Bila berbicara tentang novel , ia membangkitkan semangat yang hilang dalam diri ini. Dunia yang telah saya terokai bertahun lamanya dan menjadi serius beberapa tahun ini....untuk mengatasi segala duka yang tersimpan jauh dalam diri.
Seperti mana saya berbicara tentang telenovela , cerita korea, atau filem-filem yang ditayangkan di pasaran begitu juga ghairahnya saya terhadap novel yang saya baca. Saya pernah melakukan kesilapan yang melukakan hati insan-insan lain terutama penulisnya sendiri, saya mohon maaf atas kelancangan ini. Saya lupa hakikat bahawa masyarakat Malaysia tidak semua bersikap terbuka .
Namun blog ini yang saya bina asasnya ialah kecintaan saya terhadap novel . Jika tiada novel yang saya bicarakan, maka pincanglah blog ini. Saya percaya pembaca novel faham bagaimana rasanya menyintai dunia novel. Kita sanggup kurangkan tidur kerana novel yang kita baca. Hari ini saya tidak berapa sihat, demam. Dalam rihat inilah saya tanpa henti memikirkan novel yang saya baca.
Seterusnya saya nak teruskan minat saya. Saya hendak berbicara tentang novel yang saya baca. Saya hendak bebas bercerita tentang kisah dalam novel ini. Saya akan mulakan kembali review novel . Tunggu sentuhan saya seterusnya .....akan berusaha menjadi lebih lembut dan bertimbang rasa....saya akan mulakan dengan Bikash Nur Idris....penulis yang saya suka dan sentiasa tunggu karyanya.

Novel ini dihabiskan dalam 2 hari. Kisah cinta si Zaen yang terlalu mengejar Nasuhah. Lantaran rimas dan lemas dengan pelbagai taktik yang brutal dan kotor si Zaen , maka Nasuhah mendadak menerima lamaran Rezuan kekasih hati Ariana ,adik Zaen. Bila diketahui tindakannya melukakan hati sahabatnya maka dia batalkan perkahwinannya itu. Campurtangan keluarga menyatukan Nasuhah dengan Zaen. Cinta wujud selepas perkahwinan. Bagaimanapun, saya dah banyak kali tertidur sepanjang menghabiskan novel ini. Rasanya jalan cerita disampaikan dengan gaya yang lambat.
Seterusnya saya tengah membaca novel ini. Saya sukakan karya Bikash sebab bahasanya mencuit hati. Saya sudah membilang novel yang masih belum saya baca lagi. Ada 7 buah semuanya. Rasanya saya dapat menghabiskan novel-novel ini sebelum pesta buku 2010. Masa senang dicari dan diaturkan. Kalau sebuah novel boleh siap baca selama 2 hari , ertinya saya dapat habiskan novel ini dalam tempoh 2 minggu. InsyaAllah. Inilah namanya gerak gempur.....Bagaimana dengan kerja? Saya sentiasa siapkan kerja esok saya awal2.....buat kerja advance.
Cuti Tahun Baru Cina selalunya tidak hebat bagi saya sebab semasa cuti ini, kedai-kedai ditutup dan hujan pula turun mencurah-curah. Rasanya aktiviti utama semasa hujan turun ialah melingkar di atas katil. Bila mata bagai jam alarm , jam 5 pagi sudah tercelik, hasrat melingkar menjadi satu angan-angan LB. Apa yang pasti mak saya dengan kegemarannya setiap beberapa minit membuka pintu bilik saya , sama ada dia melihat jam atau bercakap dengan saya. Terkadang dia bawa roti Bun berintikan sekaya , sambil makan dia beri saya....aduhh mak . Terkadang saya cakap dengannya, mak makanlah apa-apa sahaja mak nak makan....saya tak nak. Sebab itulah saya suka kalau Luqman ada , sebab neneknya ini akan sibuk melayan Luqman. Si bujang kecik pula , setiap masa memanggil neneknya.
