
Hari ini sekolah saya cuti peristiwa sempena Nisfu Syaaban. Hanya sekolah saya sahaja yang bercuti di daerah ini. Pada mulanya saya berhasrat hendak ke Samarahan namun kerana sebab-sebab tertentu dan malas mahu bergerak musim panas ini, maka saya hanya duduk di rumah melayan cucu saya Dayang Putri Erwin.Putri dah mula pandai bercakap,becok pula tu sehingga saya geli hati ketawa.
Dua orang kakak sepupu saya , Kak Yak dan Kak Not yang tinggal di Kuching datang mengunjungi mak saya. Apabila kami berkumpul banyaklah cerita yang keluar.
"Entahlah budak2 sekarang ni, susah betul nak jaga.....nakal, langsung tak boleh buat kerja kita dibuatnya." adu Kak Yak. Dia pesara jururawat, sekarang ini menjaga dua orang cucunya.
"Ye lah, Yak....akupun sama. Kalau hujung minggu mak dan ayah Putri ada, baru aku dapat pergi ke kebun dan buat kerja lain." Komplen si kakak saya pula.
"Aku heranlah...dulu anak2 kita sendiri mana ada susahnya jaga. Jam berapa-berapa kita suruh tidur, mereka akan tidur terus." Kak Not pula menyampuk.
" Bapak tu...dah tuapun nak jaga cucu juga.Manalah sakitnya tak melarat. Yang susah kita juga...."merungut kakak sepupu saya.
" Sama jugalah dengan mak ni. Mana ada duduk diamnya......cucu2nya dah besar masih nak neneknya juga....."
Begitulah antara dialog kakak2 saya ini. Orang tua, kita bebankan dengan menjaga cucu-cucu yang nakal...alangkah sedihnya. Sekuat manalah kudrat warga emas ini. Menjaga anak2 kecil bukan setakat menguras segala tenaga tetapi juga keletihan minda, emosi dan jiwa raga. Saya selalu mengajak mak saya berjalan-jalan namun alasannya ialah.....cucu yang ditinggalkannya.
Selalu saya bertanya dengan rakan-rakan saya tentang rancangan masa tua mereka. Tak payah jauh....selepas bersara saja nak buat apa? Terkadang malas nak memikirkan apa yang hendak dibuat masa tua nanti.Madam pernah menyatakan hendak terlibat dalam kegiatan amal gerejanya.
" U tak nak jaga cucu ke? Tak nak jaga anak2 Felix ke, Joanne ke, Jasmine ke, Denise ke? "
"I don't think mereka nak i jaga. If mereka nak sekalipun belum tentu partner setuju"
Pelbagai rancangan yang saya dengar....ada yang nak duduk rumah sahaja. Ada yang merancang hendak berniaga dan ada juga yang merancang nak kerja. Masa tua kita adakah memadai dengan hanya duduk di rumah sahaja? Bagi yang biasa bekerja tak mungkin mahu sekadar melepak depan rumah. Usia dah lanjut, banyak manalah tenaga untuk keluar bekerja. Saya teringat seseorang yang kami panggil "spice girl"...sehingga sekarang saya melihat dia masih berjalan kaki, masih rugged dan voque biarpun rasanya sudah bersara selama 8 tahun. Dia kini bekerja kontrak untuk menyara hidupnya. Hartanya dihabiskan oleh anak. Kesian....
Sayangkan anak2 terkadang sedih jika diabaikan masa tua. Banyak kisah orang tua yang saya dengar masa muda berharta namun merempat masa tua. Sesetengah pula dapat harta untuk berjoli dan penghujung nyawanya arwah mati di rumah anak saudaranya.
Ada cadangan nak mendaftar di caregiver. Pernah saya baca sebuah catatan seorang caregiver " Banyak pulak cekadaknya si X tuh, entah berapa kali kena usung dia turun naik katil, nak tukar seluarlah, nak tanggalkan pamperslah, nak pam kencinglah...."
Apapun....masa tua kita tiada siapa yang tahu bagaimana rupanya. Jika kita tahu tentu sahaja kita buat perancangan dan persediaan awal-awal. Namun jika kita rasa kita tak nak menyusahkan orang masa kita tua, maka sekarang kita harus bersedia. Biarpun ramai ketawakan saya sebab saya tak ada zuriat untuk bergantung masa tua, namun saya tak kisah. InsyaAllah, Allah akan atur semuanya untuk kita. Yang penting sekarang ini, anak2 saudara yang ramai itu saya nak pastikan semuanya okay jalan hidup mereka. Apa yang pasti saya takkan biarkan orang susah kerana saya.
