kehidupan ini dan memberi peluang untukku bertaubat dan memperbaiki diri sendiri. Terimakasih sahabat-sahabatku, kerana sentiasa ada di sisi.
Posted by
Leeza
|
Posted in
Makanan
Biasanya biskut tart nenas hanya didapati pada musim perayaan sahaja. Saya pula penggemar tart nenas yang tegar. Kalau tak dapat tart nenas, saya selalu mencari biskut nenas. Biskut nenas yang biasa dijual terlalu manis rasanya. Semasa Kak Norhayati Berahim membuat biskut Tart Nenas untuk diberikan kepada jiran-jirannya yang berbangsa cina, saya sangat terliur. Persis mengidam yang sangat kronik....hahahaha. Melampau sungguh saya ini. Ada ke patut minta Kak NB kirimkan tart nenas. Sedangkan , tart itu tak boleh diposkan kerana ia akan hancur. Rezeki saya , bila saya ke KL saya mendapati ada tart nenas di atas meja makan Kak NB. Apa lagi, saya makanlah puas-puas....sarapanpun saya makan tart nenas. Sedap sungguh hasil tangan Kak NB. Ha...itu yang mahal sangat , sebab kak Norhayati Berahim , my idola yang buat. Alhamdulilah...syukur pada Allah yang membolehkan hasrat saya tercapai.
Dipendekkan cerita sebelum itu saya telah mendapat tart nenas daripada Malaysiawati, kawan lama saya. Tak malu sungguh meminta-minta. Saya memesan lagi tart nenasnya, dan ia bertahan cuma 2-3 hari sahaja. Akhirnya saya tak tahan....maka saya berusaha menyingsing lengan , membuat sendiri tart nenas tersebut. Saya mendapat resipinya daripada kak NB sendiri. Jemnya saya beli dari kedai kek. Sekilo RM9.90.
 |
| Tart Nenas cubaan pertama |
|
Bahan-bahannya :
sebuku buttercup
3 mangkuk tepung
sebiji telur
jem nenas
Cara-cara membuatnya:
Jem nenas : parut nenas dan tapis airnya. Kemudian nenas tadi dimasak dengan gula atas api yang perlahan hingga keras.
Pastri :
Gaul butter, tepung dan telur sehingga membentuk doh. Jika keras tambah butter. Kemudian canai dan bentukkan mengikut acuan yang disukai.Bila dah siap letakkan jem tadi di atasnya dan bakar sehingga masak. Jem itu kena digentel bulat-bulat supaya cantik dan tidak comot macam tart nenas saya . Maklum tak suka melekit dan gunakan sudu teh...hehehe.
Apa yang pasti , hingga kini saya menyukai resipi kak NB sebab ia tidak terlampau manis dan mudah. Selagi jem sekilo itu belum habis selagi itu saya akan terus membuatnya. Alhamdulilah cubaan pertama ini ramai yang dapat merasa , anak saudara saya Azim yang balik asrama , Putri, Haziq dan Harith yang balik dari Sarikei juga mendapatnya. Terimakasih kak NB sebab membuat saya rajin ke dapur dan berani mencuba sesuatu yang baru. Ilmu yang akak berikan tetap dikenang sehingga akhirat. Hanya Allah yang dapat membalasNya. Saya juga teringat akak pernah berkata , akak suka memasak dan suka memberi sesiapa makanan hasil tangan akak. Saya kagum dengan ketangkasan akak di dapur. Cuma sayangnya makaroni bakar itu saya tak sempat tengok akak membuatnya kerana saya tak tahupun hari itu akak membuat makaroni bakar itu. Dan akak, saya gembira memasak bila makanan yang saya masak itu digemari...ia satu kepuasan yang tak terucap.