Hari ini saya habiskan bacaan novel ini. Kisah cinta dan saya akui saya menangis pada satu-satu bahagian . Saya pun tak tahu kenapa saya menangis, sama ada kerana novel ini atau saya melampiaskan perasaan hati saya dan menggunakan novel ini sebagai pencetusnya. Ceritanya menarik dan Siti Rosmizah menggunakan kekuatan dengan sikap lelaki yang ego dan kejam sehingga sanggup berlaku kasar dengan perempuan biarpun perempuan itu dia cintai sepenuh hati. Satu bahagian yang memusykilkan saya ialah Si Farisya mengandung 3 bulan setelah 2 bulan berpisah dengan suaminya. Namun saya tak faham sangat sebab kejadian ini logik....alangkah elok jika Siti Rosmizah masukkan info mengenai isu ini.
Kemudian saya membaca novel ini. Cetakan ke dua , dalam katalog web alaf21 , tertulis harga rm 18 tetapi buku ini harganya rm19.90. Saya berusaha hendak habiskan stok novel saya sebelum saya berangkat ke PBAKL Mac nanti. Semasa membaca novel ini baru beberapa muka surat , saya sudah mengantuk. Maka dengan secara suka citanya saya melunaskan angan-angan LB , naik atas katil, tarik selimut dan tidur dengan nyenyaknya. Wah... tidur siang ? Dalam tidur yang lenalah itu saya pun bermimpi cerita dongeng. Kisah pengembaraan seorang putera raja mencari puteri impiannya. Yang peliknya semua watak dalam mimpi saya bercakap bahasa cina. Ada masuk loghat korea juga. Wah....mentang-mentanglah Tahun Baru Cina, sesuka hati je bahasa cina masuk dalam mimpi saya. Dan saya dikejutkan dengan jeritan : NEK CUUUUUUUU! Ambikkkkkk Gammmmbarrrrr ! Siapa ? Dialah cucu saudara saya yang bertuah DAYANG PUTRI ERWIN.
Dalam keluarga saya ada seorang kakak ipar antarabangsa. Dia tegas orangnya, garang dan kalau bersuara saya tak daya nak menangkis dengan apa-apa raketpun sebab bulutangkis yang dia lemparkan bukan sebarangan jenamanya . Terkadang saya hanya mendiamkan diri sebab saya akui sayapun ada kesalahan juga.
Hari ini dia datang sekeluarga secara mengejut . Saya tahu dia sengaja nak buat spot check tentang keadaan rumah yang saya dan mak diami. Paling utama ialah kebersihan. Pagi tadi kebetulan saya sibuk memasak sarapan bihun goreng untuk saya bawa ke rumah abang saya Si GB untuk melawat anaknya ALYA yang baru keluar hospital. Jadi saya tak sempat nak kemas rumah . Hujan pula lebat. Saya bawakan kek kismis yang saya buat semalam .Kek itu tidak menjadi kerana isinya terburai....saya letakkan dalam peti ais barulah nampak elok. Kemudian saya kena memimpin mak saya ke kereta, dia nak ikut juga melawat cucunya. Baru nak bergerak, si Puteri sudah meraung nak ikut saya tetapi neneknya kena ikut sama .
Balik dari rumah abang GB itulah , ketika saya sibuk di dapur hendak masak sup ayam dan goreng ikan, tetiba saya dikejutkan dengan kehadiran kakak saya ini. Aduhhh ....habislah . Selalunya dia akan call terlebih dahulu jika hendak datang dan saya pastinya sudah sedia lauk pauk dan kemas rumah mengikut piawaian kebersihan nya. Kemudian Farid menghantar ayam yang masih mentah. Saya tanyakan abang sama ada hendak makan tengahari ke tidak.(ada ke tanya cam tu...hehehe tentulah nak makan tengahari) Saya pun buat lauk ringkas, sayur campur dan ayam goreng . Menu makanan yang langsung tiada rasa pedas. Ketika saya ligat itulah , kakak mulakan ceramah Tahun Baru Cina .....
"Usu....kenapa ini bla..bla..bla" jenguk sekejap saya ke ruang tamu.
"Usu...mana ....bla..bla..bla" jenguk lagi saya ke ruang tamu.
"Usu...cuba awak...bla..bla...bla" jenguk lagi saya ke ruang tamu.