Setiap tahun sekitar bulan Julai dan Ogos, cuaca memang agak panas. Musim kemarau akan melanda menyebabkan banyak masalah lain turut terlibat seperti kekurangan bekalan air, suhu yang panasnya melampau, tahap kesihatan terjejas dan jerebu. Tahun ini, negara dikejutkan dengan isu serangan virus H1N1 terutamanya institusi-institusi pendidikan. Beberapa buah sekolah terpaksa ditutup. Justeru itu KPM mengarahkan agar semua murid di sekolah diperiksa suhu badannya setiap hari. Bilangan murid di sekolah saya ialah 287 orang dan untuk memeriksa suhu hanya menggunakan satu termometer sahaja. Ada juga yang mencadangkan menggunakan termometer makmal Sains dan idea ini saya bantah sebab ukurannya takkan konsistens memandangkan bebuli raksa termometer yang selalu saya gunakan lambat bertindak. Jadi semua guru turun padang untuk membantu guru-guru kelas. Saya bukan hanya memeriksa suhu badan mereka tetapi juga memeriksa kebersihan anak-anak ini.


Keadaan ini diberatkan lagi apabila bekalan air terputus. Rakan saya si Madam T tercedera kakinya kerana mengangkut bekalan air dari luar untuk kegunaan di rumah. Semalam bekalan elektrik juga terputus , pun memudaratkan lagi kerana kipas tidak dapat digunakan. Pihak sekolah telah menghentikan sementara kegiatan kokurikulum dan Pendidikan Jasmani memandangkan udara yang tidak sihat ini. Individu dinasihatkan mengamalkan banyak minum air kosong untuk mengelakkan sakit berlarutan.
Sejenak itu saya mengimbau kenangan masa kecil saya ,ketika musim kemarau.Ketiadaan air menyebabkan kami mengangkut air dari hutan yang berwarna merah sebagai minuman dan kegunaan harian. Setiap petang saya mengangkut air dari sungai dan memenuhkan tempayan untuk digunakan sebagai air mandian pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Biasanya air sungai penuh dengan lumpur dan jika disimpan semalaman , lumpur akan mendap di bawah tempayan maka air yang bertakung nampak bersih biarpun rasanya masin. Hari ini biarpun air paip melimpah ruah, masih ada anak2 yang malas mandi pagi dengan hanya alasan sejuk.....saya percaya air yang sejuk menyegarkan minda dan badan kita.
Mungkin ada ramai yang sudi singgah di blog saya kenal siapakah dia. Dia istimewa dalam hidup saya. Mungkin ramai juga tertanya-tanya bagaimana hubungan jauh boleh sebegini akrab . Persahabatan kami bermula sejak 13 April 1990. Saya peminatnya. Dia bukan sahaja sebagai celebriti tetapi juga seorang kawan dan saudara saya yang baik. Ramadhan tidak lama lagi menjelang dan setiap kali ramadhan mengingatkan saya kepadanya. Hubungan kami rapat setiap kali ramadhan dan aidil fitri.
Bagaimana kami berhubung? Kami sering berhubung melalui surat-surat dan poskad. Setiap kali dia ke luar negeri atas urusan kerja dan percutian dia pasti mengirimkan surat atau poskad. Malahan dia pernah membawa bersamanya surat-surat saya semasa travelling dan masa itulah dia akan menulis kepada saya.... Saya seringkali merunggut pasal tulisannya yang memang tidak cantik langsung. Sehinggalah seiring dengan teknologi kami menggunakan komputer untuk menulis dan seterusnya menggunakan email. Dia mempunyai kebolehan menulis surat yang panjang lebar. Jika pada masa tertentu, dia akan membebel dengan saya berhelai-helai jika ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan saya....hehehhee...saya kan nakal pada masa itu. Sehinggalah pada satu peringkat saya menangis dengannya dalam telefon dan surat saya apabila gagal dalam ujian Geografi saya. Dia berikan nasihat yang sangat bernas.....yang pedasnya dia mulakan dengan ayat ini:
First,menangislah seberapa banyak yang liz perlukan.........kalau kita selalu sukses ,kita takkan faham akan keperitan mereka yang kurang berupaya belajar dan selalu gagal. Kadangkala tu,kita menangis kerana 'pride' kita, ataupun kebanggaan terhadap diri sendiri,ataupun sombong bongkak adanya, bukan kerana kita gagal.