Bila sudah banyak kali menjenguk ke ruang tamu, resipi sayapun jadi berantakan. Eh...dah letak garam ke lauk ni? Apa lagi saya nak letak ye.....aduhhh kepala saya dah pening. Dia dan anak-anaknya mula mengemas dan menyapu. Kemudian mengatur tempat letak TV sebab kali ini mereka balik memberi TV 29 inci ke 32 inci, sayapun tak tahu sebab almari untuk letak TV tidak muat dengan TV tersebut. Saya suruh abang atur terus sebab saya tak larat nak angkat TV yang berat itu. TV lama dipesan suruh letak dalam bilik saya....katanya sayang kerana TV itu abang beli semasa dia masih bujang lagi. Sebenarnya saya tak ingin letak TV besar itu di bilik kerana saya sudah memiliki TV kecil yang sudah ada DVD playernya. Lagipun saya bukan tahan berjaga malam, jam 10 malam mata saya sudah automatik mengantuk.
Bila saya sudah siap memasak saya terus hidangkan makan tengahari di atas meja. Saya suruh mereka makan terus. Ketika makan itulah kakak saya mengatakan masakan saya ada yang kurang...hahaha....kalau masak dengan hati yang tidak gembira beginilah jadinya. Sentiasa ada yang kurang. Sebelum balik, saya berpesan lain kali kalau tak nak hati sakit melihat keadaan rumah atau hendak merasa masakan yang cukup rasa, kenalah telefon dulu. Tujuannya dapatlah saya berusaha untuk membersihkan mengikut piawaiannya. Tak boleh nak kata apa, kerana rumah saya tidak teratur dengan baik sebab menghadapi banjir dan musim hujan berterusan membuatkan saya mengangkat semua perabot dan sofa di atas batu bata blok putih yang saya susun 3 lapis.
Hahaha....saya mempunyai 5 kakak ipar dan kesemuanya berlainan perangai. Saya mengenali kesemua perangai mereka dan alhamdulilah setakat ini saya masih baik dengan mereka. Antara kakak ipar saya, Kakak ipar inilah yang paling baik hati dengan saya . Saya katakan baik hati sebab dia suka memberi saya barang-barang seperti beg dan pakaian. Namun dia juga seorang yang dominan. Tapi....namanya manusia , kita sendiri pun tidak sempurna . Jadi sebagai adik saya terpaksalah mengikut apa sahaja yang berpatutan....dan jika ke lima-lima mereka berkumpul, baik saya jangan nampak bias...bahaya. Keh3.
Pagi tadi Madam T rakan sekerja saya memberitahu bahawa dia akan balik awal hari ini kerana hendak bershopping barangan untuk perayaannya. Bila dia balik saya tak sempat mengucapkan happy chinese new year padanya. Tak apalah , sms kan ada. Tiap tahun dia menyambut perayaan bersama keluarga mertuanya. Kemudian dia akan bergegas ke rumah ibubapanya. Dia tidak mahu melepaskan peluang berkumpul bersama keluarganya kerana adik beradiknya akan berkumpul di rumah ibubapanya. Katanya kesian juga dengan kedua ibu bapa mertuanya. Dia awal-awal berpesan dengan suaminya untuk menyuruh semua adik beradiknya balik beraya dengan ibubapa suaminya itu. Betullah apa yang dia katakan, waktu ibubapa masih hidup inilah ambil peluang bersama mereka.
Saya teringat dengan seorang lagi rakan cina saya yang juga menjaga ibunya yang sakit cancer. Kasihan kerana tahun ini tugasnya di sekolah amat sibuk ( mengajar sekolah cina memerlukan gurunya mengajar minimum 33 waktu seminggu) , pelajarannya lagi dan keluarganya sendiri.Dia tidak mempunyai maid di rumah sebab anak-anaknya sudah besar.Happy Chinese New Year ,Lucy.
Cuti Tahun Baru Cina sekolah saya hanya 2 hari, isnin dan selasa menjadikan cuti hujung minggu ini menjadi 4 hari. Wahhhhh...bestnya cuti. Saya nak luangkan masa dengan bersantai dan berjalan-jalan. Shopping bukankah penawar sakit bosan ? Hahaha...tapi kan saya nak habiskan masa di KL tak lama lagi....kenalah melatih kekuatan kaki ini berjalan lama. Kalau tidak nanti saya jadi macam si Teta pula, asyik minta dipicit sahaja. Selalunya mak saya yang tolong picitkan kaki saya , dan dia merungut tak larat nak picit kaki yang macam kaki gajah. huhuhuhu.
Beberapa hari ini saya takde selera nak buat n3 baru. Kalau pasal buku laju je saya buat. Malahan kesihatan tak mengizinkan, maklum sakit adalah satu dugaan Allah untuk saya. Hari ini jam 'Haji' saya rosak. Jam itu saya beli pada hari saya menghantar kawan saya A ke Lapangan Terbang Kuching kerana dia hendak menunaikan ibadat haji. Saya hendak jadikan ia bukan sahaja sekadar kenangan tetapi juga sebagai ingatan untuk bersedia ke sana juga. Jam haji itu no 2 dari bawah yang bertali hitam. Ini adalah koleksi jam yang saya ada , ada yang rosak dan ada yang masih bagus lagi. Sebahagiannya hadiah dari kawan dan kakak ipar. Jam saya murah sahaja. Jam bertali hitam di atas sekali ,'Jacques Farrel' adalah jam pertama yang saya beli sebaik mendapat gaji pertama sebagai guru terlatih. Harganya RM355. Tali originalnya ,gold plated. Jam itu masih bagus lagi hingga sekarang. Ada 2 utas jam tangan yang saya sayang telah hilang semasa rumah sewa saya dicerobohi pencuri. Seutas darinya ialah jam daripada jabatan atas perkhidmatan cemerlang. Takde rezeki nak buat camner. Saya gunakan bekas coklat untuk menyimpan jam-jam koleksi saya ini. Sekarang ini kawan saya si Madam T juga pengumpul jam tetapi dia mengumpul jam berjenama. Dia main ribu-ribu. Saya tak mampu, maka saya hanya beli mengikut keperluan. Kalau rosak saya beli baru.
Oleh kerana jam sangat perlu untuk saya, maka saya gunakan jam ini untuk sementara waktu. Jam ini percuma daripada percutian ke Sunway Lagoon bersama keluarga kak NB. Nasib baik ia ada , kalau tak....susah saya nak buat kerja saya. Keluar masuk kelas tentulah perlukan kita mengurus masa dengan sebijaknya. Patutnya saya hadiahkan kepada sesiapa anak saudara saya yang ramai itu, tetapi kerana ia istimewa kenangan dari KL maka saya simpan sendiri.
Suatu masa dulu, satu ranting saya pernah memberikan jam tangan 'seiko' ,jam yang dipakainya sebagai hadiah kenangan pertemuan kami. Saya lupa namanya. Jam itu saya berikan kepada seorang staf saya . Bila fikir balik, kalaulah saya tak berikan tentu boleh menambah koleksi saya. Hahaha...dah buruk siku pula. Walaupun jam tak ada lagi, kenangan dengan ranting tetap di hati. Semoga dia bahagia dengan kehidupannya.
Hujung minggu ini bermula pencarian membeli jam tangan yang baru. Saya anggap hadiah harijadi untuk diri sendiri sedangkan ia masih jauh lagi....
Dah lama saya tak ada kan? Seminggu dah laptop saya rosak. Masalahnya : Display flickering. Skrin rosak. Nasib baik masih dalam tempoh warranty. Laptop saya seperti di ataslah, saya beli sama dengan abang saya si Guru Besar . Dia siap tanya asal latop saya cepat rosak. Saya diam je sebab saya banyak habiskan masa dengan laptop ini untuk buat kerja-kerja saya. Sabtu lepas saya hantar ke kedai. Hari-hari seterusnya saya gelisah. Banyak kerja saya tertinggal dalam laptop itu yang saya lupa save dalam pendrive. Kemudian saya tak dapat online. uwaaaaaaa.