Sejak itu, saya tidak lagi patah semangat biarpun beberapa kali tersungkur. Dia yang memberi saya kekuatan untuk menentang arus kehidupan. Persahabatan dengannya amat manis sekali...dia istimewa. Namun siapalah kita mampu melawan takdirNya. Kami terpisah tanpa khabar berita. Saya kehilangannya dan dia juga kehilangan jejak saya. Kali terakhir saya tahu ialah dia sudah berhenti dari kerja di MDC. Mungkin dia sekarang sudah menetap di Cannes ,France mengikut suaminya ? Saya pernah mengirim surat ke alamat terakhirnya namun surat itu dikembalikan dengan mesej dia sudah berpindah.
Di manapun sahabat saya ini berada, saya doakan dia sentiasa sukses dan bahagia. Semoga dia mendapat apa yang pernah dia impikan. Dia pernah menyuarakan hasratnya hendak menulis sebuah buku.....dan saya yakin dia memang boleh menulis. Saya menyimpan semua surat-suratnya dengan baik....sebab dia kenangan terindah dalam hidup saya. Jika Tuhan mengizinkan kami bertemu semula atau dia berpeluang menatapi entry ini, semoga dia tahu betapa saya sayangkannya.
p/s : Kak Charm.....raya tak lama lagi, tak nak bagi kad raya kartun pada saya lagi ke? I miss u sangat-sangat.
Ini percubaan dari banyak percubaan.....sememangnya mudah untuk menulis namun saya masih belum mengorak langkah yang panjang-panjang.Jika sajak, saya mudah sahaja mencoretnya kerana ia tercetus secara spontan. Ini pula saya tulis semasa jiwa kacau bilau.
“Akak tak kisah pasal dia. Dia nak buat apa ,itu terpulang padanya. Tak perlulah dia sibuk-sibuk nak cakap apa-apa dengan akak lagi.”Tegas kedengaran suara Kak Salmi.Begitu tetap keputusannya seolah-olah tidak dapat berganjak lagi.
“Tapi kak, dia benar-benar sayangkan akak. Dia mengharap akak terima dia balik,” Halim cuba memujuk kakak sepupunya itu .Bukan sekali dua Halim berusaha memujuk kak Salmi malahan berpuluh kali, beratus kali. Dari hari ke hari, minggu ke minggu sehingga berbulan-bulan lamanya, hati kak Salmi bukannya hendak semakin lembut tetapi semakin keras....agaknya sudah menjadi batu.
“Ah, sudah, jangan kau buang masa kau dan masa akak lagi.Kalau sekadar hendak memujuk akak terimanya balik, baik kau tak usah buang kredit telefon kau.Asallamualaikum.” Serentak dengan ucapan salam, talian terus dimatikan.
Hanis hanya mampu melihat wajah Halim di muka pintu yang memisahkan ruang tamu dengan dapur rumahnya. Sebentar tadi Halim yang datang bertandang seperti kebiasaannya dengan Amira dan si kecil Amirul telah menelefon Kak Salmi. Halim tahu dia harus membantu merapatkan lagi hubungan antara Kak Salmi dan Hanis yang semakin retak dan tidak mampu ditautkan lagi. Seolah-olah mereka menjadi dua orang asing yang tidak pernah mengenal di antara satu sama lain.
“Benarlah mimpiku semalam. Memang kak Ngah takkan memaafkan kesalahan aku. Itupun kesalahan yang aku tidak fahami dan tidak ketahui apakah ia.”Setelah mengesat airmata,Hanis terus membawa dulang minuman untuk sepupunya sekeluarga. Apa yang pasti Hanis hanya mampu mendoakan agar suatu hari nanti kesalahannya biarpun tidak diketahuinya akan dimaafkan .
“Sabarlah kak.InsyaAllah kak Ngah akan terima akak semula.” Amira memujuk sambil tangannya menepuk-nepuk punggung Amirul yang sudah mula terlena.
“Ye lah Hanis. Jangan kau risau pasal Kak Ngah. Dia memang macam tu, sibuk memanjang. Dia ni jenis malas hendak memikirkan hal orang lain. Ikut suka dia je.” Halim turut bersuara sambil tangannya menguis-nguis gelas yang berisi jus rozel. Haus tekaknya setelah bersembang dengan kakak sepupunya tadi.
“Tak apalah Halim, Mira....aku dah lama maafkan Kak Ngah dan aku memang ikhlas memaafkan dia.” Hanis terus mengusap rambut si kecil Amirul yang begitu malas membuka pelupuk matanya.
“ Kamu masih tidak mahu ikut kami balik kampung, Nis? “ Halim melirik ke arah Hanis yang begitu asyik mengulit anaknya.
“Tak payahlah LiLLi

Beberapa minggu yang lepas, sahabat saya si Junes ada nyatakan teori manggis iaitu bilangan ulas manggis akan sama dengan jumlah tampuknya. Minggu lepas,ketika kami bersembang pasal buah-buahan saya yang selalu datang dengan idea spontan menyatakan tentang teori manggis ini. Kemudian teori ini meleret dengan teori bilangan anak yang boleh didapati . Seorang cikgu ini, namanya saya panggil abang Z biarpun patutnya saya panggil dia pakcik sebab dia pakcik saya juga....menyatakan teori dengan melihat garis pada kepalan tangan. Sebelah kanan anak lelaki dan kiri anak perempuan. Madam T mencuba dan nyata tepat sekali. Saya ????? Hehehe menyibuk sama... sehingga kena tempelak Ustaz dan cikgu Z " Eh ko ni Za....camner ko nak dapat anak, lom kahwin lagi tu.....keh3" .Riuh rendah satu bilik guru. Saya menjawab selamba ," ala...manalah tahu aku dapat anak tiri ke nanti..."
Hari ini perkara teori manggis memang saya dah lupakan. Sebaik habis perhimpunan, saya dan madam T bergerak ke gerai kuih muih. Tetiba cikgu Z memanggil saya dengan menunjukkan kotak tisu. Kami berdua terus menghampirinya ," apasal kotak tisu tu ? Nak bagi saya ke?"
" Ni...cuba kau tengok teori manggis ko minggu lepas betul ke tak ?"
"Habis....camner? Saya blur...." jawab saya.
" Aku beli buah manggis minggu lepas, aku bilang tampuknya ada 4, tetapi ulas di dalam lebih dari itu. Kau tengok gambar ni... semua manggis ada 4 tampuknya....ulas isinya lebih."Beria-ia cikgu Z ini menerangkan. Si Madam pukul lengan saya...." Ye lah Za. kan minggu lepas awak buat teori manggis ni ?"
" Ye ke.....sampai macam tu sekali kitak( awak) buktikan teori manggis aku ? "
Keh...keh...keh... saya dah ketawa guling-guling. Kepada si Junes....apa cerita teori manggis awak ni ?
Si Cikgu Z ini senior saya.....mengajar BI. Dan kami memang selalu bercanggah pendapat. Selalu juga menjadi penyokong kuat saya. Selalu bawa duit banyak.... sehingga saya dianggapnya penyamun pompuan kerana saya sering mengusiknya. Tak dapat saya bayangkan betapa dia menganggap serius pasal teori manggis ini. hahahaha....
Hari ni malas nak citer pasal diri saya.Virus malas dah attack....sehinggakan keretapun saya cuci di kedai. So, memandangkan Idasm dan kak NB dah sibuk tanya camner rupa makanan yang sebut semalam maka saya google dan temui ini. Apa yang melucukan ialah ketika mencari gambar "LAKA"....bermacam rupa saya jumpa tetapi masih tak jumpa laka ini. Sehinggakan saya tersesat masuk blog AMY dari Kelantan yang tinggal di German dengan suami Germannya,ada gambar tomyam putih di situ. Laka adalah nama sarawak untuk sejenis lobster pipih warna putih. Kulitnya lembut. 
Inilah Lala Bamboo. Saya salah eja semalam. Kita panggil ia 'ambal'. Kalau yang kurus lidi, rasanya lebih sedap daripada yang segemuk ibujari tangan. Ia diambil di kawasan persisiran pantai. Kita cucuk dengan lidi dan di hujung lidi diletakkan kapur putih (kapur yang diguna makan sirih).Tak lama kemudian lala ini akan pop-up sendiri. Di kawasan saya harganya RM17 sekilo. Ada ketikanya boleh mencecah RM20 sekilo. Jika di Seafood restaurant dekat Bukit Mata@Topspot seafood foodcourt, harga sekilo lala yang dimasak mencecah rm 40+.Rupanya memang 'lucu' dan jangan ketawa.....Di Daro suatu masa dulu saya dengar satu cerita pasal lala ini. Oleh kerana majoriti yang mengambil lala ini adalah perempuan, adalah seorang wanita yang ketawa dengan keadaan lala yang pop up dari lubang,dan kebetulan tempat mereka 'mengambal' itu jauh dari tepian...tetiba hujan ribut dan air mendadak naik. Maka tenggelamlah kumpulan ini dihanyutkan oleh ombak ganas.