Isninnya, saya pinjam laptop sekolah untuk seminggu. Tujuannya nak buat kerja. Sayangnya laptop ini , 'Si Panjang' dah block dengan kod rahsianya. Saya tak boleh akses internet. Itu gunanya 'Si Panjang', memblock kemudahan harta kerajaan. Makmal komputer di sekolah saya ,takde guru nak guna internetnya. Kalau adapun, saya lah yang guna baru-baru ini untuk pengajaran sains saya. Itupun guna LCD, Projektor dan pendrive. Alhamdulilah, baik pula moodnya bantu saya buat persediaan agar semua alat itu siap digunapakai. Agaknya dia serik kena marah saya masa mesyuarat yang lepas.
Laptop sekolah ini beratnya, sampai senget bahu saya. Hari-hari kena usung ke sekolah. Rupa-rupanya dalam beg , ada 3 buah buku manual. Patutlah berat. Beg dokumen saya ,telah saya tak pakai sebab berat. Saya tengah cari beg yang ringan....tapi masih belum jumpa. Madam komplen saya bawa banyak barang ke sekolah. Mana tak banyak sebab saya bawa balik buku-buku latihan murid-murid saya. Ye lah, kan laptop takde, daripada saya bosan baik saya buat kerja manual. Saya rindu dengan blog saya, rindu dengan kawan-kawan, rindu dengan kak NB ( blognya) dan saya sedar hidup saya tak lengkap tanpa komputer.
Diam tak diam saya habiskan membaca 3 novel seminggu. Wah....ligat. Saya dah kenal gaya Noor Suraya menulis novelnya setelah selesai membaca BIRU UNGU CINTA. Pun juga NB dengan RANTING CINTA SI PLATO, dia punya cirinya tersendiri. Apa-apapun NB style dah lama saya suka ,dah dekat di hati....sejak saya ligat mencari koleksi novel lamanya dulu , novel terbitan creative. Dah lama saya tak menulis blog, saya ketandusan idea. Apa-apapun, kalau pasal novel, laju je idea saya bercerita......sayangnya ada yang tak suka.
Hampir saya membeli laptop yang baru. Minggu lepas saya dah terbayangkan netbook warna merah....harga rm1299. Kiranya minggu ini saya nak beli , tup tup tup, ALLAH sayangkan saya, khamis petang budak kedai call beritahu laptop saya dah siap dibaiki. Mereka gantikan skrin yang baru. Alhamdulilah.......Terima kasih kak NB , katanya kalau rumah kami dekat, dia nak pinjamkan laptop pink si Teta. hahahaha.....terima kasihlah kak....Za bukannya jenis suka pakai barangan orang, takut rosak pula . Harta kerajaan inipun, lambat je saya guna kerana memang tak selesa pakai bukan milik sendiri. Agaknya saya masih simpan kata-kata arwah Pak Cik Zailani, ayah guru saya : You should use your own things, buy it and make it your own property. Never borrow from others....Masa itu saya masih bersekolah ,manalah ada duit sendiri. Keluarga saya miskin tak berharta, arwah marahkan saya kerana anaknya guru saya pinjamkan satu buku rekaan corak 'crosstich' ,saya cuma nak guna sebagai contoh untuk mereka sendiri corak saya. Hanya sehari saya pinjam, hanya sekali itu....ia mengubah terus prinsip saya. Namun kenapa ada orang yang tak faham-faham tentang 'buku'? Kalau dah minat membaca novel, janganlah pinjam. Pergilah beli sendiri, buat koleksi sendiri. Kalau tak suka ,boleh jual sebagai buku terpakai. Dan kalau jual buku terpakai, jangan mainkan orang yang berminat nak beli buku tersebut....mungkin orang tersebut nak buat koleksi. Kalau tak kerana minat, baik cari buku baru yang lagi cantik dan kemas. Geram saya dengan penjual buku terpakai yang suka main-main sebegini.....
Apa yang saya merepek ini.....hahaha, bacalah isi hati dari jiwa yang bercelaru. Bila komputerku sakit, jiwa saya juga kekosongan. Ye lah, komputer itukan boyfriend saya sekarang....