Lala Bamboo masak kari, tumis kering. Macam kerang, saya suka rebus begitu sahaja dan airnya dihirup......Jangan banyak sangat makan sebab kolestrol tinggi.
Apa ni ? Inilah sayur pidin atau meedin fried belacan. Saya tak suka atas sebab2 kesihatan. Meedin ini adalah sejenis paku pakis yang hanya terdapat di Sarawak sahaja. Muda warna hijau dan tua warna merah. Kalau saya, saya cuma goreng dengan bawang putih sahaja dan letak cili.Segenggam sayur ini harganya rm2. Kalau rajin, selepas hujan boleh dapat free . Dulu semasa saya di Daro, anak2 murid saya rajin hantar meedin ke rumah sehingga sekarang saya tak nak lagi makan sayur meedin.
Hari ini seperti janji saya pada abang Dee, saya bawa mak dan luqman sekali ke rumahnya.Kak Nurul tercedera kaki, jadi tak masak. Kami sekeluarga makan di luar. Saya tanya abang : mana tempat makan? Dia jawab : rahsia.....jauh kita makan.Rupa-rupanya kami makan seafood di kampung Buntal. Ini kali pertama saya makan di sana sebab abang selalu membawa saya dan mak makan seafood di Permata Seafood, Kuching. Seafood restaurant yang ada di Kampung Buntal ada 3 buah dan kesemuanya diusahakan oleh orang Cina. Tukang masak dan pekerja ,orang Melayu.
Kami makan laka goreng kicap, butter prawn, lata bamboo tumis kari, sayur pidin goreng belacan, kari ikan ( tak tahu nama), ikan bawal stim, crab sweet corn creamy soup, sayur tauge cendawan tumis kering( yang ini tak larat nak makan...kenyang sangat)
Ini abang Dee saya dan isterinya, Kak Nurul. Kakak Nurul ni dah terer driving, merempit juga sampai saya gerun menumpangnya. Kami pergi dengan 2 buah kereta. Saya asyik mengingatkannya, jangan laju kak. Cammana orang yang saya ajar memandu lebih terer dari gurunya sendiri..isk...isk....Tapi kalau manual memang kakinya keras dan kaku...masih juga saya terer dari dia.
Ini pula mak saya dengan cucunya Farah Nadwa, satu2nya anak dara abang Dee. Esok dia balik ke Labuan. Dia sempat pesan dengan neneknya : jangan mati dulu nek, tunggu saya kahwin dulu. Keh3...boleh dibuat cam tu ke soal kematian itu?
Ini pula si Baby kami, Danial. Sepagi ini dia asyik macam tikus mencari PS2 nya nak main game. Saya tahu kak Nurul dah sembunyikan game ini sebab dia ni leka.Tengoklah, sempat dia main game pada hp babahnya. Dia tanya saya : Usu, kita pergi jom heboh ke ? hahaha....manalah jom heboh tu ada lagi waktu ini. Masa balik dia ikut belakang saya : Mak Usu, tidur sini ke. Esok balik ye.....Saya jawab : Baby, mak usu kena balik. Kan mak usu keje....tunggu cuti panjang mak su tidur sini,ok? Saya tahu...dia nak ajak saya main macam2 dengannya hatta main bola sepak dan badminton, malahan main golf sekali....
Ini pula kupang yang abang Dee belikan dari pasar ikan di kampung Buntal. Saya masak rebus dengan serai dan letak garam dan perasa je. Mak tak mahu saya masak cara lain.
Ini pula mak kata namanya 'menin' , saya dan abang2 gelar 'Pening' sebab selepas kita makan kepala akan jadi pening. Saya teringat yang inilah yang saya makan di hotel CITYVIEW di Melaka 3 tahun lepas. Mak yang masak ini.....sebab saya tak tahu mana bahagian yang harus dibuang supaya tidak pening ketika memakannya. Esok baru dia buat.....dan saya nak tahu juga apa yang perlu dibuang.
Sepanjang perjalanan pulang tadi, mak asyik memuji keenakan sayur pidin goreng belacan. Mak saya memang macam tu....kalau time makan dia jual mahal....tak larat nak makan tetapi bila dah balik memang dia akan asyik teringatkan lauk yang dia suka.....sebab tu dalam kereta dia asyik singo(toleh) kiri kanan, kalau2 ada orang jual sayur pidin...hahaha.
